Jumaat, 7 November 2025

BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA


𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐚𝐡𝐮 𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫 𝐃𝐞𝐦𝐨𝐧𝐬𝐭𝐫𝐚𝐬𝐢 ‘𝐓𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐀𝐧𝐰𝐚𝐫’ 𝟐.𝟎, 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
KUALA LUMPUR, 7 NOV 25 — PAS sedang mempertimbangkan penganjuran demonstrasi “Turun Anwar 2.0” sebagai usaha menghalang tindakan menggadaikan kedaulatan negara, berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–Amerika Syarikat (AS), kata ketua penerangan Ahmad Fadhli Shaari
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, PAS juga mempertimbangkan tindakan bagi memfailkan semakan kehakiman terhadap perjanjian tersebut.
“PAS tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan beberapa langkah bagi memastikan melalui perjanjian ini dapat dihentikan,” katanya, dalam satu kenyataan.
Selain itu, PAS juga katanya bercadang untuk mengadakan forum menghimpunkan tenaga profesional dan ahli akademik bagi membongkar implikasi perjanjian tersebut.
“PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia agar kekal peka dan bersama mempertahankan maruah serta kedaulatan negara daripada sebarang bentuk penjajahan ekonomi baharu yang terselindung di sebalik nama ‘perdagangan dan digitalisasi’, ” katanya.
Himpunan Turun Anwar pertama berlangsung pada 26 Julai lalu di ibu negara.
Penganjur ketika itu menganggarkan sehingga 300,000 kehadiran peserta, tetapi polis hanya menganggarkan sekitar 10,000 hingga 15,000 orang yang hadir.
Himpunan itu adalah berasaskan kepada tuntutan Pemuda PAS membantah Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA), sebelum bertukar kepada menuntut Anwar Ibrahim meletak jawatan. Politiko.my

BERITA INI

DAH LAMA

DI TUNNGU

AMIN

INI BERIAT BAIK

UNTUK MALAYSIA

AMIN

KALI INI 500,000

KE SATU JUTA

JADI SASARAN

KHALAS

MAT MASLAN BIJAK ADALAH FITNAH


MAT MASLAN

BIJAK ADALAH FITNAH

KHALAS

PROJEK NUSANTARA KENA SAILANG


Presiden Prabowo nafi dipengaruhi Jokowi

JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menafikan beliau masih dipengaruhi bekas Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi dalam pemerintahannya, sambil menegaskan bahawa spekulasi itu tidak berasas.

Pemimpin itu turut menolak tuduhan kononnya beliau takut atau masih dikawal oleh Jokowi, sebaliknya menjelaskan hubungan mereka kekal baik sebagai sahabat.

"Pak Jokowi tidak pernah meminta apa-apa daripada saya. Mengapa saya perlu takut kepadanya? Beliau (Jokowi) kawan saya," katanya ketika berucap di majlis perasmian kilang Lotte Chemical Indonesia di Cilegon, Banten pada Khamis.

Prabowo turut memuji kepemimpinan Jokowi selama satu dekad dalam mengurus pertumbuhan ekonomi serta kadar inflasi sepanjang tempoh pentadbirannya.

Menurut beliau, perancangan pembinaan kemudahan pengeluaran petrokimia oleh syarikat Korea Selatan, Lotte Chemical bernilai hampir AS$4 bilion (AS$1=RM4.18) bermula ketika era pentadbiran Jokowi.

Sementara itu, beliau turut menegur budaya politik yang disifatkannya sebagai tidak sihat apabila pemimpin sering dikritik ketika tidak berkuasa dan hanya disanjung apabila memegang tampuk pemerintahan.

"Marilah kita belajar menghormati jasa semua tokoh dan pemimpin. Pemimpin itu manusia, adakah mereka sempurna? Sudah tentu tidak," katanya.

Prabowo sebelum ini beberapa kali menafikan dakwaan wujudnya keretakan hubungan dengan Jokowi, terakhir ketika berucap di majlis penutupan Kongres ke-6 Parti Amanat Nasional pada Ogos lalu.

Beliau memenangi Pemilihan Presiden (Pilpres) 2024 dan secara rasmi mengambil alih jawatan Presiden Indonesia daripada Jokowi pada 20 Oktober 2024.

Penganalisis politik berpendapat Prabowo, yang pernah menjadi seteru Jokowi dalam Pilpres 2014 dan 2019, terhutang budi kepada Jokowi kerana beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan selepas persaingan sengit pada Pilpres 2019.

Selain itu, anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka yang dipilih Prabowo sebagai calon naib presiden dalam Pilpres 2024, dilihat ramai pihak sebagai penyumbang utama kepada kemenangan Prabowo mengalahkan dua lagi lawannya.

SATU INDON

TAHU  JENRAL

PRABOWO DAH

SAILANG PROJEK

NUSANTARA

KAH KAH KAH

INI PROJEK

IBU KOTA BARU

INDONESIA

AMIN

33 BILION DOLAR

KOTA

IMPIAN JOKOWI

KAH KAH KAH

KHALAS

BARUA TRUMP SENTISA MENUNGGU


BARUA TRUMP

SENTIASA 

MENUNGGU

KHALAS


Unknown commented on 
"MAHARAJA TRUMP
 AKAN DIPECAT ?"

Anwar yang arah kan Hakim US cabar trump


Unknown commented on
 "MAHARAJA TRUMP
 AKAN DIPECAT ?"

sandiwara baru dah bermula.


MUKA KANG KONG


MUKA 

KANG KONG

KHALAS

Unknown commented on
 "KURUSKAN BADAN 
TANPA MAKAN UBAT"

Tengok muka ini bukan setakat selera makan hilang, selera belajar hilang juga woit, kalau Prof Kangkung lain buka mulut agak-agak bagaimana nanti? Sebab itulah aku respek Darjah 6 zaman orang putih kalau masih tinggal satu dua lagi, LCE, MCE pun kira hebat juga pemikiran percakapan kematangan fikiran golongan ini, sekarang ini entahlah, 

nak cakap pun susah, semuanya pakai Google belajar, kemudian terbaharu pakai GPChat copy paste pakai jalan pintas, kah kah kah dunia semakin meningkat cabaran dengan zaman pintas akal juga kah kah kah, setakat masuk class online pun boleh dapat juga kelayakan akademik kah kah kah asal bayaran sampai woit


Unknown commented on 
"KURUSKAN BADAN 
TANPA MAKAN UBAT"

buweekk! kah kah kah!

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 7 NOVEMBER 2025

GANJA


GANJA DI KLIA
Kemarin gua baca berita sepasang kekasih muda – kena tangkap di KLIA dalam perjalanan nak ke UK. Mereka bawa 4 buah beg – berat 84 kg. Jelas Minah dan Mamat ini tak ada pengalaman berjalan naik kapal terbang. 

Berat 84kg  dan 4 beg pasti mencurigakan – mungkin mereka tak tahu  bagasi percuma hanya 20 kg.  Sah dan benar mereka ini amatur -  bila polis tahu INI  kali pertama MEREKA  buat pasport.

Aduh ! Sedih – mereka di upah – untuk bawa beg  yang berisi ganja. Mereka dapat maklumat kerja  bawa beg ini dari  Internet – jelas ini satu masalah besar.

Gua TIDAK MAHU mereka di gantung  mati – tapi inilah hakikat – RAMAI ANAK MUDA BODOH  - hanya ada kelulusan SPM –  Bahasa Inggeris  Tak lulus – lamar kerja di London GAJI 2000 Pound sebulan – TERUS DAPAT KERJA – ini kes BODOH !!!

Cermin diri sendiri dulu -  jangan ingat  semua senang – mustahil kamu yang BANGANG akan terima bekerja di BANK OF NOVA SCOTIA – nama bank pun tak pernah dengar kah kah kah.

KES PASANGAN ini amat sedih – sekarang dalam tahanan – gua harap ada PEGUAM BAIK HATI beri khidmat percuma – kerana sah dan jelas ini kes BODOH !!! Amin

BERITA JENERAL  DARI SIAM
Kah kah kah – satu klip dah keluar dalam media sosial – kah kah kah Seorang Jeneral Siam -  gua ulanaaaaaag – JENERAL – marah  pada  Anwar Ibrahim kerana tipu kerajaan Siam -  uruskan perjanjian damai  – tanda tangan perjanjian damai dengan Kemboja – tapi wajib juga tanda tangan  jual NADIR BUMI SIAM pada Amerika –

Sah dan sahih Anwar Ibrahim ajen dan barua Amerika – Bukan gua cakap ini JENERAL SIAM yang cakap – jeng jeng jeng. 

TAK CUKUP dengan ini bekas Presiden Indonesia  SBY juga kutuk Madafaka – kerana bawa kuasa luar ke Asean -  kah kah kah – 

Berita berita ini  TV3 dan RTM tak siar tapi SATU MALAYSIA dah tahu  melalau Internet : TERIMA KASIH RONALD REAGAN– Khalas.

AMERIKA
Makin banyak lapangan terbang kacau : New York – Los Angles – Chicago dan Washington DC   - – pekerja tak bekerja – gaji dah dua bulan tak masuk – ni berlaku kerana BAJET TRUMP tidak lulus olek Kongress. 

ISRAEL
Zionis Isreal bom beberapa wilayah di Selatan Lebanon – perkampungan Hizbullah jadi sasaran.

AMERIKA
Elon Musk – dapat pakej bayaran 1 Trilion dolar. Ini keputusan dari pemegang saham .

FILIPINA
Mangsa taufan Kalmaegi makin meningkat  dari 66 orang ke 140 orang –

AUSTRALIA
Bawah 16 tahun di larang guna sosial media. Tiga pemilik utama media sosial telah bersetuju dengan arahan kerajaan Australia ini.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk cerah segar – matahari dah keluar – cahaya bersinar lembut. KL & KL Sentral berjerebu nipis.  Langit  biru putih bercapuk-capuk -  agak pucat.

Warga Hokkien datang menyambut gua – Puppy berlari – takut-takut berani – kejap dekat kaki kemudian lari  jauh – Tidak ada suara salakan. Tekukur dan Tiong bersuara – di udara sebuah pesawat melintas ke KLIA .

Pagi ini gua rasa semua Anak Beranak datang makan. Kali ini ketika gua berjalan pulang pun gua diikut hingga ke Wakaf Pertama – Di Wakaf ini  Tak Tak, Ezi &  Siti dapat hati ayam yang lain dapat Friskies dan keropok.  Hati ayam ini spesial – direbus kemudian di keringkan dalam air frier. 

Hari ini akan panas – Tak Tak dah menjalar di balkoni menunggu cahaya matahari. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT

BRO
Cinta ialah bila melihat Minah Cun atau Mamat Jambu  seluar dalam mula membesar.

BRO
Masalahnya ialah lu jatuh cinta – lu jatuh  tu pasal lu kecewa.

BRO
Bila lu kena tinggal oleh kekasih – lu wajib  tengok akaun bank – lu akan tersenyum kerana duit lu masih selamat. Amin


LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT