Ahad, 4 Mei 2025
RAFIZI JANGAN LETAK JAWATAN
RAFIZI JANGAN
LETAK JAWATAAN
AMIN
Unknown commented on
"BAKAL PM
NAK LETAK JAWATAN"
tolong la jangan letak jawatan sekarang .. gua belum puas nak pukimak kan beliau..
TENTERA ISRAEL MASUK KE GAZA SEKALI LAGI
Israel kerah puluhan ribu tentera simpanan untuk serang Gaza
BAITULMAQDIS: Israel mengeluarkan kerahan memanggil puluhan ribu anggota tentera simpanannya bagi menyertai serangan besar-besaran ke atas Gaza.
Media tempatan melaporkan perkembangan itu, ketika Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, mengkritik Qatar kerana gagal dalam peranannya selaku pengantara gencatan senjata.
Beberapa saluran berita melaporkan, pihak tentera sudah mula menghantar arahan kepada tentera simpanan bagi menggantikan anggota kerahan dan tentera aktif yang kini ditempatkan di Israel serta Tebing Barat yang diduduki.
Difahamkan, sebahagian besar menerima arahan melapor diri dan dipindahkan ke Gaza dalam masa terdekat.
Jurucakap tentera tidak mengesahkan mahupun menafikan laporan itu, namun saudara kepada beberapa wartawan AFP adalah antara yang menerima arahan mobilisasi berkenaan.
Menurut penyiar awam Israel, mesyuarat Kabinet keselamatan dijadualkan berlangsung hari ini untuk meluluskan peluasan operasi ketenteraan di Gaza.
Israel menyambung semula operasi besar-besaran di seluruh Gaza pada 18 Mac lalu susulan kebuntuan rundingan berhubung gencatan senjata selama dua bulan yang sebelum ini berjaya meredakan konflik selepas serangan Hamas pada Oktober 2023.
Qatar yang menjadi tuan rumah pejabat politik Hamas bertindak sebagai pengantara rundingan gencatan senjata bersama Amerika Syarikat (AS) dan Mesir, yang mula berkuat kuasa pada Januari lalu.
Namun, usaha untuk mendapatkan persetujuan baharu dilihat semakin sukar sejak beberapa minggu kebelakangan ini akibat percanggahan syarat yang diletakkan oleh Israel mahupun Hamas.
Netanyahu dalam kenyataan di platform X menuduh Qatar yang kaya dengan hasil gas, 'bersikap talam dua muka', 'mempermainkan kedua-dua pihak' dan berselindung di sebalik kata-kata manis.
Katanya, Qatar perlu 'memilih sama ada berada di pihak yang menghormati peradaban atau menyokong kekejaman Hamas'.
Perdana Menteri Israel kini tertekan dengan desakan penyokong sayap kanan yang menjadi tulang belakang kerajaannya, kerana semakin lantang mendesak supaya perang diteruskan sejak serangan semula ke atas Gaza bermula.
"Israel akan menang dalam perang yang adil ini dengan cara yang adil," katanya lagi.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Qatar, Dr Majed Al-Ansari, menegaskan Qatar menolak sekeras-kerasnya kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Israel.
"Kenyataan itu langsung tidak memenuhi piawaian asas tanggungjawab politik dan moral," katanya dalam hantaran di X awal pagi tadi.
Al-Ansari turut mengkritik naratif bahawa konflik di Gaza adalah demi mempertahankan peradaban dan menyamakan kenyataan itu dengan rejim terdahulu yang menggunakan alasan palsu untuk menghalalkan kekejaman terhadap orang awam.
Dalam kenyataan sama, beliau mempersoalkan sama ada pembebasan 138 tebusan dicapai menerusi tindakan ketenteraan atau hasil usaha rundingan yang kini sedang dipertikaikan dan cuba digagalkan.
Beliau turut merujuk krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza dengan menyifatkannya sebagai 'sekatan yang mencekik' dan 'kebuluran sistematik'.
Katanya, kekurangan ubat dan tempat perlindungan serta penyalahgunaan bantuan kemanusiaan digunakan sebagai alat tekanan politik. – AFP
ZIONIS ISRAEL
MENERUSKAN
PERANG
AMIN
NEGARA ARAB
DAN NEGARA YG
SOKONG PALESTIN
WAJIB MULA FIKIR
CARA BARU UNTUK
SOKONG PALESTIAN
AMIN
BANTUAN MAKAN
DAH HANTAR
SEKARANG
PERLU HANTAR
PASOKAN TENTERA
UNTUK LAWAN ZIONIS
KHALAS
PEGAWAI KERAJAAN BIJAK MAKAN RASUAH
PEGAWAI
KERAJAAN
BIJAK MAKAN
RASUAH
AMIN
Unknown commented on
"RASUAH BESAR DALAM
KAKI TANGAN KERAJAAN"
Ini sistem dicipta oleh penjajah, bukan orang kita yang suci murni, akhlak mulia, pakai kopiah, pegang tasbih, mulut kumut kamit mencari syurga setiap masa, terlalu ramai dari negeri serambi, terlalu ramai pekat loghat, terlalu ramai pesawah masuk kerajaan, terlalu ramai nelayan jadi penguasa kah kah kah, itu belum ternak lembu dalam kondominium,
Bossku makan billion anak jati semua makan juta, satu negara lingkup, siapa juara ? Akhirnya anak-anak Mahathir terpaling juara selagi ada Bapa kah kah kah, patut Bapa Rasuah Negara diberikan kepada Bossku kah kah kah selagi ada UMNO selagi itu negara lingkup teruskan legasi penjajah amin kah kah kah
HIDUP MODEN OTAK LEMAH
HIDUP MODEN
OTAK LEMAH
KHALAS
Unknown commented on
"TIKAM ANAK ?"
Semakin ramai sakit jiwa, walaupun hidup senang lenang setiap hari dapat bantuan sampai naik lemak, tak payah berusaha tak payah peluh semua kaya serta merta kah kah kah cuba masuk penjara bagi kerja berat macam zaman dahulu kala, pecah batu pecah cucuk tanam kah kah kah baru otak segar
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 4 MEI 2025
PRU DAN TRUMP
Australia baru selesai PRU. Kerajaan lama kembali berkuasa. Canada minggu lepas. Hasil sama.
Apa yang jelas ialah sikap rakyat Canada dan Australia kepada pemimpin tempatan yang di lihat pro Trump.
Pembangkang di Canada dan di Australia – bawa agenda Trump di lihat bungkus.
TETAPI saya ULANG – di UK PRU Kerajaan Tempatan dan PRK – Parti dan garis simpati dengan dasar TRUMP menang besar. Kerajaan yang Pro Ukraine Pro Perang kalah.
BOEING macam mana ? Jeng jeng jeng
Kena pikiak.
WHO
Sedang merancang satu lagi pendemik. Projek ini sedang di rancang untuk kayakan syarikat ubat. Dunia akan di paksa sekali lagi. Tapi kali ini kita ada Maharaja Trump yang yang tolak projek jahat ini.
SINGAPURA
Parti PAP kembali berkuasa. Kali ini menang besar.
ISRAEL
BERPULUH RIBU askar simpanan sedang di kerah untuk mulakan kempen SERANG GAZA.
SIAM
Kerajaan Siam mula putar rakyat agar jangan takut pada wabak ANTRAK. Mungkin ini projek syarikat ubat ?
YAMAN
PM Yaman letak jawatan. Ini negara Yaman yang di sokong oleh Saudi. Bukan Yaman Houthi yang berjuang melawan Zionis Blackrock.
BRAZIL
Lady Gaga buat konsert percuma di tepi pantai Copacabana dalam kota Rio de Jenerio. Satu juta datang ke konsert ini.
HOKKIEN
Pagi ini cerah basah segar. KL & KL Sentral Cerah .Petang dan malam kemarin ujan. Matahari dah keluar. Langit berawan biru dan putih. Tidak ada awan gelap.
Ha ha rumput basah. Hanya Tekukur didengar bersuara. Juga Keng Keng melaung kuat arah KL Sentral.
Di jalan pulang di tepi belukar pintu pagar suara Murai berkicau – ha ha – jika pagi Murai berkicau tanda hari ini baik.
Ketika gua mengetik gua dengar suara jantan berkokok di hadapan dan di belakang flet. Pasti Ayam Hutan gumbira pagi basah banyak cacing boleh di cakar.
Hari ini akan panas. Tapi kita wajib sedar dah masuk BULAN LIMA – patutnya ini musim panas tapi hujan setiap petang. Ini tanda malapetaka iklim. KESIAN warga TAMAN SERI MUDA.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI AHAD
Elok parang jika dibaji
Di baji dengan roket awan
Mana hilang Mamat Rafizi
Kena tipu tidak melawan
Bila bertiup angin selatan
Segera singgah sampai berhenti
Kenapa Rafizi takut melawan
Bukakah dia calon Perdana Menteri
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)





