Jumaat, 14 Ogos 2026

MAADFAKA KENA BURUT


KENA BURUT

ADALAH HUJAH

MOLEK UNTUK

ANWAR BIN

IBRAHIM ELAK

DATANG MAHKAMAH

KES ISAP PELIR

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"KES ISAP PELIR YUSOFF RAWTHER"

kita boleh ramalkan seribu satu alasan yang akan diberi untuk malaon seekor ini elak daripada kena berdiri dalam kandang tertuduh menjawab soalan maut pasukan pendakwa berdepan dengan yang arif hakim bicara.

-sakit perut-cirit birit
-anak masuk wad nak bersalin
-cucu masuk pertandingan melukis
-pembantu rumah jemput makan kenduri
-menghantar tok bisan ke klia nak buat umrah
-nak rasmi acara sukan sekolah
-etc etc etc

PAGI INI



PAGI INI





PAGI INI

JUMAAT 14 OGOS 2026

MADAFAKA KENA BURUT


AMERIKA
Gua penyokong tegar Donald J Trump . Amerika perlu ada dua atau tiga orang lagi Presiden  seperti Trump.

Teram telah menjalankan dasar untuk mengubah politik dunia.

Terus kan  wahai Presiden Teram.
Salut Mister Presiden !!!

KAPAL PERANG USS ABRAHAM LINCOLN
Heboh heboh – di laporkan ramai anak kapal  mahu bunuh diri – dah tak tahan buat kerja bodoh berperang dengan Iran – kah kah kah.

MENTERI PERANG AMERIKA – Pete Heghseth telah menafikan berita anak kapal ini  yang kini terseksa  KERANA dah bertahun dalam laut – tak mendarat – kah kah kah.

BURUT DAN MEMBURUT
Awas !!!
Anwar bin Ibrahim akan MENJALA ramai  orang – mereka ini di lihat sebagai berpotensi untuk menggulingkan kerajaan Madani.

Antara yang di heboh akan di serang hendap  dan DI JALA:
Zahid Hamidi
Tengku Adnan
Azeez Raheem  i
Saravanan 
Asraf Wajidi
Mat Maslan

NOTA :
Ismali Sabri
Tuan Ibrahim
Telah masuk JALA – kah kah kah

PROJEK MENJALA
DULU  MAHAFIRAUN GUNA ISA  DALAM OPERASI LALANG 1987 – ini kerana dia  bergaduh  dengan Ku LI – 

Kali ini MADAFAKA TAK ADA ISA – akan jala dengan  SPRM – Amin

HOKKIEN
Pagi ini berjerebu. Matahari tak kelihatan. KL & KL Sentral berjerebu. Langit kelam. Dah hampir 1 minggu tak hujan dan berjerebu.

Pagi ini awalnya kosong – tidak kelihatan warga Hokkien -  Siti tidak muncul – Jantan Baik dan dua kawan muncul – yang lain tidak kelihatan.

Pulang di Wakaf Pertama  gua lihat dah ada yang  menunggu - lalu gua beri friskies – Pagi ini Tiong Laki Bini datang makan sama.

Nasi gua nak bawa pulang kerana tak  ramai  muncul – ha ha – tertiba MUMMY TIGA ANAK MUNCUL – lalu gua beri nasi – Mummy perlu makan untuk buat susu pada Puppy.

Yang lain ikut gua ke Lorong Masuk – lalu mereka dapat friskies sekali lagi.

Hari ini gua  berharap akan hujan – Datanglah hujan sapu bersih jerebu yang menyakitkan mata. Amin.

BRO
SENYUM 
SAMBUT PAGI JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

BRO
Masa kita bercinta kita tak pernah terfikir bagaimana akhirnya cinta ini.

BRO
Awas – cinta ini macam virus boleh jadikan lu mental.

BRO
Hidup lu akan bahagia bila lu mencintai dan di cintai- Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Khamis, 13 Ogos 2026

300 GRAM GANJA KENA 30 TAHUN PENJARA - TAK MASUK AKAL !!!


300 GRAM GANJA

BUKAN 3 KILO

BUKAN 30 KILO

BUKAN 300 KILO

AMIN

MASUK JIL 30 TAHUN

HUKUMAN

TAK MASUK AKAL

KHALAS

INI KERJA SAMA MOSSAD DAN ZIONIS TEMPATAN


AWAS !!!

MOSSAD DAN

ZIONIS TEMPATAN

ADA KERJASAMA

YANG INTIM

KHALAS



Lim Tean, peguam pro-Palestin dari Singapura yang dihantar pulang oleh Malaysia


Langkah Malaysia menghantar pulang seorang peguam dan ahli politik pembangkang yang dikehendaki di Singapura kerana gagal menyerah diri untuk memulakan hukuman penjara bukan sahaja dilihat sebagai sebahagian daripada tindakan negara itu terhadap peguam yang lantang, tetapi juga berlaku di tengah-tengah usaha menutup mulut pengkritik Israel, yang telah menjalinkan hubungan diplomatik dan ketenteraan rapat dengan Singapura.

Minggu lalu, polis Johor menahan Lim Tean, 61, sebelum menyerahkannya kepada Singapura.

Lim disabitkan atas kesalahan mengamalkan undang-undang tanpa sijil amalan yang sah, tuduhan yang kerap dilemparkan oleh rejim PAP terhadap peguam yang lantang.


Lim didakwa mewakili anak guamnya sebanyak 32 kali pada 2021 tanpa sijil sah dan didapati bersalah pada Julai 2024.

Tahun lalu, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam minggu dan denda S$1,000. Hukuman itu kemudiannya ditambah kepada tiga bulan dan satu minggu.

Pada 3 Ogos, polis Singapura mengeluarkan waran tangkap terhadap Lim kerana gagal menyerah diri untuk memulakan hukuman penjara. Beberapa hari selepas itu, beliau ditangkap di Johor.

Lim merupakan seorang pengkritik pihak berkuasa Singapura - di mana kerajaannya kerap melontarkan dakwaan jenayah terhadap individu yang lantang bersuara melalui pelbagai undang-undang, termasuk Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma). Di samping itu, pemimpin kerajaan juga kerap menang saman fitnah terhadap ahli politik pembangkang, hingga ramai antara mereka diisytiharkan muflis dan kerusi Parlimen mereka dikosongkan.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Lim menaikkan pelbagai kritikan terhadap Israel dan genosida yang dilakukan di Gaza. Menerusi analisisnya, beliau berusaha menyangkal naratif Barat yang diulang oleh media Singapura.

Bulan lalu, Lim memuji Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim kerana enggan tunduk kepada ancaman beberapa ahli Kongres AS yang membantah tindakan pihak berkuasa Malaysia menutup Network School, sebuah pemukiman komuniti digital di Johor yang diasaskan oleh usahawan pro-Zionis dari AS, Balaji Srinivasan.

“Inilah yang saya panggil Prinsip Keabsahan dalam tindakan – kekuatan sesebuah kerajaan tidak diukur dengan sebanyak mana daya yang boleh diunjurkan, tetapi sama ada rakyatnya dan dunia yang lebih luas yakin bahawa ia telah melakukan perkara yang betul,” tulis Lim.

Pandangan Lim mengenai konflik semasa di Timur Tengah juga bercanggah dengan sokongan tersirat pemimpin kerajaan Singapura kepada AS dan Israel dalam perang terhadap Iran.

Pada Jun, beliau menulis panjang lebar tentang konteks permusuhan Barat terhadap Iran selama beberapa dekad, sambil mempersoalkan naratif yang memburuk-burukkan republik Islam itu.

“Setiap hari di platform media sosial saya, saya berdepan jenama kejahilan tertentu yang saya dapati semakin mustahil diabaikan. Iran dianggap sebagai negara gila yang diperintah oleh mullah zaman pertengahan, rakyatnya dikritik sebagai pelampau yang sewenang-wenang melaungkan ‘jahanam Amerika’. Dan daripada karikatur itu wujudlah kesimpulan yang boleh menakutkan sesiapa pun – bahawa kononnya wajar bagi Amerika, Israel, atau mana-mana negara lain untuk mengebom Iran, membunuh rakyatnya, dan memusnahkan infrastrukturnya,” tulisnya.

Pemimpin Singapura tidak menyembunyikan pendirian mereka mengenai perang ke atas Iran.

April lalu, Menteri Luar Vivian Balakrishnan dituduh bersikap hipokrit kerana menyifatkan keputusan Iran membataskan laluan kapal di Selat Hormuz sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, pihak berkuasa Singapura telah mendakwa mereka yang melakukan bantahan terhadap Israel, di samping menghalang sebarang kenyataan yang meluahkan simpati kepada rakyat Palestin.

Ia sekali lagi ditonjolkan apabila kumpulan Massive Attack dari Britain diharamkan daripada membuat persembahan di Singapura selepas anggotanya mengibarkan bendera Palestin ketika konsert pada 29 Julai.

Pendirian Singapura mengenai perang di Timur Tengah mengembalikan perbincangan mengenai persamaan antara Singapura dan Israel, di mana kedua-dua entiti kecil itu bukan sahaja bersekutu dengan Washington, tetapi juga wujud di tengah-tengah lautan umat Islam yang besar.

Diapit antara jiran Indonesia dan Malaysia, kedua-duanya dengan populasi umat Islam yang lantang menentang Israel, Singapura merupakan antara segelintir negara yang mempunyai hubungan ketenteraan dan diplomatik rapat dengan Israel. Antara 2018 dan 2022, ia mengimport senjata bernilai AS$73 juta dari Israel.

Singapura turut mencontohi sistem keselamatan dan pertahanan Israel, termasuk melaksanakan latihan ketenteraan wajib untuk setiap warganegara.

Sementara itu, ketika Lim menjadi seorang lagi peguam yang dipenjarakan, tentera siber upahan kerajaan dilihat aktif menangkis kritikan yang membelanya.

Antaranya ialah Foong Swee Fong, yang berkata tuduhan bahawa Lim gagal memiliki sijil amalan undang-undang hanyalah percubaan menutup pelbagai isu lain.

“Cara dia dilayan seolah-olah dia melakukan jenayah yang sangat berat, iaitu mengkhianati negara dan rakyat Singapura. Hakikatnya, dia mempertahankan mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan dan telah dijatuhkan,” tulis Foong.

“Apakah tidak terdetik oleh kerajaan untuk menghormati orang yang tidak bersetuju dengan mereka, sebaliknya menutup mulut mereka, menyisihkan mereka dan menjatuhkan mereka?”


YB PKR LARI MASUK BERSAMA - AWAS !!!



AWAS !!!

NANTI AKAN ADA

BEKAS YB PKR

AKAN DIHENDAP 

OLEH SPRM

JIKA SOKONG

BERSAMA

KAH KAH KAH

KHALAS




'Penghinaan peribadi' dorong Wong Chen keluar PKR, sertai Bersama

Bekas ahli parlimen Subang, Wong Chen secara rasminya menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) hari ini selepas 17 tahun menjadi ahli PKR.

Bercakap semasa sidang media di ibu pejabat parti Bersama di Puchong, Wong mengakui berasa sedih untuk meninggalkan PKR dan mengosongkan kerusi Subang namun ia perlu di bawah peruntukan antilompat parti.

"Saya teruja untuk menyertai parti ini," kata Wong yang memetik “penghinaan peribadi” terhadap kerjayanya semasa dalam kerajaan dan latar belakang profesional sebagai peguam korporat antara sebab keputusan yang diambilnya.

Secara khususnya, Wong merujuk kepada penyingkirannya sebagai pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures (MDV) pada bulan Mei, walaupun telah memimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu di bawah Kementerian Kewangan kembali kepada keuntungan dalam tempoh tiga tahun menerajuinya.

“Mereka memecat saya dalam masa lima hari. Saya menganggapnya sebagai penghinaan peribadi. Tiada penjelasan yang diberikan.

“Dua tiga minggu kemudian, Ketua Perbendaharaan, Johan Merican, menulis surat yang sangat baik kepada saya untuk mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan saya, tetapi dia mengecap perkataan ‘sulit’ jadi saya tidak dapat menunjukkannya kepada anda,” katanya.

“Sehingga hari ini saya belum menerima panggilan daripada perdana menteri (Anwar bin Ibrahim). Ia adalah keputusan muktamadnya sebagai perdana menteri.

“MPV dimiliki oleh Kementerian Kewangan. Jadi bagi saya sebagai peguam korporat selama 22 tahun, saya menganggapnya sangat peribadi,” katanya.

Pada masa itu, penyingkiran Wong daripada MDV berkuat kuasa susulan hubungan yang semakin buruk dengan pentadbiran Anwar.

Pada 17 Mei, Wong adalah antara Ahli Parlimen PKR yang menghadiri pelancaran Bersama oleh Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rafizi dan Nik Nazmi hadir pada sidang media hari ini untuk mengalu-alukan Wong ke dalam Bersama.

Wong dilaporkan mendapati pada 20 Mei bahawa pejabat parlimennya telah disekat daripada portal peruntukan MyKhas, dan membantah secara terbuka langkah itu pada 22 Mei.

Tiga hari kemudian, Kementerian Kewangan mengeluarkan surat yang menamatkan jawatannya sebagai pengerusi MDV berkuat kuasa 31 Mei.

Terus berkhidmat di Subang

Wong hari ini juga memohon maaf kepada pengundi di kawasannya kerana meletak jawatan sebelum pembubaran parlimen.

"Saya telah menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen sejak 13 hingga 14 tahun yang lalu.

"Meletak jawatan setahun lebih awal adalah permohonan maaf yang saya berikan kepada rakyat. Saya boleh menunggu sehingga parlimen dibubarkan, tetapi saya memilih untuk meletak jawatan," katanya.

Dia berkata walaupun telah menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dengan penuh tanggungjawab, keadaan semasa telah mengenakan sekatan ke atas tanggungjawab wakil rakyat yang lebih luas untuk mempertahankan demokrasi dan memperjuangkan pembaharuan.

"Saya melihat cara untuk melakukannya adalah dengan menjadi ahli Bersama," katanya, sambil menambah bahawa tumpuan utama termasuk menyumbang kepada cadangan dasar parti.

Mengenai sama ada dia akan bertanding di kerusi Subang sekali lagi di bawah Bersama, Wong berkata terpulang kepada parti untuk memutuskan.

"Sama ada saya akan bertanding lagi di Subang pada pilihan raya akan datang terpulang kepada Bersama. Walau bagaimanapun, sudah tentu, saya akan terus bekerja di Subang.

"Saya juga akan membuka pejabat di Subang. Terdapat proses untuk menurunkan semua papan tanda (pejabat Ahli Parlimen sebelumnya), tetapi saya ingin memberi jaminan kepada penduduk bahawa saya masih di sini. Saya masih Wong Chen yang mereka kenali.

"Saya benar-benar perlu keluar untuk menjelaskan kepada masyarakat dan saya perlu memohon maaf kerana mengecewakan mereka," katanya.

Dia menambah bahawa berdasarkan komen di laman Facebook dan media sosialnya, kira-kira 80 hingga 90 peratus telah memberi reaksi positif.

AKIBAT JEREBU ?



KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

DULU MURID

SERANG GURU

KAH KAH KAH

SEKARANG GURU

SERANG MURID

KEMUDIAN SERANG

MAK MURID

AMIN

APAKAH INI

AKIBAT JEREBU?

KAH KAH KAH

AMIN


Guru ditahan disyaki pukul pelajar, tampar ibu


KOTA BHARU: Polis menahan seorang guru lelaki kerana disyaki memukul seorang pelajar berusia 14 tahun serta menampar ibu pelajar berkenaan dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata suspek berusia 54 tahun ditahan semalam selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 42 tahun pada hari yang sama.

Beliau berkata kejadian membabitkan pelajar lelaki itu berlaku di sebuah sekolah menengah pada Selasa lepas.

"Pada hari keesokannya, wanita terbabit pergi berjumpa guru itu untuk berbincang mengenai kejadian itu, namun guru berkenaan dipercayai menamparnya ketika pertemuan itu.

"Suspek ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan dan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya kepada BERNAMA hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.