Selasa, 8 Julai 2025

TRUMP BUAT RAKYAT MARAH

 




Trump umum Malaysia kena tarif import 25% mulai 1 Ogos

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa semua barangan import dari Malaysia akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus bermula 1 Ogos ini. Angka itu merupakan satu peratus lebih tinggi berbanding dengan tarif yang telah diumumkan pada April.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui platform Truth Social milik Trump Media & Technology Group, dia menjelaskan bahawa keputusan itu diambil bagi melindungi industri dalam negara itu daripada apa yang didakwa sebagai tindakan perdagangan yang tidak adil oleh beberapa buah negara.

“Kita tidak lagi boleh membiarkan negara lain mengambil kesempatan terhadap kita.

“Bermula 1 Ogos, semua import dari Malaysia akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus,” kata Trump dalam surat rasmi yang dialamatkan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Malaysia bukan satu-satunya negara yang terkesan dengan dasar baharu ini. Beberapa negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Tunisia dan Kazakhstan turut dikenakan tarif pada kadar yang sama, iaitu 25 peratus.

Sementara itu, kadar lebih tinggi dikenakan terhadap beberapa negara lain: Afrika Selatan dan Bosnia & Herzegovina (30 peratus), Serbia dan Bangladesh (35 peratus), Kemboja dan Thailand (36 peratus), serta kadar tariff setinggi 40 peratus bagi Laos dan Myanmar.

Dalam surat yang hampir sama kepada setiap negara, Trump meminta para pemimpin terbabit agar memahami bahawa kadar tarif tersebut "adalah jauh lebih rendah daripada apa yang diperlukan untuk menghapuskan ketidakseimbangan defisit perdagangan yang kami alami dengan negara anda."

Trump turut memberi amaran bahawa sekiranya negara-negara tersebut, termasuk Malaysia menaikkan tarif mereka sebagai tindak balas, Amerika Syarikat akan meningkatkan tarifnya dengan kadar yang sama.

Dia menyatakan bahawa tiada tarif akan dikenakan sekiranya negara-negara berkenaan atau syarikat mereka memilih untuk membina atau mengeluarkan produk di Amerika Syarikat, dan "malah, kami akan melakukan segala yang mungkin untuk meluluskan permohonan dengan cepat, profesional dan secara rutin – dalam erti kata lain, dalam tempoh beberapa minggu."

Trump turut menyebut bahawa "sekiranya kamu ingin membuka pasaran perdagangan kamu yang selama ini tertutup kepada Amerika Syarikat, dan menghapuskan dasar tarif dan bukan tarif serta halangan perdagangan, kami mungkin akan mempertimbangkan semula kandungan surat ini."

Langkah ini susulan pengumuman Trump sebelum ini pada 2 April, dikenali sebagai ‘tarif hari pembebasan’, yang memperkenalkan tarif sebanyak 24 peratus ke atas import dari Jepun dan 25 peratus terhadap Korea Selatan.

Malaysia turut termasuk dalam senarai negara yang terkesan.

Namun, pelaksanaan tarif tersebut telah ditangguhkan selama 90 hari oleh pentadbiran Trump bagi memberi ruang kepada rundingan bersama negara-negara terlibat. Tempoh penangguhan itu dijadualkan berakhir pada Rabu ini.

Malaysia telah berunding dengan Washington mengenai tarif sejak April, dengan matlamat untuk mengurangkan tarif 24 peratus yang dikenakan sebelum ini, dengan rundingan terkini diadakan pada 18 Jun lalu.

Pengumuman itu dibuat menjelang lawatan pertama Setiausaha Negara AS Marco Rubio ke Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan pascamenteri Asean-AS dan mesyuarat lain di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang bermula hari ini.

Walau bagaimanapun, Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt memaklumkan bahawa Presiden Trump akan menandatangani satu perintah eksekutif untuk melanjutkan penangguhan tersebut sehingga 1 Ogos.

“Surat pemberitahuan telah dihantar kepada negara-negara yang terlibat, dan lebih banyak surat akan menyusul dalam masa terdekat,” jelas Leavitt dalam kenyataan medianya.

KAH KAH KAH

INI CARA TRUMP

BAGI RAKYAT

MALAYSIA MARAH

KAH KAH KAH

KACAU EKONOMI

MALAYSIA

KAH KAH KAH

BILA KENA TARIFF

 BARANG EKSPORT

KITA JADI MAHAL

KAH KAH KAH

BILA RAKYAT

MARAH MEREKA

LAWAN MADAFAKA

KAH KAH KAH

KHALAS

MAHASISWA JANGAN CAKAP SAJE NAK LAWAN MADA FAKA


MAHASISWA JANGAN

HANYA CAKAP NAK

LAWAN MADAFAKA

AMIN

SABTU 26 JULAI 2025

 TURUN RIBU RIBU

KE DATARAN MERDEKA

KHALAS 

PEMBELOT DAN BARUA ZIONIS



Kumpulan bersenjata Palestin di Gaza akui bersekongkol dengan Israel


GAZA: Ketua sebuah kumpulan bersenjata Palestin yang menentang Hamas didakwa terbabit dalam penyelewengan bantuan di Semenanjung Gaza.

Dia mengesahkan kumpulannya membuat pakatan dengan tentera Israel untuk melakukannya, dalam satu wawancara bersama radio awam Israel.

Yasser Abu Shabab, yang mengetuai kumpulan dikenali sebagai Pasukan Popular, berkata mereka bebas bergerak di kawasan dikuasai tentera Israel dan memaklumkan terlebih dahulu mengenai operasi mereka.

"Kami memaklumkan operasi kami kepada mereka, tetapi tindakan ketenteraan dijalankan secara kendiri," katanya kepada penyiar radio berbahasa Arab Israel, Makan.

Abu Shabab turut mendedahkan kumpulannya menerima 'sokongan logistik dan kewangan daripada beberapa pihak', namun tidak menyebut Israel secara langsung.

"Ada perkara yang tidak boleh kami nyatakan secara terbuka," katanya.

Bulan lalu, pihak berkuasa Israel mengakui memberi sokongan kepada kumpulan bersenjata Palestin yang menentang Hamas di Gaza, tanpa menamakan kumpulan berkenaan.

Namun, laporan media tempatan menyebut kumpulan Abu Shabab sebagai pihak yang dimaksudkan.

"Ia sesuatu yang baik kerana dapat menyelamatkan nyawa tentera Israel," kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu ketika itu.

Anggota Knesset dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman menuduh kerajaan menyerahkan senjata kepada 'kumpulan penjenayah dan pesalah' susulan pendedahan wujudnya kerjasama antara tentera Israel dan kumpulan bersenjata Palestin yang menentang Hamas di Gaza.

Menurut badan pemikir European Council on Foreign Relations, Abu Shabab disifatkan sebagai ketua kumpulan jenayah di kawasan Rafah, selatan Gaza dan pernah disyaki terbabit dalam penyelewengan bantuan kemanusiaan.

Abu Shabab tidak menjawab dakwaan itu ketika temubual radio berkenaan, sebaliknya menegaskan matlamat kumpulannya hanyalah untuk menewaskan Hamas dan menawarkan alternatif pemerintahan di Gaza.

"Kami tidak terikat dengan mana-mana ideologi atau pertubuhan politik," katanya sambil menyatakan mereka berusaha menghapuskan 'kezaliman' dan 'rasuah' Hamas.

"Kami akan terus berjuang walau setinggi mana pun pertumpahan darah.

"Hamas sedang kritikal. Mereka tahu pengakhiran mereka sudah hampir," katanya.

Kumpulan Abu Shabab kini menjadi sasaran kemarahan Hamas yang telah memerintah Gaza sejak 2007.

Rabu lalu, sebuah mahkamah tentera Hamas mengarahkan beliau menyerah diri dalam tempoh 10 hari untuk dibicarakan atas tuduhan penderhakaan dan beberapa kesalahan lain.

Semalam, satu gabungan puak Palestin turut mengecam Pasukan Popular kerana 'tanpa segan silu bekerjasama dengan musuh'.

"Mereka ditolak oleh seluruh rakyat kami. Kami tidak akan beri belas kasihan kepada mereka atau sesiapa sahaja yang mengikuti jejak langkah mereka dengan membantu penjajahan.

"Mereka akan dilayan sebagai pengkhianat dan tali barut," menurut kenyataan gabungan itu - AFP


INI SATU LAGI

PEMBELOT 

DAN BARUA

ZIONIS BARU

AMIN

MAHMUD ABAS

PLO & AL-FATAH

DAH LAMA

JADI SEKUTU

ZIONIS

KHALAS

SABTU 26 JULAI LAWAN MADAFAKA


SABTU 26 JULAI

LAWAN MADAFAKA

DI DATARAN

 MERDEKA

AMIN 

Unknown commented on 
"MADA FAKA DAH 
JADI MAHAFIRAUN"

betoikah dia susah dalam perjuangan atau dia sendiri pilih gerombolan yang di kiaskan jika x x mau susah berjuang join ketuanan lepas tu d sepak oleh gerombolan setelah senang d selesa dlm gerombolan kah kah kah jual apa saja reformasi politik hehehe??


Unknown commented on 
"SATU KAN SEMUA TENAGA 
TOLAK MADA FAKA"

logik mudah susah kah sosok yang hadhari bun madani jika d ganti susahkan rakyat & negara 😎😎 sekarang sosok yang jual politik mudah d cari dan berlambak! rakyat hal kenaikan kos hidup, madani boleh jogging d luar negara kah kah kah . dia join gerombolan. sebab senang wal lenang!! heheheπŸ˜‚πŸ’•πŸ˜„πŸ˜Ž

AL-FATIHAH


AL-FATIHAH

AMIN

Unknown commented on 
"SILA BANTU KELUARGA INI"

berita 6 jam lepas.. dah jumpa.. semua lemas terbabas masuk sungai korok



 

PAGI INI


PAGI INI 

PAGI INI 

SELASA 8 JULAI 2025

SABTU 26 JULAI 2025

KITA TURUN KE DATARAN  MERDEKA


BURUNG PIPIT DAN KEILMUAN
Sekarang musim panas. Tiap pagi dan petang bila gua masuk ke Hokkien berjalan dengan EZI dan TAK TAK – gua akan ternampak burung PIPIT – ada PIPIT UBAN ada PIPIT BIASA. Mereka berterbangan mencari rezeki di sawah rumput.

Mereka terbang berkumpulan – ada berpuluh – ada beratus  - ada berbelas dalam satu kumpulan. Ada juga dua tiga ekor yang ketinggalan.  Mereka terbang turun naik seperti di pukul angin.

Apa yang menarik disini – gua nak tahu lebih dalam hal PIPIT ini. Maka disini timbul budaya ilmu kita yang tidak ranum. Jika di Eropah – pasti ada kajian tentang PIPIT – Rumah dimana- PIPIT suka makan apa – umur berapa -  terbang cari makan berapa jauh – tidur berapa jam dan dan dan.

Ini BUDAYA ILMU DI EROPAH – kita tidak ada budaya  ini – yang ada hanya: APA HUKUM TERUSIK  CIPAP ISTERI KETIKA PUASA kah kah kah ATAU Apa HUKUM TERTELAN AIR MANI SUAMI kah kah kah...

Kita jangan marahkan  BUDAYA BARAT – terutama budaya keilmuan mereka yang hebat. Hingga ke hari ini GEDUNG ILMU masih ladi di BARAT – walau pun ( ramai tak tahu ) Universiti Pertama dalam Dunia didirikan di BAGHDAD.

Bukan saja hal  PIPIT – gua juga nak tahu hal KETUM, PETAI, JERING – kenapa tidak ada keilmuan tentang semua ini – walhal semua ini wujud di sekeliling kita.

GUA nak tahu ada berapa jenis PETAI. Tanah macam man Petai subur. Apa khasiat petai. Macam mana nak simpai petai dan dan dan.

Begitu juga KETUM. Gua peminum air ketul.  Gua guna untuk jadi sihat. Keluarga gua pengguna ketum. Kakak gua ambil daun ketum yang gugur untuk direbus.  GUA nak tahu apa khasiat ketum. Berapa jenis ketum dan dan dan.

Kita baca ramai pelajar dapat banyak A. Kita baca ramai sosok yang pakai DOKTOR depan nama mereka. Apa ILMU MEREKA ? Apa buku tulisan mereka? Apa kajian mereka? Kenapa DUNIA tidak rujuk pada mereka.

Kenapa BBC RADIO tak pernah panggil mereka kah kah kah AMIN

AMERIKA
Banjir di Texas – lebih 100 mati -  ramai lagi hilang. Kini tuduh menuduh timbul kerana Trump berhentikan PEGAWAI KAJI CUACA dan juga  TEAM BANTUAN – Kurangkan pegawai kerajaan adalah kempen Trump dan Elon Musk.

ISRAEL
Zionis Blackrock merancang untuk menghalau SEMUA warga Palestin keluar dari  Gaza.

AMERIKA
Dulu Trump umum hari akhir Tariff ialah 9 JULAI – ertinya esok kah kah kah. TACO – Trump Always Chicken Out – kah kah kah . Tarikh di lanjut sampai bulan September kah kah kah.

YAMAN
Houthi telah berjaya membedil kapal di Laut Merah.  Kapal  yang meniaga dengan Israel ini terbakar dan tenggelam.

IRAN
Presiden Iran menuduh Zionis Israel Blackrock cuba membunuh dia.

SINGAPURA
Mufti Singapura Syed Isa - 87 tahun meninggal dunia. Mufti ini paling lama berkhidmat sebagai mufti – dari tahun 1972 -2010. Al-fatihah.

SIAM
Kerajaan beri amaran banjir dan tanah runtuh di 33 wilayah. Musim hujan sampai.

SINGAPURA
Data terbaru menunjukkan perkahwinan makin kurang di Singapura. Tapi berancuk  tidak mungkin berkurang. Amin

HOKKIEN
Pagi ini di pintu masuk simponi cengkerik kuat berbunyi. Langit mendung awan pucat putih. Matahari cahaya terlindung.  KL & KL Sentral berjerebu. Angin sejuk bertiup kuat.

Ha ha di atas bukit  -  kumpulan PIPIT terbang – ada ramai  berbelas  ada berpuluh. Ini kawasan rumput yang belum di potong. Kawasan pintu rezeki Pipit.

Dari jauh suara Tekukur dan Tiong. Di jalan gua  terlihat Tiong loncat meloncat.

Mana pergi HOW WOW .. gua lama tak dengar suara. Bila nak datang melawat Hokkien? 

Hari ini akan panas. Petang gua harap ada Hujan Rahmat bawa sejuk.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA SEPERTI BIASA

BRO
Jika lu berjalan dan tidak mengubah arah. Kemungkinan besar lu akan sampai ke tempat yang di tuju.

BRO
Pedang yang terlalu tajam tidak akan bertahan lama.

BRO
Masalah kita  SOSOK BAIK  tak buat apa apa. Sosok jahat Madafaka jadi ketua. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA