Jumaat, 9 Oktober 2020

SENI UNTUK PERUBAHAN




SENI UNTUK 

PERUBAHAN

YA AMPOON YA MERAFAK

 


YA AMPOON

YA MAULANA

BUKAN MERAPEK

TAPI

MERAFAK

KAH KAH KAH

Anwar punya cukup 

majoriti tanpa perlu

 bubar Parlimen

Merafak Kesyukuran ke hadrat Ilahi dan Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah memperkenankan Tuan Haji  Anwar Ibrahim untuk mempersembahkan keterangan lengkap jumlah majoriti Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Kuantiti Ahli Parlimen yang akan dipersembahkan itu menurut Tuan Haji Anwar bukan hanya sekadar majoriti yang mencukupi, tetapi mampu membaji sebuah kerajaan dengan agregat majoriti lebih gagah dan meyakinkan.
 
Tidaklah terumbang-ambing menyandarkan jawatan GLC sebagai pajakan untuk bertahan seperti kerajaan tujuh purnama sebelum ini.

Secara jujurnya, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil. Jika tidak, kita akan tenggelam dalam arus polemik dan persengketaan politik yang tidak berkesudahan.

Kestabilan akan menjamin ekonomi yang lebih mapan. Lihat Bursa Saham KLCI hari ini menokok hampir 30 mata sejurus pengumuman Tuan Haji Anwar diperkenan mengadap YDPA. Ini satu petanda ekonomi yang cemerlang bakal disajikan buat rakyat.

Dari suatu sudut lain, kerajaan yang diperintah oleh Muhyiddin terus dikritik dan dicemuh oleh warganet usai perutusan khas yang agak menjengkelkan. Ketika seorang bayi di Semporna dilaporkan meninggal dunia ekoran Covid-19, ‘Abah kau’ pula sibuk mahu merotan rakyat yang kononnya degil.
 
Kemarahan rakyat terus berganda setelah pelbagai ketidakadilan dan sikap dwi-standard berlaku antara menteri dan juga rakyat biasa. Menteri tidak ikut SOP dipandang ringan tetapi rakyat biasa disuakan rotan (hukuman) jika tidak patuh SOP.

Kemuncak kemarahan begitu menonjol apabila tanda pagar #MuhyiddinOUT menjadi sohorkini memenuhi pelbagai ruangan media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam masa sama, kerajaan sedia ada dikatakan separa lumpuh ketika ini apabila jemaah menterinya termasuk Perdana Menteri terpaksa menjalani kuarantin berikutan mempunyai kontak rapat dalam satu mesyuarat bersama Menteri Agama yang didapati positif Covid-19.

Perkembangan ini mungkin memberi sedikit ruang dan jalan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendapat Perdana Menteri yang baharu dengan barisan menteri yang ‘idle’ dan ideal.

Malaysia harus mara ke hadapan dalam menghadapi krisis Covid-19 yang merantai pergerakan ekonomi. Kerajaan yang serba ‘íncompetent’, kurang efektif, banyak bercakap, mempunyai krisis kepimpinan, gagal mengurus, rasuah jawatan dan diragui majoritinya harus memulangkan semula Mandat Rakyat kepada yang berhak.

Mandat rakyat itu harus dikembalikan kepada parti politik yang menang Pilihan Raya ke-14 lalu, iaitu parti yang berlogo mata yang membawa kemenangan Pakatan Harapan.

Bubar Parlimen? Apakah mereka sudah terlalu gila untuk mengusulkan pembubaran Parlimen?

Yakin dan percayalah, dengan majoriti yang cukup untuk menobatkan Tuan Haj Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tiada Parlimen akan dibubarkan sama sekali.

#DaulatTuanku
#ForwardMalaysia
#MuhyiddinOUT

SEMENJAK MERAFAK SEMBAH

ABAM SEMAKIN

MERAPEK 

KAH KAH KAH

PENYOKONG ABAM

BUKAN HANYA 

MERAPEK 

KINI SEMUA  MERAPU

 MEROYAN

KAH KAH KAH

DULU BERATIP

TAK LAMA LAGI

MERATAP

KAH KAH KAH




KADIR JASIN NAK APA?

 



KADIR JASIN

PERLI ATAU

BELI INSURAN

KAH KAH KAH


Tunggu saat Anwar 

jumpa Agong 

dengan tenang, 

kata Kadir Jasin


Semua pihak perlu menunggu saat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang Dipertuan Agong dengan penuh ketenangan, kata Datuk A Kadir Jasin dalam tulisan di facebook beliau.

Bekas Penasihat Media kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, itulah cara terbaik yang perlu dibuat selepas Anwar membuat kenyataan beliau akan menghadap Yang Dipertuan Agong Selasa 13 Oktober ini.
 
“Seperti yang Anwar sendiri harapkan daripada kita maka kita akan menanti saat yang dijanjikan itu dengan penuh ketenangan,” kata tokoh wartawan negara itu.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, semalam sekali lagi mengulangi dakwaan mengenai sokongan “majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan” baginya dilantik menjadi Perdana Menteri.

Dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan dari pejabatnya di Petaling Jaya, Anwar berkata dia menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kerana memperkenankan dia menghadap Selasa, 13 Oktober, ini.

Katanya, pada majlis itu dia akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah Ahli Dewan Rakyat yang menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

KALAU PERLI

KITA KETAWA

KAH KAH KAH

KALAU BELI INSURAN

KITA LAGI KETAWA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH



BUKAN LAGI MERAPEK

 




BUKAN MARAPEK


Anwar punya cukup

 majoriti tanpa perlu 

bubar Parlimen

BERITA MENYUSUL


ANWAR TETAP JADI PM

 



WOIT

HANG TAK FAHAM

ANWAR TETAP

 MENJADI

CALON TETAP 

PM MALAYSIA

KAH KAH KAH

ADA DAP ATAU 

DAP TAK ADA 

 SEMUA TAK PENTING

KAH KAH KAH

YANG PENTING 

KU LI

TERSINGKIR

ANWAR AMBIL ALIH

KERUSI CALON

 TETAP PM MALAYSIA

 AMIN


DAP tak akan 

sertai Anwar, 

ahli Parlimen Umno

 menjauhkan diri

Pemimpin DAP dikatakan berang dengan tindakan terbaru Presiden PKR Anwar Ibrahim yang ingin merampas kuasa melalui pembelotan ahli Parlimen, dilihat sebagai keretakan terbaru dalam Pakatan Harapan (PH) sejak kehilangan kuasa awal tahun ini.

Ini kerana Anwar dikatakan disokong bekas penyokong kuatnya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan juga beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang berdepan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah.

MalaysiaNow difahamkan pemimpin DAP “menyatakan dengan jelas” kepada Anwar 42 ahli Parlimen parti itu tidak akan menyertai mana-mana gabungan bersama ahli Parlimen Umno “terutama mereka yang terpalit dengan kes rasuah”.

“Ini sebabnya mengapa Anwar terus membuat temu janji untuk mengadap Yang Dipertuan Agong, dengan harapan bakal mendapat lebih banyak sokongaan daripada ahli Parlimen Umno,” kata seorang pembantu kepada ahli politik PKR.

Zahid kini berdepan dengan 47 pertuduhan membabitkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, merupakan yang tertinggi dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak tumbang pada tahun 2018.

Semalam, Anwar berkata Sultan Abdullah Ahmad Shah berkenan untuk beliau mengadap pada hari selasa, 13 Oktober, di mana beliau akan mempersembahkan perincian dakwaan memiliki sokongan “kukuh dan meyakinkan” daripada anggota Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

Kenyataan ini dikeluarkan tiga minggu selepas Anwar mengisytiharkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tumbang dan beliau bakal membentuk sebuah kerajaan “majoriti Melayu”.

Tetapi, seorang sumber berkata, walaupun tanpa jumlah itu, Anwar dikatakan sudah berpuas hati kerana dapat mengadap Agong.

“Antara hari ini hingga Selasa depan, terdapat pelbagai kemungkinan taikun-taikun perniagaan yang tidak biasa dengan permainan angka ini akan berdiri di belakang Anwar, semuanya kerana perkenan Agong,” kata sumber itu tanpa menjelaskan secara terperinci.

MalaysiaNow difahamkan terdapat beberapa ahli Parlimen Umno sudah menjauhkan diri daripada Anwar selepas mengetahui nama mereka tersenarai dalam senarai yang akan dipersembahkan ke istana.

Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka, Ahli Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris bertindak membuat laporan polis semalam yang mendakwa beliau tidak pernah memberikan sebarang persetujuan agar namanya disenaraikan Anwar.

Dua lagi nama yang turut tampil menafikan mereka menyokong Anwar ialah Ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Jempol Salim Shariff.


WOIT

JANGAN PERCAYA  

BERITA ANGIN

INI  BERITA KENTUT

 BAWA BAU BUSUK

KAH KAH KAH 

ANWAR IBRAHIN

PEMIMPIN ISLAM 

YANG SUCI  

YANG WARAK

YANG ALIM

TETAP MENJADI

MENJADI CALON PM

AMIN



ABAM JUMPA SULTAN NAK TUNJUK APO?

 




ABAM JUMPO 

SULTAN NAK

 TUNJUK APO?

panglimo potaseh commented on

 "HARI SELASA JUMPA SULTAN"

Abam nak jumpo Agong nak tunjok apo ..Agong pun dah tau Abam akan bawak tolo dio jo ..ngabieh an bogheh boto ..elok di chemat(rotan) jo bontot Abam tu. Dah di jil 35OO ari pun chendekeh (nipu) eay tak abih2.