Rabu, 26 November 2025

BEKAS SU POLITK ANWAR BIN IBRAHIM KATA ANWAR INI CON MAN !!!


ANWAR 

BIN IBRAHIM

SEORANG CON MAN

JANTAN PENIPU

KHALAS

SU POLITIK ANWAR BIN IBRAHIM WAJIB DI DAKWA KES RASUAH


Shamsul Iskandar letak jawatan
Shamsul Iskandar Md Akin hari ini meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim

Dalam kenyataan di media sosial, Shamsul berkata ada percubaan untuk menyerangnya “dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani”.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya.

Hantaran pada pukul 5.20 petang itu dibuat selepas Malaysiakini menghubunginya petang tadi untuk mendapatkan komen berhubung dakwaan dia menerima wang daripada ahli perniagaan Albert Tei berkaitan skandal perlombongan Sabah.

Bagaimanapun, Shamsul berkata dia menyerahkan surat letak jawatan kepada Anwar pagi tadi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya lagi.

Dakwaan Tei itu muncul seminggu selepas Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia telah menegur setiausaha politiknya memandangkan peraturan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran surat sokongan kepada kontraktor yang terlibat dalam projek hospital.

Terdahulu hari ini, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkongsi gambar Tei bertemu bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal perlombongan yang telah mengaitkan ramai ahli politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Memetik "sumber yang boleh dipercayai", Fadhli berkata dia dimaklumkan Tei telah mengadu kepada Mahathir tentang kumpulan yang telah mengarahkannya untuk merakam video yang melibatkan ahli politik Sabah berkenaan.

Tei kemudian mengesahkan kepada Malaysiakini yang dia menyerahkan kepada Mahathir semua dokumen sebanyak 340 halaman, serta sebuah video.

Mengulas perkara itu, Mahathir berkata seorang individu telah mendekatinya bersama-sama bukti yang mengaitkan kes rasuah itu dengan pegawai kerajaan dan dia hanya dapat menasihatinya agar menghubungi media.

“Disebut juga yang mengamal rasuah ialah pegawai dan kerajaan. sebaliknya Kerajaan konon sedang berjuang menghapus rasuah.

“Ternampak seperti biasa kerajaan kata lain, buat lain,” katanya di Facebook.

Sejak November tahun lalu, Tei telah mendedahkan sejumlah video, dokumen dan tangkap layar perbualan WhatsApp yang mendakwa ahli politik di Sabah menerima rasuah sebagai pertukaran bagi lesen penerokaan mineral.

Tei dan dua wakil rakyat negeri itu kemudian dihadapkan ke mahkamah.

Pengerusi GRS dan Ketua Menteri sementara, Hajiji Noor bagaimanapun mendakwa Tei sebagai sebahagian daripada kartel yang berhasrat untuk memonopoli perlombongan di negeri itu.

SAM SELIT

WAJIB DIDAKWA

KES RASUAH

AMIN

MACAM SU SULIT

BEKAS MENTERI

PELANCUNGAN

KHALAS

SU POLITIK ANWAR BIN IBRAHIM ADA DUA BINI


Tei dakwa beri lebih RM600,000 kepada setiausaha politik kanan PM

Ahli perniagaan Albert Tei, yang menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pembatalan lesen penerokaan mineralnya, membongkar maklumat mengejutkan beberapa hari sebelum pilihan raya negeri.

Dia kini mengaitkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar Md Akin, dalam skandal perlombongan itu.

Tei mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Malaysiakini sudah menghubungi Shamsul untuk mendapatkan ulasan.

Menurut Tei, dia telah menyusun dokumen setebal lebih 300 muka surat, termasuk tangkapan skrin perbualan WhatsApp dan resit, untuk menguatkan dakwaannya.

Antara lain, dia mendakwa membayar untuk pengubahsuaian, perkakas dan perabot untuk dua hartanah — satu di Bangsar, Kuala Lumpur dan kediaman pegawai kerajaan di Putrajaya.

Senarai itu didakwa meliputi perabot kulit, meja makan, sistem hiburan rumah (home theatre), mesin basuh, pengering pakaian dan kerusi urut.

Tei juga memberikan gambar “sebelum dan selepas” pelbagai bilik di rumah didiaminya di Putrajaya, yang menunjukkan perabot, katil, lampu, dan langsir yang dinaik taraf.

Dia seterusnya mendakwa berbelanja ribuan ringgit untuk cerut premium dan menjahit beberapa sut untuk pembantu politik it.

Dia malah mendedahkan salinan resit tukang jahit dan ukuran badan Shamsul.

Tei juga menunjukkan tangkapan skrin WhatsApp dari Disember 2023 , yan Shamsul didakwa meminta wang kepadanya semasa berada di luar negara.

Tei mendakwa dia juga mempunyai bukti wang tunai bertukar tangan: RM20,000 (8 Nov 2023 di Kota Kinabalu), RM100,000 di Kuala Lumpur (24 Nov 2023), RM100,000 di Bukit Puchong (15 Dis 2023), RM50,000 di Kuala Lumpur (22 Jan 2024), RM50,000 di Kuala Lumpur (26 April 2024), dan USD$6,000 di Kuala Lumpur (3 Okt 2024).

Dalam kenyataan, Tei mendakwa dia diperkenalkan dengan Shamsul oleh seorang wanita, yang didakwanya sebagai proksinya.

Pertemuan pertama mereka didakwa berlaku pada 8 Nov 2023, kira-kira jam 10 malam di kedai cerut Jesselton Cigaro di Kota Kinabalu.

Dia juga mendakwa memiliki bukti yang menguatkan dakwaan bahawa wanita yang disebutkan itu bertindak bagi pihak Shamsul.

Sejak November lepas, Tei mendedahkan rentetan video, dokumen, dan tangkapan skrin WhatsApp yang mengaitkan lebih daripada sedozen ahli politik GRS dalam skandal itu, menuduh mereka menerima rasuah sebagai pertukaran untuk lesen penerokaan mineral.

Tei dan dua anggota Dewan Undangan Negeri kemudian didakwa di mahkamah.

Pengerusi GRS dan ketua menteri sementara Hajiji Noor menuduh Tei menjadi sebahagian daripada kartel yang bertujuan memonopoli perlombongan di negeri itu.

KESIAN PADA

SAM SELIT INI

ADA DUA BINI

AMIN

SATU DI LONDON

SATU DI PUTARJAYA

AMIN

JIKA HILANG

KERJA NAK

JADI APA?

AMIN

IJAZAH PEGUAM

TAPI

SAPA NAK PAKAI

PEGUAM ADA

DUA BINI

KAH KAH KAH

KHALAS

ANWAR BIN IBRAHIM PERANGKAP YB SABAH DARI GRS


ANWAR BIN

IBRAHIM 

PERANGKAP

YB PARTI GRS 

KHALAS

FB - Che GuBard


Saya sebut dari awal ( klik https://www.facebook.com/share/p/1Fjm4vnmTm/ ) Shamsul letak jawatan bukan sebab hanya pasal dia kantoi senator duit Albert berbelanja mewah (sebab memang dia dah banyak pun kantoi bab sakau ni) tapi dia terpaksa letak jawatan sebab Albert nak dedah kan siapa arah rakam.... 

Kalau ikutkan pengakuan wanita yang wajahnya di’blur’kan ini, PMX sendiri yang arahkan supaya Albert Tei (kalau benar suara dia lah) rakam video dengan pemimpin GRS dalam isu rasuah tu.

Adakah PMX sendiri yang awal-awal lagi rancang nak kenakan pemimpin GRS? Adakah pemimpin GRS sedar perkara ini? Siapa game siapa?

Yang penting, rakyat Sabah wajib tolak semua ini. SPRM wajib bertindak. Apa lagi bukti yang diperlukan? Saksi sudah ada, jelas dalam video ini.

Saya Sudan sebut dari awak Anwar pegang telur Hajiji Haji Noor dan Bung Moktar Radin akhirnya siapa undi GRS atau BN sama beerti undi PH.. Semua Anwar dah catur untuk jadikan anak Musa sebagai CM.... 

Dari sogok dan rakam semua dirancang... Parti dalam kerajaan seperti GRS ( plus STAR) kena games...nak faham klik https://www.facebook.com/share/p/1EnCozzndC/

SETIAUSAHA POLITIK ANWAR BIN IBRAHIM KENA FITNAH


SETPOL ANWAR BIN

IBRAHIM

MANGSA FITNAH

KHALAS







PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 26 NOVEMBER 2025

KONGSI GELAP


SU POLITK ANWAR BIN IBRAHIM
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH
Shamsul Iskandar a.k.a  SAM SELIT letak jawatan – jeng jeng jeng. Kerana apa ? Kerana dia nak pergi London nak jumpa  BINI MUDA – nak pakai duit – nak bergaya – buat baju – buat jaket – kah kah kah – Towkay China datang sogok duit – kah kah kah.

Nak mintak duit pada bos – Anwar bin Ibrahim tak boleh – Anwar bin Ibrahim tak ada gaji – DIA JUGA Towkay China  yang bantu kah kah kah.

Maka inilah cerita TER NOWW – CERITA KERAJAAN  MADANI Anwar bin Ibrahim – ini belum masuk kira kes Farhash – yang juga  bekas Su Politik Anwar bin Ibrahim  - kes apa ? Kes  berebut harta dengan Towkay Kongsi Gelap yang dah cabut lari ke luar negara -  jeng jeng jeng.

MALAYSIA DALAM BAHAYA
Kongsi gelap dan JENAYAH DI RANCANG  telah mula meresapi BADAN  POLITIK  negara kita. Ini bahaya besar. 

Ingat  semasa PRK  di Port Dickson -   Anwar bin Ibrahim bertanding. Satu jamuan makan malam telah di taja oleh TOWKAY KONGSI GELAP.

Sekarang  Towkay KONGSI GELAP telah menyerap masuk ke dalam kerajaan MADANI  – cara amat mudah. Sosok-sosok yang rapat dengan Anwar bin Ibrahim akan di rapati oleh para Towkay KONGSI GELAP ini – jeng jeng jeng – yang lain tu  lu tahu SAMBUNG... Ada dapat kontrak juta juta  berbilion bilion  di belakang  ini semua  TOWKAY KONGSI GELAP.

MANA BUKTI ?
Sam Selit adalah BUKTI - Kalau tidak kenapa Sam Selit di beri duit untuk jumpa Bini Muda di London – jeng jeng jeng. AMIN.

RUSIA
Wakil Presiden Trump  Steve Witkoff jumpa Putin di Moscow. Bincang perdamaian Perang Ukraine yang dah masuk 4 tahun.

BRAZIL
Bekas Presiden Brazil Bolsonaro  dimasukkan ke dalam jail.  Dia kena jail 27 tahun keran cuba melakukan rampasan kuasa.

INDONESIA
Kerajaan mengharamkan penjualan daging anjing, kucing  untuk cegah penyakit rabies.

SIAM
Banjir ambil 13 nyawa.

VIETNAM
Banjir ambil 409 nyawa. Kerosakan dianggar 2.3 bilion dolar.

GAZA
Hujan lebat turun – Banjir di Selatan Gaza – banyak khemah tenggelam.

HOKKIEN
Pagi ini kering cerah segar. Matahari dah keluar.  Sinar masih lemah. Kemarin tak hujan. Langit berawan putih – awn gelap tidak kelihatan – Langit biru terlindung awan putih.

KL & KL Sentral cerah – gua boleh nampak bukit bukau  gunung di Hulu Selangor.

Pagi ini Keluarga Siti datang semakin dekat ke Pintu Masuk. Ini kerana wilayah mereka di WAKAF PERTAMA telah  di rampas oleh Pendatang Kwantung. 

Pagi ni semua Puppy  datang makan.

Dua Abang Pemotong Rumput – kerja tepi jalan. Gua boleh tercium bau rumput baru di potong. Seperti biasa di mana rumput di potong Tiong akan berkumpul mencari rezeki.  Dari jauh gua dengar suara Tekukur.

Pagi ini Tak Tak dan Jantan baik dah jadi kawan baik. Mereka bergurau gigit menggigit – Nampaknya Jantan Baik dan Siti  menjadi keluarga Tak Tak dan Ezi.

Ketika gua menulis  balkoni gua dah ampuh dengan cahaya matahari – gua harap panas berterusan hingga ke petang. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI RABU

BRO
Hujan lebat perlukan parit
Beli minyak dari Kuwait
Sam  ke London nak memburit
Samseng China  beri duit

Api malap dilindungi guni
Pasang pelita malam raya
Kongsi Gelap  pengaruh Madani
Negara kita dalam bahaya

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA