Isnin, 18 November 2024

BUNG DAN BINI KENA DAKWA



Bung Moktar, isteri diperintah bela diri 3 tuduhan rasuah


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya,  Zizie Izette Abdul Samad diperintahkan membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan  Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan  Noorin Badaruddin sebulat suara membuat perintah itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 September tahun lalu, yang melepas dan membebaskan pasangan itu selepas membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.

Panel memerintahkan kes berkenaan dikembalikan di Mahkamah Sesyen bagi Bung Moktar dan Zizie Zizie Izette membela diri terhadap tuduhan berkenaan.

'Penjawat awam dihukum kerana lapor rasuah, salah laku boleh jumpa saya' - KSN

Pada 7 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pasangan itu daripada tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta FELCRA Berhad (FELCRA) dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Ia berikutan Hakim  Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada jam 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama.

Ia membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

INI KES 

NAJIB DAN ROSMAH

OOPPSSS... SILAP

KES BUNG MOKHTAR

DENGAN ZIZIE

KAH KAH KAH

LAKI BINI

KENA DAKWA

KAH KAH KAH

KITA LIHAT

APA TERJADI

TAPI AWAS

INI KERAJAAN

MADANON

DAH BICARA PUN

BOLEH DNAA

AMIN

KHALAS

BOM DARI UDARA PELURUD DARI KERETA KEBAL



Serangan darat dan udara terbaharu tentera Israel kobankan 43 di Gaza

GAZA: Sekurang- kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu tentera Israel di Gaza semalaman, yang dilancarkan secara berterusan sejak pertengahan Oktober lalu.

Sementara itu, penyerang Israel yang bertopeng turut bertindak membakar rumah dan kenderaan milik penduduk Palestin di perkampungan Beit Furik, berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat.

Sehubungan itu, penduduk Palestin di Tebing Barat menggesa campur tangan antarabangsa untuk menghentikan serangan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini untuk merampas penempatan mereka.

Di Beirut, dua lagi paramedik terbunuh dalam serangan dron Israel di Nabatieh, selatan Lubnan ketika tercetusnya kemarahan susulan kematian sekurang-kurangnya 12 anggota penyelamat dalam serangan udara ke atas pusat pertahanan awam.

Hizbullah melancarkan puluhan peluru berpandu dan dron ke pangkalan tentera Israel di utara negara itu serta mencederakan sekurang-kurangnya lima orang di bandar pelabuhan Haifa.

Dalam satu hantaran di Telegram, Hizbullah menyatakan pejuangnya melakukan serangan hendap ke atas tentera Israel di kampung Chamaa, di selatan Lebanon, pada jam 11.15 malam waktu tempatan (21:15 GMT) yang mengorbankan beberapa individu.

Hizbullah berkata pertempuran masih berlangsung namun tentera Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan berkenaan.

Terdahulu, Agensi Berita Kebangsaan Lubnan melaporkan bahawa askar Israel berundur selepas memasuki Chamaa, kira-kira lima kilometer dari sempadan Israel.

Ia adalah kemaraan terjauh tentera Israel memasuki Lubnan sejak serangan darat bermula pada 1 Oktober lalu.

Sebelum berundur, tentera Israel dilaporkan meletupkan Makam di Chamaa serta beberapa rumah penduduk.

Menurut AFP, sekurang-kurangnya 47 tentera Israel terbunuh dalam pertempuran dengan Hizbullah sejak 30 September lalu.

Agensi Berita Kebangsaan Lebanon turut melaporkan bahawa tujuh ahli keluarga terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan, di perkampung Arab Salim, wilayah Nabatieh. - AFP

SENJATA CANGGIH

BARU SAMPAI

DARI AMERIKA

AMIN

BOM DAN PELURU

BUATAN KILANG

BLACKROCK

KHALAS


BUNG DAN BINI AKAN DI DAKWA


BUNG DAN BINI

AKAN DI DAKWA

KHALAS

KETIMBANG OOOH KETIMBANG


KETIMBANG

OOOH

KETIMBANG

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"FAHMI FADIL KATA VIDEO INI DI SUNTING - LIHAT SENDIRI"

PAPA PUTAR LAH SELAGI BOLE PUTARRR..!!
Papangang Anwar Ibrahim ditanya oleh wartawan CNN sama ada menerima hak Israel untuk wujud dan mempertahankan diri.

CNN: Tetapi anda akan setuju bahawa, a) Israel berhak wujud.
Anwar: Ya, ya.
CNN: Dan b) Israel berhak mempertahankan dirinya.
Anwar: Ya.

Link spin gila babi Papangang.. link bawah di Peru papa spin dan spin.. dengar baik baik

https://vt.tiktok.com/ZSj55uN8a/

Beza soalan dan beza jawapan papa spinn tahap gila babi Papa kata Isreal wujud di PBB dan perlu di singkirkan tetapi soalan wartawan CNN bertanya apa kah Isreal berhak wujud..!? Papangang kata Ya/Yess

"BERHAK WUJUD" Dan "WUJUD di PBB" adalah konteks yang sangat berbeza wahai anak anak papa..!!?

Kalau isreal berhak wujud dan mempertahankan diri...bagaimana pula rakyat palestin yang negaranya dijajah dan setiap hari dibunuh?????

Jawapan Anwar itu bercanggah dengan dasar kerajaan Malaysia yang selama ini tidak mengiktiraf negara Zionis itu.

#ketimbangdanspinkantakjauh

APA JADI JIKA BIDADARI TAK ADA ?



APA JADI JIKA

BIDADARI

TAK ADA ?

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"FAHMI FADIL KATA VIDEO
 INI DI SUNTING - LIHAT SENDIRI"

Sudah tahun 2024, sekejap nak masuk tahun 2025, orang moden nak maju ke depan, semua nak ganti robot nak guna AI, bukan Anwar Ibrahim tetapi AI kah kah kah, kita pulak asyik cerita sama, nak tiket syurga nak bidadari dan besar ketat padat planta bagi nikmat dunia akhirat kah kah kah pelik tetapi hakikatnya tetap sama,

semua nak kuasa semua nak bolot segala kekayaan dunia atas alasan sama, dulu kini selamanya, ini naluri manusia, biasa siapa pegang kuasa akan ada anak beranak ada sanak saudara ada penyokong kroni cukong semua lengkap package baru boleh kelangsungan hidup terbaik, tetapi jangan lupa seorang billionaire tempatan Daim Zainuddin, bukan billionaire baru tetapi paling lama tak ramai ketahui apa bawa selepas mangkat? Bawa dulang emas, bawa kereta Ferrari, bawa USD, bawa apa-apa tak? 

Yang tinggal kepada anak beranak juga, biar mereka enjoy menjoy sebab susah mengumpul harta orang lain hak milik orang lain, nak cakap betul lah, kalau meniaga secara lurus susah jadi kaya, boleh selesa tetapi susah jadi cakap serta merta macam Maggie Cup kah kah kah,

yang kaya serta merta pasti ada tak betul, ada tak kena tetapi semuanya halal wayang kuat depan kah kah kah saja ingatkan kepada orang-orang kita setiap perbuatan baik atau buruk pasti sampai balasan nanti, tunggu masa saja, sama seperti kepada para penghasut kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

REBAH DI BAKAR

SATU KETIKA DULU
SENIN 18 NOVEMVER 2024
HEBOH PASAI
ANWAR IKTIRAF ISREAL
MASIH MEREBAK
KAH KAH KAH

KALI INI SAIFUDIN
DARI KDN
BERI ANCAMAN
KAH KAH KAH
JANGAN SEBAR FITNAH
KAH KAH KAH

WOIT
FAHMI FADIL KATA
KLIP DI SUNTING
KAH KAH KAH
KALAU DISUNTING 
KENAPA TAK SAMAN CNN
KAH KAH KAH

BERAT
MADANON MAKIN BERAT
KAH KAH KAH

DENGAR KHABAR
ANWAR NAK JADI
PEMIMPIN OIC
NAK TUNJUK DIA ISLAMIK
KAH KAH KAH
OH I SEE
AMIN

AMERIKA
BIDEN SETUJU BERI UKRAINE
SENJATA PELURU BERPANDU
JARAK JAUH
INI PASTI PROJEK
TAK MAHU PERANG
DI TAMAT

CANADA
HINDU DAN BENGALI
BERGADUH DI CANADA
MEREKA PENDATANG
YANG BAWA MASUK
POLITIK INDIA

LEBANON
DI LAPOR PEMIMPIN
GERILA HIZBULLAH
MUHAMMED HAFIF
GUGUR DI BEIRUT
AL-FATIHAH

RUSIA
LANCAR SERANGAN UDARA
BESAR BESARAN
KE ATAS UKRAINE

PUTRAJAYA
BUNG MOKHTAR DAN BINI
WAJIB BELA DIRI
JENG JENG JENG

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
MATA HARI DAH BERSINAR INDAH
KL & KL SENTRAL CERAH

DI HUTAN TEPI PAGAR
MURAI BERKICAU
MENJADIKAN PAGI INDAH
TERKUKUR DI JALAN
TERKUKUR BERTENGGENG
DI BATU NESAN

HA HA
WARGA HOKKIEN
MENYALAK
PAGI INI ADA DUA PASUKAN
KAH KAH KAH

DUA GAMBAR DI ATAS
ADALAH GAMBAR
POKOK MATI
KINI DAH RUNTUH DAN DIBAKAR
TAMATLAH KESAH
SEBATANG POKOK
AMIN

HARI INI PASTI PANAS
TAK TAK SEDANG BERJEMUR
DI BALKONI
JIKA PETANG UJAN
MALAM JADI SEJUK

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN

BRO
LU FIKIR BESAR
KEMUDIAN LAKUKAN
YANG LEBIH BESAR

BRO
LU JADI BIJAK
JIKA LU PANDAI
KUMPUL
PENGALAMAN

BRO
LU JADIKAN DIRI LU
ASPIRASI
UNTUK ORANG ORANG
DI KELILING LU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA