Isnin, 29 Januari 2024

RAKYAT IKUTI KES DAIM


Rakyat sibuk fikir isi perut sendiri, tak peduli isu pendakwaan – Perkasa

KUALA LUMPUR – Pendakwaan terhadap bekas-bekas pemimpin didakwa untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan Kerajaan Madani yang sudah lebih tahun mentadbir negara.

Walau bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, rakyat ketika ini hanya memberi perhatian terhadap isu-isu kebajikan sendiri berbanding pendakwaan yang dilakukan.

“Dakwa-dakwa sampai orang tua pun kena dakwa. Anak dia kena, isteri kena. Sebenarnya tidak ada apa sangat, cuma nak alihkan isu pandangan rakyat kegagalan setahun lebih, tidak boleh buat apa pun.


“Takut rakyat fokus kepada kegagalan, mereka suruh rakyat fokus isu pendakwaan zaman dulu. Eh, rakyat tak kisah cerita menyamun ni bukan kayakan kita.

“Rakyat fikir perut ni nak isi, pekerjaan, harga (barang) murah itu yang rakyat fokus,” katanya yang bertindak sebagai panelis Wacana Intelek bertajuk Pembangunan Ekonomi Bumiputera.

Baru-baru ini, isteri bekas Menteri Kewangan,  Toh Puan Na’imah Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan kesalahan kesalahan tidak mendedahkan aset selaras Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.

Pada masa sama, dua anak  Dr Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir dan Mohkzani turut dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis.

Mokhzani yang juga ahli perniagaan hadir ke ibu Pejabat SPRM pada 26 Januari lalu berkaitan notis pengisytiharan hart


Hari ini bekas Menteri Kewangan  Daim Zainuddin bakal didakwa atas tuduhan yang sama dengan isterinya. – 

WOIT

SAPA KATA 

RAKYAT TAK IKUT

AMIN

RAKYAT NAK TAHU

NAMA DAIM DALAM

PANAMA PAPER

MAKA DI DI DAKWA

AMIN

SEMUA NAK TAHU

BILA NAK DAKWA

ZAHID & ZAFRUL

DUA DUA ADA

NAMA DALAM

PENAMA PAPER

JENG JENG JENG

KHALAS

DAIM NAIK KERUSI RODA



Daim hadir berkerusi roda ke mahkamah

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan,  Daim Zainuddin akan dibicarakan di Mahkamah Seksyen, di sini, atas dakwaan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan harta.

Daim, 85, yang hadir berkerusi roda pagi ini dengan kot berwarna hitam kelihatan seperti tidak bermaya dan tidak bercakap apa-apa ketika dikerumuni pengamal media di lobi mahkamah.

Beliau ditemani isterinya, Toh Puan Na’imah Khalid.

Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin dijangka didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi pada jam 9 pagi ini.

Sabtu lepas dalam satu kenyataan, Daim mendedahkan, SPRM sudah mengambil rakaman percakapannya dan memaklumkan bahawa beliau akan didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang juga kesalahan berkaitan dengan pendedahan aset.

“Peguam saya telah difahamkan bahawa saya akan didakwa pada Isnin 29 Januari mengikut Sesyen 36(2) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan tidak istiyar aset.

“Baiklah, saya tidak sabar dengan hari-hari saya di mahkamah nanti,” katanya melalui peguam beliau.

Minggu lepas, Nai’mah mengaku tidak bersalah atas dakwaan gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan harta di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi dan mohon dibicarakan. 

Pada 10 Januari lalu, Na’imah bersama dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir, memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, bagi membantu siasatan rasuah terhadap Daim.

Na’imah juga mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaan sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.

Beliau berkata disebabkan kejayaan itu, ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baik Daim dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.

Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Bulan lalu, SPRM turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga Daim.

Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen. -

PERANG MULA

ATAU 

OKU DI ZALIMI

KAH KAH KAH

KESIAN DAIM

DEMAM KURANG

SEHAT NAIK

KERUSI RODA

AMIN

MASIH WAJIB

TURUN NAIK

MAHKAMAH

AMIN

BILION BILON

DUIT NAK BUAT

APA ?

JENG JENG JENG

AMIN

GENCATAN SENJATA - TIPU HELAH ZONIS ?


GENCATAN SENJATA

TIPU HELAH ZONIS

AMIN 

BUAT CIPTAAN SENDIRI


BUAT CIPTAAN

SENDIRI

AMIN 

Unknown commented on

 "TAKTIK SAMBUNG KUASA"

Tak ada satu ciptaan kita sendiri, orang-orang kita pandai berhujah bercakap menjerit melopong tapi satu pun bukan ciptaan kita, semua pinjam teknologi orang lain, tak kira negara apa, internet bukan ciptaan kita, kita menumpang teknologi orang lain tapi bukan main hebat sembang siang malam,

teori lain analisis kiri kanan sampai ramai pakar-pakar ekonomi politik semuanya komen kah kah kah tapi sedikit pun tak malu dengan orang-orang luar, kah kah kah, pertama guna produk halal tak payah sembang kari ayam

BERSILAT BUKAN BERCALAT


BERSILAT

BUKAN BERCALAT

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"SILAT JANGAN TAK SILAT"

bersilat dengan bini orang ok tak ?

Unknown commented on
 "SILAT JANGAN TAK SILAT"

Tunjuk aksi silat kat masjid nabawi tu okey waooiii Menteri agama wooiii

Jangan tunjuk aksi berjubo kat masjid nabawi udah ler wooii

Apeeee pun tak bolehhh...!!!

Kah kah kah

PENCEN


PENCEN

SENIN 29 JANUARI 2024
PENCEN PENCEN PENCEN
HEBOH HEBOH HEBOH

DULU TONY PUA
DARI DAP ADA KATA
PENJAWAT AWAM KITA
TERLALU RAMAI

PANDANGAN INI BETUL
PANDANGAN INI SALAH

BETUL DARI SEGI ANGKA
SALAH DARI SEGI INCIAN

KITA MASUK KAN
POLIS ASKAR GURU BOMBA
DOKTOR MISI CIK GU  PENSYARAH
KE DALAM KOTAK PENJAWAT AWAM
MAKA KELIHATAN RAMAI

DI NEGARA LAIN
HANYA YANG BEKERJA
DENGAN EKSEKUTIF  SAJA
ASKAR POLIS  MISI BOMBA
BUKAN PENJAWAT AWAM

HANYA YANG BEKERJA 
UNTUK KERAJAAN FEDERAL SAJA
YANG LAIN TIDAK
INI BUAT KITA JULING
WALHAL TIDAK SERAMAI MANA

APA YANG BETUL
IALAH PEKERJA AWAM INI
AGAK LEMBAB
KERJA SLOOO
REHAT BANYAK
INI YANG WAJIB DI LAWAN
BUKAN PENCEN MEREKA

TERTIBA
FAHMI FADIL KATA
HAL PENCEN INI
MASIH DALAM KAJIAN
KAH KAH KAH
KALAU DALAM KAJIAN
APA HAL NAK UMUM
1 FEBUARI 2024
KAH KAH KAH
KANTOI

AMERIKA
3 ASKAR AMERIKA  MATI
34 CEDERA
ADA CEDERA PARAH
KENA SERANG DI SEMPADAN
JORDAN SYRIA
OLEH GERILA ?

UNITED KINGDOM
VAPE PAKAI BUANG
AKAN DI HARAMKAN

FINLAND
PARTI KANAN
DI BACA AKAN MENANG 
PRU PRESIDEN
GARIS KANAN MENGEMBANG

AMERIKA
SAPA AKAN JADI 
RAKAN TIMBALAN 
TRUMP DALAM
PILIHAN PRESIDEN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH
KELMARIN PANAS SEPANJANG HARI

TERKUKUR BERSUARA
MURAI BERKICAU
DALAM BELUKAR
TUK TUK TUK
SUARA DI DENGAR

GUA RASA  HARI INI
AKAN PANAS TANPA HUJAN
DALAM MALAM JUGA
AKAN PANAS
INI WATAK SEBELUM RAYA CHINA
AMIN

BRO 
SENYUM KITA SAMBUT SENIN
DENGAN SENYUM

SIMPAN AIR DALAM BESEN
PSASANG PERANKAP BUNUH TIKUS
ASKAR POLIS AYAM PENCEN
APA AKAN JADI BILA DILUPUS

SALAI IKAN DALAM LEKAR
BILA DAH KERING JADI MAKANAN
BALU POLIS BALU ASKAR
SEMUA ADA PENCEN BULANAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA