Ahad, 18 Februari 2024

YAMAN SERANG KAPAL MINYAK INGGERIS


YAMAN SERANG

KAPAL MINYAK

 INGGERIS

AMIN 

NAJIB PERLU DIBEBAS - DIA BERJASA BESAR


NAJIB PERLU

DI BEBASKAN

AMIN

NAJIB BERJASA 

BESAR

AMIN

NAJIB MENDARAKAN

MAK JANDA ROSMAH

KHALAS 

PAS DAPAT PELUANG BESAR


Isu beras pun haru-biru – Pas

KUALA LUMPUR – Parti Pas menyindir kekalutan kerajaan mengenai cadangan pengenalan Beras Putih Madani Malaysia.

Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata, isu tersebut memperlihatkan kerajaan seolah-olah tidak mengikuti tata kelola sekali gus memperlihatkan kelemahan kepada pelabur.

Katanya, pengumuman mengenai cadangan itu sepatutnya dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,  Mohamad Sabu.

Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL),  Mat Belot Syed Abu  tidak seharusnya membuat kenyataan tersebut.

“Haru biru dan biru haru kerajaan madani ni. Isu beras pun sudah biru haru. Jelas ini kuasa menteri, bukan kuasa orang lain. Ini lebih sudu daripada kuah.

“Perkara dasar dan tatakelola bukan tata ke laut. Macam manalah hendak fikir masalah ekonomi negara. Masalah beras pun bercelaru. Malu pada pelabur kalau macam ini.

“Jangan pula nanti bila berlaku perkara ini sebab tata kelola, rasuah, golongan maha kaya, pembangkang punya angkara,” katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Bagan Serai itu meminta supaya nasihat pegawai kerajaan yang berpengalaman tidak diketepikan dalam membantu menteri mentadbir negara.

Katanya, kakitangan terbabit boleh melaksanakan tugas dan tindakan dengan profesional.

“Perdana Menteri ke-10 tolong fokus dan bincang dengan pegawai yang berpengalaman yang akan membantu mana-mana pemimpin yang memerintah.

“Insya-Allah mereka berkhidmat dengan kerajaan semasa dan profesional dalam cadangan dan tindakan,” kata bekas Menteri Hal Ehwan Agama tersebut.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan  Mohamad Sabu hari ini berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan mewujukan satu gred Beras Putih Malaysia Madani.

Cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat NACCOL seperti yang diulas oleh  Anwar Ibrahim semalam.

Mat Belot Syed Abu Hussin sebelum ini mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.

Ia sekali gus bermakna tiada lagi kategori SST dan SSI melainkan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal.-

WOIT

KES BERAS MAHAL

BERAS TEMPATAN

HILANG

KAH KAH KAH

INI PELUNG BESAR 

UNTUK PARTI PAS

BUKTIKAN KERAJAAN

MADANI GAGAL

KAH KAH KAH

PENANAM PADI

DI KEDAH SEMUA

SOKONG PAS

AMIN

MADANON MAKIN

BERAT

KAH KAH KAH

KHALAS

HARGA BERAS NAIK - RAKYAT MARAH DAH NI



Pengumuman harga Beras Madani satu tamparan kepada rakyat – Aktivis

KUALA LUMPUR – Pengumuman penetapan harga Beras Madani pada RM30 bagi satu kampit 10 kilogram oleh Pengerusi Task Force Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL),  Mat Belot Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal baru-baru ini merupakan satu tamparan kepada rakyat.

Aktivis politik, Shahir Adnan berkata, ia merupakan kenaikan harga yang ketara.

“Harga siling bagi beras putih naik daripada RM26 kepada RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) setelah dijenamakan semula semua beras putih tempatan dan import.

“Lebih parah, pek satu kilogram pula berharga RM3.50 walhal sebelum ini harga kawalan maksimum beras super spesial adalah RM2.60. Naik 90 sen setiap satu kilo,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, belum ada ketetapan yang dibuat ke atas cadangan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini yang akan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, KPKM bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang memaklumkan, cadangan tersebut akan dibincangkan secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan datang.

“KPKM ingin menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang,  Mat Belot Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada 14 Februari 2024.

“Buat masa ini belum ada ketetapan yang dibuat ke atas cadangan beliau untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini yang akan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut Shahir berkata, beliau bersetuju dengan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin yang juga Pengerusi Lajnah Kepenggunaan Pas bahawa Kerajaan Madani gagal dalam menangani isu ketiadaan beras Super Spesial Tempatan (SST) yang dimanipulasi oleh kartel beras.

“Kegagalan ini cuba ditutup dengan menjenamakan semula beras putih tempatan dan import. Akibatnya harga dinaikkan dan rakyat menderita.

“Rakyat baru sahaja berada dalam bulan kedua tahun 2024. Tetapi, isu kos sara hidup masih belum selesai, malah bertambah parah,” tambahnya. –

HARGA BERAS

NAIK

RAKYAT MARAH

DAH NI

AMIN

PUTAR SANA

PUTAR SINI

RAKYAT MAKIN

SUSAH

KHALAS

JUMPA BANGLA - WARGA MERAH KENAPA TAK JUMPA ?


JUMPA BAGLA

AMIN

CHINA MERAH 

KENAPA

TAK JUMPA?

KHALAS 

DASAR BIJAK MESIR



Abdel Fattah tolak penempatan penduduk Palestin di Mesir


KAHERAH – Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa, menurut kenyataan oleh pejabat presiden Mesir.

Agensi Anadolu melaporkan, bahawa el-Sisi menerima panggilan telefon daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Menurut kenyataan pejabat presiden, el-Sisi menerima gesaan untuk membincangkan usaha berterusan yang bertujuan mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza, ‘bertukar tawanan’ dan menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Kedua-dua pemimpin itu mengkaji perkembangan semasa dan menekankan keperluan bagi pihak yang berkaitan untuk bekerjasama dalam memastikan kemajuan yang akan menghentikan pertumpahan darah dan mengurangkan penderitaan manusia di Semenanjung Gaza.

Kedua-dua pihak menekankan kepentingan untuk meneruskan penyelesaian dua negara dan mewujudkan Negara Palestin merdeka sebagai satu-satunya cara untuk merealisasikan keselamatan sebenar dan kestabilan yang berterusan di rantau ini.

El-Sisi dan Macron juga menegaskan bahaya peningkatan aktiviti ketenteraan di Rafah dengan mengingatkan kesan kemanusiaan yang teruk terhadap hampir 1.5 juta penduduk Palestin di kawasan itu.

Mereka juga mengingatkan akan bahaya meluasnya konflik itu pada peringkat serantau dan keperluan untuk menyegerakan usaha gencatan senjata dan kesejahteraan serantau. – 


TAHNIAH MESIR

GAGALKAN

PROJEK ZIONIS

AMIN

ISRAEL MAHU

HALAU PALESTIN

DARI BUMI

PALESTIN

AMIN

ZIONIS NAK JADIKAN

PALESTIN ORANG

PELARIAN DI MESIR

KHALAS