Ahad, 2 Februari 2025

ANAK MUDA DI LIHAT COOL



Semakin ramai remaja minat aktiviti samseng jalanan – Zamzuri

KUALA LUMPUR – Kini semakin ramai remaja cenderung untuk keluar rumah dan melepak bersama rakan-rakan serta menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap aktiviti samseng jalanan.

Itu tegas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan hasil operasi dijalankan pihaknya.

Sehingga hari kelima pelaksanaan Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, katanya, statistik menunjukkan penurunan jumlah kemalangan berbanding operasi yang sama tahun lepas.

Namun berdasarkan data daripada Op Selamat sebelum ini, trend kemalangan jalan raya menunjukkan variasi, kata Mohd Zamsuri.

Menurutnya, untuk Op Selamat kali ini terdapat penurunan kes kemalangan jalan raya dan jumlah kemalangan kali ini 639 kes berbanding 681 tahun lalu.

Jumlah saman 13,107 kali ini berbanding 14,230 tahun lepas.

“JSPT KL tetap memberi tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

“Langkah ini bertujuan mengurangkan risiko kemalangan dengan memastikan pemandu mematuhi peraturan lalu lintas, meningkatkan kesedaran serta disiplin pemandu dan menggalakkan sikap pemanduan berhemah serta bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan.

Operasi Motosikal dan Operasi Samseng Jalanan hari ini menumpukan kepada penunggang motosikal agar lebih mematuhi peraturan jalan raya, memakai topi keledar dengan betul serta tidak melakukan aksi berbahaya yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Dalam operasi yang dilaksanakan, seramai 75 anggota terdiri daripada 13 Pegawai Kanan Polis dan 62 Pegawai Rendah Polis dari JSPT KL telah membuat sekatan jalan raya di beberapa lokasi iaitu Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.

Pemeriksaan telah dijalankan terhadap kira-kira 1,500 kenderaan.

Hasil operasi, sebanyak 72 motosikal telah disita atas kesalahan pengubahsuaian kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Selain itu, pihak JSPT KL telah mengeluarkan sebanyak 789 saman, manakala pihak JPJ telah mengeluarkan 250 saman.

Dalam operasi tersebut, lima individu telah ditangkap atas pelbagai kesalahan iaitu tiga kes bagi Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil / Seksyen 108 APJ.

“Satu kes bagi Seksyen 30(3) Akta Racun dan satu kes Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Kesemua tangkapan melibatkan individu berusia antara 15 hingga 25 tahun.

Mereka telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.-


WOIT

ANAK MUDA

REMPIT BUKAN

SAMSENG

AMIN

MEREKA ADALAH

ANAK MUDA

MAHU DILIHAT

 COOL

KHALAS

TITAH BARU




Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mengancam untuk mengenakan tarif ke atas produk Kesatuan Eropah (EU), dengan menuduh blok itu mengamalkan perdagangan tidak adil, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Bercakap di Rumah Putih pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.

Trump berkata AS diperlakukan dengan "teruk", sambil mendakwa pasaran Eropah sebahagian besarnya menutup pintu eksport Amerika.

"Mereka tidak menerima kereta kita, mereka hampir tidak menerima produk pertanian kita, mereka hampir tidak menerima apa-apa," katanya.

Beliau merujuk kepada defisit perdagangan yang besar antara AS dan EU, sambil berjanji untuk mengambil tindakan "besar" terhadap blok itu, walaupun tidak memberikan butiran lanjut.

Sepanjang kempen pilihan rayanya, Trump menyebut rancangan untuk mengenakan tarif baharu antara 10 hingga 20 peratus ke atas import dari EU, dengan alasan ia akan merangsang industri domestik dan menangani defisit perdagangan.

Ketika penggal pertama Trump sebagai presiden, AS dan EU terlibat dalam pertikaian perdagangan yang sengit.

Pada 2018, Trump mengenakan tarif ke atas import keluli dan aluminium, yang mendorong EU membalas dengan mengenakan tarif ke atas produk AS seperti bourbon, motosikal Harley-Davidson dan jean. - BERNAMA-dpa


TITAH BARU

DARI DULI

YANG MAHA

MULIA

MAHARAJA TRUMP

AMIN

TITAH SEPERTI 

INI  PASTI AKAN 

MENJEMPUT

MALAIKAT MAUT

KHALAS 

SATU LAGI BUKTI MALAPETAKA IKLIM - KUALA KRAI JADI LONDON



KUAL KRAI

JADI LONDON

BUKTI MALAPETAKA

IKLIM

KHALAS 

SECANGKIR AIR KETUM


SECANGKIR

AIR KETUM

SEKUAT

BUMI MANUSIA

AMIN

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Meningkatkan tenaga senggama, tiada rahsia. Usia hanya angka, cinta tak bisa dipaksa. Berpeluh. Banyakkan berjalan kaki, kempiskan perut dengan kurangkan makan nasi. Roti kue jangan dimakan. Lahir ditanah melayu, dimana ditanam gandum? Makan hasil bumi sendiri. Sesekali akar kayu, sesekali kertum.




 

SEDANG DI FIKIRKAN



SEDANG

DI FIKIRKAN

TERIMA KASIH

AMIN 

Unknown commented on 
"DBKL JADI SPRM"

Salam saudara isham, bila nak ada podcast sendiri. Sambil menulis, sambil berkongsi fikiran.

PAGI INI


PAGI INI

AHAD JANUARI 2025
RAYA CHINA SELESAI
TUNGGU CHAP GOH MEH
HARI WILAYAH DAH SELESAI
TUNGGU KES RASUAH DBKL

DBKL 
DAH JADI SPRM
BOLEH SIASAT KES RASUAH
KAH KAH KAH

AWAL DULU
KETUA POLIS NEGARA
JADI KETUA KAWIN NEGARA
KAH KAH KAH
HEBAT AMAT HEBAT
KAH KAH KAH

KES BUNTING SEBELUM  NIKAH
INI MUNCUL LAGI
PASAI APA?
SEMUA DAH SENYAP
KAWIN DI SIAM
DAH SELESAI
TAPI KENAPA DI TIMBULKAN
SEKALI LAGI

CIKGU BARD DI PANGGIL
KE BALAI
WALHAL CIKGU BARD
DAH UMUM DIA  BATAL
DIA TAK JADI
NAK BUAT LAPORAN POLIS
HAL KES BUNTING INI
TAPI
KENAPA PANGGIL PULAK
JENG JENG JENG
MESTI ADA TAIK 
DALAM SELUAR
KAH KAH KAH

MESIR
PINTU SEMPADAN DI RAFAH
DI BUKA UNTUK BAWA
PESAKIT WARGA GAZA
 YANG PERLU
RAWATAN DI MESIR

AMERIKA
TRUMP MASIH MENEKAN
MESIR DAN JORDAN
UNTUK AMBIL 1.5 JUTA
WARGA PALESTIN
GAZA NAK DI BERSIHKAN
DARI ARAB

INDONESIA
NAK BUAT TEMBOK LAUT
700 KILOMETER
DARI BANTEN KE JAWA TIMUR

AMERIKA
NEGARA KESATUAN EROPAH
JUGA AKAN DI KENAKAN
CUKAI OLEH TRUMP

SOMALIA
JET AMERIKA
MENGEBOM SOMALIA
NAK BUNUH GENG
JIHADIS

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
LANGIT PUCAT
MATA HARI DAH MEMANCAR
SINAR MASIH LEMAH
KL & KL SENTRAL
BERJEREBU NIPIS

DI BUKIT SUARA TERKUKUR
DARI ARAH SEKOLAH ALICE SMITH
SUARA HOW WOW
DARI ARAH KWANTUNG
SUARA GAGK MENANGIS

HARI INI
AKAN PANAS
MUSIM PANAS DAH SAMPAI
TAPI SABAH SARAWAK
HUJAN TAK HENTI
INILAH AKIBAT
PEMANASAN DUNIA

BRO
SENYUM
SENYUM 
DI LAGI AHAD

DARI  AMPANG KE LEMBAH PANTAI
BELI TAPAI DI WARUNG CIK GAYAH
DBKL DAH JADI  PANDAI
PUNGUT CUKAI  SIASAT RASUAH

MAKAN TAPAI DI WARUNG CIK GAYAH
LEPAS REHAT TURUN KE SAWAH
KEMPEN MADANI  LAWAN RASUAH
TAPI RASUAH  BERTAMBAH TAMBAH

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERCUTI