Selasa, 14 Januari 2025
API DI LOS ANGELES
API MEMBAKAR
DI LOS ANGLES
BUKAN TANDA
TUHAN MURKA
TAPI TANDA
MAMUSIA
MEROSAK ALAM
KHALAS
Unknown commented on
"SENI BANGUN MELAWAN"
Tengok saja berita kebakaran di Los Angeles? Sudah pergi bulan sudah pergi Marikh, sudah macam-macam kemajuan sains teknologi tetapi api susah padam, kemusnahan sudah datang kepada mereka yang terlalu tinggi keyakinan terlalu taksub terlalu kuat tentera meriam segala ilmu dunia diketahui tetapi akhirnya akur kepada api,
jadi jangan main api selalu kerana api makan balik woit, sama juga orang kita sekarang terlalu suka provokasi terlalu terpaling taksub bangsa agama keturunan sampai terpaling hebat curi rasuah terpaling wayang tinggi produksi setiap masa melepak di kedai sampai lupa buat kerja baik kah kah kah
ALLAH MARAH !!!
WOIT
JIKA APIDI LOS ANGLES
KERANA
ALLAH
MARAH
ZIONIS BAKAR
GAZA
AMIN
APAKAH
TSUNAMI
DI ACHEH 2004
KERANA
ALLAH
MARAH
TAK RAMAI
MAIN BONTOT
KAH KAH KAH
KHALAS
SAIPOL AZIZAN SUKMA BERSALAH ?
Anwar ditegur cuba heret PM terdahulu dalam kemelut titah adendum Najib
Tindakan Anwar Ibrahim mengaitkan pemimpin terdahulu dalam isu titah adendum Najib Razak disifatkan tidak adil oleh pakar komunikasi, selepas pengakuan perdana menteri akhirnya mengakui kewujudan dokumen tambahan itu selepas kontroversi berbulan-bulan.
Anwar pada Sabtu mengakui kewujudan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
Beliau kemudiannya membandingkan dirinya dengan beberapa pemimpin terdahulu.
"Yang suruh tangkap (Najib), Mahathir. Yang dakwa, Muhyiddin. Yang hukum, masa Ismail Sabri. Yang saya apa dia? Yang saya buat hanyalah bagi dia peluang buat rayuan. Saya bagi pertimbangan duduk penjara supaya ada layanan yang baik, itu saja" kata Anwar.
Pakar komunikasi Universiti Teknologi Mara, Abdul Aziz Azizam berkata timbul persoalan mengapa maklumat tentang perkara tersebut tidak diberikan secara jelas lebih awal.
"Mengaitkan perdana menteri terdahulu tentang hal ini pada satu sudut semata-mata tidak adil.
"Ini kerana hal pokoknya adalah salah laku yang telah terbukti dilakukan oleh Najib, bukan mana-mana PM yang perlu dikaitkan," katanya kepada MalaysiaNow.
Mahkamah Rayuan pada 6 Januari membenarkan semakan kehakiman oleh Najib berhubung kewujudan titah adendum tambahan dalam pengampunannya supaya beliau menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Susulan itu, pelbagai pihak menafikan menerima titah tersebut.
Ia termasuk Jabatan Penjara di bawah Kementerian Dalam Negeri, dan juga Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa yang juga anggota Lembaga Pengampunan turut menafikan terlibat dalam menyembunyikan titah adendum tersebut.
Menurut Aziz, kekalutan yang berlaku sedikit-sebanyak telah merobek persepsi awam terhadap sistem perundangan dan sistem raja berperlembagaan.
"Apabila rakyat dibiarkan tidak mempunyai maklumat yang cukup akan mencetuskan reaksi negatif terhadap institusi raja berperlembagaan yang kita junjung sejak kemerdekaan," tambahnya.
Aziz berkata Anwar perlu menjadi lebih cermat dalam menguruskan isu titah adendum tersbeut yang menyaksikan kekeliruan demi kekeliruan timbul daripada jentera kerajaan.
Najib sedang menjalani hukuman penjara setelah didapati bersalah dalam kes menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.
Bagaimanapun, tempoh hukumannya dikurangkan hukuman penjara kepada enam tahun berbanding 12 tahun, dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta, dalam pengampunan yang diberikan oleh Sultan Abdullah pada awal tahun lalu.
Shafizan Mohamed, pensyarah komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa, berkata dalam kes-kes berprofil tinggi seperti ini, tindakan berdolak-dalih bukan satu pilihan.
"Ia menghakiskan keyakinan awam ketika mana rakyat memerlukan ketegasan. Kerajaan mesti tunjukkan bahawa mereka mengambil tindakan.
"Ia tidak boleh mengatakan tidak tahu, yang hanya menjadikan reputasi kerajaan semakin buruk," katanya.
Katanya, strategi komunikasi kerajaan perlu lebih proaktif ketika hampir semua menteri mengatakan mereka tidak tahu kewujudan titah tambahan tersebut.
"Ia memberi bayangan bahawa kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat atau lebih bahaya lagi, orang ramai akan fikir kerajaan teragak-agak dalam membuat keputusan," katanya.
Tambah Shafizan, kerajaan mempunyai cara menunjukkan ia tidak mencampuri urusan mahkamah dengan mengambil tindakan mengikut kuasa masing-masing.
Dalam pada itu, Aziz berkata usaha kerajaan memberi penerangan berkenaan titah tersebut dilihat masih samar-samar dan tidak jelas.
"Sekejap itu dan sekejap ini. Yang patut bercakap pula hilangkan diri," katanya.
BUAYA TERLEPAS !!!
Kandang pembiakan buaya bolos, dikhuatiri banyak terlepas ke perairan Batam
BATAM: Sebuah kandang buaya yang menjadi pusat pembiakan di Pulau Bulan, Batam, Kepulauan Riau, Indonesia didapati bolos semalam, sekali gus mencetuskan kegusaran kerana sejumlah reptilia itu kini terlepas ke perairan berdekatan.
Portal berita Kompas melaporkan, kejadian berlaku akibat kesan hujan lebat dan kenaikan paras air dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Berita berhubung kejadian itu mula gempar apabila susulan visual mengenainya disebarkan melalui pelbagai platform media sosial.
Kompas melaporkan sejumlah lima buaya dewasa yang terlepas, namun sebuah portal media Batam News menyatakan terdapat kemungkinan jumlahnya jauh lebih banyak.
Laporan Kompas mengenai 'lima buaya dewasa terlepas' itu disahkan Ketua Polis Sektor Bulang, Adyanto Syofyan.
Menurut Adyanto, terdapat kemungkinan buaya-buaya itu terlepas pada hari sebelumnya (Ahad).
"Pihak polis dibantu anggota Tentera Indonesia kini sedang menjalankan pencarian di sekitar perairan Pulau Bulan.
"Ada antara buaya-buaya itu berukuran sepanjang kira-kira 3 meter," ujarnya, menurut laporan Kompas.
Tambah Adyanto, warga sekitar kawasan itu khususnya komuniti nelayan diminta berwaspada dengan insiden itu kerana ia boleh mencetuskan risiko bahaya, selain meminta mana-mana pihak untuk segera memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak kelibat reptilia berkenaan.
Pusat pembiakan buaya bagi tujuan eksport itu dikendalikan syarikat Perkasa Jagat Kurnia. Ia dimiliki pengusaha warga Singapura Lim Sie Liong yang juga pemilik Salin Group.
Jarak antara Pulau Bulan di Batam dan Tanjung Pelepas di Johor adalah kira-kira 80 kilometer. - AGENSI
WOIT
UNTUK DAGING
ATAU UNTUK
KULIT
KAH KAH KAH
KALAU MASUK
KE LAUT AKAN
JADI BUAYA LAUT
Langgan:
Catatan (Atom)




