Rabu, 29 Januari 2025

PERKARA INI MUDAH DISELESAI


PUM tak setuju arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Muslim

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) tidak bersetuju dengan penjualan arak yang terus dibenarkan beroperasi secara terbuka khususnya dalam kawasan majoriti Muslim di negara ini.

Yang Dipertua PUM, Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz berkata, kenyataan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menyokong kelangsungan penjualan arak jelas tidak mencerminkan hasrat majoriti rakyat yang mahu pengawalan yang lebih ketat terhadap penjualan minuman keras ini.

Tegas beliau, tindakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang berusaha untuk meluaskan larangan jualan arak di kawasan mereka sepatutnya dipuji, terutamanya di kawasan majoriti Melayu Muslim, yang mana arak adalah haram menurut hukum Islam.

“PUM melihat bahawa MBI telah mengambil langkah yang amat rasional dan sangat menghormati kedudukan orang bukan Islam apabila pewartaan mengenai larangan penjualan arak hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja yang majoriti Muslim, dan tidak melibatkan keseluruhan kawasannya.

“Mengekang penjualan arak bukan hanya seiring dengan ajaran agama Islam, tetapi juga bertepatan dengan norma moral masyarakat yang lebih luas.

“Ramai sudah menyedari arak boleh mendatangkan mudarat, seperti kemalangan jalan raya, keganasan rumah tangga, hubungan terlarang, dan pelbagai masalah sosial yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini.

Wan Mohamad menambah, masih terdapat kedai yang menjual arak tanpa kaunter khusus, malah pekerja Muslim terpaksa mengendalikannya.

Lantaran itu, PUM mendesak kerajaan agar menguatkuasakan kawalan ketat penjualan arak hanya dibenarkan dengan kaunter khas dan tidak melibatkan pekerja Muslim.

Ini adalah langkah-langkah kawalan yang amat perlu bagi memastikan penjualan arak tidak mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat, ujarnya sambal meminta kerajaan berani bertindak tegas dalam isu ini sebagai langkah memperkasa masyarakat sivil yang baik, selaras dengan agenda Madani yang diingini oleh kerajaan.

Awal tahun ini, MBI bercadang untuk meluaskan larangan penjualan arak atau minuman keras secara runcit dan borong di kawasan dengan majoriti penduduk Melayu beragama Islam di pentadbirannya.

Datuk Bandar Ipoh,  Rumaizi Baharin berkata, ini berikutan ada beberapa cadangan dan tuntutan dikemukakan beberapa pihak berhubung perkara itu.

Namun, kelulusan cadangan itu bergantung kepada jumlah tuntutan yang disuarakan penduduk dan keperluan semasa di kawasan berkenaan.

Ketika ini, penguatkuasaan larangan itu hanya terpakai di kawasan Gugusan Manjoi.- 


PERKARA INI

MUDAH SELESAI

AMIN

TUTUP SAJA

KILANG ARAK 

DI PJ

AMIN

HENTIKAN IMPORT

ARAK DARI LUAR

AMIN

TUTUP KASINO

GENTING

TUTUP SEMUA

SYARIKAT JUDI

AMIN

SEMUA DIBENARKAN

BEROPERASI DIZAMAN

JAHILIAH UMNO

AMIN

SEKARANG ZAMAN

MADANI

HAPUSKAN SEMUA 

KEJAHILAN INI

AMIN

TAK MASUK  AKAL

ARAHAN ALLAH

HANYA PADA

MELAYU SAJA

AMIN

KALAU BAIK

UNTUK MELAYU

PASTI BAIK

UNTUK 

SATU MALAYSIA

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

KAWIN DENGAN SAPA PUN LU PUNYA HAL

 



LU NAK KAWIN

DENGAN SAPA PUN

ITU LU PUNYA HAL

AMIN

TAPI JAGAN JUAL

MALAYSIA PADA

BLACKROCK

KHALAS

Unknown commented on

 "ORANG PATANI MELAYU JUGA"


Thailand sudah benarkan perkahwinan sejenis, sudah boleh daftar perkahwinan lelaki dengan lelaki,. perempuan dengan perempuan, pertama di Asia, tengok you tube tadi, ingat kan anak-anak muda tetapi ramai juga golongan pertengahan dan tua, apa sebab manusia berubah? Adakah lumrah alur nikmat sudah berubah? 


Ianya bukan sekadar hubungan seksual tetapi hubungan cinta kah kah kah, sekurang-kurangnya itulah cakap mereka yang sekarang merdeka, yang pasti ramai lari ke Siam kahwin curi balik negara buat senyap menyap sedap membisu sampai kena tangkap, kalau boleh secara senyap menyap tidak salah selagi tidak kena tangkap kah kah kah, 


ramai orang kita begitu, selagi tak kena tangkap tak salah, masih teruskan curi rompak komisen rasuah setiap masa, kalau kena tangkap terus berkopiah, hanya seorang orang kita masih mengikut budaya British, siap bergaya ala Kerabat British Queen Baginda iaitu Bossku kah kah kah semoga terus kekal baik selamat amin

PERANG BERALIH DARI GAZA KE JENIN


PERANG BERALIH

DARI GAZA KE JENIN

SEMUA AGAMA SAMA - ANJUR KEBAIKAN


SEMUA AGAMA

SAMA

AMIN

ANJUR BUAT BAIK

SESAMA INSAN

KHALAS

Unknown commented on
 "UCAPAN 
DARI TIM TUKAR TIUB"

Orang lain punya raya kita jangan sibuk, orang lain merayakan kita tak payah campur, kita afdal terbaik suci murni dan terpaling hebat halal, kah kah kah, limau tak payah sibuk, babi panggang tak payah sibuk, orang China Merah terpaling ramai dunia, penduduk berbillion senang faham sinopsis, kita ini sedikit sebanyak mahu campur hal orang lain, tak payah tak payah duduk buat kerja masing-masing sudah kah kah kah 

nanti ucap ini tak boleh, ambil gambar tidak halal, macam-macam cerita sampai orang raya tidak ajak, menyusahkan saja dalam segala bentuk, mulut lagi teruk, makan free pun banyak soal kah kah kah jadi simpan dahulu, tak payah Taliban kan semua, jaga pekerti sendiri dahulu ya, terima kasih

MADANI DAH JADI ZIONIS


MADANI 

DAH JADI

ZIONIS

AMIN

HUJAN LEBAT TANAH RUNTUH - MALAPETAKA IKLIM

 

HUJAN LEBAT

TANAH RUNTUH

MALAPETAKA IKLIM