Isnin, 24 Februari 2025

OMBAK KANAN SEDANG MENGAMPOH


OMBAK KANAN

SEDANG

 MENGAMPOH


Rumah Putih pada ketika tulisan ini garap  sedang diduduki oleh Donald J. Trump Presiden Amerika ke 47. Ini kali ke dua Trump masuk ke Rumah Putih. Kali pertama  tahun 2016 sebagai Presiden ke 45. Dua kali Trump menang dengan mengalahkan dua calon wanita. Pertama Hillary Clinton dan ke dua  Kama Haris.

Donald Trump di Rumah Putih sedang  membawa dan melebarkan  garis politik ombak kanan.  Bukan hanya ke Amerika malah ke seluruh dunia termasuk kita di Malaysia.

Ini ertinya bukan ombak politik baru.   Dalam politik  wujud  ombak kiri dan ombak kanan. Dalam tulisan ini saya ingin membincangkan  apa makna garis politik ombak-ombak ini.

Awal wahid saya  wajib memberi pencerahan  agar  kita sesama memahami istilah  garis politik kanan dan garis politik kiri. Apa yang menjadikan ianya dipanggil kanan dan apa yang menjadikan ianya dipanggil garis politik kiri.

Politik kiri dan kanan ini berasal-usul  dari Revolusi Perancis. Istilah "kiri" dan "kanan" pertama kali muncul semasa Revolusi Perancis 1789. Ketika persidangan Dewan Negara berjalan di Paris -  ahli-ahli  dewan  dibahagikan kepada  dua kumpulan. Para penyokong Rejim Lama duduk   di sebelah kanan Tuan Speaker dan para penyokong revolusi duduk di sebelah kirinya.

Dari sini lahirlah istilah  politik kanan dan istilah politik kiri.

Yang kanan ini  membawa pandangan rejim lama, mempertahankan yang lama, yang kolot, yang tidak progresif dan enggan  beredar dengan zaman. 

Manakala garis kiri  ialah garis muda, rancak, progresif,  maju  dan mahu menerima pembaharuan.

Sesudah Revolusi Bolsheviks 1917 di Rusia  konsep kiri dan kanan ini berkembang kukuh. Politik kiri kini diasosiasikan pula dengan gerakan revolusi Parti Komunis atau Parti Sosialis atau Parti Nasionalis.  

Parti Komunis atau Sosialis berjuang untuk  mendirikan negara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialis. 

Sesiapa yang bersimpati dengan gerakan Parti Komunis  atau mahu menegakkan ekonomi sosialis maka mereka di anggap kiri. Kaum Nasionalis yang juga  melawan rejim lama juga di anggap kiri.

Manakala  mereka yang bersetuju dengan sistem ekonomi kapitalis dianggap kanan.

Parti politik, kumpulan atau individu  kanan ini cuba menyamar tidak mahu di tuduh kanan. Dicap kanan adalah satu penghinaan. Mereka yang  berfikrah kanan akan merasa  hina dan malu. Lalu mereka  menggelar  diri mereka konservatif, demokrat atau sosial demokrat .

Mereka tidak  mahu di tuduh penyembah dan penyokong  sistem ekonomi kapitalis. Justeru mereka berselindung dan mereka memanggil  diri mereka penyokong  pasaran  bebas atau free market. 

Untuk dilihat bijak mereka menggunakan perkataan Peranchis laissez-faire – dibenarkan membuat. Walhal laissez-faire ini bermakna sistem ekonomi kapitalis.

Sila ambil perhatian penyokong sistem ekonomi kapitalis tidak pernah ada yang berani bangun yang mendabik dada mengatakan – “Saya sokong ekonomi  kapitalis atau saya dari garis kanan “. 

Penyokong sistem ekonomi kapitalis  akan menjauhi perkataan kapitalis seperti menjauhi diri dari bangkai.

Tidak seperti kaum kiri - kaum nasionalis atau kaum  sosialis. Mereka bangga dan berani mengakui – “Saya seorang nasionalis atau saya seorang sosialis atau saya dari garis kiri”.

Beginilah hina dan hapraknya kapitalis dan garis kanan. Penyokong mereka pun malu untuk mengakui diri mereka menyokong sistem ekonomi kapitalis.

Apa dia sosialis? Apa dia kapitalis?

Mudah sahaja untuk memahami  makna dan teras dua sistem ekonomi ini. 

Rukun iman ekonomi kapitalis ialah membuat untung  maksima – membuat untung sebanyak mungkin. Hak  individu  membuat untung di utamakan. Daulah atau sesiapa saja tidak boleh mencampuri hal jual beli dalam sistem kapitalis. Keuntungan individu adalah mantra ekonomi kapitalis.

Rukun iman sosialis ialah kesejahteraan ramai di dahulukan dari keuntungan individu.  Hak dan kepentingan ramai menjadi kemudi dalam sistem ekonomi sosialis.  Masing-masing mengikut kemampuan. Masing-masing mengikut keperluan. 

Bagaimana pula sosok-sosok yang klim mereka mengamalkan demokrasi?

Wajib di fahami demokrasi ini bukan sistem ekonomi. Demokrasi ialah membuat keputusan mengikut suara teramai. Suara teramai boleh diambil melalui undian atau angkat tangan.

Dalam sistem ekonomi kapitalis ada demokrasi. Dalam sistem ekonomi sosialis ada demokrasi. Negara yang tidak mengamalkan dan mengikut  suara teramai ini dipanggil negara diktator. Ini berlaku dalam kerajaan monarki – raja mutlak seperti di Saudi Arabia. Atau dalam  kerajaan tentera seperti di Myanmar. Kerajaan diktator  ini di tubuh tidak melalui suara ramai.

Pada ketika ini garis  dan ombak kanan sedang melanda dunia.  Manifestasi ombak kanan ini ialah kemenangan Trump masuk ke Rumah Putih.   Ombak kanan ini juga sedang kita rasakan dalam politik Malaysia. 

Bagaimana   dan kenapa ombak kanan ini berjaya mengampuh dunia.  Semua yang berlaku dalam dunia ini ada sebab musabab.  Dalam politik semua di rancang. Tidak ada sesuatu berlaku dengan sendirinya.

Ada babak politik  yang dilihat berlaku dengan sendiri sebenarnya  ini adalah hasil dari tindak tanduk dari perancangan awal. Yang dilihat berlaku dengan sendirinya adalah  manifestasi atau akibat dari perancangan awal.

Justeru Donald Trump masuk ke Rumah Putih ini juga  hasil dari tindak tanduk politik yang lebih awal. Betul. Pada ketika ini bukan hanya di Amerika garis politik kanan sedang berkuasa.  Di Itali, di Austria, di Perancis, di Jepun , di Korea Selatan. Di Poland adalah contoh-contoh negara yang kini berhaluan kanan. 

Pada Ahad 23 Februari 2025 German akan mengadakan pilihan raya umum. Garis kanan kini di jangka maju ke hadapan.  Hakikatnya hampir diseluruh dunia politik garis kanan sedang mara ke hadapan.

Kenapa dan bagaimana ini boleh berlaku.

Jawabnya amat mudah. Garis politik kanan mengampuh ke seluruh dunia kerana kegagalan Parti Komunis, kegagalan  Parti Nasionalis dan  kegagalan Parti Sosialis. Politik kanan mengampuh kerana kegagalan  demokrasi liberal.

Kita boleh memahami politik dunia yang berlaku hari ini dengan meneliti dan memahami politik Malaysia.  Apa yang terjadi di  Tanah Melayu dan kemudian Malaysia  dialami juga oleh negara-negara lain di Amerika Latin, di Afrika, di Timur Tengah dan di semua negara Dunia Ketiga.

Tanah Melayu telah dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris.  Hampir semua negara dalam dunia ini dijajah oleh kuasa kolonial  Eropah. Hanya Jepun, Ethiopia dan Siam yang tidak pernah dijajah oleh kuasa Eropah. 

Siam tidak dijajah kerana Inggeris dan Perancis tidak mahu bertembung. Siam menjadi negara pemisah antara penjajah Perancis di Indo China dengan penjajah Inggeris di Tanah Melayu.

Ketika Tanah Melayu dijajah  ombak  garis politik kiri cukup besar dan mengampuh. Kaum nasionalis Melayu adalah pemula gerakan melawan penjajah.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  yang juga dikenali Parti Nasionalis Melayu (PNM) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945  di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Parti Islam PAS ditubuhkan pada tahun 1947 bermula dengan Hisbul Muslimin dan diharamkan oleh Inggeris pada tahun 1948. Pada tahun 1951 gerakan Islam ini menjadi Parti Islam Tanah Melayu. Kini dikenali sebagai Parti Pas.

Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Singapura pada tahun 1930. Ianya adalah cabang dari gerakan komunis antarabangsa – Comintern - Communist Internasional.

Dalam zaman menentang penjajah kaum Nasionalis, Agamawan dan komunis bekerja sama. Mereka mendirikan kesepakatan untuk melawan musuh yang sama : Penjajah Inggeris.

Garis politik  yang dibawa oleh semua kumpulan, organisasi dan parti politik ketika itu ialah  garis kiri. Pada ketika itu ada  kesepakatan untuk melawan musuh yang sama – Penjajah Mat Saleh.

Apa sangkut paut fakta sejarah  ini dengan Trump di Rumah Putih dan ombak kanan?

Saya melakar semua ini sebagai pengenalan awal untuk kita memahami lebih dalam tentang apa yang berlaku sekarang.  Pada hemat saya ini  penting untuk kita semua memahami sejarah. Kita wajib tahu dari mana asal usul sejarah  kita dulu. Memahami yang dulu membolehkan kita memahami  kenapa sekarang menjadi  macam sekarang.

Dari fakta sejarah juga kita mengumpul pengalaman. Apa yang telah di lalui oleh  Ahmad Boestamam, Pak Sako, Rashid Maidin , Burhanuddin Hilmi, Shamsiah Fakeh atau Chin Peng. Perjuangan sosok-sosok ini wajib  menjadi rujukan kita.

Sejarah ini juga wajib menjadi rujukan  untuk kita hari ini dapat  mengenali  siapa dan dari mana asal usul Nga Kor Ming, siapa Lim Kit Siang dan  kenapa RSN  Rayer  bertanda putih di dahi.

Sejarah ini juga akan memberi pencerahan kepada kita untuk memahami siapa Anwar Ibrahim dan kenapa dia menjual 39 lapangan terbang milik kita kepada syarikat  Yahudi Zionis Blackrock.

Fakta-fakta sejarah ini  juga akan memberi kita pemahaman  siapa , apa dan kenapa Donald Trump ditakrif sebagai pembawa garis kanan.

Dunia hari ini akan kita fahami dengan lebih jelas dan tuntas dengan melihat apa yang berlaku terdahulu. Media dunia dan media kita sendiri  tidak akan menggunakan konsep garis politik kiri atau garis politik kanan.

Justeru Hishamuddin Rais memberikan satu pencerahan agar pemahaman politik kita tidak tempang.Untuk mengetahui lagi sila tunggu sambungan minggu hadapan. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL BEBAS NEWS. COM
https://bebasnews.my/2025/02/22/ombak-kanan-sedang-berkuasa-bahagian-pertama/#google_vignette



























PERJUANGAN PATANI - GAZA



23 termasuk 7 polis cedera letupan bom di Yala

NARATHIWAT, Selatan Thailand: Seramai 23 individu termasuk tujuh anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.

Ketua Polis Bannang Sata, Kol Pol Ranon Surawit, berkata kejadian berlaku pada 8.20 malam waktu tempatan dan dipercayai dilakukan oleh kumpulan bersenjata yang sedang dijejaki pihak berkuasa.

"Ketika kejadian, beberapa anggota polis sedang melakukan rondaan dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda.

"Apabila kenderaan polis tiba di pasar raya itu, sebutir bom yang disembunyikan dikawasan berhampiran dan dipercayai diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh meletup secara tiba-tiba," katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian di sini.

Surawit berkata semua mangsa yang terdiri daripada tujuh anggota polis dan 16 orang awam telah dibawa ke Hospital Bannang Sata untuk mendapatkan rawatan, dan siasatan polis sedang giat dijalankan.

Insiden letupan itu berlaku sehari sebelum lawatan kerja bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, ke wilayah selatan Thailand dalam usaha mencari penyelesaian kepada konflik yang telah berlarutan sekian lama.

Lawatan itu merupakan kunjungan pertama Thaksin ke wilayah berkenaan sejak dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Pengerusi ASEAN, serta lawatan pertamanya ke kawasan itu selepas lebih 20 tahun sejak pentadbirannya dijatuhkan pada 2006.– BERNAMA

INI GERAKAN

PATANI MERDEKA

DARI PENJAJAHAN

SIAM

AMIN

DI TIMUR TENGAH

ADA PALESTIN

AMIN

DI NUSANTARA

ADA PATANI

KHALAS

BUKA KEMBALI KES DARREN KANG


KES BANYAK 

CAKAP INI MUDAH

SELESAI

AMIN

PEMUDA UMNO

DESAK BUKA

KEMBALI KES BUNUH

DARREN KANG

DI UNCLE DON 

SRI HARTAMAS

KHALAS 

MELAWAN MUSUH NAN SATU


BILA PRABOWO

ANTI ANWAR

BLACROCK

KITA SOKONG 

PRABOWO

AMIN

BILA PAS TIBAI

ANWAR KITA

SOKONG PAS

AMIN

INI NAMANYA

MELAWAN MUSUH

NAN SATU

KHALAS

Unknown commented on 
"ANAK MUDA TERUS BERDEMO"

laa hari tu sokong prabowo, hari nie dah tak sokong? tak masuk fulus ke? Kah kah kah!

INI ANALISA BIJAK



BETUL BETUL

INI ANALISA

BIJAK

KHALAS

Unknown commented on
 "AMARAN TOK MAT
 KEPADA ANWAR BLACKROCK"

2 xpm dari pahang kena lipat madanon .. 2 pembesar dari pahang kena terajang oleh madanon.. adakah ini amaran madanon kepada istana pahang ? apakah ini amaran jangan bising pasal adendam ? persoalan ini sendang bermain dalam kepala hotak aku...

PAGI INI


PAGI INI

SENIN 24 FEBUARI 2025
KITA TERIMA BERITA DARI SIAM
DIMANA RAMAI  MANGSA
SCAM DI BEBASKAN
OLEH  ASKAR SIAM

PELBAGAI  WARGA JADI MANGSA
DARI PAKISTAN SIAM  CHINA TAIWAN INDON
KITA JUGA PASTI INI
YANG KENA CULIK

WILAYAH OPERASI SCAM 
MELALUI PANGGILAN TALIPON INI
TERLETAK DI SEMPADAN 
SIAM/BURMA
MALAH DARI ARAH SIAM
BOLEH NAMPAK
BANGUNAN INI

MAKA TIDAK DAPAT TIDAK
ADA KERJA SAMA
ANTARA  GENG SCAM
CHINA MERAH
DENGAN ASKAR SIAM
KALAU TIDAK MANA NAK DAPAT
LETERIK
MANA NAK DAPAT LALUAN
TALIPON
DAN LALUAN AIR

WILAYAH INI
DI KAWAL OLEH
SAMSENG CHINA MERAH
YANG KERJA SAMA
DENGAN GERILA MYANMAR

KITA GUMBIRA
BILA RAMAI DI BEBASKAN
WILAYAH INI  WAJIB
DI BOM DAN DI MUSNAHKAN
AMIN

GERMAN
PRU SELESAI
GARIS KANAN MAJU KE DEPAN
KEPUTUSAN AWAL
MENUNJUKKAN
KERAJAAN LAMA BUNGKUS
KERAJAAN
CHRISTIAN DEMOKRAT MASUK
PARTI KANAN AFD 
MENDAPAT  LEBIH 20% UNDI

UKRAINE
PRESIDEN ZELENSKIY
YANG DI TIBAI TRUMP
BERSEDIA UNTUK BERUNDUR
TAPI BERI SYARAT 
UKRAINE WAJIB
 JADI ANGGOTA NATO

AMERIKA
PENTADBIRAN TRUMP
LUPUSKAN 2000 KERJA
DALAM JABATAN
USAID

PALESTIN
UNTUK PERTAMA KALI
DALAM 20 TAHUN
KERETA KEBAL
ZIONIS ISRAEL BLACKROCK
MASUK KE TEBING BARAT

LEBANON
BERATUS RIBU
HADIR DI PENGKEBUMIAN
ARWAH HASSAN NASARALAH
PEMIMPIN HIZBULLAH

ITALI
ROME VATICAN
POPE FRANCIS
MASIH GERING
DALAM HOSPITAL

HOKKIEN
PAGI INI CERAH BASAR SEGAR
UJAN LEBAT KEMARIN
UJAN MALAM
KL & KL SENTRAL CERAH
SEMUA JEREBU DI TELAN UJAN
LANGIT  BIRU
BERAWAN PUTIH
MATA HARI KELIHATAN
TAPI BELUM  BERSINAR

DI PINTU MASUK
MURAI BERKICAU
CENGKERIK BERSIMPONI
BUMI BASAH
BAWA GUMBIRA

EMPAT PEMOTONG RUMPUT
BEKERJA TAK JAUH
DARI POKOK ARA
INI JUGA WILAYAH WARGA ASAL
PAGI INI
SAEKOR TURUN KE JALAN
MENYALAK TUNJUK TAIKO
PADA TAK TAK TAPI
TAK TAK TAK AMBIL POT

HARI INI AKAN PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
KITA RAYAKAN
PAGI SENIN

BRO
HIDUP INI INDAH
JIKA LU MASIH ADA GIGI
JANGAN LUPA
TERSENYUM

BRO
JIKA MINAH ITU
TAK MAHU LU
CUBA  TUKAR FESHEN
PAKAIAN LU

BRO
SEBELUM BERCIUM
JANGAN ISAP
ROKOK
ISAP GANJA OKAY

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA