Selasa, 2 Januari 2024

TENTERA SIMPANAN DIBAWA PULANG



Israel undur lima briged dari Gaza, perang diteruskan 2024

TEL AVIV – Tentera Israel semalam mengundurkan lima briged dari Semenanjung Gaza dalam satu langkah yang menunjukkan bakal berlaku pertempuran yang panjang sepanjang 2024 ini.

Menurut The Times of Israel, pasukan yang panggil balik adalah Briged Armoured ke-460, Briged ke-21, Briged ke-828, Reserve Armored Briged ke-14; dan Briged Pasukan Payung Simpanan ke-551.

Briged yang ditugaskan untuk melatih askar akan kembali ke Gaza untuk menjalankan aktiviti biasa manakala pasukan simpanan akan dibebaskan untuk membantu memulihkan ekonomi Israel.

Pada 21 Disember, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah menarik keluar Briged Golani dari Semenanjung Gaza selepas tewas teruk dalam pertempuran di wilayah Palestin.

Sementera itu jurucakap IDF, Daniel Hagari menjangkakan pertempuran akan berterusan sepanjang tahun dan sedang menyesuaikan kaedah pertempuran untuk perang yang berterusan.

Katanya, tentera Israel sedang membuat pelarasan terhadap penempatannya di Semenanjung Gaza kerana ia menjangkakan perang yang panjang terhadap kumpulan pejuang Hamas.

“Kami sedang menyesuaikan kaedah pertempuran ke setiap kawasan di Gaza, serta pasukan yang diperlukan untuk melaksanakan misi itu dengan cara yang terbaik. Setiap kawasan mempunyai ciri yang berbeza dan keperluan operasi yang berbeza,” katanya.

“Matlamat perang memerlukan pertempuran yang panjang, dan kami bersedia dengan sewajarnya,” kata Hagari.

Beliau berkata, tentera akan menjalankan pengurusan “pintar” pasukan di Gaza, membenarkan pasukan simpanan pulang ke rumah untuk membantu memulihkan ekonomi dan membiarkan tentera yang berdiri teguh berlatih untuk menjadi komander.

“Kami meneruskan latihan pegawai dan komander… selepas pengalaman mereka dalam pertempuran, mereka kembali berlatih dan akan menyertai barisan komander tentera apabila mereka selesai,” kata Hagari.

“Pelarasan ini bertujuan untuk memastikan perancangan dan persediaan untuk 2024. IDF perlu merancang lebih awal, kerana memahami bahawa kami akan diperlukan untuk misi tambahan dan pertempuran berterusan sepanjang tahun akan datang,” katanya.

Israel melaporkan, lebih 500 anggotanya terkorban ketika menjalankan operasi darat di Gaza. – Agensi



KAH KAH KAH

SOLDADU SIMPANAN

DIBAWA PULANG

KAH KAH KAH

SELAMA INI

MEREKA JADI

ULAM UNTUK

GERILA HAMAS

KAH KAH KAH

KHALAS

BANJIR TIDAK BERUBAH


Jumlah mangsa banjir meningkat sedikit di Pahang, Kelantan dan Johor kekal

JUMLAH mangsa banjir di tiga negeri meningkat sedikit kepada 80 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini berbanding 70 orang di tiga PPS tengah malam tadi.

Berdasarkan laporan terkini kejadian banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Pahang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 29 orang yang berlindung di dua PPS di Maran dan Temerloh berbanding 19 orang di satu PPS di Maran tengah malam tadi.

Di Kelantan bilangan mangsa banjir kekal 26 orang di sebuah PPS di Pasir Mas manakala di Johor, jumlah mangsa tidak berubah dengan 25 orang yang berlindung di sebuah PPS di Segamat.

Sementara itu tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya meliputi Sungai Golok di Pasir Mas, Kelantan yang merekodkan 9.01 meter (m) dengan trend menurun dan Sungai Arau di Arau, Perlis (24.3m dengan trend meningkat).

Laporan itu juga menyatakan terdapat 26 jalan ditutup akibat bencana banjir jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

Jalan terlibat antaranya Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak, Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor, Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok di Kubang Pasu, Kedah dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang. – Bernama, 2 Januari, 2024.

SUASANA BANJIR

BELUM BERUBAH

AMIN

HUJAN MASIH

BANYAK BELUM

TURUN

KHALAS

GEMPA BUMI DI JEPUN


GEMPA BUMI

DI JEPUN

AMIN

TAHUN 2024 KACAU ?


TAHUN 2024

AKAN KACAU ?

AMIN

abuqassim commented on 
"TAHUN 2024 KERAJAAN MASIH BELUM STABIL"

KAH KAH KAH
2024 tk stabil???
KAH KAH KAH
Nuar dh kautim dh dgn sutan
Dio selamat slagi pokan hutan tu idup balik..
Cmno nk tukar gomen klu sutan tk pokonankn..
KAH KAH KAH

PELANCUNG TINGGALKAN LANGKAWI


PELANCUNG

TINGGALKAN

LANGKAWI SEMUA

LARI KE SIAM

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "TAHUN 2024 KERAJAN MASIH BELUM STABIL"

Tengok keadaan Malaya hari ni teringat gwa keadaan negara kapir Thailand pada 70-80an .. jam tu solang sotahun Thailand tukar PM .. nogaro jato misking.

Ari ni Thailand dah stabil. Mak Chik Molayu goma lancong ko Thailand skrg ni .. murah amek kato nyo .. Pak Chik kito pon cakap memang MURAH ..kahkahkah.

Impak nyo Langkawi kito jadi Padang Jarak .. hotel kosong .. sapo pakai Seluar Katok kono chemat dan tangkap .. kahkahkah.

TAHUN 2024 TAK STABIL ?


TAHUN 2024

MASIH TAK STABIL



SELASA 2 JANUARI 2024
HARI KE DUA TAHUN BARU
HARI INI SEMUA  KEMBALI
BERKERJA
CUTI DAH ABIS
TUNGGU CUTI TAHUN BARU CINA

APAKAH TAHUN 2024
NEGARA KITA AKAN STABIL ?

KESTABILAN BERGANTUNG
PADA APA MADANI NAK BUAT
KALAU CARI BANYAK MUSUH
KALAU BUKA BANYAK PERANG
MAKA PASTI 2024 TAK STABIL
JENG JENG JENG

TAHUN BARU INI
DI MULAI DENGAN KES
MAIL BERA
KAH KAH KAH
PAK LONG PUN KENA
KAH KAH KAH
KALAU DAIM KENA
ADA GARAM
INI MAIL BERA
KAH KAH KAH

KESIAN PAK LONG
DIKATAKAN TERLIBAT
DALAM LANGKAH DUBAI
KAH  KAH KAH

PAK LONG TAK GI DUBAI
DI GI SAUDI
BUAT UMRAH
KAH KAH KAH

UMRAH INI JADI TEMBOK
JADI PENDIDING
JADI IJAZAH
UNTUK DILIHAT ALIM DAN WARAK
AMIN

GAZA
SEBAHAGIAN SOLDADU ISREAL
BERUNDUR DARI GAZA
NETANYAHU BUAT
PERANCANGAN BARU

ISREAL
MAHKAMAH TINGGI ISRAEL
TOLAK RANCANGAN NETANYAHU
UNTUK UBAH  KUASA MAHKAMAH
JENG JENG JENG

BANGLADESH
PRU MINGGU DEPAN
PARTI KERAJAAN YANG ADA
AKAN MENANG KERANA
PEMIMPIN PEMBANGKANG
RAMAI KENA TANGKAP
HILANG ATAU MATI DI BUNUH
KAH KAH KAH

JEPUN
GEMPA BUMI
TSUNAMI BESAR
6 TERKORBAN
BERPULUH CEDERA
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS

YANG BERSUARA PAGI INI
HANYA TERKUKUR
YANG LAIN TAK DENGAR
MUNGKIN MASIH LETIH
DARI PESTA TAHUN BARU

GUA YAKIN HARI INI AKAN PANAS
KETIKA GUA MENGETIK INI
TAK TAK SEDANG MENJALAR
BERJEMUR DI BALKONI
 AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM SELASA
HARI KE DUA 2024

ANAK DARA MASUK OPIS
SAMPAI KE OPIS KENA SEMBELIT
MAIL BERA DI PANGGIL POLIS
TURUT DIPANGGIL SETIAUSAHA SULIT

TIGA YB NAK JADI MENTERI
REBUT KUASA HINGGA PARAH
YB MENYAMAR BIJAK BISTARI
 SEBELU KE LONDON SINGGAH BERUMRAH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT KEMBALI BEKERJA