Isnin, 27 Januari 2025

ANWAR BLACKROCK PAKAI TAKTIK LAPUK




Mengelilingi dunia tak bina kredibiliti, Anwar diberitahu


Siri lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke luar negara sejak mengambil alih kuasa disifatkan "taktik lapuk" oleh bekas setiausaha politiknya, yang berpandangan ia tidak dapat membina reputasinya sebagai pemimpin negara.

Ezam Nor, satu ketika dulu individu yang merupakan antara paling rapat dengan Anwar, berkata strategi perdana menteri itu dilakukan sejak dalam kerajaan Dr Mahathir Mohamad sebelum pemecatannya pada tahun 1998. 

"Sesiapa yang ikuti secara dekat modus operandi Anwar meraih populariti sejak menjadi pemimpin NGO di zaman mudanya pasti boleh membaca corak dan trend yang sama.

"Setiap kali keluar negeri, beliau akan bawa balik dan memborong kisah beliau berjumpa pemimpin ternama di peringkat antarabangsa untuk menaikkan imej beliau," katanya kepada MalaysiaNow. 

Kritikan itu di sebalik perjalanan terbaru Anwar di benua Eropah membabitkan United Kingdom, Belgium dan Switzerland. 

Hujung tahun lalu, Anwar mengetuai rombongan rasmi ke China, Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil, lawatan yang mengundang kritikan selepas pengakuannya mengenai kos lawatan dibayar pihak swasta. 

Pada sidang Dewan Rakyat Oktober lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan membelanjakan RM13.7 juta bagi menampung kos 39 lawatan Anwar meliputi 22 negara.

Ezam yang merupakan watak utama gerakan reformasi pimpinan Anwar berkata, strategi menampilkan diri di pentas antarabangsa hanya berkesan semasa di luar kerajaan. 

"Kredibiliti sebagai perdana menteri bukan boleh dibina dengan 'pertunjukan' diplomasi yang digembar-gembur tetapi menerusi keputusan-keputusan yang menguntungkan negara.

"Setakat hari ini, tiada apa yang dilakukan dapat dilihat menguntungkan negara berbanding Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri."

Penganalisis Samirul Ariff Othman berkata, Anwar dilihat yakin membawa masuk pelaburan asing dan membina hubungan dengan pemimpin asing untuk melonjakkan imej kepimpinan visionari dan kompeten. 

Tetapi keberkesanan strategi ini boleh didebatkan, katanya.

"Walaupun pengiktirafan antarabangsa boleh membantu keabsahan seorang pemimpin, ia berisiko mengasingkan pengundi tempatan jika ia dilihat sebagai mengabaikan kegusaran domestik," katanya. 

Samirul yang merupakan profesor adjung di Universiti Teknologi Petronas, berkata keraguan orang ramai terhadap Anwar berpunca daripada kurangnya kesan domestik yang dapat dirasai. 

Beliau merujuk nasib bekas perdana menteri, Najib Razak yang mana pengumuman FDI tanpa manfaat domestik tidak diterjemahkan sebagai sokongan pengundi. 

Menurutnya, walaupun keterlibatan Anwar di luar negara boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang baik, terdapat isu domestik yang lebih memerlukan perhatiannya. 

"Rakyat Malaysia mengharapkan solusi segera terhadap inflasi, penggangguran, dan ringgit yang melemah. 

"Tiada susulan berhubung kadar realisasi FDI yang diumumkan, menimbulkan skeptisisme." 

Di samping itu, katanya, Anwar turut berdepan kritikan berhubung isu kaum dan agama yang melunturkan keterujaan pencapaian global di kalangan sesetengah segmen pengundi.

Antara Anwar dan Mahathir

Membandingkan dengan Mahathir, Samirul berkata pengaruh global bekas perdana menteri keempat itu berpunca daripada kepimpinan yang berani seperti semasa krisis kewangan Asia, yang mana langkah tegas diambil seperti kawalan modal dan menolak bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Anwar pula memfokuskan mengenai naratif peribadi dan diplomasi, yang mana ia kelihatan kurang transformatif. 

"Rakyat Malaysia melihat kehadiran antarabangsa Mahathir sebagai tambahan kepada agenda domestik beliau. Anwar menerima kritikan kerana mengutamakan optik global berbanding cabaran di tanah air," tambahnya.

Sementara itu, bekas menteri luar Saifuddin Abdullah berkata, Mahathir lebih dilihat konsisten dalam dasar luar berbanding Anwar. 

"Dalam isu Palestin, Mahathir lantang. Anwar juga lantang, tetapi isu BlackRock menyebabkan imejnya tercalar. 

"Mahathir jelas seimbang antara Amerika Syarikat dan China. Anwar menghantar isyarat berbeza apabila tidak ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun lalu, dan sekadar menghantar menteri luar sahaja," katanya. 

Saifuddin berkata Mahathir disegani atas beberapa faktor, antaranya status negara sebagai "Asian Tiger", dasar negara yang jelas dan program khusus seperti Langkawi International Dialogue. 

"Anwar tiada apa-apa yang begini," tambahnya. 

Dalam pada itu, Ezam berkata, setakat ini Anwar tidak menunjukkan dasar luar yang ampuh, meskipun Malaysia menjadi pengerusi Asean tahun ini. 

"Kepengerusian Asean menjadi agenda Anwar untuk melonjakkan nama beliau sahaja. Ia bukan untuk Malaysia dan Asean," katanya

WOIT

RAMAI TAK

FAHAM KENAPA

ANWAR

BLACKROCK

SELALU KE EROPAH

KAH KAH KAH

MAT EZAM

BEKAS SU POLITIK

LAGI TAK FAHAM

AMIN

BAGI CHANLAA

ANWAR

BLACKROCK NAK

KE GERMAN

KAH KAH KAH

MUSTAHIL HANG

TAK TAHU

AMIN

TAK CAYA 

TUNGGU BULAN

TIGA 

ANWAR

BLACKROCK

AKAN KELUAR 

LAGI

JENG JENG JENG

SENYAP SENYAP

KE GERMAN

KAH KAH KAH

PASAI APA

KE  GERMAN?

KAH KAH KAH

AMIN

TRUMP MULA BUAT HURU HARA


Trump cadang pindahkan penduduk Palestin di luar Gaza

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mencadangkan pemindahan penduduk Palestin dari Gaza ke negara jiran seperti Mesir dan Jordan – cadangan luar biasa yang ditentang oleh pentadbiran terdahulu di bawah Joe Biden, lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap kepada pemberita sebelum berlepas dari Los Angeles ke Miami, Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II, manakala Presiden AS itu mungkin bercakap dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi hari ini.

"Saya berkata kepadanya (Raja Jordan) bahawa saya berharap baginda boleh menerima lebih ramai (penduduk) kerana saya sedang melihat seluruh Semenanjung Gaza sekarang, dan ia kucar-kacir, benar-benar huru-hara," kata Trump. "Saya mahu baginda (Raja Jordan) menerima penduduk."

"Saya mahu Mesir menerima penduduk. Saya akan bercakap dengan Jeneral Al Sisi esok, saya percaya. Saya mahu Mesir dan Jordan menerima penduduk," tambah Trump.

"… anda tahu selama berabad-abad kawasan itu mengalami banyak konflik. Dan saya tidak tahu, sesuatu perlu dilakukan," katanya lagi.

Menyifatkan Gaza sebagai "tapak perobohan," Presiden AS itu berkata: "Hampir semuanya musnah, dan orang ramai sedang mati di sana. Jadi, saya lebih suka melibatkan beberapa negara Arab untuk membina perumahan di lokasi lain di mana mereka mungkin boleh hidup dengan aman untuk perubahan."

Beliau menambah bahawa langkah itu "boleh bersifat sementara atau mungkin jangka panjang."

Pentadbiran Biden sebelum ini menentang pemindahan penduduk Gaza keluar dari wilayah itu, sebaliknya menyokong penduduk Gaza kembali ke kediaman mereka selepas tercapainya keamanan dan penyelesaian dua negara.

Serangan genosid Israel mengorbankan lebih 47,000 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,000 yang lain sejak 7 Oktober 2023. – BERNAMA-AA


BARU 1 MINGGU

BERKUASA

TRUMP DAH BUAT

DUNIA HURU HARA

AMIN

DALAM 4 TAHUN

DUNIA AKAN

LAGI KACAU

AMIN

KITA WAJIB

SUSUN RAKYAT

TOLAK AJEN

ZIONIS BLACKROCK

KHALAS

KEMPEN TRUMP SAMPAI KE MALAYSIA


KEMPEN TRUMP

SAMPAI

KE MALAYSIA

AMIN

SOKONG DEMO PAK TANI

 


RAMAI RAMAI

SOKONG DEMO

KAUM TANI

AMIN

GUNA SENJATA NUKLEAR


GUNAKAN  JUGA

SENJATA

NUKLEAR PADA

SAUDI ARABIA

AMIN

Unknown commented on 
"KITA PERLU 
TENAGA PENDATANG"

dengar khabar israel akan gunakan senjata nuklear. bolehkah hamas, al-qasam, iran, hezbollah, syria melawan senjata nuklear?

PAGI INI


PAGI INI

SENIN 27 JANUARI 2025
PAGI INI PAK TANI
PESAWAH DARI UTARA
AKAN TURUN BERDEMO
DI PUTRAJAYA

MEREKA MARAH
HARGA PADI MEREKA
LEBIH MURAH DARI
HARGA NILAI MEREKA
MENANAM DAN MEMBAJA
MAKA
MEREKA MAHU HARGA BARU

NAMPAK TUNTUTAN MEREKA
ADIL DAN BENAR
AMIN

TAPI
HARI INI JUGA
PRESIDEN  INDONESIA 
AKAN SAMPAI
KE PUTAR JAYA
KAH KAH KAH

MAKA
MADANON JADI KELAM KABUT
ARAH PAK TANI
KE JALAN LAIN
JENG JENG JENG

SEWAJAR PAK TANI
BERDEMO KEMBALI
DI TEMPAT ASAL MEREKA
MACAM TAHUN 1974
KAUM TANI
BERDEMO DI BALING
JENG JENG JENG

RAYA CHINA 
AKAN SAMPAI
DUA PERKARA
PERTAMA
CUACA AGAK PELIK
BIASANYA AKAN PANAS
DUA MINGGU SEBELUM
TAHUN BARU
KALI INI TIDAK PULAK
INI TANDA
MALAPETAKA IKLIM

KEDUA
NAMPAKNYA AGAK SENYAP
RABU NI RAYA
TAPI TAK DENGAR MERCUN
DI BAKAR
MUNGKIN ESOK
GUA TUNGGU
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS
LANGIT BIRU INDAH

HOKKIEN TAK RIUH
PAGI INI 
HANYA DARI JAUH
 GUA DENGAR
SUARA TERKUKUR
DI LANGIT SAEKOR GAGAK
TERBANG RENDAH
MENUJU KWANTUNG
TANPA SUARA

TAPI
WARGA ASAL HOKKIEN
MARAH MENYALAK
DARI JAUH
BILA MELINTAS WILAYAH MEREKA

HARI INI PASTI PANAS
TAK TAK  DAH TERBARING
DI BALKONI
BERJEMUR

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN

BRO
KALAU LU BANYAK SANGAT
BERCAKAP LU PASTI
TAK RAMAI KAWAN

BRO
KALAU LU SELALU
MUNGKIR JANJI
LU JUGA TAK RAMAI
KAWAN

BRO
SAUDARA KAUM KERABAT
KITA TAKDA PILIHAN
TAPI
KAWAN KITA BOLEH MEMILIH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HAR INI

SELAMAT BEKERJA