Sabtu, 4 Julai 2015

PROJEK TUJUH LIKUR








Minggu ke tiga puasa
Anak-anak muda makin ramai
berselerakan di tengah malam
memberi khidmat
kepada musthada'fin kota
Menu Jalan Panggung sabtu malam lepas:
Tim Dapur Jalanan - Roti / Kari ikan Tuna
TIm MS Hikers - Roti / Buah Epal
Brader Asyraf - Roti Bomm 
Zue Rumah Titi - Kueh Buah Melaka
Tim IKRAM - Roti / Bubur Nasi / Pisang
Hamba Allah - Putu Mayam

 Anak semua bangsa yang datang berkerja bakti:
Padel, Azen, Husin, Syu, Intan & Adik, Quratul & Kawan-kawan,
Afiq & Tim MS Hikers, Kawan2 dari IKRAM,
Kawan2 dari Haiwan Jalanan, Jay Denis, Ashraf,
Awek2 Dabong, Paan & Zue Rumah Titi, Bangsart Boyband, 
& semua yg hadir bersetiakawan bersama miskin kota!

Sabtu depan minggu akhir moreh Jalan Panggung
Malam 7 Likur Dapur Jalanan
Rancang sedia kit raya - Kain pelikat / Tuala / Toiletries
Ada pasar percuma - Baju / Seluar
sumbangan dalam bentuk barangan amat digalakkan!
Kueh karipap kueh keria
beli buat berbuka nanti
amal budi kalian semua
semoga tuhan memberkati 

TERIMA KASIH SEMUA!

Baju edisi baru ada dijual. Datang Jalan Panggung atau Bangsar Utama. Beli sambil membantu!
 Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!
Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective
++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 019-26-71-285 
 Hadi Khalid 012-664-88-73

Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
Malam 7 Likur -
Mencari bulan seribu bulan bersama miskin kota




--------------------

BOLEH BUKTIKAN





AMBANK DAN BANK NEGARA MALAYSIA BOLEH SAHKAN BAHAWA KEWUJUDAN AKAUN “NAJIB  RAZAK”

Ekoran dari pendedahan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) dan Sarawak Report (SR) bahawa sejumlah RM2.6 bilion (pada kadar tukaran matawang terkini) atau USD692 juta telah dipindahkan dari 1MDB dan anak syarikat 1MDB ke akaun peribadi milik Najib Razak, kedua-dua pihak sekarang saling mempertahankan fakta dan pendirian masing-masing.

AWSJ dilaporkan menyatakan di dalam satu temuramah di Hong Kong bahawa maklumat yang mereka perolehi adalah tepat dari satu siasatan rasmi mengenai 1MDB. Najib Razak pula dilaporkan menafikan pernah mengambil wang bagi tujuan peribadi.

Perkara ini boleh diputuskan dengan mudah melalui satu kaedah iaitu mengesahkan sama ada akaun di Ambank di bawah nama “ Najib  Razak” itu benar-benar wujud atau tidak.

Sebelum ini, saya telah menyebut bagaimana 3 kakitangan pengurusan tertinggi Ambank telah ditukarkan kerana pemegang saham bank itu tidak puas hati dengan keterlibatan Ambank di dalam isu-isu membabitkan 1MDB. Pendedahan AWSJ dan SR bahawa Najib  Razak mempunyai satu akaun di bank itu yang menerima pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion menimbulkan kembali persoalan sejauh mana keterlibatan Ambank di dalam urusan berkenaan 1MDB dan Najib Razak.

Oleh yang demikian, untuk membersihkan namanya Ambank perlu mengesahkan atau menafikan sama ada akaun bernombor seperti yang didedahkan oleh AWSJ di bawah nama Najib  Razak itu benar-benar wujud. Ini akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada Najib Razak benar-benar terlibat dalam mengambil dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu.

Saya pasti jika Najib  Razak tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009.

Jika terbukti bahawa akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu tidak wujud, maka dengan mudah sahaja  Najib Razak boleh menghentikan isu terbaru ini.

Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya didedahkan oleh ASWJ dan SR itu benar-benar wujud.

Jika ia tidak wujud, perkara ini tidak perlu dipanjangkan.

Jika ia wujud, maka satu siasatan segera perlu dibuat dan Najib  Razak perlulah bercuti dan seorang pemangku Perdana Menteri boleh mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara siasatan sepenuhnya diadakan.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN










-------------

TEMPAT BERZAKAT







ZAKAT
kepada yang telah menalipon
kepada yang telah berhubung
kerana mahu berzakat
kepada dapur jalanan
diucapkan:
terima kaseh  berus gigi
tahun depan zakat lagi


kepada yang ingin berzakat
kepada dapur jalanan
kami juga ucapkan terima kaseh

akoun dapur jalanan:
bank CIMB
no:  800   172   7849
SPKL COLLECTIVE

kepada yang ingin bersedekah 
bahan makanan
atau ingin maklumat
sila hubungi
pak wan: 019-267-12-85
atau
hadi: 012-664-88-73



SELAMAT PUASA

-----------

TER NOWW TER HOTT





Peguam negara sahkan serbu syarikat didakwa salur wang ke akaun Najib



Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.
Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-negara-sahkan-serbu-syarikat-didakwa-salur-wang-ke-akaun-najib#sthash.Xz8eMlzW.dpuf


KAH KAH KAH
hari hari akhir
saekor najib
habis tutup buku
habis tutup kedai
habis tutup bek birkin

PADAN MUKA

---------------

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB






HARi HARI

 AKHi

SAEKOR NAJIB

SAMPAi BILA 

MUHYIDDiN



ZAHi

BERTiNDAK




-----------------

AHAD ESOK







oxi & vai
esok pungutan suara di greece
rakyat diberi pilihan
1- vai - sokong dasar IMF
2 - oxi - tolak dasar IMF


tukar tiub bersama oxi
menentang kapitalis global
tukar tiub bersetuju
greece keluar dari kesatuan eropah
langkah ini akan menyebabkan
dunia kapitalis huru hara
dan 
kacau  bilau


huru hara dan kacau bilau
dalam sistem kapitalis
adalah suasana baik untuk
meghasut rakyat dunia


-----------------