Rabu, 29 Mei 2024
LEMBU DALAM KONDO
SUAMI SHARIZAT
KES LEMBU
KENA DAKWA
JENG JENG JENG
KENAPA SUAMI
MENTERI DAP
TAK DI SIASAT
AMIN
INI AMAT
DILUAR TABII
KAH KAH KAH
AMIN
PEMIMPIN MUDA TEGAS BERANI
‘Damage has been done, kita jumpa di mahkamah – Dr Akmal
KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh akan tetap meneruskan saman terhadap penulis portal walaupun selepas portal Newswav membuat permohonan maaf selepas didakwa memfitnahnya itu pada 25 Mei lepas.
Dalam satu kenyataan di laman sosial, Dr Akmal berterima kasih dengan permohonan maaf itu namun akan perkara itu akan tetap dibawanya ke muka perundangan.
“Terima kasih atas permohonan maaf mengenai fitnah jahat yang dilemparkan kepada saya.
“Damage has been done (kerosakan telah berlaku). Kita jumpa di mahkamah,” katanya bersama lampiran permohonan maaf tersebut.
Dalam lampiran itu menunjukkan penulis yang bernama Zulaikha Farhana memohon maaf kepada Exco Kerajaan Negeri Melaka itu sambil menyatakan rasa kesal kerana kesilapan menyiarkan kandungan berunsur fitnah.
“Saya sedar tentang betapa seriusnya kesilapan saya menyiarkan artikel ini. Artikel itu juga telah dipadam oleh portal Newswav dan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya.
Tangkap layar permohonan maaf oleh penulis di portal Newswav baru-baru ini.
Dr Akmal menegaskan beliau tidak pernah menghadapi apa-apa pertuduhan di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana pihak berkuasa di negara ini.
Justeru, tegasnya, sebuah artikel yang disiarkan pada 25 Mei 2024, di laman portal Newswav itu mengandungi butiran tidak benar dan berunsur fitnah.
Katanya, dalam perenggan keempat artikel tersebut, penulis mengatakan di dalam Bahasa Inggeris “Adding to the drama, Akmal is facing charges under Section 16(a)A and 24(1) of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act. The alleged bribery incident is reported to have occurred at Yayasan Tanah Aku, located at Solaris Dutamas in Kuala Lumpur“.
“Saya menegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah. Saya tidak pernah menghadapi apa-apa tuduhan di bawah SPRM atau pun mana-mana pihak berkuasa di negara ini,” katanya.
Beliau berkata, portal Newswav dan penulis yang menyiarkan artikel fitnah ini telah menyebabkan kredibiliti serta reputasinya sebagai seorang pemimpin serta individu tercemar.
Malah, katanya, ia juga telah menimbulkan persoalan serta persepsi negatif berkaitan integriti dirinya sebagai seorang pemimpin.
“Oleh yang demikian, terbukti dengan jelas bahawa artikel ini adalah satu fitnah jahat bagi mencemarkan kredibiliti serta reputasi saya sebagai seorang pemimpin serta institusi pimpinan saya,” ujarnya.
Semalam, Dr Akmal turut meminta portal Newswav dan penulis menurunkan artikel ini dalam tempoh masa 24 jam serta membuat kenyataan maaf secara rasmi. –
WOIT
TULIS BOLEH
JANGAN FITNAH
AMIN
JANGAN LEBONG
JANGAN PUTAR
KAH KAH KAH
AMIN
HANNAH YEOH SHAHRIZAT CHINA
Beri kontrak kepada
syarikat suami
Hannah cetus
persepsi nepotisme,
salah guna kuasa
KUALA LUMPUR – Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari pembangkang mendesak supaya Kerajaan Negeri membatalkan pemberian kontrak kepada syarikat milik suami Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
ADUN Jeram Harisson Hassan berkata, pemberian kontrak tersebut memberikan persepsi negatif kepada rakyat.
“Amalan ini secara langsung telah menimbulkan persepsi penyalahgunaan kuasa dan nepotisme apabila syarikat milikan ahli keluarga seorang menteri diberikan kontrak rundingan terus dalam perolehan tender bernilai RM25 juta ini.
“Saya turut kecewa dengan pandangan dangkal, naif dan tidak jujur sesetengah pihak yang mempertahankan keputusan ini dengan tanggapan bahawa kononnya kedudukan Yang Berhormat Hannah Yeoh tidak mempunyai kaitan dengan pelantikan syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas pelantikan syarikat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd dan Badan Bas Coach Sdn Bhd sebagai pengendali perkhidmatan Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) (DRT).
Asia Mobility dimiliki dan diuruskan oleh Ramachandran Muniandy yang merupakan suami kepada Hannah.
Harisson berkata, kenyataan yang dikemukakan oleh Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han pada 24 Mei lalu tidak menjawab sepenuhnya persoalan mengenai wujudnya amalan nepotisme, sekali gus mempamerkan kegagalan dalam mendukung semangat integriti seperti yang disarankan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah bertarikh 7 Februari lalu.
“Isu pokok yang menimbulkan pertikaian umum adalah bagaimana kelulusan yang diperoleh daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) boleh digunakan sebagai justifikasi pelantikan ini, sedangkan APAD bernaung di bawah Menteri Pengangkutan yang sepasukan dengan YB Hannah baik dari segi kebersamaan dalam Kabinet mahupun keahlian dalam parti DAP.
“Demi menuntut pentadbiran yang bersih, berintegriti dan bebas daripada konflik kepentingan saya menyeru kerajaan negeri Selangor khususnya YB Ng Sze Han yang juga dari parti DAP agar menarik semula keputusan pelantikan Asia Mobility sebagai syarikat pengendali perkhidmatan DRT di bawah inisiatif Mobiliti Selangor,” katanya.
Beliau turut menggesa agar tender tersebut dibuat secara terbuka bagi keadilan kepada semua syarikat pengendali perkhidmatan yang berkelayakan.
Ini sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 9 Januari lalu yang menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan mengamalkan lagi rundingan terus dalam mana-mana perolehan kerajaan.
Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan sudah melakukan siasatan interim berhubung isu pemberian kontrak projek DRT.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata justeru itu, pihaknya memutuskan bahawa tiada kes dalam isu itu.
KES SUAMI
SHARIZAT MELAYU
250 JUTA RINGGIT
AMIN
KES SUAMI
SHARIZAT CHINA
25 JUTA RINGGIT
AMIN
LEMBU DAN KERETA
KES YANG SAMA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)


