Sabtu, 11 Januari 2020

DUA IMAM









2 IMAM
Ini poster conference 2015 ada butui kaa tok..?. Sama2 kawan yea?... Duduk satu pentas sembang ugama... Belakang bikin kerja mcm2... 
on 
MAMAT INI 
TAK FAHAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/01/20

Salah j





-----------

DEN DAPEK ETOT DI BALI






DEN DAPEK 

ENTOT DI BALI
Den melongoh dapek Tan Sri, 
dapek naik pangkat, dapek merendek kek Bali. Ekau kulu-kilir hulu-hala dapek apo? 
on 
TERIMA KASEH 
LAT KOYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/01/20

Ini po





-----------

Jumaat, 10 Januari 2020

TAK GAGAP HANYA PUTAR








BUKAN 

MAT GAGAP

MAT PUTAR

Dia tadak gagap..... 
Itu straight answer 
yes or no jugak dia tadak jawab....
dia Sini ada pusing sana ada pusing punya jawab.... 
on 
ABAM TAK GAGAP
Publish | Delete | Spam
Mak Na
on 10/01/20


MAT PUTAR ALAM



--------

TERIMA KASEH LAT KOYA


TERIMA KASEH

LAT KOYA

INI BUKAN 

SKRIP TEATER

TAPI INI BUKTI

WUJUDNYA

DAULAH 

TERPENDAM

MERANCANG 

MENYUSUN




 Dzulkifli Ahmad nak menangis tengok kertas siasatan Najib

BEKAS ketua agensi anti rasuah, Dzulkifli Ahmad mengaku kepada Najib Razak yang beliau hampir menangis apabila melihat kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas perdana menteri pada Julai 2016.

Beliau membuat pengakuan itu dalam perbualan dengan Najib, yang rakaman audionya adalah antara sembilan rakaman yang didedahkan oleh SPRM hari ini. 

Dalam perbualan yang berlaku pada 5 Januari 2016 pada pukul 11.56 malam, Dzukifli yang ketika itu pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara, mendedahkan kepada Najib hasil siasatan SPRM yang diserahkan kepada peguam negara pada masa itu Mohamed Apandi Ali.

Dzulkifli ketika itu adalah pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara di Jabatan Peguam Negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya semasa mendedahkan rakaman audio itu berkata, kandungan rakaman tersebut “mengejutkan dan mencabul keadilan.”

“Atas kepentingan umum, kami mendedahkan rakaman ini,” katanya, dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Latheefa berkata, siasatan akan menunjukkan rakaman tersebut tulen.

Rakaman itu diterima oleh SPRM beberapa hari lalu, selepas tahun baharu, tambahnya.

Pada sidang medianya, Latheefa juga menegaskan kandungan rakaman audio tersebut menunjukkan salah laku kerana Dzulkifli sebagai pegawai pendakwa raya membocorkan maklumat siasatan kepada orang yang menjadi subjek siasatan.

Pada 25 Januari 2016, Apandi dalam satu sidang media mengumumkan Najib tidak terlibat dengan sebarang salah laku dalam kes 1MDB dan anak syarikat SRC International Sdn Bhd.

Apandi ketika itu mengumumkan duit sebanyak AS$681 juta yang masuk ke akaun peribadi bekas perdana menteri adalah sumbangan derma dan bukan rasuah.

Berikut adalah petikan transkrip rakaman perbualan yang telah dimurnikan daripada perbualan asal dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta untuk kejelasan.

Panggilan telefon Dzulkifli disambut oleh Rosmah sebelum diserahkan kepada Najib.

DZULKIFLI: Assalamualaikum Datuk Seri. Maaf ganggu malam-malam.

ROSMAH: It’s okay, tengok golf kejap.

DZULKIFLI: Saya sebenarnya nak juga dengan Datuk Seri sebab kertas siasatan peguam negara dah terima, sebab tu nak update kat dia. Tidak berapa bagus.

ROSMAH: Tiga orang punya nama yang disebut, ya?

DZULKIFLI: Datuk Seri punya nama.

ROSMAH: Datuk punya nama?

DZULKIFLI: Ya.

ROSMAH: Macam mana pulak?

DZULKIFLI: Itu yang saya nak maklumkan pada dia.

NAJIB: Hello?

DZULKIFLI: Hello, Datuk Seri. Assalamualaikum.

NAJIB: Wa’alaikum salam.

DZULKIFLI: Dah terima kertas siasatan, semalam kita terima, cadangana itu tidak berapa baguslah, Datuk Seri.

NAJIB: Macam mana pulak, dia orang kata lain.

DZULKIFLI: (ketawa kecil) IP (kertas siasatan) ada dengan saya.

NAJIB: Macam nak libatkan saya pulak?

DZULKIFLI: Bila saya tengok benda tu rasa macam nak menangis, Datuk Seri. 

NAJIB: Saya tak terlibat langsung.

DZULKIFLI: Masya-Allah, itu saya tak tahulah, Datuk Seri. Sangat jelas dalam tu, Datuk Seri, dalam IP. Saya diarahkan oleh peguam negara (Mohamed Apandi Ali) untuk bantu dia.

NAJIB: Macam mana Abu Kassim kata lain, cakap lain buat lain?

DZULKIFLI: MasyaAllah, Datuk Seri dimaklumkan macam mana?

NAJIB: Saya dimaklumkan tak ada apa.

DZULKIFLI: Ya Allah… Itu yang saya hubungi (audio tak jelas) tadi untuk dapat jumpa dengan Datuk Seri. Bila saya tengok, saya macam nak menangis… sanggup sampai ke tahap itu. 

NAJIB: Benda itu karang kalau terkeluar susah pula kita?

DZULKIFLI: Ya, ya… itu yang saya takutkan. Itu yang saya nak update dengan Datuk Seri.

NAJIB: Saya jumpa AG (peguam negara ketika itu Mohamed Apandi Ali) hari Khamis ini.

DZULKIFLI: Aaah, okay lah. Mungkin dia akan update Datuk Seri. 

Tadi pun saya dah ambil IP semua bawa turun masuk ke tempat saya. Tapi yang itu tak apa, itu tak ada masalah. Saya dan Tan Sri AG tak ada masalah Datuk Seri, kita bersependapat. Cuma nak update dengan Datuk Seri, apa sebenarnya cadangan yang cadangan dicadangkan oleh MACC sendiri, Datuk Seri.

NAJIB: Itu yang tak kena tu, kalau dia cadang dan kalau benda itu terkeluar, nanti jadi tak sedap.

DZULKIFLI: Betul. Itu yang kita risau sangat-sangat. Itu yang saya rasa Datuk Seri kena tahu benda tersebut. 

Dari segi undang-undang, kita boleh uruskan. Tan Sri Apandi boleh uruskan, saya boleh uruskan. Itu tak jadi isu, Datuk Seri. 

Tapi selain daripada legal itu… saya pun tak sangka sampai ke tahap itu, seriusnya benda itu.

NAJIB: Macam mana jadi lain macam ini?

DUZKIFLI: Wallahua’lam, Datuk Seri. Kadang saya rasa, Datuk Seri, minta maaf Datuk Seri, ini memang dah kena main.

NAJIB: Tak kan kena main macam ini?

DZULKIFLI: Datuk Seri nak tunggu Tan Sri Apandi hari ini boleh, tak ada masalah.

NAJIB: Apandi dah tengok dah?

DULKIFLI: Apandi… dia tengok sekali lalu macam itu saja, semalam. Bahagian itu saja.

NAJIB: Dia pun terkejut?

DZULKIFLI: Dia pun terkejut… dan semalam, dia pun tak begitu gembira. Dia pun tengah fikir nak buat macam mana. Dari segi undang-undang kita boleh sokong tapi macam Datuk Seri cakaplah, seolah-olah keputusan Gani (Abdul Gani Patail, bekas peguam negara) betul dulu.

Saya pun ada benda lain juga. Tadi pun pihak polis datang jumpa saya berkenaan 1MDB. IO (pegawai penyiasat) 1MDB jumpa saya dan beri taklimat tentang kes tersebut. Saya kata 1MDB tak ada isu sekarang dan polis pun okay dengan saya.

Dia maklumkan peristiwa-peristiwa sebelum ini, apa yang berlaku. Bila saya dengar itu saya pun terkejut, Datuk Seri. Bukan Gani Patail seorang, dia sendiri pun dengar perkara tersebut. Kalau Datuk Seri hendak saya boleh bawa dia datang jumpa sekali dengan Datuk Seri. Dengar terus. Dia hadir dalam mesyuarat itu. 

Bila Datuk Seri dengar itu, konsistenlah dengan keputusan sekarang.” – 8 Januari, 2020.


SPRM  BERJASA

MEMBERI KULIAH

POLITIK TENTANG

JENTERA KERAJAAN

ORANG  JAHAT

KAKI BODEK

PENCURI

PENYAMUN

DALAM

KERAJAAN

KEPADA 

ORANG RAMAI 


---------------

MAMAT INI TAK FAHAM








MAMAT INI

TIDAK FAHAM

GUA KENA ULANG

BANYAK KALI

ANWAR IBRAHIM

TAK PERLU AMBIL

UJIAN POLIGRAF

KERANA DIA

PEMIMPIN ISLAM
'Kenapa Anwar tidak 

  mahu jalani ujian poligraf?'

  - Khairuddin

 --------------------------------------
KUALA LUMPUR: Keputusan Anwar Ibrahim yang tidak mahu menjalani ujian poligraf dalam siasatan polis terhadap laporan salah laku seks dibuat bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther. menghairankan.

Penyelaras Parlimen Jasin, Khairuddin Abu Hassan berkata, Presiden PKR itu sudah dituduh dan kini perlu membuktikannya bercakap benar dengan sukarela mahu menjalani ujian berkenaan.

"Saya amat hairan dengan sikap Anwar yang menyatakan tiada asas baginya menjalani ujian poligraf. Hakikatnya, dia dituduh dan menafikan perbuatan tersebut.

"Bagi membuktikan dia bercakap benar dalam penafiannya itu, lebih baik Anwar membuktikan kepada keseluruhan rakyat bahawa dia berani menjalani ujian itu  secara sukarela seperti yang dilakukan Muhammed Yusoff.

Prinsip berani kerana benar mesti dijunjung oleh Anwar. Sekiranya tidak benar, apakah senang bagi Muhammed Yusoff hendak melakukan tuduhan secara sumpah berkanun serta terbuka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Anwar menegaskan tiada asas untuknya melakukan ujian poligraf dalam siasatan polis terhadap laporan salah laku seks dibuat Muhammed Yusoff.

Dalam pada itu kata Khairuddin, Anwar seharusnya membuat saman malu terhadap Muhammad Yusoff jika ia fitnah semata-mata.

"Anwar sendiri harus membuat laporan polis ke atas Muhammad Yusoff. Namun dalan isu ini Muhammad Yusoff telah lulus ujian poligraf dan mengambil sikap berani," tegasnya.

Pada November tahun lalu, Muhammed Yusoff membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul Anwar, namun dinafikan oleh presiden PKR itu yang mendakwa beliau sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada tarikh berkenaan.

Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan dan telah memanggil Muhammed Yusof dan Anwar untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

Ujian poligraf telah dibuat ke atas Muhammed Yusof pada 17 Disember tahun lalu bagi membantu siasatan polis.


ANWAR SOSOK

WARAK ALIM

SEMBAHYANG

JADI IAMAM

BACA KHTUBAH

MUSTAHIL DIA

MAIN BONTOT

APA ANWAR

CAKAP ADALAH

YANG BENAR

PEMIMPIN ISLAM

TAK PERNAH 

BERBOHONG

ADA FAHAM KA?
KAH KAH KAH

-------------

IRAN SERANG AMERIKA


IRAN SERANG

PENGKALAN

AMERIKA

Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah menyerang  pangkalan udara AS Ain al-Assad di wilayah Anbar di barat Iraq setelah bersumpah untuk membalas pembunuhan AS atas komander anti-keganasan Iran, Lt. Gen Qassem Soleimani.

"Puluhan peluru berpandu permukaan ke permukaan" meledak  di pangkalan udara strategik dan serangan itu kemudian disahkan oleh pegawai AS.

IRGC menambah bahawa ia akan melepaskan lebih banyak maklumat tentang serangan tersebut.

Siren dilaporkan terdngar  dan helikopter Amerika terbang di atas pangkalan udara dan siren amaran keseluruhan diaktifkan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sedang diberi taklimat tentang serangan balas.

"Kami menyedari laporan serangan ke atas kemudahan AS di Iraq. Presiden telah diberi taklimat dan sedang mengawasi situasi rapat dan berunding dengan pasukan keselamatan negara," kata jurubicara White House, Stephanie Grisham dalam satu kenyataan.


BERITA BERGAMBAR


PENGKALAN YANG DISERANG

SASARAN TEPAT
 

TANDA KEJAYAAN SERANGAN

------------