Rabu, 18 Februari 2015

BERTAHAN DI JUBUR SAIFOOL




KOMENTAR
mengikut maklumat
peguam latifah koya
shafee ini ada bersama saifol
ketika saifol meminta
biasiswa dari najib razak

i rest my case my lord





Saya tidak akan kenakan Anwar walaupun atas arahan Najib, kata Shafee


Menafikan dakwaan wujud konspirasi politik,  Muhammad Shafee Abdullah berkata pada satu forum malam tadi, beliau tidak mempunyai niat untuk sengaja menghumban i Anwar Ibrahim ke penjara walaupun jika sekiranya disuruh oleh perdana menteri.  
 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-tidak-akan-kenakan-anwar-walaupun-atas-arahan-najib-kata-shafee#sthash.l9uz1wYX.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini namanya
auta kee ling
kah kah kah
dah mula rasa bersalah
ini kerana najib
akan lingkup
tak lama lagi

APA PUNYA LING

-------------

SOGO SABTU INI





SABTU 21 FEBUARI
SOGO 
 jam 4:00 petang
ISU HUTANG RM2 BILION 1MDB: KERAJAAN "BAILOUT" 1MDB SEKALI LAGI?

Kegagalan 1MDB menjelaskan bayaran hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB sebanyak dua kali berturut-turut menjejaskan kestabilan sistem perbankan negara. Ia juga menimbulkan risiko kepada pasaran saham dan bon Malaysia yang jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa kesan buruk kepada negara.

Oleh yang demikian, semua pihak yang arif mengenai sistem kewangan negara tahu bahawa 1MDB tidak boleh dibiarkan terus gagal membayar hutang tersebut.

Laporan berita sejak sebulan lalu memetik sumber dalaman bahawa 1MDB berunding dengan Ananda Krishnan untuk meminjam dana dari hartawan itu. Rundingan dilaporkan berkisar tentang imbuhan yang bakal diperolehi Ananda Krishnan sekiranya menyelamatkan 1MDB.

Namun, baru-baru ini CEO 1MDB menyebut bahawa pinjaman RM2 bilion dari Ananda Krishnan itu hanyalah "spekulasi" semata-mata. Itu menimbulkan tanda tanya dari manakah 1MDB mendapat dana untuk membayar hutang, sedangkan selama berbulan-bulan ia tiada dana bagi tujuan tersebut. Sudah tentu dana itu bukan dana dalaman 1MDB kerana jika 1MDB mempunyai wang, ia sudah tentu mampu membayar hutang itu terlebih dahulu.

Saya meneliti siri hutang kertas baru yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Semua hutang bon yang diterbitkan disiarkan di dalam web Bank Negara Malaysia melalui "Fully Automated System for Tendering/Issuing" atau FAST di laman http://fast.bnm.gov.my

Dalam tempoh dua minggu yang lepas, Kerajaan Malaysia telah menerbitkan dua siri hutang Malaysian Treasury Bill (MTB) atau Kertas Perbendaharaan Malaysia pada jumlah yang besar dan diluar amalan biasa.

Pada 11 Februari 2015, MTB bernombor 201500000242 berjumlah RM1 bilion. Kertas hutang ini berjangka pendek dan perlu dibayar pada 13 Mei 2015, maka faedah yang perlu dibayar pada kadar 3.2% bagi tiga bulan adalah setanding dengan kadar "overdraft".

Pada 13 Februari 2015, MTB bernombor 201500000264 berjumlah RM1.1 bilion dengan tarikh matang (perlu dibayar balik) pada 14 Ogos 2015 telah diterbitkan, juga dengan kadar faedah sekitar 3.2% bagi tempoh itu.

Maknanya, minggu lepas Kerajaan Malaysia telah menerbitkan hutang jangka pendek sebanyak RM2.1 bilion dalam keadaan luar biasa. Jumlah itu hampir sama dengan hutang yang perlu dibayar 1MDB iaitu sebanyak RM2 bilion.

Saya menyifatkan masa dan jumlah kertas hutang yang diterbitkan itu luar biasa atas faktor-faktor berikut:

1) Jumlahnya hampir sama dengan jumlah yang diperlukan untuk membayar hutang tertunggak 1MDB berjumlah RM2 bilion itu

2) Masanya juga dekat dengan tempoh tamat tarikh 1MDB perlu membayar RM2 bilion itu

3) Jika rundingan dengan Ananda Krishnan melibatkan syarat-syarat pemilikan ekuiti dalam syarikat tenaga 1MDB yang hendak disenaraikan, rundingan itu mungkin gagal apabila 1MDB berhadapan masalah menyenaraikan syarikat tersebut

4) Penerbitan hutang dalam bentuk MTB berjangka pendek sebelum ini adalah dalam jumlah yang kecil kerana ia bagi keperluan aliran tunai bersifat sementara. Semakan di laman FAST BNM menunjukkan penerbitan lalu adalah pada jumlah yang kecil iaitu 201500000215(RM80 juta diterbitkan 6 Februari 2015),  201500000174 (RM100 juta diterbitkan 30 Januari 2015), 201500000114 (RM100 juta diterbitkan 23 Januari 2015), 201500000113 (RM80 juta diterbitkan 23 Januari 2015) dan lain-lain. Semakan terhadap penerbitan dalam bentuk MTB menunjukkan semuanya dalam jumlah yang kecil sekitar RM80 juta hingga RM100+ juta bukannya dalam jumlah bilion.

Mengambil kira perkara-perkara ini, timbul persoalan sama ada Kerajaan Malaysia telah meminjam wang dari pasaran hutang sebanyak RM2.1 bilion untuk dipinjamkan kembali kepada 1MDB bagi membayar hutang tertunggak RM2 bilion itu. Sebagai Ahli Parlimen, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menanyakan soalan ini memandangkan kesan besarnya kepada tata kelola kewangan negara.

Jika benar Kerajaan Malaysia telah membuat hutang jangka pendek untuk menyelamatkan 1MDB ("bail out"), ini merupakan satu skandal besar memandangkan Kerajaan Malaysia telah pun menjamin berbilion hutang sedia ada 1MDB. Satu "bail out" seperti ini adalah isyarat nyata bahawa 1MDB akan membawa kesan buruk kepada kewangan negara dan perlu dihentikan serta merta.

Tindakan paling wajar yang perlu diambil oleh 1MDB adalah menjelaskan kepada orang ramai dari manakah sumber RM2 bilion itu dan apakah benar ia dari sumber MTB yang diterbitkan Kerajaan Malaysia minggu lalu.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung
17 Februari 2015








---------------

Selasa, 17 Februari 2015

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU






TIM TUKAR TIUB
mengucap selamat menyambut
tahun baru kambing
kepada warga tionghua
dan 
kepada warga malaysia
berssama kita membawa perubahan
untuk
malaysia

yaaaammmmseeeg!




----------------

SEJARAH KENDURI




KENDURI ANAK 
EMPEROR NERO ROM


KENDURI KAHWIN
PUTERA CHARLES 
PUTERI DIANA


KENDURI  
RATU ELIZEBETH 
 SAMBUT OBAMA

KENDURI
 ILMEDA MARCOS


KENDURI  
PERTABALAN 
AHMAD REZA PAHLEVI


KENDURI SHAH IRAN


KENDURI KAHWIN 
ANAK RAJA BELANDA




KENDURI SHAH IRAN
ini adalah  ibu segala kenduri
kenduri pertabalan mohamed reza pahlevi
pertabalan seorang anak soldadu 
dalam pasukan tentera cossack
ditabalkan untuj menjadi 
raja segala raja di iran

maka kenduri ini amat amat penting
untuk memperlihatkan betapa hebatnya
ahmad reza walau pun satu iran tahu
ahmad reza hanyalah  anak soldadu

kenduri pertabalan ini
diadakan di kota kuno parsepolis
pada 26 oktober 1967

sesiapa  saje yang ada nama
dalam dunia pada tahun 1967
teah dijemput datang
pada hujung minggu itu
raja putera raja emperor king
al malik presiden perdana menteri
menteri hakim imam kadi
bintang filem penyanyi pop
semua berkampong di parsepolis

restoran di paris tutup
kerana semua tukang masak
diterbangkan ke parsepolis

sebanyak 4 tan caviar
telah di pesan untuk kenduri ini

semua champagne di perachis
habis diborong  untuk kenduri ini

NOTA
bila agaknya
malaysia yang berjaya ini'
akan mengadakan kenduri sademikin
sekurang kurangnya
kenduri tujuh hari tujuh malam
macam raja raja melayu dahulu

KENDURI 
JALAN PANGGUNG

-------------

SAH - TAKUT KALAH






Pas: BN tak letak calon takut kalah

KUALA TERENGGANU - BN disifatkan mengalah terlalu awal apabila mencadangkan untuk tidak meletakkan calon di Dun Cempaka.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, BN takut bertanding di kawasan kubu kuat Pas itu.

Katanya, mungkin pihak terlibat yakin tidak akan menang menentang calon Pas berikutan Allahyarham  Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya mengekalkan kerusi tersebut di bawah Pas sejak 1990 dan mendapat 6,500 undi majoriti pada PRU13 lalu.


KAH KAH KAH

kah kah kah
i rest my case
no stori
kah kah kah



------------

ALIH CERITA




KOMENTAR
dalam politik
ini dipanggil
agenda setting
mengatur agenda

berita ini
adalah bertujuan
mengalih agenda
mengalih cerita

biar oran bincang hal panas
bukan hal harga barang mahal

Ismail Sabri
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya musim panas dan kering yang boleh memudaratkan sektor pertanian negara.

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
ini nak alih cerita
dari rasis tetiba
nak jaga cuaca 
kah kah kah
panas ini mesti 
kerana  cina ramai
kah kah kah

APA LAGI CINA MAU




------------