Isnin, 24 Jun 2024

KENAPA JUAL HARTA STRATEJIK NEGARA PADA BLACKROCK ?


'Ini lapangan terbang, bukan pasar raya', kata tokoh pemikir di sebalik kempen Putrajaya lawan kritikan BlackRock


Tokoh pemikir Dr Chandra Muzaffar turut serta mengulas kontroversi keputusan kerajaan membawa masuk sebuah syarikat milik BlackRock ke dalam konsortium menguruskan lapangan terbang, ketika Putrajaya melancarkan kempen media memburuk-burukan pengkritik yang semakin lantang menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim membatalkan rancangan itu.

Chandra, antara pengasas utama PKR yang satu masa dulu menjadi jurucakap utama gerakan reformasi Anwar, berkata tidak ada justifikasi untuk menjual saham Malaysia Airports Holdings (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah syarikat milik penuh BlackRock, firma pelabur gergasi AS yang berdepan tuduhan bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai dilakukan Israel.

"Mengapa kita perlu bekerjasama dengan syarikat yang dimiliki sebuah entiti yang mempunyai hubungan rapat dengan ketenteraan Israel dan AS?" soal Chandra, yang mengetuai Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (Just).

- Iklan -

"Ini sesuatu yang membimbangkan kerana ia melibatkan lapangan terbang - bukan restoran atau pasar raya - yang akan diuruskan GIP yang dimiliki BlackRock."

Pandangan beliau dibuat ketika Putrajaya melancarkan kempen media dalam cubaan melawan balik pengkritik rancangan itu, yang akan menyaksikan GIP membeli 30% kepentingan dalam sebuah konsortium menguruskan MAHB, bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Kempen itu membawa naratif kewujudan BlackRock yang sekian lama di dalam pasaran modal Malaysia melalui kepentingannya dalam pelbagai syarikat, iaitu hujah sama dikemukakan Anwar ketika mempertahankan rancangan penjualan saham itu.

Ia menimbulkan reaksi bekas ketua penerangan Umno Isham Jalil, yang menukilkan penjelasan kepada Anwar, yang juga menteri kewangan, mengenai perbezaan saham ditawarkan kepada GIP dan saham yang dibeli di pasaran terbuka.

"Pegangan-pegangan saham dan bon-bon oleh kepentingan Blackrock di syarikat-syarikat ini adalah kecil, iaitu dalam 1%-3% sahaja. Mereka tidak perlu minta izin atau runding dengan kita untuk beli saham-saham dan bon-bon di pasaran terbuka seperti ini dan tidak ada sesiapa boleh halang mereka," kata Isham, yang pernah menganggotai Unit Perancangan Ekonomi di bawah pentadbiran Najib Razak.

Chandra berkata kebimbangan terhadap rancangan itu adalah wajar kerana BlackRock mempunyai pelaburan besar dalam firma yang rapat dengan industri senjata Israel.

"Ia memiliki 7.4% kepentingan dalam Lockheed Martin, kontraktor pertahanan yang memainkan peranan penting dalam memperlengkapkan tentera Israel. Inilah sebabnya mengapa Lockheed dituduh bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai yang amat kejam di Gaza yang kini memasuki bulan kelapan," katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan berhujah bahawa GIP tidak memegang majoriti saham konsortium itu, ia sudah pasti bakal memainkan peranan penting disebabkan pengkhususannya dalam pengurusan lapangan terbang.

"Adakah kerana kepakaran ini GIP dibawa sebagai rakan kongsi? Terdapat firma lain dengan kepakaran yang setanding yang boleh dipertimbangkan."

Chandra mengingatkan kerajaan bahawa pengurusan lapangan terbang memerlukan penggunaan data sensitif.

"Ini adalah transaksi yang mempunyai kesan keselamatan yang mendalam."

Beliau berkata hakikat bahawa MAHB merupakan sebuah syarikat yang menunjukkan keuntungan menjadikan rancangan melibatkan GIP "bertambah pelik".

"Tidak ada alasan kewangan bagi penjualan saham MAHB dan ini diperkukuhkan lagi dengan prestasi pengurusan cemerlang MAHB," katanya merujuk kepada keuntungan bersih MAHB sebanyak RM543.2 juta tahun lepas, melebihi keuntungan 2019 sebelum pandemik Covid-19 melumpuhkan sektor penerbangan.

Chandra turut menolak tanggapan bahawa rancangan membawa masuk entiti AS itu kemungkinan langkah Putrajaya mengimbangi hubungan rapatnya dengan China.

"Mengimbangi hubungan dengan kedua-dua kuasa besar itu tidak bermakna bersedia mengorbankan prinsip. Jika Malaysia yang sering berpegang kepada soal etika dalam politik serantau dan antarabangsa, kini menyimpang daripadanya dan cuba mengambil hati mana-mana kuasa besar, ia akan memburukkan reputasi negara di samping memadamkan kredibiliti."

Chandra memberi amaran kepada kerajaan Malaysia agar tidak dilihat bersekongkol dengan pihak yang kini "bersubahat dalam salah satu pembunuhan beramai-ramai paling tidak berperikemanusiaan dan paling kejam dalam sejarah".

"Apabila dimensi moral sesuatu konflik amat jelas, kita wajib memastikan bahawa kita tidak dianggap sekumpulan yang cakap lain buat lain.

"Komitmen kita terhadap prinsip dan nilai etika dalam malapetaka seperti Gaza harus ditunjukkan melalui tindakan - tindakan yang kekal membuktikan kita tidak bertolak ansur dengan kejahatan."

ORANG RAMAI

BERTANYA

KENAPA JUAL

HARTA STRATEJIK

 NEGARA

KEPADA SYARIKAT

ZIONIS YAHUDI

AMIN

MUSTAHIL TAK

TAHU PERANAN

BLACKROCK

AMIN

JAWABNYA

ADA KUIH PAU

AZIZAN SUKMA

DAN SAIPOL

UNTUK BLACKROCK

AMIN

KHALAS

POLITIKUS BERKATA BETUL



Ahli politik Britain dakwa Barat

 pencetus pencerobohan

 Putin di Ukraine

LONDON: Ketua parti sayap kanan Britain, Reform UK, Nigel Farage, berkata peluasan Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke arah timur menjadi pencetus kepada pencerobohan Presiden Russia ,Vladimir Putin ke atas Ukraine.

Kenyataan itu yang dibuat pemimpin politik itu dalam temu bual bersama BBC dan disiarkan hari ini, mendapat kritikan hebat di seluruh spektrum politik Britain menjelang pilihan raya 4 Julai ini, yang mana parti Farage diramalkan memenangi jutaan undi.

Farage berkata, beliau tetap berpegang dengan kenyataan yang dibuat sejurus selepas pencerobohan Moscow ke atas Ukraine Februari 2022, yang disiarkan di media sosial bahawa langkah itu adalah "akibat peluasan EU dan NATO."

Katanya, beliau sudah meramalkan perang di Ukraine seawal 2014.

"Adalah jelas bagi saya bahawa peluasan NATO dan EU yang sentiasa ke arah timur memberi alasan untuk lelaki itu menyatakan kepada rakyat Russia, 'Mereka datang untuk kita semula' dan untuk berperang.

"Kita mencetuskan perang ini... sudah tentu ia salahnya (Putin), dia menggunakan apa yang kita lakukan sebagai alasan." kata Farage dalam temu bual BBC itu.

Russia melancarkan operasi ketenteraan khasnya di Ukraine sebagai sebahagian daripada perjuangan yang lebih luas ke atas Barat, yang dikatakan mahu menjatuhkan Russia.

Kyiv dan Barat menolak dakwaan itu dan menuduh Russia melancarkan perang penaklukan haram.

Kempen selama berdekad Farage menentang keahlian Britain dalam EU dan imigresen besar-besaran menjadikan beliau salah seorang ahli politik negara yang paling dikenali dan membawa pecah belah.

Kemasukan mengejutnya dalam saingan pilihan raya menjejaskan harapan Perdana Menteri Konservatif, Rishi Sunak untuk menutup undian pendapat yang kini didahului Parti Buruh berhaluan tengah.

Reform UK tidak mungkin memenangi banyak kerusi di parlimen, namun parti itu boleh memecah undi hak pusat di seluruh negara.

Parti itu hanya memegang satu kerusi di parlimen sebelum ini, yang diperoleh apabila seorang ahli parlimen konservatif berpaling tadah.

Kenyataan Farage mengenai Ukraine mendapat kecaman.

Sunak berkata, Farage "salah sama sekali", menuduhnya membuat kenyataan yang membahayakan keselamatan Britain dan sekutunya.

Jurucakap pertahanan parti Buruh, John Healey menyifatkan kenyataan Farage sebagai memalukan dan melabelnya sebagai "pemohon maaf Putin."

Farage kemudian menyiarkan di X:
"Putin salah untuk menyerang sebuah negara yang berdaulat dan EU salah untuk berkembang ke arah timur. Semakin cepat kita menyedari perkara ini, semakin hampir kita akan menamatkan perang dan membawa keamanan."

WOIT

INI CONTOH

POLITIKUS

BERCAKAP BENAR

AMIN

EROPAH & NATO

PUNCA PERANG

UKRAINE

KHALAS

BEZA PENGAJIAN MELAYU DENGAN PENGAJIAN EKONOMI


BEZA IJAZAH

PENGAJIAN MELAYU

DENGAN

PENGAJIAN

 EKONOMI

KHALAS

SEMUA URUSAN AIRPORT DIKENDALIKAN OLEH BLACKROCK


AYAH BLACKROCK

ANAK GIP

CUCU MAHB

AMIN

BLACKROCK BELI

SEMUA GIP

AMIN

SEMUA URUSAN

DIBAWAH GIP

DIKENDALIKAN 

OLEH BLACKROCK

KHALAS

Unknown commented on
 "MELABUR BELI SAHAM BERBEZA DARI MENILIKI 39 AIRPORT"

TT blackrock pegang 30% sahaja yang 70% milik local..macam mana blackrock boleh milik 39 airport? Ini matematik pas ka? Atau kira kira abu lahab? I cuntpius..

SEMUA MAIN WAYANG


SEMUA MAIN

WAYANG

AMIN

abu qassim commented on 
"TAK ADA RUNDINGAN RESMI"

KAH KAH KAH
Tolak campur konpom monang...
Tolak bosatu cmpr pihesh..
Lopeh tu pihesh tolak amngok..
Cmpr pis pihesh tontu monang .
Dh tontu bosatu amngok tkleh kawan .
Kawan dgn pihesh leh gnti tompek amngok..
Pihesh dh lamo nk buang bewak idup amngok..
Msg² semuo main wayang...
Poodah tiu na ma..
KAH KAH KAH

MELABUR DAN MEMBELI


MELABUR DAN

MEMBELI



SENIN 24 JUN 2024
HEBOH  PASAL BLACKROCK
INI KEJAYAAN FORUM
BLACKROCK  KHAMIS LALU

KINI BLACKROCK 
JADI PERBUALAN NASIONAL
ORANG RAMAI DISANA SINI
BERLABON TENTANG
RANCANGAN ANWAR IBRAHIM
NAK SWASTANKAN
HARTA RAKYAT
KEMUDIAN JUAL PADA
ZIONIS YAHUDI

RAMAI KELIRU
KERANA DILAPORKAN
BLACKROCK SYARIKAT
ZIONIS YAHUDI INI
TELAH ADA LAMA DI MALAYSIA

BEZANYA DULU MELABOR
BELI SAHAM
SEKARNAG NAK MILIK SEMUA
 39 AIRPORT
MALAYSIA

MELABUR TUNGGU UNTUNG
MEMBELI ERTINYA MEMILIKI
MENGUASAI SEMUA
INI BAHAYA

TAK CUKUP DENGAN BAHAYA INI
BLACKROCK PEMBEKAL
SENJATA UTAMA UNTUK
BUNUH RAKYAT PALESTIN
AMIN

ISRAEL
IRON DOME
PAYUNG BESI PENDIDING
ISREAL KINI
BOLEH DI TEMBUSI
OLEH HIZBULLAH

UKRAINE
RUSIA MENYERANG PENCAWANG
BANYAK PEKAN DAN KAMPONG
TAK ADA LETERIK

FRANCE
GARIS KIRI MENDIRIKAN
UNITED FRONT
GABUNGAN FRONT POPULAR
 ADA KOMUNIS SOSIALIS
DAN PARTI HIJAU
BERSATU NAK LAWAN
GARIS PARTI KANAN

HOKKIEN 
PAGI INI CERAH 
MATAHARI BELUM MUNCUL
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS

DI PINTU MASUK
GUA DI SAMBUT OLEH TERKUKUR
GUA DENGAR SUARA PIPIT
CHIP CHIP CHIP
DALAM SAWAAH RUMPUT

HA HA
HARI KE DUA POKOK ARA
MASIH HEBOH
SUARA PELBAGAI BURUNG
ADA KELUAR MASUK
DALAM RIMBUNAN DAUAN
PASTI ARA SEDANG BERBUAH

HARI INI AKAN PANAS
JIKA TAK HUJAN PETANG
MALAM  ENAK MACAM
MALAM KEMARIN UNTUK
BERCANDA CANDA

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SENIN

BRO
NIAT NAK MEMBUAT
DATANG PANAS
BUAT SEGERA SEBELUM SEJUK

BRO
APA PUN LU BUAT
PASTI ADA TUKANG
TUKANG APA?
TUKANG KRITIK

BRO
AWAS DENGAN SOSOK
YANG KLIM ADA PHD
KAH KAH KAH

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSENIN