Khamis, 12 Mac 2026
HARGA MINYAK NAIK MENDADAK
RESOLUSI PBB
ANJURAN ARAB
HANYA KUTUK IRAN
AMIN
GAGAL KUTUK
PEMULA PERANG
AMIN
DUNIA BUTA
TAK LIHAT AMERIKA
ISRAEL PUNCA
PERANG
KHALAS
Iran beritahu dunia 'bersedialah harga minyak cecah AS$200 setong'
WASHINGTON: Iran hari ini memberi amaran dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, ketika pasukannya menyerang kapal dagang semalam manakala International Energy Agency (IEA) mencadangkan pelepasan besar-besaran rizab minyak strategik bagi mengekang kejutan harga tenaga yang paling buruk sejak 1970-an.
Perang yang tercetus selepas serangan udara bersama oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel hampir dua minggu lalu setakat ini telah mengorbankan kira-kira 2,000 orang, kebanyakannya rakyat Iran dan Lebanon, ketika konflik itu merebak ke Lebanon dan mencetuskan kekacauan dalam pasaran tenaga serta pengangkutan global.
Walaupun Pentagon menyifatkan serangan udara yang dilancarkan sebagai paling sengit sejak perang bermula, Iran masih melancarkan serangan ke atas Israel dan beberapa sasaran di Asia Barat, menunjukkan ia masih mampu bertindak balas.
Semalam, tiga kapal dilaporkan terkena serangan di perairan Teluk selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran berkata pasukannya menembak kapal yang tidak mematuhi arahan mereka.
Presiden AS, Donald Trump, yang belum menetapkan tempoh operasi ketenteraan, memberi bayangan bahawa perang belum akan ditamatkan.
Dalam satu perhimpunan di Kentucky, beliau berkata Amerika telah "memenangi" perang tetapi tidak mahu terpaksa kembali berperang setiap dua tahun.
"Kita tidak mahu berundur terlalu awal. Kita perlu habiskan misi," katanya.
Trump juga mendakwa, tentera AS telah memusnahkan 58 kapal tentera laut Iran dan menyatakan Iran kini "hampir ke penghujung kemampuan".
Menurutnya, Iran "tidak lagi mempunyai tentera laut, tentera udara atau sistem pertahanan yang berfungsi".
Trump berkata, AS akan memberi perhatian serius kepada Selat Hormuz, laluan penting yang mengendalikan kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia.
Namun, setakat ini tiada tanda laluan itu selamat digunakan kerana Iran dikatakan telah menanam puluhan periuk api laut di kawasan berkenaan.
Negara kumpulan G7 – termasuk AS, Kanada, Jepun, Itali, United Kingdom, Jerman dan Perancis – turut mempertimbangkan untuk mengiringi kapal dagang bagi memastikan pelayaran bebas di Teluk.
Laporan ABC News menyebut, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran kemungkinan serangan dron Iran ke Pantai Barat AS, walaupun Trump berkata, beliau tidak bimbang dengan ancaman tersebut.
Pada masa sama, Jabatan Negara AS memberi amaran bahawa Iran dan sekutunya mungkin merancang menyerang kemudahan minyak milik AS di Iraq.
Harga minyak dunia yang melonjak hampir AS$120 setong awal minggu ini kembali turun sekitar AS$90, namun meningkat semula hampir lima peratus semalam susulan kebimbangan gangguan bekalan.
IEA mencadangkan pelepasan 400 juta tong minyak daripada rizab strategik global – langkah terbesar dalam sejarah.
Trump berkata, langkah itu akan membantu menurunkan harga minyak, sementara Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright mengumumkan pelepasan 172 juta tong daripada Rizab Strategik Petroleum AS bermula minggu depan.
Namun, jumlah itu masih hanya sebahagian kecil daripada bekalan yang biasanya melalui Selat Hormuz.
Jurucakap tentera Iran, Ebrahim Zolfaqari memberi amaran kepada Washington: "Bersedialah untuk harga minyak AS$200 setong kerana harga minyak bergantung kepada keselamatan serantau yang telah anda porak-perandakan."
Beliau juga memberi amaran bank yang berurusan dengan AS atau Israel boleh menjadi sasaran serangan Iran.
Sejak perang bermula, 14 kapal dagang dilaporkan terkena serangan di kawasan Teluk.
Di Iran, ribuan orang menghadiri pengebumian komander tentera yang terbunuh dalam serangan udara.
Mereka membawa keranda dan gambar bekas pemimpin tertinggi Ali Khamenei serta anaknya Mojtaba Khamenei, yang kini menjadi pemimpin tertinggi baharu negara itu.
Seorang pegawai Iran memberitahu Reuters bahawa Mojtaba cedera ringan pada awal perang, ketika serangan udara membunuh ayahnya bersama beberapa ahli keluarga.
Walaupun Trump menggesa rakyat Iran bangkit menentang pemerintah, setakat ini tiada tanda protes besar-besaran yang mampu menggugat sistem pemerintahan republik Islam tersebut.
Ketua Polis Iran, Ahmadreza Radan memberi amaran bahawa sesiapa yang turun ke jalanan akan dianggap "musuh, bukan penunjuk perasaan." - REUTERS
AL-FATIHAH
AL-FATIHAH 
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR, Marina Yusoff meninggal dunia semalam pada usia 84 tahun.
Allahyarham yang juga ibu kepada pelakon Ida Nerina meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 5.16 petang semalam akibat sakit tua, lapor BERNAMA.
Ketika dihubungi BERNAMA, Ida Nerina memaklumkan ibunya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga.
Ketika hayatnya, Marina yang juga bekas peguam turut dikenali sebagai usahawan dan pernah aktif dalam UMNO sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan EXCO Wanita sebelum menyertai Tengku Razaleigh Hamzah dan menjadi pengasas bersama Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) selepas berlaku krisis dalaman UMNO pada 1987.
Apabila Semangat 46 dibubarkan, Marina kembali kepada UMNO, tetapi kemudian menyertai PKR pada awal penubuhan parti berkenaan dan menjadi naib presiden. Allahyarham kemudian meletak jawatan daripada PKR dengan alasan kesihatan dan mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.
Jenazah dijadual disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
TT TIDAK CEROBOH HOKKIEN
PERTAHAN HOKKIEN
DARI JADI TAPAK
BANGUNAN
AMIN
Unknown commented on
"JANGAN CEROBOH JANGAN MASUK TANAH YANG BUKAN MILIK KAMU"
Lu jangan ceroboh tanah perkuburan Cina Hokkien, lu bukan Cina lu bukan Hokkien, lu siapa masuk hari hari bawa tahi busuk lu? Kah kah kah lu ceroboh tak apa? Sebab lu Tuan Tanah Satu Malaysia? Kah kah kah kah
Unknown commented on
"DEMI CONTENT"
Kah kah kah kalau cakap saja nak masuk memang ramai akan suka, join the club, join the crowd, tetapi yang nak join ini selalunya membawa masalah kemudian hari, jadi berhati-hati guys, sila siasat dahulu latarbelakang pemohon nak masuk wakaf,
jangan biarkan orang agama lain masuk wakaf kita, seperti TT setiap hari ceroboh wakaf orang-orang Cina untuk berak senaman buang sampah, nampak beza tak antara mereka dan kita sekarang? Kah kah kah selalunya yang selalu mengumpat hal orang diri sendiri penuh tahi bontot kah kah kah padan muka TT
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 12 MAC 2026
PUASA HARI KE 22
PERANG HARI KE 13
SELAT HORMUZ – SELAT MELAKA
Jelas terbukti bahawa Iran telah berjaya menggunakan alam sebagai senjata. Selat Hormuz kini senjata Iran yang paling ampuh MEMBERI TEKANAN pada musuh Iran.
KITA DI MALAYSIA WAJIB BELAJAR DARI IRAN – KITA JUGA BOLEH GUNAKAN SELAT MELAKA SEBAGAI SENJATA – Luas yang paling luas Selat Hormuz ialah 33 kilometer.
SELAT MELAKA – 21 BATU – ini senjata alam yang wajib kita gunakan jika TANAH MELAYU di ancam musuh. Amin.
PBB – negara Arab buat resolusi KUTUK IRAN kerana negara Arab Telok kena serang. China dan Rusia menolak resolusi ini.
PBB GAGAL untuk menamakan punca perang : ISREAL dan AMERIKA.
Justeru kerana dunia jadi BEBAL tidak melihat punca perang MAKA HARGA MINYAK AKAN TERUS NAIK.
MALAYSIA KITA
DIESEL NAIK 80 SEN – RON95 KEKAL – ini perkembangan terkini hasil Perang.
Bila Minyak Diesel naik ini akan membawa kenaikan harga bahan makanan yang lain. Minyak diesel di guna untuk lori , bas dan van – semua kereta yang mengangkit barangan gua diesel.
Maka bila naik harga minyak pengangkat makan dengan sendiri naik harga barang yang di bawa – INI HUKUM EKONOMI.
LAGI LAMA PERANG LAGI TINGGI HARGA MINYAK AKAN NAIK.
APAKAH PERANG AKAN BERHENTI !
Jawabnya TIDAK.
Adalah bodoh untuk Iran berhenti perang - TANPA KEPUTUSAN YANG MUKTAMAD – kerana jika Zionis Israel dan Amerika tidak di tundukkan - dalam masa setahun dua mereka akan menyerang lagi SEKALI.
TERUSKAN PERANG HINGGA TERCAPAI SATU PERJANJIAN DAMAI YANG MEYAKINKAN. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini gua jalan dalam kawasan Le Chateau penuh dengan daun gugur. Kakak Indon sedang menyapu.
Di Pintu Masuk gua disambut oleh kicauan murai – indah menawan suara murai pagi ini. Bumi kering cerah segar. Dua hari tak hujan Cengkerik jadi senyap. Tapi Tekukur terus berlagu.
Langit kelam – awan tebal mata hari belum muncul. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Di jalan besar gua nampak Emak dan geng datang berlari. Pagi ini ramai yang datang. Sekejap saja nasi habis. Tak sempat gua nak ambil gambar.
Lepas makan semua ikut gua berjalan. Setengah jalan semua hilang. Hanya Siti ikut gua ke Wakaf 3.
Pulang ke Wakaf 1 hanya Jantan Baik muncul. Yang lain entah ke mana. Ha ha – Pagi ini hanya saekor Tiong datang – entah Bini entah Laki.
Gua beri Siti hati ayam dan juga pil antibiotik. Luka Siti dah kering. Gembira ialah melihat Siti kembali sehat.
Hari ini akan panas – gua harap bukan panas terik. Tadi gua nampak ada awan hitam – mungkin bawa hujan petang. Kalau redup - alam bantu kita berpuasa. Alam bantu Bazar Ramadan. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
KHAMIS YANG DAMAI
BRO
Dalam semak terlihat landak
Telaga sarang si rama sama
Harga minyak naik mendadak
Harga barang ikut sama
Batu Pahat hujan gerimis
Rumah kecil bertangga batu
Perang jahat kaum Zionis
Musnahkan Israel kita bersatu
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
SELAMAT BERPUASA
YODA DAN BUMI MELAYU
YODA DAN
BUMI MELAYU
AMIN
Unknown commented on
"PROKSI SAMSUL MASIH DARA ?"
The force is strong with yoda, dont be jealous..bani bumi melayu kan suka sakau dan entot..tarak kira lubeng..emput muat bro...kakakaka
Unknown commented on
"ADA KICAP BODOH DALAM PKR"
Sejak 1998 parti politik ini memang tidak ada asas yang kukuh atau niat baik, niat moto sentiasa berubah macam cicak kobeng,
ramai mengetahui cuma sekarang apabila sudah duduk kuasa memang bijak berlakon, apapun asas negara ini terletak bawah kumpulan UMNO MCA MIC, ini ramai kata tidak sesuai lagi tetapi golongan berusia 50 tahun ke atas akan faham, generasi 18 tahun memang tidak tahu amin kah kah kah
Unknown commented on
"PENDATANG TAK SEDAR DIRI !!!"
Bumi melayu? Ada tulis dalam perlembagaan ker? Kakakaka...bumi kunyit mengunyit, sakau menyakau ada kot...
Langgan:
Catatan (Atom)







