Khamis, 20 November 2025

MARI KENALI SENIMAN MALAYSIA YANG HEBAT


MARI KENALI

SENIMAN MALAYSIA

YANG HEBAT

AMIN

SHAMSUL ISKANDAR TAK PERLU LETAK JAWATAN


SHAMSUL  ISKANDAR

TIDAK PERLU LETAK

JAWATAN

AMIN

PUDDIN POKKA INI APA ?



PUDDIN POKKA

INI APA ?

AMIN

ANWAR BIN IBRAHIM AKAN SELAMATKAN SHAMSUL ISKANDAR



Rasuah: SU sulit kanan bekas menteri dipenjara 6 tahun, denda RM8.8 juta
Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dihukum penjara enam tahun dan denda RM8.8 juta oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan menerima rasuah membabitkan tender perkhidmatan pengiklanan tujuh tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 34, di akhir kes pembelaan.

“Hukuman penjara bermula hari ini... saya harap hukuman ini dapat menginsafkan dan mengelakkan kamu daripada melakukan kesalahan pada masa akan datang kerana kamu masih muda,” katanya.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara antara tiga hingga enam tahun dan denda antara RM75,000 hingga RM2.5 juta bagi semua pertuduhan serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak.

Ini bermakna Mohd Saifullah perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun serta membayar denda berjumlah RM8.8 juta dan sekiranya gagal membayar denda, hukuman penjaranya ditambah selama tujuh tahun.

Dalam penghakimannya, Suzana berkata setelah mendengar keterangan saksi pembelaan, menilai keseluruhan keterangan termasuk peringkat pendakwaan serta mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pembelaan gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bagaimanapun, beliau membenarkan permohonan Mohd Saifullah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan jaminan RM280,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes selesai.

Mohd Saifullah, yang mengenakan sut berwarna biru, menangis selepas mendengar keputusan itu.

Terdahulu, peguam Asyraaf Abu Bakar Hamzah yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan ketika kejadian, anak guamnya yang menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, masih muda serta naif dalam hal ehwal politik.

"Tertuduh mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan masih boleh memberi manfaat kepada masyarakat… selain itu, tertuduh adalah pesalah kali pertama dan telah memberi kerjasama yang baik sepanjang lima tahun perbicaraan berlangsung dan telah dan insaf," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How pula memohon hukuman berat kerana tindakan tertuduh bukan sahaja mencemarkan imej keluarga malah telah memberikan kesan langsung kepada kepercayaan masyarakat terhadap integriti dan ketelusan urus tadbir kerajaan.

"Sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, tertuduh sepatutnya menghargai masa depan, bukan terlibat dalam kegiatan rasuah.

"Kesalahan yang dilakukan tertuduh melibatkan jumlah yang besar sehingga mempengaruhi tender," katanya.

Pada 23 Feb 2024, Mahkamah Sesyen memerintahkan Mohd Saifullah membela diri atas lapan pertuduhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya namun melepas serta membebaskannya daripada 11 pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM820,530 berhubung tender sama.

Mohd Saifullah didakwa menerima suapan berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng, melalui Roslan Lahada sebagai dorongan mendapatkan tender "Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif" bagi kempen Tourism Malaysia, serta tender Cadangan Promosi dan Pengiklanan Digital Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 secara rundingan terus kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan di beberapa tempat antaranya di Red Box Karaoke dan Coffee Bean di pusat beli-belah Pavillion, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mohd Saifullah juga didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta di Vipod Residences dan Petronas Dengkil antara 11 pagi hingga 11.30 malam pada 21 Dis 2018 hingga 1 Mac 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi. Bernama

ANWAR BIN

IBRAHIM WAJIB

SELAMATKAN

SHAMSUL ISKANDAR

DARI HAKIM INI

AMIN

JIKA TIDAK SHAMSUL

AKAN  MENGURUS

BADAN DALAM JIL

KAH KAH KAH

KHALAS

TATA KELOLA MADANON


TATA KELO LA

MADANON

KAH KAH KAH

AMIN




SHAMSUL ISKANDAR PEJUANG PKR YANG GIGIH CARI DUIT

 



Jawapan Anwar tiada ‘ooommpph’ - Rafizi gesa pecat Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, hari ini menamakan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, - Shamsul Iskandar Mohamd Akin sebagai pegawai yang menulis surat sokongan untuk enam kontraktor dalam projek pembinaan sebuah hospital tahun lalu.

Dalam satu video di Facebook, Rafizi berkata bahawa insiden itu adalah peluang terbaik untuk Anwar menunjukkan keazamannya untuk memerangi rasuah, dan daripada hanya menegurnya.

Malah, katanya, perkara seperti ini bukan kali pertama dan Shamsul Iskandar harus dipecat.

“Ini bukan kali pertama, malah saya sendiri pernah membincangkan beberapa aduan seperti ini.

“Perdana menteri kata dia akan semak, lepas semak dia sahkan yang saya sebut itu betul, tapi sehingga sekarang setiausaha politik kanan itu masih kekal di situ,” katanya.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan Shamsul Iskandar untuk ulasannya mengenai perkara tersebut.

Mengulas lanjut, bekas menteri ekonomi itu berkata, satu laporan harus difailkan dengan SPRM supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan.

“Adakah ada habuan bertukar tangan?

“Kalau setakat tegur keras, tetapi orang itu masih ada di situ, lama-lama berucap keras macam mana pun orang tak ambil serius.

“Takut nanti orang cakap depan cakap lain, belakang buat lain,” katanya.

Menurut Rafizi, sebenarnya, isu ini telah tersebar dalam talian sejak tahun lepas, dan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad sendiri mengesahkan kesahihan surat sokongan itu.

Dia berkata bahawa selepas teguran perdana menteri, orang ramai merasakan, ia bukan tindakan yang bersungguh-sungguh.

“Cuma jawapan PM tu macam tak de ooommpph.

“Sebab soal lawan rasuah, hentikan budaya sakau dalam kerajaan - semua ini tidak pernah lekang dari ucapan beliau sehingga hari ini. Masa kita pembangkang, rakyat faham yang kita tidak ada kuasa.

“Sekarang dah tiga tahun jadi kerajaan,” katanya.

Rafizi berkata walaupun orang ramai sering melihat banyak tangkapan dalam laporan berita, pada hakikatnya, sangat sedikit kes yang berakhir dengan sabitan.

Dia berkata bahawa dalam keadaan ini, jika rakyat mempersendakan slogan anti-rasuah Anwar, mereka tidak boleh dipersalahkan.

Pada 18 November, Anwar mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa dia telah menegur salah seorang setiausaha politiknya kerana mengeluarkan surat sokongan untuk enam kontraktor untuk projek sebuah hospital talu.

Anwar tidak menamakan pegawainya itu. Walau bagaimanapun, surat yang didakwa ditandatangani oleh setiausaha politik Anwar itu dan bertarikh 6 Mei 2024, telah diedarkan dalam talian.

Ia telah dihantar kepada seorang pembantu menteri kesihatan yang meminta dirinya mempertimbangkan untuk memberikan kelulusan terlebih dahulu kepada enam kontraktor tersebut untuk projek Hospital Muar.

Walau bagaimanapun, Dzulkefly menekankan pada 9 Julai tahun lalu bahawa surat itu tidak mengandungi sebarang arahan atau kelulusan yang mewajibkan pelantikan enam syarikat ini untuk melaksanakan projek tersebut. Ia hanyalah untuk pertimbangan, menunjukkan bahawa pejabat perdana menteri tidak mengganggu projek kementerian kesihatan atau usaha perolehan jabatan lain.

    WOIT

MAT RAFIZI

KURANG FAHAM

AMIN

KERJA SAMSUL

IALAH CARI  DUIT

DARI KONTREKTOR

AMIN

MUSTAHIL TAK TAHU

ANWAR TAKDA GAJI

KAH KAH KAH

DUIT JUGA

UNTUK PARTI BILA

PRU SAMPAI

AMIN

MUSTAHIL  RAFIZI

TAK SEDAR

 PERKARA INI

KHALAS