Rabu, 25 Februari 2015

MAT LEBONG









Kerjasama PAS-Umno seperti firman Quran'2:00PM Feb 24
dikemaskini 2.24pm Ia satu projek "islah siasah", kata Asri.
 
Kerjasama PAS-Umno sebagai sebuah kerajaan selari dengan saranan al-Quran, kata Mufti Perlis Asri Zainul Abidin.

Katanya kerjasama itu bukan bermaksud menghapuskan identiti tetapi untuk “pesan memesan kepada kebenaran dan kepada kesabaran” seperti dalam Surah al
-Asr.


KAH KAH KAH

hubaya hubaya
dengar dengar
kah kah kah
i rest my case
my lord
kah kah kah

APA PUNYA LEBONG



-----------

LAGI KES ROSMAH






KOMENTAR
berita ini menunjukkan
adik beradik najib
sudah tak tahan dengan
perangai makan duit rakyat
yang dilakukan oleh rosmah

semua tanda tangan
kecuali najib

najib yang tua telah gagal
mempertahankan legasi ayah
ini kerana najib takut bini





Adik beradik Najib nafi spekulasi harta 

peninggalan ayah mereka 

Keluarga Allahyarham  Abdul Razak Hussein hari ini menolak cakap-cakap tentang peninggalan harta perdana menteri kedua Malaysia itu dengan mengatakan Allahyarham seorang yang berjimat dan berintegriti.
Kenyataan dikeluarkan beberapa hari selepas laporan The New York Times memetik kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri yang mengatakan kekayaan  Najib Razak datang daripada peninggalan keluarganya, selepas laporan mengatakan anak tirinya membeli hartanah mewah di New York, Amerika Syarikat (AS).

"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Abdul Razak," kata keluarganya dalam kenyataan yang ditandatangani anak- anak bekas perdana menteri itu –  Johari,  Nizam,  Nazim dan  Nazir.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-razak-bimbang-spekulasi-tentang-harta-peninggalan-kata-adik-beradi#sthash.0pDJCbkn.dpuf

KAH KAH KAH


woit
kita tengok
kenduri kahwin 
anak rosmah di klcc
bulan depan ini
adik adik najib
dijemput datang 
atau dilarang datang

APA PUNYA KENDURI



---------------

Selasa, 24 Februari 2015

TALIAN HAYAT





KOMENTAR
najib sedang diasak
najib sedang digasak
najib akan ditendang

maka 
najib sedang cari talian hayat
najib sedang cari bantuan
najib sedang cari oxygen

SEDANG SESAK NAFAS



PAS tidak akan bergabung dengan Umno, kata naib presiden


PAS menegaskan tidak akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya parti Melayu itu akan membantu mereka melaksanakan hudud, kata  Tuan Ibrahim Tuan Man.
Naib presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan bersama Umno ini tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.
‎"Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?‎" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tidak-akan-bergabung-dengan-umno-kata-naib-presiden#sthash.hQvTlch3.dpuf



KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
sapa agaknya
frus menonggeng
frus  gila
nak beli mini cooper baru
kah kah kah

APA PUNYA TUUR



-------------

MUKA PM BARU







Muhyiddin tidak tahu tawaran jawatan 

timbalan perdana menteri kepada Anwar 

Muhyiddin Yassin menafikan mengetahui mengenai sebarang rancangan memberikan jawatan kedua negara kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sebahagian daripada pelan perdamaian politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Portal berita Malaysiakini melaporkan Muhyiddin mengatakan orang ramai tidak seharusnya terpengaruh dengan dakwaan seperti dibuat oleh ahli-ahli politik PKR.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-tidak-tahu-tawaran-jawatan-timbalan-perdana-menteri-kepada-anwar#sthash.yfQ9e2QX.dpuf


KAH KAH KAH

woit
memanglah
malikul tak tahu
ini kerusi malikul
ini kerja gelap

malikul ni sehat ke?
saje nak tanya
nampak muka
makin cerah
dah macam muka PM
kah kah kah

APA PUNYA SEMBAB



-----------

KEMPEN UNDUR NAJIB UNDUR





NOTA
demo depan sogo
tiap petang sabtu
bukan untuk singkir kpn
demo anak muda
depan sogo tiap petang sabtu
untuk menunjukkan bantahan
terhadap keputusan mahkamah
yang memenjarakan anwar ibrahim
untuk
sokong pembebaan anwar ibrahim

 demo
 untuk
undurkan najib dan rosmah

Kempen singkir KPN kerana halang kebebasan bersuara

Sebagai permulaan, perhimpunan aman akan diadakan setiap hari Sabtu di luar gedung Sogo di Kuala Lumpur dengan meminta KPN untuk meletak jawatan, kata mereka hari ini.
"Bagi perletakan jawatan beliau, kita perlu merangka strategi sama ada ia akan menjadi (dalam bentuk) petisyen atau meminta menteri dalam negeri mengadakan mesyuarat untuk membentangkan kes kami," kata pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Aktivis Bersih Hishamuddin Rais berkata, protes di luar Sogo akan diadakan setiap minggu dan menggesa orang ramai untuk menyertai sebagai tanda menyokong kempen ini.
"Jika anda benar-benar berminat untuk bertindak dan menunjukkan kelantangan, setiap hari Sabtu di Sogo pada pukul 4 petang, akan ada bantahan atau demonstrasi," katanya
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kempen-singkir-kpn-kerana-halang-kebebasan-bersuara#sthash.WzCaim5x.dpuf




-------------

TEKANAN JIWA








AMARAN KESEHATAN

kepada ayah yang sedang merana
yang sedang mendapat tekan sakit jiwa
kerana anak hendak kahwin
kerana hendak menerima menantu
kerana isteri boros
kerana isteri nak bergaya
kerana isteri kepala botak
kerana isteri asik berdandan
kerana malu hilang kerja
kerana malu dibuang dari pejabat

adaalah diberi tahu
atas 
nasehat pakar sakit jiwa
jangan sesekali  mengambil dadah
untuk mententeramkan jiwa


barbiturates membantu  
waspada  marilyn monroe mati 
kerana tertelan berlebihan pill ini

prosac juga boleh membantu
waspada
pill ini boleh menjadi ketagih

kokain juga boleh membantu
mereda tekanan
tetapi dadah ini membawa ketagih

terbaik ialah daun ketum
terbaik ialah daun ganja
ini daunan asli
jika direbus
airnya diminum
adalah ubatan asli melayu
yang membantu meredakan keresahan
membantu menenangkan sakit jiwa

sayangnya di malaysia 
ketum dan ganja
yang tidak ada mudarat sampingan
telah diharamkan

NOTA
pill kuda boeh membantu
tetapi 
wajib berhubung dengan
hadi awang



---------