Rabu, 27 Mac 2024

LAGI VIDEO HINA ISLAM



Polis siasat video tular lelaki hina Islam, tohmah PDRM


KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap agama Islam dan membuat tohmahan terhadap pasukan keselamatan itu menerusi video di laman Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima satu laporan pengadu pada jam 9.45 pagi ini yang melayari terlihat video berkenaan di laman Fecbook GANESPARANnadaraja.

Katanya, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK) atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci serta niat jahat atau memudaratkan perpaduan

WOIT

CUKUP LAH

AMIN

KES KK MART

MASIH HANGAT

TAK PERLU ADA

KES BARU

AMIN

APA NAK JADI

DGN MALAYSIAAMIN

TAK HABIS HABIS

DALAM KRISIS

PATUTLAH NILAI

 RINGGIT JATUH

KHALAS

HAPUSKAN ISRAEL - SELAMATKAN DUNIA



Kereta kebal Israel kepung Hospital Nasser Gaza - Saksi

SEMENANJUNG GAZA, Palestin: Kereta kebal dan kenderaan berperisai Israel mengepung sebuah hospital di Khan Yunis di Gaza, semalam, kata saksi, ketika Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan kemudahan lain "tidak berfungsi" kerana operasi ketenteraan.

Saksi di Hospital Nasser, di mana beribu-ribu penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal mencari perlindungan daripada pertempuran, memberitahu AFP, tembakan telah dilepaskan ke arah kompleks yang luas di bandar selatan itu, tetapi tiada serbuan berlaku.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza berkata. tentera Israel menembak dan melepaskan tembakan dan melakukan serbuan ganas di persekitarannya sebagai persediaan untuk menyerangnya.

"Beribu-ribu orang yang kehilangan tempat tinggal masih berada di dalam hospital," kata kementerian itu sambil menambah, mereka tidak mempunyai kuantiti air minuman, makanan dan susu formula bayi yang mencukupi dan nyawa mereka dalam bahaya.

HANYA SATU

CARA BETUL

AMIN

HAPUSKAN ISREAL

SELAMATKAN DUNIA

KHALAS

SAPA NAK BUNUH DR AKMAL ?



Diugut bunuh: Saya takkan berganjak walau seinci – Dr Akmal

JASIN – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menegaskan tidak akan berganjak walaupun seinci di sebalik ugutan bunuh terhadapnya susulan kelantangan dalam isu kalimah Allah pada stoking baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menganggap ia adalah perkara biasa dan adat berjuang dalam mempertahankan kesucian agama Islam.

“Ini tidak akan mematahkan semangat atau memberi kesan terhadap apa yang saya rasakan betul untuk dipertahankan kerana ia bukanlah isu politik dan perkauman.

“Ia adalah isu bagaimana kita umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk membela agama kita daripada dihina.

“Walaupun dengan ugutan yang ada ini, saya tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kami,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan beliau dimaklumkan mengenai ugutan bunuh terhadapnya selepas dihubungi seorang individu tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke program rasminya hari ini.

Lelaki itu mendakwa terdengar satu perbualan lisan di sebuah kedai yang mengatakan jika Ketua Pemuda UMNO itu terus bercakap tentang KK Mart berkaitan isu stoking kalimah Allah, dia pasti ditembak mati satu hari nanti.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi mengesahkan menerima laporan itu.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Tiga hari selepas itu, pengurusan KK Super Mart memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Dr Akmal adalah antara pemimpin kerajaan yang lantang menyuarakan pandangan Pemuda UMNO termasuk melancarkan gerakan memboikot kedai serbaneka 24 jam itu atas tindakan biadabnya itu. – 

WOIT

MAKIN HOT

MAKIN HANGAT

AMIN

SAPA AGAKNYA

MENGIKUT LOJIK

AKAL NAK BUNUH

DR AKMAL

AMIN

CUI BONO

SAPA UNTUNG ?

AMIN

KHALAS

PADU TERBARAI LAGI


PADU

TERBARAI LAGI

AMIN

UGUT NAK BUNUH DR AKMAL


UGUT 

NAK BUNUH

DR AKMAL

AMIN

Unknown commented on 
"HOT HOT HOT TERKINI TERNOW - 
ANCAMAN BUNUH DR AKMAL !!!"

Kah kah plot semakin mendalam semakin suspen semakin mencabar kah kah kah kita tunggu episod sambung nanti kah kah kah

ISRAEL TAK AKAN IKUT ARAHAN PBB


ZONIS ISRAEL

TAK AKAN PATUH

ARAHAN PBB

KHALAS


Unknown commented on 
"ISRAEL TAK AMBIL POT - 
LU NAK BUAT APA ?"

Dah beratus kali israhell langgar resolution... Relax jek.. xde apa tindakan... Ini semua penipu... Sapa berani satukan gerakan ketenteraan??? Harap yaman je jenuh juga.. nak tunggu UN bersidang... Habis mampos semua arab kat sana