Isnin, 26 Mei 2025

ALLAH SOKONG RAFIZI ?

 



Saya tidak berniat untuk berputus asa, kata Rafizi

Meskipun gagal mempertahankan jawatan sebagai timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli tetap teguh dengan pendiriannya dan berikrar untuk terus berjuang demi Malaysia yang lebih baik.

"Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik.

"Cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya," katanya dalam hantaran di media sosial.

Rafizi yang dijangka meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, berkata dengan lebih banyak masa yang ada akan membolehkan dia meluangkan masa bersama rakyat biasa selepas ini.

‘Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita’

Ahli Parlimen Pandan yang telah bersama PKR hampir tiga dekad itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokongnya.

"Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat.

"Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan (Kongres Nasional PKR), sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa,” tambahnya.

“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti reda dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” katanya.

Rafizi, yang merupakan penyandang jawatan nombor dua baru-baru tewas kepada anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.

Semalam, ahli politik itu menegaskan bahawa memegang jawatan dalam kerajaan bukan satu-satunya cara untuk mencapai matlamat reformasi, malah menegaskan bahawa perubahan harus bermula daripada masyarakat sendiri.

Rafizi turut menyuarakan keyakinan bahawa matlamat PKR masih belum tercapai dan menambah bahawa idealisme dan keabsahan parti itu di mata rakyat melangkaui kepimpinan presidennya sekarang.

WOIT

ALLAH SOKONG

SAPA ?

KAH KAH KAH

MACAM MANA

NAK TAHU

ALLAH SOKONG

RAFIZI ATAU

NURUL

KAH KAH KAH

KHALAS

NAIKKAN HARGA MINYAK UNTUK BANGLA

 


SOKONG

KITA NAIKKAN

HARGA MINYAK

UNTUK BANGLA

 INDON MYAMAR 

& VIETNAM

AMIN

RAMAI MEREKA 

PAKAI HONDA DAN

MERCEDES

KAH KAH KAH

KHALAS

GAZA AKAN JADI MILIK BLACKROCK




Gaza mungkin 'hilang' tanpa campur tangan antarabangsa


GAZA: Kenyataan terbaharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bahawa perang di Gaza hanya akan berakhir bila keseluruhan wilayah itu dikuasai Israel, secara langsung mendedahkan matlamat sebenarnya.

Malah, tambah beliau, cadangannya itu turut mendapat sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang setuju bahawa penduduk Palestin di Gaza perlu dipindahkan keluar.

Pelan besar Israel itu menyaksikan pelancaran operasi darat utama dinamakan 'Gideon's Chariots' beberapa hari lalu bagi menduduki sebahagian besar atau keseluruhan Semenanjung Gaza.

Penduduk asal Gaza, yang berjumlah sekitar 2.4 juta sebelum perang bermula pada 7 Oktober 2023, kini hanya tinggal sekitar sejuta, terkepung di lima kem pelarian dikawal Israel.

Dalam tempoh dua minggu lalu, Israel meningkatkan kempen pengeboman, membunuh ratusan lagi rakyat Palestin, sebahagian besarnya orang awam manakala bakinya diarah berpindah lagi.

Di samping pengeboman, isu paling mendesak ialah sekatan Israel sejak 2 Mac lalu dan risiko kebuluran bagi baki penduduk Gaza, lebih separuh daripadanya wanita dan kanak-kanak.

Pada masa sama, ladang milik petani Palestin dimusnahkan, ternakan dibunuh dan nelayan yang mahu ke laut ditembak, sekali gus memutuskan sama sekali rantaian bekalan makanan bagi penduduk Palestin.

Dengan sekatan memasuki hari ke-82, imej kanak-kanak yang kurus kering terus tersebar dalam berita dan media sosial dengan kemarahan umum semakin meningkat.

Untuk rekod, menurut Suruhanjaya Penentangan Penjajahan dan Tembok Palestin, Israel merampas lebih 12,800 ekar tanah Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober 2023.

Suruhanjaya itu turut mendedahkan, sejak perang di Gaza bermula, Israel mengeluarkan 13 arahan ketenteraan bagi mewujudkan zon penampan di sekitar penempatan haram serta menubuhkan 60 pos penempatan haram baharu di Tebing Barat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 11,400 ekar telah dirampas sepanjang 2024 sahaja atas pelbagai alasan, termasuk pengisytiharan sebagai kawasan rizab semula jadi, tanah milik negara dan zon ketenteraan

Dalam pada itu, Gaza menghadapi risiko kebuluran yang kritikal dengan 470,000 orang di Gaza berdepan kebuluran iaitu mewakili 22 peratus daripada penduduk ya.

Lebih daripada 52,000 orang terkorban dan sekurang-kurangnya 118,000 cedera di Gaza

Selain itu, sistem penjagaan kesihatan turut berada di ambang kehancuran dengan 90 peratus daripada penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka. - AGENSI

HANYA SATU

JALAN UNTUK

SELAMATKAN

GAZA

AMIN

HANTAR 

SUKARELAWAN

DARI SELURUH

DUNIA

UNTUK  LAWAN

ZIONIS ISRAEL

AMIN

KHALAS

TANAMKAN AZAM BAKI


TANAMKAN

AZAM BAKI

AMIN

Unknown commented on 
"KUCING DITAHAN 
KERANA MENYERANG POLIS"

Binatang pun sudah tidak hormat pada manusia beruniform sebab rasuah salah laku setiap masa kah kah kah manusia sesama manusia lagi teruk lah, asyik minta duit siang malam kerjasama dengan menggunakan agama bangsa keturunan ketuanan kah kah kah

TERGADAI PADA KAUM PENDATANG



TERGADAI

PADA KAUM

PENDATANG

KHALAS


Unknown commented on
 "KESEDARAN MELAYU"
4 hours ago
kesedaran untuk jom turun lawan lawan apa ni o la la madani !! wooit tak mau jadi red indian USA ?


Unknown commented on 
"KESEDARAN MELAYU"

Tergadai kepada siapa? Melayu tak ada geran tanah ke? Siapa pegang geran tanah melayu? Cina india kadasan dusun iban murut? Ini cakap macam kote tumbuh di dahi.

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 26 MEI 2025

MENUNGGU RAYA AJI


ASEAN BERKUMPUL
Tahun ini Malaysia menjadi Tuan Rumah Asean.  Kerja ini tukar ganti. Tahun lepas Indonesia. Tahun depan sapa?

Isu yang wajib di selesaikan ialah MYAMAR – ini agenda penting. Bagaimana ASEAN boleh mengembalikan rupa bentuk demokrasi  di Myanmar. Kerajaan tentera PERLU  di ganti dengan kerajaan orang ramai.

Ini kerja rumit tapi wajib di lakukan. Indonesia, Siam, Filipina – semua telah pernah jadi  NEGARA SOLDADU – hasilnya negara ini jadi negara gagal.

Baik untuk kita di Malaysia kerana RINGGIT kita kuat tapi mudarat untuk warga negara ini.

ASEAN wajib kerjasama. INI  kerana CHINA MERAH akan pecah-pecah kan ASEAN sama seperti Amerika buat sekarang. Filipina  pro Amerika. Siam dan Singapura  barua Amerika.

ASEAN wajib BERDIKARI – berdiri atas diri sendiri. Jangan lupa arwah Tun Razak mengajukan ZOPAN – Zone Peace and Neutrality.

AWAS !!! China Merah PASANG NIAT NAK ganti Amerika. Untuk Malaysia ini bahaya amat besar kerana ramai China Malaysia kibliatnya China Peking. Amin.

AMERIKA
Trump marah  pada Putin yang menyerang mengebom Ukraine.  13 orang warga Ukraine mati kemarin. Trump nak tambah sekatan ekonomi pada Rusia.

GAZA
Israel terus mengebom  Gaza. Kemarin 23 mati termasuk kanak-kanak dan wartawan. Setanyahu  nak ambil Gaza jadi tanah jajahan Blackrock. Pelik TRUMP tak kata apa.

EROPAH
Tarif 50% untuk  negara Kesatuan Eropah di tangguh.  Amerika dan EU mahu terus berbincang.

SAUDI ARABIA
Panas terik. Ramai bakal haji mati. Sapa pergi musim haji musim panas inilah yang akan di hadapi. Sapa bijak akan pergi haji pada musim sejuk. 53 bakal haji dari Indonesia mati. Malaysia berapa ?

AMERIKA
Hari ini 5 tahun dulu George Floyd mati bila lehernya di tekan oleh kaki polis. Maka lahir Black Lives Matter yang jadi satu gerakan massa di Amerika  untuk lawan polis dan  lawan sikap benci kulit itam.

TAIWAN
Delegasi YB dari UK datang membuat lawatan resmi ke Taiwan.

HOKKIEN
Pagi ini kelam. Langit pucat pudar.  Matahari di baluti awan tebal. KL & KL Sentral berjerebu.

Tapi   Tekukur masih bersuara. Seekor  menenggek di atas pokok cempaka tepi jalan. Gua nampak dia bersuara.

Ha ha... suara Gak gak  gak terdengar jauh. Murai juga berkicau pagi ini. Paling kuat dua kumpulan Warga Asal Hokkien menyalak marah bila kami melintas di hadapan kawasan mereka.

Gua rasa hari ini akan panas. Panas yang merimaskan. Jika tidak berangin badan kita akan   berlengas.  Suasana tak selesa. Pejabat akan turunkan suku dengan alat penyejuk. Udara panas dalam pejabat di sedut keluar. Di luar akan jadi lebih panas.  

Gua rasa hari ini kita akan berlengas. Gua di rumah  berbogel  untuk merasa nikmat cuaca. Amin.
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN YANG KELAM

BRO
Tidak ada satu perkara besar tercipta dengan cara tiba-tiba

BRO
Setiap hari yang sampai membawa anugerahnya sendiri.

BRO
Lu nak tunggu berapa lama sebelum lu menuntut yang terbaik untuk diri lu?

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA