Isnin, 5 Mei 2025

IRAN AKAN DI SERANG ?


IRAN AKAN 

DISERANG?


Ketika tulisan ini di garap Zionis Israel terus menyerang Gaza. Perjanjian gencatan senjata Fasa Ke Dua telah tamat.  Angka kematian yang di umumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza berakhir bulan April ini ialah 52,000 orang.  Gencatan senjata Fasa Ke Tiga  masih tidak kelihatan.

Apa sebenarnya perancangan  Zionis Israel ini terhadap Palestin ? 

Pada satu ketika dulu dunia Arab bangga dengan Mesir. Bani Arab bangga dengan  anak watan bernama Gamal Abdel Nasser.  Mesir di lihat sebagai pemimpin bumi Arab.

Sebagai Presiden Gamal Abdel Nasser memilik negara kan Syarikat Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Tindakan ini dikenali sebagai krisis Terusan Suez yang menjemput perang.

Sebagai tindak balas, Israel menyerang pada akhir  bulan Oktober 1956 , dan tentera British dan Perancis mendarat pada awal November, menduduki zon terusan. Perang Suez pecah.  

Tetapi Soviet Rusia, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi tekanan kuat. Amerika pada ketika itu  tidak menyokong tindakan Britain dan Perancis. Maka pada bulan Disember perang di hentikan. Zionis Israel undur  pada bulan Mac 1957. 

Terusan Suez menjadi milik Mesir.

Keberanian Nasser merampas Suez membakar semangat nasionalisma Arab.  Semangat  dari Mesir ini merebak ke Syria dan Iraq.  Nasser menjadi contoh ikutan watan Arab. Di Syria muncul Hafiz al-Assad. Di Iraq muncul Ahmad Hasan Al-Bakar dan Saddam Hussein. 

Nasionalisma Arab bangun menggelora melawan musuh Arab yang telah  bertapak di Palestin semenjak  14 Mei 1948. Semenjak tarikh ini Bumi Arab tidak pernah aman – perang-perang dan perang. 

Wajib di ketahui disini bahawa Israel ini bukan  sebuah negara. Israel sebenarnya ialah pangkalan tentera – kem askar -  milik kuasa imperial Barat. Awalnya  pendukung tegar Israel ialah United Kingdom. Kekuatan  Empire Great Britain kini telah berakhir. Pada ketika ini  pendukung kuat  Israel ialah Amerika.

Pembaca dan orang ramai akan terus bertanya kenapa Britain, Amerika dan Eropah terus menyokong Israel.  Apa kepentingan negara-negara ini dengan Israel. Bukankah lebih baik dan lebih untung jika Amerika dan negara Barat berbaik-baik dengan negara Arab. 

Jawabnya mudah : German merasa bersalah kerana di zaman  Nazi Hitler  - Perang Dunia Ke Dua -  negara ini telah mengamalkan genosid untuk  membunuh kaum Yahudi.  Perasaan bersalah ini juga di kongsi bersama oleh Peranchis.  Sejarah membuktikan bagaimana dua negara kuasa besar di Eropah ini telah bekerjasama membantai kaum   Yahudi.

Manakala  Britain  yang menjadi kuasa imperial utama di era itu melihatkan bahawa Israel ini perlu diwujudkan demi kepentingan politik, ekonomi dan ketenteraan Empire British.

Adalah  fakta  bahawa  sebelum 1948 telah ada  watan Bani  Yahudi tinggal di Palestin. Mereka ini adalah minoriti. Bani Yahudi tinggal aman damai bersama majoriti anak watan  Palestin.

Mengikut naratif yang kita baca bahawa negara Israel ini telah dijanjikan kepada Bani Yahudi semenjak 2000 tahun dahulu. Tetapi kenyataan bersadur agama ini menjadi bahan lawak. Jangan kita terlupa sebelum Palestin di pilih untuk menjadi Israel  telah wujud apa yang dinamakan Skim Uganda.

Skim Uganda ini  telah dibentangkan di Kongres Zionis Dunia Keenam di Basel pada tahun 1903 oleh Theodor Herzl, pengasas Zionis moden. Skim ini memilih Uganda sebagai negara untuk Bani Yahudi.  Malah Australia juga telah disebut sebagai wilayah untuk Bani Yahudi.

Fakta sejarah juga membuktikan ketika Perang Dunia telah wujud kerjasama antara kaum Nazi dengan kaum Zionis. Mereka membuat perjanjian Haavara – Perjanjian Pemindahan. Perjanjian ini di antara Nazi Jerman dan pertubuhan Zionis yang ditandatangani pada 25 Ogos 1933. Perjanjian merupakan faktor utama yang membolehkan penghijrahan kira-kira 60,000 orang Yahudi Jerman ke Palestin antara 1933 dan 1939.

Zionis dan Nazi adalah sama. 

Apa yang jelas  di sini  Zionisme ialah penjajahan. Kaum Zionis berselindung di belakang tabir agama. Walhal mereka  ini ialah penjajah  - sama seperti Nazi -  yang menjarah tanah air orang lain. Agama itu hanya topeng.  Amin.

Britain menyokong kewujudan Israel kerana kepentingan empire. German dan Perancis menyokong Israel kerana merasa bersalah. Bagaimana pula dengan Amerika yang  hanya terlibat di saat akhir Perang Dunia Ke Dua.


Tidak masuk akal kenapa Amerika gila-gila menyokong Israel walhal Amerika tidak terlibat untuk merasa bersalah seperti Jerman. 

Jawabnya : Di Amerika ada sistem lobi.

Melobi dalam politik Amerika melibatkan individu atau kumpulan yang mempengaruhi atau cuba mempengaruhi penggubalan atau menolak perundangan, kelulusan eksekutif atau perubahan peraturan. Sama ada  di peringkat Presiden, Kongres mahu pun di negeri.

Hakikatnya melobi sebagai percubaan untuk mempengaruhi keputusan perundangan atau peraturan, yang berpotensi mempengaruhi orang ramai. 

Aktiviti melobi boleh berlaku melalui  interaksi langsung dengan penggubal undang-undang. Atau dalam kempen politik untuk memilih perwakilan.

Contohnya Syarikat Rokok akan melobi agar jangan  di haramkan  iklan rokok. Syarikat  cari gali minyak tidak mahu undang-undang melarang mencari gali minyak dalam laut. Atau NGO alam sekitar mahu di perketat undang-undang asap kereta. 

Badan dan lembaga pelobi ini berdaftar. Memiliki pejabat dan banyak beralamat di Washington DC.  Sistem ini dilihat berjalan secara terbuka dan telus. Umum mengetahui nama dan tujuan badan pelobi ini.

Harus  di akui melobi bukan hanya dengan air liur atau dengan menghantar kertas kerja. Atau berseminar dan  berbincang dengan ahli Kongres  atau Senator. Hari ini sistem lobi di Amerika  telah menjadi satu budaya yang kompleks  dan sofistikated.

Hari ini lembaga pelobi yang paling menonjol dan paling berpengaruh di Amerika ialah AIPAC – American Israel Public Affairs Comittee. Lembaga yang di tubuhkan pada tahun 1963  beralamat di Washington DC. Seperti sebuah NGO ianya memiliki 5 juta ahli.  Tujuan utama AIPAC ialah melobi untuk kepentingan Israel.

Nama Elon Musk selalu kita dengar. Akhbar Washington Post pada 31 Januari 2025 melaporkan Elon Musk menderma 288 juta dolar untuk kempen Donald Trump. Tetapi ada lagi sosok-sosok yang nama tidak muncul. Mereka ini adalah Yahudi  kaya raya yang turut sama  memberi dana kepada Trump.

Meriam Andelson  balu kepada towkay judi Sheldon Andelson adalah salah seorang bilionair Yahudi yang  memberi 100 juta dolar untuk kempen Trump.  Janda kaya Miriam ini nilai bersihnya dianggarkan  37.8 bilion dolar.  

Semenjak kematian suaminya pada tahun 2021 janda kaya ini  telah mengendalikan RJC  (Republican Jewish Coalation ) untuk memungut derma dari Yahudi kaya yang berselirat di Amerika.

Yan Borysovych Koum, seorang Yahudi kelahiran Ukraine yang tidak suka  publisiti, telah menggunakan kekayaannya yang dianggarkan lebih daripada $9 bilion untuk menjadi salah satu penderma terbesar dunia untuk tujuan Yahudi dan Israel.

Politik Amerika telah sampai ke  tahap  politik duit. Tidak berduit jangan berpolitik. Untuk dipilih menjadi Presiden Amerika bukan murah. Mengikut laporan akhbar Financial Times pada 6 November 2024  Trump telah mengumpulkan 1.8 bilion dolar untuk dana berkempen. 

Nama yang tertulis adalah sosok individu Yahudi yang menderma. Ini belum masuk dikira syarikat-syarikat  milik Yahudi  atau penyokong tegar Israel seperti syarikat Blackrock. 

Hari ini ada pemerhati politik yang berani berkata bahawa badan politik di Amerika kini di miliki oleh Zionis Yahudi. Justeru kerana itu setiap Presiden Amerika  semuanya mengambil dasar pro Israel. 

Hari ini tidak ada – saya ulang – tidak akan ada Presiden Amerika – yang akan di pilih jika ianya tidak mengambil dasar pro Zionis Israel.

Rancangan akhir  Zionis Israel ialah mendirikan apa yang dipanggil Greater Israel atau  Israel Raya. Projek Israel Raya merujuk kepada konsep yang membayangkan wilayah yang lebih besar untuk Negara Israel daripada sempadannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sekarang.

Konsep ini mempunyai dua tafsiran utama: satu merangkumi Negara Israel semasa, Bukit Golan, Tebing Barat, dan Gaza. Tafsiran yang lain, lebih luas, meluaskan wilayah yang dikehendaki dari Sungai Nil  di Mesir hingga ke Sungai Efrat di Iraq. Idea ini  berakar pada ideologi Zionis dan tuntutan sejarah dan agama Yahudi.

Projek Israel Raya  ini telah berjalan lancar. Mesir telah dimandulkan. Iraq telah di serang dan di musnahkan kekuatan senjatanya.  Syria baru saja berjaya di mandulkan. Lebanon sedang di gasak dan semakin lemah tanpa sokongan Syria. 

Saudi Arabia dan Negara Telok semuanya telah lama masuk ke dalam poket  Amerika. Masuk ke dalam poket Amerika bermakna masuk ke dalam poket Zionis Israel.

Apa yang masih tegak berdiri dan berani melawan Zionis Israel pada hari ini hanya   Yaman  dan Iran.    Semenjak Perang Gaza bermula 7 Oktober 2023  dunia mula mendengar dan mengenali Houthi dari Yaman. 

Hari ini   Yaman menjadi salah satu negara yang  amat berani bukan hanya bersuara malah menyerang  Tel Aviv dengan  peluru berpandu.

Kelihatan pada ketika ini projek Israel Raya ini  sedang dihalang oleh Iran dan Yaman. Justeru ketika tulisan ini di garap pentadbiran Trump sedang hangat berbincang dan merancang apa seterusnya di Timur Tengah.

Para Zionis  yang mengelilingi Trump sedang memasang jarum untuk memastikan Iran di serang. Siapakah para Zionis yang mengeliling Trump? Apakah Iran akan di serang? Sila tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
 
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM
PORTAL MALAYSIA KINI
https://www.malaysiakini.com/columns/742104






























HOUTHI YANG HEBAT SERANG LAPANGAN TERBANG ISRAEL


HOUTHI HEBAT

SERANG LAPANGAN

TERBANG ISRAEL

KHALAS

SIAPA SUAMI DATIN SRI INI ?



Kronologi kehilangan Datin Seri Pamela Ling, saksi yang diculik ketika ke pejabat SPRM

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Pamela Ling dijadualkan hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 9 April lalu bagi memberi keterangan berkaitan satu siasatan sebagai kes culik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata laporan polis berkaitan kehilangan wanita itu diterima di Balai Polis Presint 7 Putrajaya pada jam 3.02 petang hari sama.

Berikut adalah butiran kronologi kehilangan wanita itu, Datin Seri Pamela Ling Yueh.
9 April 2025 (Selasa)

1.29 tengah hari, Pamela memulakan perjalanan dari Jalan Cheras menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab menuju ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

1:52 tengah hari: Lokasi terakhir telefon bimbitnya dikesan berhampiran Lebuhraya MEX, berdekatan Pusat Bandar Putra Permai.

1:57 tengah hari: Pamela menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada peguamnya, memaklumkan beliau sedang dalam perjalanan dan dijangka tiba di SPRM pada jam 2:08 petang.

Selepas 2 petang: Panggilan dan mesej daripada keluarga serta peguamnya tidak mendapat maklum balas. Mesej WhatsApp tidak dihantar, dan panggilan tidak dijawab.

3:02 petang: Peguam Pamela membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, mengenai kehilangan beliau.

10 April 2025

- Peguam Pamela membuat laporan polis kedua di Balai Polis Seri Kembangan.

2 Mei 2025
- Keluarga Pamela mengeluarkan kenyataan media, memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai keberadaan beliau. Mereka menyatakan bahawa kereta Grab yang dinaiki Pamela telah dipintas oleh tiga kenderaan tidak dikenali, dan beliau diarahkan masuk ke salah satu dari kereta berkenaan.

3 Mei 2025
- Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan penculikan atau melarikan orang dengan niat untuk mengurung secara salah. Beberapa saksi, termasuk pegawai SPRM dan peguam mangsa, telah dirakamkan kenyataan mereka.

4 Mei 2025
- Tiada perkembangan baharu dilaporkan. Pamela masih belum ditemui, dan usaha pencarian diteruskan. Polis sudah merakam keterangan 12 individu setakat tarikh ini dan memaklumkan semakan sudah dibuat dengan pihak Jabatan Imigresen berhubung rekod keluar masuk Pamela Ling di negara ini. Selain itu, polis mengesahkan tiada tuntutan wang tebusan diterima.

Maklumat Tambahan:

- Pamela, 42 tahun, adalah isteri kepada ahli perniagaan dari Sarawak, Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu. Mereka sedang dalam proses perceraian yang rumit di Malaysia dan Singapura, membabitkan harta bernilai tinggi.

- Menurut peguamnya,  N Sivananthan, Pamela dan suaminya sedang disiasat oleh SPRM berkaitan kes pengubahan wang haram.

- Keluarga Pamela meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi bapanya, Ling Kie Yii di 012-8867979 atau abangnya, Simon Ling Wan Siong di 012-8866799.

 WOIT

INI KES PELIK

DAN GANJIL

AMIN

KENAPA

LAMBAT POLIS

DIBERITAHU

AMIN

KAMERA ADA

DI  LEBUH RAYA

DI TEMPAT TOL 

MUSTAHIL POLIS 

TAK LEH CARI

AMIN

SUAMI MINAH

INI POLITIKUS?

JENG JENG JENG

AMIN

APAKAH MINAH

INI NAK BUKA

CERITA DI SPRM

KAH KAH KAH

MAKA  MINAH 

PERLU  

DI HILANGKAN ?

JENG JENG JENG

KHALAS

AGAMA WUJUD KERANA KPERLUAN MANUSIA


AGAMA WUJUD

KERANA 

KEPERLUAN

MANUSIA

AMIN

Unknown commented on
 "TERSUSUN DAN TERANCANG"

Awal zaman manusia bergaduh sesama sendiri berebut tanah makanan minuman tetapi tidak sampai walaupun sembah pokok batu gunung matahari sebagainya, apabila masuk agama masing-masing nak melihat sebagai terbaik terulung termasyhur sampai perang berbunuhan juga semua agama, masuk projek kaya dengan agama masuk projek ketuanan masuk projek bangsa dengan nama negara kah kah kah

semuanya mengikut turutan bijak cerdik pandai dahulu sehingga sekarang tetapi hampeh apabila logik akal logik kudarat badan tidak digunakan dengan mempercayai segalanya seratus peratus dimonopoli sehingga sekarang, siapa sudah sampai ke mana-mana destinasi yang dijanjikan? Hanya kepercayaan hanya satu sahaja yang nampak baik atau buruk, dunia mengajar kita semua membuat kebaikan bukan kejahatan tak kira apa alur pemikiran, 

jangan pra sangka buruk terhadap orang lain terutama berkaitan agama kepercayaan kebudayaan masing-masing itu hak masing-masing jangan kacau budaya orang tak payah mengikut juga buat cara sendiri setiap hari tanpa mengacau orang kah kah kah


Unknown commented on 
"CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN"

Buat apa DUIT banyak-banyak!!


Unknown commented on
 "CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN"

Geng pokok banyak DUIT aik..


Unknown commented on
 "CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN"

Kami tak berkenan aik kat anak supperchai..Kouk bagi 110 juta..CP nak bagi 2 juta sahaja??


Unknown commented on 
"CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN"

CP group bayar zakat saham dengan zakat harta tak??zakat saham TAK bayar..zakat harta bayar kat ADIK-BERADIK sahaja..


Unknown commented on
 "CARI MAKAN JADI WAKIL TUHAN"

geng pokok ligan anak hang..tu hang tak berkenan tuh..belah lawan hang semua kaya-kaya..aku nak sangkut dengan nak BELI!!Mai 3 juta..

RAFIZI CALON TETAP PM MALAYSIA


RAFIZI CALON

TETAP PM

MALAYSIA

KHALAS


Unknown commented on 
"AHLI PKR TETAP SETIA DENGAN RAFZI"

‘Biar Rafizi diberi laluan mudah’ - Anwar

'Tiada isu Rafizi cuti' - Anwar

Mohd. Rafizi luah hasrat letak jawatan

'Empat Jam Duduk Dengan Rafizi, Saya Ada Empat Hari Untuk Istikharah' – Saifuddin

'Formula sedang berjalan lah bahalol bodoh'

kah kah kah

PAGI INI

 

PAGI INI

PAGI INI

SENIN 5 MEI 2025


DATIN SRI HILANG
Berita tersebar seorang Minah Datin Sri hilang dalam perjalanan ke pejabat SPRM di Putrajaya. Jeng jeng jeng.

Di lapor Datin Sri ini datang untuk beri maklumat tentang kes pengubahan wang haram. Jeng jeng jeng. Wang haram sapa? Jenge jeng jeng.

Di laporkan juga laki Datin Sri ini sedang bergaduh nak CERAI dengan DATUK SERI jeng jeng jeng. Sapa Datu Sri suami Minah ini ?  Politikus? Ahli perniagaan ? Kepala samseng ? Sapa?

Pelik amat pelik – kes kena culik ini bulan lalu baru sekarang heboh./WAT IS DE  BEKOS kah kah kah.

Dalam lebuh raya ada TOL pasti ada kamera. Lebuh raya AMEX ke Putrajaya pasti banyak kamera. Jeng jeng jeng. Mustahil tak ada gambar.

Dari gambar dalam akhbar nampak Datin Sri ini bergetah dan cun. Kalau cerai ada seorang  lagi janda kaya kah kah kah.

YAMAN
Peluru berpandu dari Yaman berjaya menembus benteng Israel. Meledak di Lapangan Terbang Ben Gurion – ini lapangan terbang utama Israel.

ISRAEL
Setanyahu marah sangat keran Ben Gurion di tembak oleh Houthi Yaman. Setanyahu berjanji akan membalas.

ROMANIA
Penyokong kuat Trump di Romania menang kiraan undi pertama untuk memilih Presiden.

AMERIKA
Trump umum tarif 100% untuk filem yang masuk ke Amerika dari luar negara.

RUSIA
Putin kata senjata nuklear tidak termasuk dalam perancang Rusia dalam Perang Ukraine.

IRAN
Mendedahkan peluru berpandu jenis baru. Jarak sampaian 1200 kilometer.

INDIA- PAKISTAN
Aliran air Sungai Chenab ke Pakistan di tutup. DI PBB  Wakil Pakistan menyatakan rasa gusar terhadap perkembangan baru ini.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar sejuk. KL & KL Sentral cerah. Kemarin petang hujan lebat. Matahari dah keluar. Cahaya masih lemah.
Langit  berawan putih biru. Tidak kelihatan awan gelap.

Pagi ini Hokkien agak sunyi – tak dengar suara unggas. Hanya suara Warga Asal yang di dengar.

Berjalan pulang di tepi hutan belukar tepia pagar Murai berkicau. Ha ha. Pagi menjadi indah bila Murai berkicau.

Ketika gua mengetik gua dengar sayu-sayu Jantan berkokok entah dari arah mana.

Gua yakin hari ini akan panas. Petang mungkin hujan. Jika hujan malam jadi sejuk.

BRO
SENYUM
SENYU DI PAGI SENIN

Sarat  sampan berisi sagu
Sagu rumbia sedap rasanya
Kesian Rafizi kena  tipu
Jelas nampak kena aniaya

Mulia umat kerana beradat
Adat terpakai akhlak terpuji
Ramai di  tipu tanpa syarat
Inilah nasib   budak Rafizi

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA