Rabu, 3 April 2013

INI SEMUA CALON CALON BOLEH MENANG


INI ADALAH 
MUKA MUKA
 CALON BOLEH MENANG
jaguh jaguh pejuang
jantan dan betina
yang akan memastikan
najib razak kembali berkuasa
 
 
 
 
 
 
Samy Vellu: Saya calon boleh menang
Bekas presiden MIC Tan Sri S Samy Vellu mengumumkan bahawa beliau seorang "calon boleh menang" sekiranya diletakkan sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

"Persoalan mengenai 'calon boleh menang' – Sayalah calon yang boleh menang, tiada sangsi lagi," kata Samy Vellu, yang tewas di kawasan parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya 2008.

Samy Vellu dalam sidang medianya hari ini berkata beliau sedia menjadi calon sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memutuskan bahawa beliau merupakan calon yang layak untuk mewakili parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan jawapajn yang jelas sama ada presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan pemimpin parti lain patut bertanding di kerusi selamat.

"Di negara ini, tiada kerusi yang selamat sekarang. Anda perlu berkorban untuk bertarung di kesemua kerusi.

"Jika ada orang yang mahukan kerusi selamat, cara paling selamat adalah dengan tidak bertanding," katanya.




----------

NAJIB DI PAKSA OLEH MUHYIDDIN UNTUK BUBAR PARLIMEN




YANG TERSENYUM PUAS
IALAH MUHYIDDIN YASSIN
najib dipaksa
maka najib bubar
dan batal niat 
nak jadi tamu allah 
di saudi arabia


Wajah Sugul Najib Bubar 
Parlimen Akan Jadi Ingatan

Najib Razak membubarkan parlimen hari ini dalam keadaan sedih dan dukacita. Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan?

Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan 'rasuah-rasuah' pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan Perdana Menteri memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka.

Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir? Sudahlah dengan wajah sugul, Najib tersasul pula menyebut pembubaran pada tarikh 3 April tahun 2012 daripada sepatutnya tahun 2013.

Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein.

Rakyat cuba dibeli semahunya. Sepanjang menunggu hari pembubaran, puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku ketika hayat pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dipenghujungnya, tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu. Jikapun berlaku, hanya sebulan sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya.

Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihanraya. Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian penuh extravaganza semata-mata. Bagi rakyat, apa yang diberi adalah tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya ia tidak cukup.

Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya. Najib menyedari kegagalan demi kegagalan berlaku walaupun telah berhabisan 'menjual negara' melalui defesit kewangan yang melampau di era pentadbirannya.

Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah dengan menjadi hero di Lahad Datu. Cubaan ini juga sangat gagal apabila kasualti nyawa sepatutnya boleh dielak jika isu pencerobohan Lahad Datu dikendali dengan tegas dan bijak. Najib cuba menjadikan peristiwa Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan tetapi tetap menemui jalan gagal.

Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke maksima juga tidak berjaya setelah ditekan oleh Muhyiddin Yassin yang dilihat lebih mengutamakan 'maruah'. Mungkin Muhyiddin merasakan kekalahan itu tidak dapat dibendung maka lawanlah dengan saki-baki maruah yang ada. Lagipun, Muhyiddin tidak akan dihukum gantung jika Barisan Nasional tumbang pada PRU-13.

Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini. Inilah permulaan yang dinanti dengan sabar oleh rakyat, akhirnya tiba juga hari ini.

Sesungguhnya, rakyat tidak sabar untuk pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu, lima kali 8 Mac itu bagaikan terlalu lama. Rakyat tidak sabar untuk sesuatu yang baru atau lebih spesifik - kerajaan rakyat yang baru. Dengan pembubaran parlimen ini, ayuh kita pastikan tanahair dapat diselamatkan kali ini, hanya kali ini. It's now or never.

Percayalah, rakyat akan menang dan tidak akan menanggung azab untuk 5 tahun atau 10 tahun atau 50 tahun lagi. Perubahan akan berlaku di umur kita, dan wajah sugul Najib ketika bubarkan parlimen akan tetap menjadi ingatan.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger

Solidariti Anak Muda Malaysia


-------

CERAMAH MALAM INI DI TAMAN MELEWAR



JAM 8.30 MALAM
radio bangsar
akan buat siaran
langsung dari taman melewar

Ceramah pertama lepas bubar malam ini

Harakahdaily,03 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Selepas Parlimen dibubarkan, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan memberikan amanat penting dalam ceramah pertama selepas bubar malam ini.

Beliau akan memberikan ceramah yang bertema 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' di Taman Melewar malam ini mulai jam sembilan malam.

Turut serta bersama beliau malam ini adalah Haji Mohamad Nor (Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan), Maria Chin Abdullah (Aktivis Bersih) dan Hishamudin Rais (Aktivis Bersih).

Ceramah ini dianjurkan oleh PAS Kawasan Bukit Bintang.



--------

HANYA SATU INGATAN - JANGAN TIPU PILIHAN RAYA



KOMENTAR TUKAR TIUB
bersetuju!
memanag tepat!
tapi jangan ada penipuan
jangan ada pengundi hilang nama
jangan ada mat bangla mengundi
jangan ada mat indon mengundi
jangan ada mat pilipina mengundi
jangan ada hantu mengundfi

hakikatnya

jangan tipu
kalau tipu pilihan raya
orang ramai akan marah
telah berkali kali kena tipu
di terangganu tipu
di sabah  tipu

ada lampu padam bila kira undi
ada calon kena culik
ada calon kena bayar
malah dah menang pun kena beli

malah negeri perak 
dah ada kerajaan baru pun
kena rampas balik

tipu tipu tipu!


Sebarang peralihan kuasa perlu


 dilakukan secara aman, kata Najib


KUALA LUMPUR, 3 April — Dalam 
ucapan semasa membubarkan 
Parlimen ke 12 sebentar tadi, Najib
 Razak menyeru agar peralihan 
kuasa di peringkat persekutuan atau negeri 
perlu 


KUALA LUMPUR, 3 April — Dalam ucapan semasa membubarkan Parlimen ke 12 sebentar tadi,  Najib Razak menyeru agar peralihan kuasa di peringkat persekutuan atau negeri perlu dilakukan secara aman.

Ucapan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dilihat sebagai komitmen beliau untuk menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Jika terdapat peralihan kuasa, sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, ianya perlu dilakukan secara aman,” kata Najib dalam ucapan secara langsungnya yang disiarkan oleh stesen televisyen nasional pagi tadi.


SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS


-----------

BANTU YB TIAN CHUA DARI DI SERANG LAGI



ANAK MUDA 
DI SEKITAR KUALA LUMPUR
SILA DATANG BERAMAI-RAMAI

DARI FACE BOOK

9 minutes ago 

Semboyan telah berbunyi. Maka gerak kerja pertama d Bandar Tun Razak sudah bermula. Mari beramai memenuhkan Bandar Tun Razak kerana keselamatan Tian Chua sedang digugat oleh Pemuda UMNO dan PERKASA yang berikrar akan menggangu majlis kami malam esok. Jom ramai-ramai turun. Pertahankan Parlimen Bandar Tun Razak 





--------

PADAN MUKA - PARLIMEN DAH LAMA BUBAR




KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas dari bahasa badan
jelas dari gerak  muka
jelas dari pengumuman 
bahawa hari hari akhir untuk najib telah sampai

perhatikan muka najib
perhatikan mata najib

dan
paling ketara bila najib umum  tarikh pembubaran
bukan 3 april 2013
tetapi 3 april 2012

untuk rakyat biasa
lupa tarikh
lupa hari
tak ada siapa ambil pot
tetapi untuk seorang perdana menteri
jelas pekara ini TIDAK pernah terjadi

apa maknanya ini
maknanya tarikh ini
bukan yang najib mimpikan
najib masih mahu lagi masa
inilah dia nasib najib razak

KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas dari bahasa badan
jelas dari geask muka
jelas dari pemgumuman
bahawa hari hari akhir untuk najib telah sampai

perhatikan muka najib

dan paling jelas ialah tarikh pembubaran
bukan 3 april 2013
tetapi 3 april 2012

untuk rakyat biasa
lupa tarikh
lupa hari
tak ada siapa ambnil pot
tetapi untuk seorang pewdana menteri
jelas pekara ini TIDAK pernah terjadi
inilah dia nasib najib razak
 
NOTA
najib telah bertemu dengan hindraf
najib telah bertemu dengan don zong
esok najib akan bertemu dengan 
persatuan penulis melayu bumiputera islam tangan kidal - PMTAIK
najib akan menghulurkan bantuan kewangan
untuk penulis tangan kidal ini belajar menulis dengan tangan kanan

--------------