Rabu, 26 Februari 2025

MAHARAJA TRUMP BOGELKAN PEMIMPIN EROPAH


MAHARAJA TRUMP

BOGELKAN

PEMIMPIN EROPAH


Presiden Trump di laporkan akan berangkat ke Saudi Arabia untuk bertemu dengan Putin.   Sebelum berita ini dihebohkan pemimpin dan kepala negara Eropah telah jadi kelam kabut. Ini kerana perjumpaan Trump dengan Putin ini  ialah untuk membincangkan Perang Ukraine.

Para Presiden dan Perdana Menteri negara Eropah gelabah dan  kelam kabut kerana  Maharaja Trump telah bertitah : Tamatkan Perang Ukraine.

Maharaja Trump membuat keputusan tanpa rujukan dengan para pemimpin negara-negara Eropah. Justeru Olaf Scholz dari German, Presiden Emmanuel Macron dari Peranchis dan Perdana Menteri Keir Starmer dari United Kingdom menjadi gelabah.

Keadaan  kelam kabut ini menjadi krisis kerana titah Maharaja Trump ini berlaku beberapa hari sebelum  Perjumpaan  Menteri Pertahanan NATO di Belgium dan sebelum Munich Security Conference  - Persidangan Keselamatan Munich berjalan di Bavaria German. Dua-dua  persidangan ini melibatkan tentera dan senjata dan keselamatan Eropah.

NATO -  Perjanjian Atlantik Utara - ini ialah perjanjian ketenteraan dan keselamatan 30 buah negara dari Amerika Utara dan Eropah. NATO  di tubuh pada tahun 1949. NATO  di kepalai oleh Amerika didirikan  dalam suasana Perang Dingin yang mentakrif USSR dan Rusia sebagai musuh. Matlamat asas NATO adalah untuk melindungi kebebasan dan keselamatan Sekutu NATO melalui cara politik dan ketenteraan.

Manakala Munich Security Conference - Persidangan Keselamatan Munich bermula semenjak tahun 1963. Sama seperti NATO ianya juga berlatar belakangkan Perang Dingin. Persidangan ini  menjadi forum bebas yang paling penting untuk pertukaran pandangan oleh pembuat keputusan dasar keselamatan antarabangsa. Setiap tahun ia mengumpulkan kira-kira 350 tokoh kanan dari lebih 70 negara di seluruh dunia untuk terlibat dalam perdebatan intensif mengenai cabaran keselamatan semasa dan masa depan.

Ke dua-dua lembaga pertahanan dan keselamatan ini telah tidak di pedulikan oleh Maharaja Trump ketika dia membuat kenyataan untuk menamatkan Perang Ukraine.

Tingkah laku Trump ini sama sahaja apabila dia mengumumkan pada dunia bahawa Amerika akan mengambil alih Gaza.  Pengumuman ini dibuat ketika dia duduk bersama Netanyahu menghadapi  media di Rumah Putih. 

Dari bahasa badan boleh dirumuskan Netanyahu juga terperanjat atas pengumuman Trump ini. Netanyahu tidak tahu menahu  projek untuk  menjadikan Gaza  wilayah pelancongan di Laut Tengah.

Sama seperti pemimpin Eropah pemimpin-pemimpin negara Arab dan negara yang klim negara Islam juga terperanjat sama.  Kesampaian Maharaja Trump ke Rumah Putih ini telah memeranjatkan  Eropah ,  Timur Tengah dan dunia.

Kenapa Trump akan bertemu dengan Putin di Saudi Arabia?

Ini menjadi tanda tanya. Kalau hendak  berbincang hal Timur Tengah, Palestin atau Gaza maka di Jeddah atau di Riyadh dilihat sebagai   tempat yang sesuai. Tetapi  ini agenda Perang Ukraine. Ini menjadi pelik. 

Dari satu segi  semua ini di lihat pelik. Dari  segi yang lain Trump dilihat membuat sesuatu untuk memeranjatkan dunia. Malah Maharaja Trump  dilihat tidak mempedulikan para diplomat atau  para penasihat juah sekali pemimpin negara.

Maharaja Trump melakukan apa yang dia hendak lakukan. Tepuk dada tanya selera.  Buka zip buang bra. Inilah dasar Maharaja Trump.

Dari segi fakta sejarah Perang Ukraine ini adalah projek Amerika dan NATO.  Dari perancangan strategi Amerika negara Rusia ini  wajib di lemahkan. Malah jika boleh negara yang bernama Rusia wajib di pecah-pecah. Justeru Ukraine digunakan sebagai umpan untuk membuka pentas perang.

Perlu di rakamkan disini  bahawa Perang Ukraine  telah bermula pada tahun 2004 apabila Amerika melalui CIA telah menaja apa yang dipanggil Revolusi Orange. Projek  - regime change -  ubah rejim  - ini telah menjatuhkan kerajaan yang mengajukan dasar berjiran baik dengan Rusia. 

Projek CIA ini telah menobatkan kerajaan baru dimana dasar luarnya  ialah memusuhi Rusia. Malah  rejim baru berhaluan kanan ini telah membantai etnik Rusia yang tinggal di Ukraine.

Warga Rusia di dalam Ukraine telah meminta bantuan Putin. Justeru Putin melancarkan apa yang di kenali sebagai Special Operation – ‘ operasi ketenteraan khas - dimana bala tentera Rusia masuk menyerang Ukraine  pada 22 Februari 2022. Tujuan utama ialah untuk menghentikan pembantaian  etnik Rusia oleh kumpulan Nazi Azov Brigade.

Pada  24 Februari 2022 Reuters telah melaporkan - Presiden Vladimir Putin membuat "operasi ketenteraan khas" terhadap Ukraine  untuk menghapuskan apa yang disebutnya ancaman serius. Juga  untuk menjadikan  jiran  di selatan Rusia sebagai kawan.

Di Amerika Donald Trump melihat Perang Ukraine ini ialah projek Biden. Trump pernah berkata jika dia di Rumah Putih perang ini tidak akan berlaku. Kenyataan Trump ini memiliki asas yang kukuh kerana terbukti ada hubungan   perniagaan  antara  Hunter Biden – anak Presiden -  dengan  Burisma syarikat   Ukraine.

Ketika berdebat di rancangan CNN Mei 2023  Trump telah berkata : “Mereka sedang nazak, Rusia dan Ukraine. Saya mahu mereka berhenti dari  mati. Dan saya akan menyelesaikannya - saya akan menyelesaikannya dalam masa 24 jam.”

Justeru apa yang berlaku minggu ini jelas Maharaja Trump mengotakan apa yang dijanjikan ketika berkempen. 

Apa yang menakutkan pemimpin Eropah tentang perjumpaan Trump dengan Putin bukan kerana ianya berlaku di Saudi Arabia. Pemimpin Eropah menjadi gementar kerana tidak ada  pemimpin Eropah – Olaf, Keir  atau Macron yang di jemput hadir bersama. 

Malah Presiden Zelensky juga tidak di undang ke Saudi Arabia untuk berbincang rancangan penamatan Perang Ukraine ini.

Akhbar Le Monde dari Paris pada 17 Februari 2025 telah melaporkan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata  bahawa dia tidak melihat alasan untuk orang Eropah mengambil bahagian dalam rundingan gencatan senjata Ukraine, menuduh mereka mahu "meneruskan perang" di Ukraine. 

Jelas dilihat bahawa para pemimpin negara-negara  Eropah mahu meneruskan Perang Ukraine. Justeru rundingan damai di Saudi Arabia ini mereka tidak perlu hadir untuk buat kacau. Amin.

Sebagai jawapan dalam suasana kelam kabut ini  dalam masa 48 jam Presiden Emmanuel Macron telah menjemput para pemimpin Eropah hadir ke Persidangan Tergempar di Paris. Agenda utama untuk membincangkan  agenda Perang Ukraine.

Di Paris Perdana Menteri United Kingdom Keir Starmer  dengan angkuh telah berkata yang negaranya sanggup menghantar bala tentera ke Ukraine. Ini bertujuan untuk memberi nada keselamatan kepada Ukraine.

Persidangan ini juga  disertai oleh Scholz dari Jerman, Meloni dari Itali, Tusk dari Poland, Frederiksen dari Denmark, Sanchez dari Sepanyol,  dan Schoof Belanda dan Presiden Suruhanjaya Eropah  Ursula von der Leyen.

Kelihatan semua gedeber  dari Eropah bergegas ke Paris. Perdana Menteri Meloni dari Itali  sampai lewat dua jam satelah mesyuarat bermula.

Mesyuarat itu akan membincangkan keupayaan pertahanan yang boleh disediakan oleh Eropah untuk memberikan jaminan keselamatan yang boleh dipercayai kepada Ukraine, termasuk rancangan untuk Ukraine diberi keahlian NATO secara automatik sekiranya berlaku pelanggaran gencatan senjata yang jelas oleh Rusia.

Pemimpin Eropah pada hari Isnin  17 Februari 2025 berusaha untuk mengatasi perbezaan antara sesama sendiri. Rundingan tergempar di Paris  mencari jawapan dan  tindak balas kepada peralihan dasar Amerika yang mengejutkan mengenai Perang Ukraine.

Dasar baru dari Trump ini agak mencurigakan  Eropah.  Ini bersangkutan dengan  dasar Amerika terhadap NATO.  Pada kali pertama Trump masuk ke Rumah Putih  dia pernah berkata bahawa negara Eropah wajib menambahkan lagi sumbangan dana mereka  kepada NATO.

Pada tahun 2006, menteri pertahanan NATO bersetuju untuk memberikan sekurang-kurangnya 2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mereka kepada perbelanjaan pertahanan.

Sayangnya pada ketika ini , hanya dua pertiga daripada ahlinya (23 daripada 32) telah memenuhi komitmen ini. Bujet NATO mencecah 1.47 trilion dolar. Dana terbanyak datang dari Amerika. Inilah yang tidak disukai oleh Trump.

Data terkini  menunjukkan Amerika  telah memberikan bantuan ketenteraan sebanyak $65.9 bilion dolar sejak Rusia masuk menyerang Ukraine. Ini satu jumlah yang besar. 

Satu perkara yang menakutkan pemimpin Eropah ialah dasar  Maharaja Trump yang mahu berbaik-baik dengan Rusia. Pada ketika ini semenjak Perang Ukraine pelbagai sekatan ekonomi telah di kenakan kepada Rusia.

Sekatan ekonomi ini dilakukan dengan harapan Rusia akan jatuh muflis, tidak ada  upaya untuk membuat senjata, Putin akan dihambat oleh rakyat dan  Rusia akan terbarai.

Semua harapan NATO dan kuncu-kuncunya meleset. Rusia berdikari. Pengeluaran makanan berterusan. Minyak menjadi bahan eksport utama. Rubel mata wayang Rusia semakin  kukuh.  Putin menjadi pemimpin Rusia yang paling popular.  Amin.

Maka timbul persoalan akhir : Apa akan jadi kepada Presiden Volodymyr Zelensky ?

Lalu sejarah akan dibuka kembali bagaimana Erdorgan dari Turki telah mengadakan  rundingan damai pada bulan  Mac 2022 antara Ukraine dan Rusia.   Rundingan damai ini telah dipersetujui oleh ke dua negara.

Tertiba masuk setan bernama Boris Johnson Dari No 10 Downing Street London.  Setan ini terbang ke Kyiv untuk mengsailang perjanjian  damai ini. Hasilnya 6.8 juta warga Ukraine jadi pelarian perang.   Seramai 3.7 juta hilang rumah tangga. Seramai 80 ribu soldadu gugur. Seramai 380,000 cedera dan seramai 35 ribu soldadu di lapor hilang.

Kita tidak tahu berapa ramai pula soldadu Rusia yang gugur. 

Apa yang jelas ketika ini Presiden Trump telah membogelkan niat para pemimpin Eropah yang mahu meneruskan perang di Ukraine.  Pemimpin Eropah dilihat sebagai batu api.

Apakah pertemuan Trump dan Putin di Saudi Arabia ini akan membuka jalan damai. Sama-masa  kita tunggu minggu hadapan.  (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/735101
 







WARGA TURKI HEBAT


Starbucks akan berhentikan 1,100 pekerja

ISTANBUL: Rangkaian kopi Starbucks yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan 1,100 pekerja, kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Brian Niccol melalui satu pengumuman pada Isnin.

"Kami sedang memudahkan struktur kami, menghapuskan lapisan dan pertindihan dan mewujudkan pasukan yang lebih kecil dan lebih tangkas," lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Niccol menerusi kenyataan syarikat.

"Hasrat kami adalah untuk beroperasi dengan lebih cekap, meningkatkan akauntabiliti, mengurangkan kerumitan dan memacu integrasi yang lebih baik. Semua dengan matlamat untuk lebih fokus dan mampu memacu impak yang lebih besar mengikut keutamaan kami."

Niccol berjanji untuk mempercepatkan perkhidmatan, meningkatkan pengalaman pesanan mudah alih dan memulihkan suasana kafe Starbuck.

Menurut syarikat itu, kakitangan pembuatan, pengedaran, pergudangan dan yang mengendalikan pemanggangan kopi serta pekerja kafe tidak akan terjejas oleh pemberhentian.

Pengumuman terbaru rangkaian kopi Amerika itu dibuat ketika boikot makanan terhadap syarikat yang berpangkalan di AS masih berterusan kerana membantah sokongan Washington untuk Israel yang melakukan serangan genosid di Gaza.

Starbucks juga bergelut akibat penurunan jualan suku tahunan.

Gencatan senjata dilaksanakan di Gaza sejak bulan lalu, menghentikan serangan genosid Israel, yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 48,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan menyebabkan Palestin berada dalam kemusnahan.

Pada November, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tindakannya di rantau itu.


HEBAT WARGA

TURKI

AMIN

KENTAKI

TUTUP NIAGA

DI TURKI

AMIN

KALI INI KEDAI

KOPI STARBUCK

 DI BOIKOT KERANA

SOKONG ISRAEL

AMIN

CONTOH BAIK

UNTUK KITA IKUT

KHALAS

HUJAH YB BACHOK MEYAKINKAN


HUJAH YB BACHOK

MEYAKINKAN

TAHAP ANWAR BLACKROCK
TERALU RENDAH 
MAKA LEPAS INI
SESIAPA SAJA YANG JANJI
 DI TUNAI
BOLEH MENJADI PM

SANTAN NIKMAT MASAKAN MELAYU


KELAPA SANTAN

IALAH KUNCI

NIKMAT MASAKAN

MELAYU

AMIN

Hashimi Jigit commented on 
"SANTAN NAIK HARGA"

Ini bukan pasal dasar ekonomi MADANI. Biawak mana pun perintah keadaan serupa akan berlaku. Santan naik harga sebab permintaan untuk bahan tersebut melonjak berkali ganda menjelang bulan puasa. 

Para peniaga bazaar ramadhan perlukan berjuta gelen santan untuk menyediakan juadah mereka. Surirumah pun time ni la nak masak sedap-sedap pakai santan pekat2 untuk juadah berbuka.

Hakikatnya falsafah di sebalik ibadat berpuasa itu sendiri sudah jadi lintang pukang. Jangan komplen bila santan naik harga sebab nafsu melantak engkau juga punca penyebabnya.

BULAN PUASA MERAYAKAN MASAKAN MELAYU


BULAN PUASA

MERAYAKAH

KUIH MUIH &

MASAKAN MELAYU

AMIN

Unknown commented on 
"SANTAN NAIK HARGA"

gua tak pandang pun semua kuih dan lauk di bazaar. semua pun nak kaut keuntungan. rasa macam sampah. seperti biasa gua tak beli satu apa pun di bazaar. gua kalau jalan di tempat yang ada bazaar sampah ti akan meludah sebab berbau macam sampah. ptuih!

PAGI INI


PAGI INI


RABU 26 FEBUARI 2025
KEMARIN ADA BERITA PETRONAS
PENDAPATAN TAHUNAN JATUH
INI BERITA TAK MOLEK
DUIT PETRONAS
DUIT PENDAPATAN NEGARA

SATU PERKARA
YANG WAJIB KITA SEMUA SEDARI
AMALAN BIASA 
NEGARA PENGELUAR MINYAK
HANYA ADA SATU SYARIKAT

PERTAMINA UNTUK INDONESIA
IRAN IRAK LIBYA
SAUDI PAKISTAN
NIGERIA
HANYA ADA SATU SYARIKAT
CARI GALI NEGARA
INI UNTUK MAKSIMAKAN
PENDAPATAN NEGARA

TAPI
KENAPA WUJUDKAN
PETRO SARAWAK?

INILAH BAHAYA
BILA KERAJAAN TAK DAPAT
SOKONGAN RAKYAT
ANWAR BLACKROCK
JELAS KENA PAU 
SAPA PAU ANWAR BLACKROCK?
JENG JENG JENG
AMIN

PUASA AKAN SAMPAI
ISU TAPAK  BAZAR RAMADAN SELESAI
KINI MASUK ISU
HARGA SANTAN
INI PASTI AKAN DIIKUTI
OLEH HARGA KUIH MUIH
HARGA JUALAN BAZAR
YANG MAHAL 
MASA BULAN PUASA

BERAPA SEPOTONG
AYAM BAKAR?
BERAPA SEPOTONG
TERUBUK BAKAR?

KITA AKAN DENGAR BACA
BERITA BERIAT GENRE INI
TIDAK LAMA LAGI
AMIN

AMERIKA
TRUMP KATA UKRAINE
DAH SETUJU NAK BAYAR
KEMBALI HARGA
SENJATA DAN BANTUAN PERANG
DENGAN BERI 
BAHAN GALIAN UKRAINE 
PADA SYARIKAT AMERIKA
NILAI 500 BILION DOLAR

UKRAINE
DI LAPOR PRESIDEN ZELENSKIY
AKAN DATANG JUMPA TRUMP
JUMAAT INI
UNTUK TANDA TANGAN
PERJANJIAN JUAL BELI
GALIAN

UNITED KINGDOM
PM UK STARMER
AKAN DATANG
JUMPA TRUMP ESOK KHAMIS
JUGA NAK BINCANG
HAL UKRAINE

RUSIA
GUMBIRA DAN ALU ALUKAN
UNDI AMERIKA DI PBB
YANG TIDAK LAGI TUDUH
RUSIA SEBAGAI
PEMULA PERANG

CHILE
NEGARA INI PUTUS LETERIK
BERJUTA RAKYAT
TANPA LETERIK

INDIA
SEOARANG ANAK MUDA
BERJAYA MENGUASAI
400 BAHASA DALAM DUNIA
HEBAT

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
LANGIT BIRU INDAH
BERAWAAN PUTIH
KL & KL SENTRAL CERAH

DI PINTU MASUK
MURAI BERKICAU
KUAT DAN MERDU
PAGI INI TERUS MENJADI
INDAH

ABANG PEMOTONG RUMPUT
DENGAN MESIN RUMPUT
TIONG BERTERBANGAN
MENUNGGU REZEKI

MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT

GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
PETANG MUNGKIN REDUP
TANDA NYAMAN
UNTUK BULAN PUASA

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI RABU

BRO
HIDUP INI PENUH CABARAN
BUKAN PENUH CUCIAN
PENUH  CUCIAN
IALAH MESIN BASUH

BRO
JANGAN MINTA
TEH TARIK KURANG MANIS
SUSU PEKAT ITU
DAH SEDIA MANIS

BRO
KALAU AWEK
KALAU BALAK TU
TAK TALIPON LU
ERTINYA
LU PERLU CARI GANTI


LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA