Ahad, 29 Disember 2024

DEMO SENIN 6 JANUARI 2025


HIMPUNAN

6 JANUARI 2025


PERHIMPUNAN 6 JANUARI 2025 
DI PUTRAJAYA:
PERPADUAN KERAJAAN MADANI
 DALAM BAHAYA

Pada 6 Januari 2025 di Mahkamah Rayuan Malaysia di Putrajaya akan diputuskan sama ada permohonan Dato' Sri Najib Razak untuk mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakimannya berkaitan isu Titah Addendum dibenarkan atau ditolak?


2.Pada hari ini 28 Disember 2024 telah tersiar satu kenyataan dari Jabatan Peguam Negara yang mengandungi dua perenggan yang menyatakan sebarang permohonan berkenaan pengampunan diraja di bawah Perkara 42(1) dan Perkara 42(2) Perlembagaan Persekutuan hendaklah dibuat kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang diPertuan Agong.

3.Terdapat beberapa tafsiran dari kenyataan media terbaru Jabatan Peguam Negara ini.Pertama, ia seakan gangguan atau campurtangan oleh Jabatan Peguam Negara di bawah cabang Jabatan Perdana Menteri terhadap kes rayuan Najib Razak yang sedang dalam pertimbangan hakim-hakim di Mahkamah Rayuan.Sepatutnya pihak kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara mengelak dari melakukan tindakan subjudis yang menjurus kepada menghina mahkamah terutama pada ayat terakhir dalam kandungan perenggan kedua kenyataan Media tersebut yang membawa makna lain-lain kaedah seperti saluran mahkamah tidak boleh digunakan berhubung Perkara 42(1) dan Perkara 42(2) tersebut.Kandungan kenyataan Media Jabatan Peguam Negara ini masih boleh dipertikaikan dari segi undang-undang keperlembagaan.

4.Tafisaran kedua, adakah ia bermakna sekiranya permohonan kebenaran merayu pada 6 Januari 2025 nanti ditolak oleh Mahkamah Rayuan maka  Dato' Sri Najib Razak terpaksa membuat permohonan baru kepada Yang diPertuan Agong sekarang, Sultan Ibrahim?

5.Ketiga, jika demikian tafsiran kenyataan Jabatan Peguam Negara tersebut adakah ia bermakna Titah Addendum Yang diPertuan Agong yang lalu, Al- Sultan Abdullah sekiranya ia benar-benar wujud maka Titah Addendum itu tidak lagi relevan pada masa pemerintahan Yang diPertuan Agong sekarang? Apakah ini yang cuba disampaikan oleh kenyataan Media dari Jabatan Peguam Negara tersebut?

6.Nampaknya isu Titah Addendum ini akan menjadi isu panas yang boleh membakar perpaduan Kerajaan Madani. Parti PAS cepat menangguk di Air Keroh untuk mendapat laba politik dengan menggerakan satu usaha  menganjurkan perhimpunan besar di depan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 6 Januari 2025, iaitu sembilan hari lagi.

7.PAS secara rekod mempunyai keupayaan untuk mengemblengkan ahli-ahli dan penyokongnya untuk menyertai perhimpunan-perhimpunan besar sebelum ini.

8.Pemimpin Bersatu melalui Ketua Wanitanya, YB Mesjid Tanah telah menyatakan secara terbuka bahawa Bersatu tiada halangan jika anggota Bersatu akan turun ke jalanraya pada 6 Januari depan di Putrajaya.Dalam masa yang sama YB Dr Puad Zarkasi anggota Majlis Tertinggi Umno mengalu-alukan sokongan PAS dan parti-parti lain terhadap isu pengampunan.

9.Perhimpunan 6 Januari  2025 di Putrajaya jika menjadi kenyataan ia sudah pasti akan menggugat perpaduan Kerajaan Madani pimpinan Dato' Sri Anwar Ibrahim.

10. Pemimpin Kerajaan Madani sekarang cukup faham kesan politik terhadap siri-siri perhimpunan raksa oleh rakyat jelata. Contohnya perhimpunan Bersih 1 hingga Bersih 5 telah menjatuhkan kerajaan Naib Razak dan Umno/ Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia selama 60 tahun sejak Merdeka.

11.Begitu juga tentu sekali Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih ingat lagi bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad digoncang hebat dengan perhimpunan besar membantah isu ICERD dan Statut Rome anjuran bersama PAS dan UMNO sehingga akhirnya kerajaan PH tersebut tumbang selepas jadi kerajaan hanya 22 bulan sahaja.

12.Mungkinkah menyedari hal ini bagi mencari jalan penyelesaian, dan supaya ada lorong keluar dari mengelak ketegangan jika UMNO, PAS dan BERSATU bergabung tenaga dan suara pada 6 Januari 2025 menggugat Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim maka dikeluarkan kenyataan Media oleh Jabatan Peguam Negara iaitu apapun berlaku di Mahkamah Rayuan Malaysia pada 6 Januari 2025 kedudukan kes pengampunan terhadap Najib tidak menempuh jalan gelap memanjang.Mungkin ada sinar di hujung terowong. 

13.Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara ini memberi isyarat awal bahawa permohonan pengampunan Najib Razak masih boleh dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang diPertuan Agong sekarang, Sultan Ibrahim.

14.Sama-samalah kita lihat perkembangan terbaru ini.Adakah Najib berpeluang seperti kata perumpamaan dalam bahasa Inggeris, "second bite of the cherry"? Tetapi perlu dinyatakan dari segi kedaulatan undang-undang  bahawa " second bite of the cherry" adalah satu contoh salah guna proses undang-undang.Jika itu berlaku, adakah ia satu tatakelola pentadbiran kerajaan yang baik?

Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 
Sabtu 28.12.2024



PUTIN MINTA MAAF



Nahas pesawat: Putin hubungi Presiden Azerbaijan mohon maaf, ucap takziah


MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin menghubungi rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah, lapor Agensi Anadolu.

"Vladimir Putin memohon maaf atas kejadian tragik yang berlaku di ruang udara Russia dan sekali lagi menyampaikan ucapan takziah yang mendalam dan ikhlas kepada keluarga mangsa serta mengharapkan pemulihan segera kepada yang cedera," menurut kenyataan Kremlin.

Putin menegaskan bahawa pesawat penumpang Azerbaijan itu membuat beberapa percubaan untuk mendarat di bandar Grozny di Chechnya, pada ketika sistem pertahanan udara Russia sedang bertindak balas terhadap serangan drone Ukraine.

Beliau memberitahu Aliyev bahawa Jawatankuasa Siasatan Russia telah memulakan kes di bawah Perkara 263 Kanun Jenayah, yang meliputi pelanggaran keselamatan trafik udara dan peraturan operasi.

"Tindakan siasatan awal sedang dijalankan, dengan pakar awam dan tentera sedang dirujuk," tambah kenyataan itu.

Pada Rabu, pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 orang dari ibu negara Azerbaijan, Baku ke Grozny terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan, mengorbankan 38 orang, manakala 29 terselamat.

Dua wakil dari Pejabat Pendakwa Raya Azerbaijan kini berada di Grozny, bekerjasama dengan pegawai Russia dari Pejabat Pendakwa Raya dan Jawatankuasa Siasatan.

Pelbagai perkhidmatan dari Rusia, Azerbaijan dan Kazakhstan sedang menyelaras rapat di tapak kemalangan berhampiran Aktau untuk menguruskan kesan bencana itu.

Sementara itu, perkhidmatan media Presiden Azerbaijan mengesahkan Putin menghubungi Aliyev untuk menyampaikan permohonan maafnya berikutan insiden tragis yang membabitkan pesawat Azerbaijan Airlines.

Menurut kenyataan itu, Aliyev menegaskan pesawat penumpang Azerbaijan Airlines telah menghadapi gangguan fizikal dan teknikal luaran semasa berada di ruang udara Russia, khususnya di Chechnya.

Gangguan ini menyebabkan pesawat kehilangan kawalan sepenuhnya, memaksanya melencong ke Aktau, Kazakhstan, yang mana pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat berkat keberanian dan profesionalisme luar biasa juruterbangnya, menurut kenyataan itu.

Presiden Azerbaijan itu menekankan bukti-bukti utama gangguan itu termasuk - banyak lubang pada badan pesawat, penumpang dan anak kapal yang cedera akibat serpihan yang menembusi semasa penerbangan, serta kenyataan dari pasukan dan mangsa yang terselamat - yang bersama-sama mengesahkan berlakunya gangguan luar.

Dalam perbincangan mereka, kedua-dua pemimpin bersetuju tentang keperluan untuk penyiasatan menyeluruh berkenaan kemalangan tragis itu dan pentingnya memastikan individu yang bertanggungjawab diambil tindakan sewajarnya.

Aliyev turut memaklumkan bahawa atas inisiatif Azerbaijan, satu delegasi pakar antarabangsa telah dibentuk untuk menyiasat punca insiden itu secara teliti dan telah memulakan kerja mereka.

Kedua-dua presiden menegaskan komitmen mereka terhadap proses penyiasatan yang telus dan berjanji untuk terus memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai perkembangan dan penemuan penyiasatan. – BERNAMA-AA

TAKZIAH

UNTUK 

KELUARGA

AMIN

BUAT SILAP

MINTA MAAF

AMIN

JANGAN BALING

BATU SEMBUNYI

TANGAN

KHALAS

TURUN TURUN TURUN - DEMO BESAR


TURUN TURUN

TURUN

6 JANUARI 2025

PUTRA JAYA

KHALAS

PERANG BELUM SELESAI LAGI


PERANG BELUM

SELESAI LAGI

KHALAS

Unknown commented on 
"RAKYAT SETUJU 
ANWAR BLACKROCK GAGAL"

selama ni, TT yang kuat bohong. kata israel sudah kalah, angkat bendera putih tapi hamas, hezbollah sudah lumpuh. malahan syria pun sudah jahanam. cakap lanciau saja. Kah kah kah!

Unknown commented on
 "ZIONIS BLACKROCK
 MAIN TEATER"

woi bongok, cuba kau check sama ada iran boleh menyerang israel. banyak roket tapi tak kena pada sasaran, apalah gunanya? bongok betullah lu ni.

MINTA VISA NAK JUMPA TUHAN

 

MINTA VISA

NAK JUMPA

TUHAN

AMIN

Unknown commented on 
"JANGAN JADI ARAB"

sekarang dah jadi lebih mudah.. tak perlu arab, perancis, spanyol, amerika atau british.. kita kini ada hannah yeoh.. duta tuhan... kah kah kah



Unknown commented on 
"PUTRAJAYA BANJIR"

yang mana nak taubat boleh jumpa duta tuhan hanna yeoh.. kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

AHAD  29 DISEMBER 2024
LAGI DUA HARI
2025 SAMPAI
DI AMBANG TAHUN BARU
KITA ENJOI DE MENJOI

MALAM TAHUN BARU
WAJIB DI RAYAKAN
DALAM APA SAJA BENTUK
TAPI JANGAN LUPA
PADA GAZA
PADA  BLACKROCK

HA HA HA
PELIK AMAT PELIK
HARI SABTU 
TUP TUP 
PEGUAM NEGARA
KELUAR KENYATAAN
KAH KAH KAH
DAH PANIK KE?
KAH KAH KAH
KES TITAH TAMBAHAN AGONG
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH

MACAM DAH PANIK
KELUAR KENYATAAN 
PADA HARI SABTU

TAK PERNAH BERLAKU
SEMENJAK BIG BANG
HARI SABTU
ADA KENYATAAN RESMI
KAH KAH KAH

AWAS
6 JANUARI 2025
KEPUTUSAN DI BUAT
DI MAHKAMAH RAYUAN
DI PUTARJAYA
JENG JENG JENG

DAN
DAN
PARTI PAS 
PARTI BERSATU
PARTI UMNO
PELBAGAI NGO
AKAN BERHIMPUN
JENG JENG JENG
UNTUK TUNJUK SETIAKAWN
DENGAN PENCURI BERNAMA NAJIB

YANG TERBAIK
IALAH BERHIMPUN
INI WAJIB DISOKONG
KITA SETUJU  GUNA 
POLITIK JALAN RAYA

TAK TURUN JALAN RAYA
TAK AKAN MENANG PILIHANRAYA
KHALAS

AMERIKA
TRUMP NAK BERI VISA
PADA PARA PROFESIONAL
DARI SELURUH DUNIA
UNTUK BEKERJA DI AMERIKA

RUSIA
PUTIN MINTA MAAF
MENGAKUI TELAH
SECARA TAK SENGAJA
TERTEMBAK KAPAL TERBANG
DI AZERBAIJAN
DI SANGKA DRONE  UKRAINE


KOREA SELATAN
SEBUAH PESAWAT
 JATUH TERHEMPAS
ADA 174 DALAM
PESAWAT INI
20 DILAPOR DAH MATI

 RUSIA
PADA 1 JANUARI 2025
RUSIA AKAN TUTUP GAS
UNTUK MALDOVA
AMBIL

KOREA SELATAN
DEMO BESAR
TUNTUT PRESIDEN
BERUNDUR

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU INDAH

DI PINTU MASUK
PEMOTONG RUMPUT
SEDANG BERTUGAS
TIONG MELOMPAT LOMPAT
PADA WILAYAH YANG RUMPUT
BARU DI POTONG
BANYAK ULAT DAN BELALANG

DARI JAUH
GUA DENGAR
 SUARA HOW WOW
CHIP CHIP CHIP
DALAM SAWAH RUMPUT

HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK SEDANG MENJALAR
MANDI CAHAYA DI BALKONI
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SEJUK INDAH

BRO
SENYUM
SENYUM 
DI PAGI AHAD

MASUK KE KEDAI ALAT LETERONIK
NAK CARI  CERMIN  NAK BELI  PAKU
ANWAR BLACKROCK SUDAH PANIK
PEGUAM NEGARA DATANG BANTU

PANJANG UMUR  TENGOK NASIB
PAKAI KEMERA JENIS CANON
DEMO BESAR  SOKONG NAJIB
RAKYAT TURUN TIBAI MADANON

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI