Jumaat, 27 November 2020

HOT HOT HOT - TER KINI - TERNOWW

 



TERKINI TER NOWW

TER HOTT   


Fakta 5 Setelah tidak dapat memberikan penjelasan sewajarnya kpd kawan2, dia akhirnya bersetuju bhw jika Kerajaan PN gagal dijatuhkan dlm masa 7 hari, dia akan resign sbg Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang.

DALAM


MASA


7 HARI


ANWAR


AKAN


JADI


PM


JENG JENG JENG  KERAJAAN AKAN JATUH DALAM MASA

 TUJUH HARI

  JENG JENG JENG JIKA TIDAK ANWAR IBRAHIM AKAN LETAK JAWATAN

JENG JENG JENG


TERIMA KASEH KERANA KAU DILAHIRKAN

 


TERIMA KASEH 

KERANA KAU

DILAHIRKAN KE DUNIA

INI KES APA NI?



SAHEH 

SATU LAGI 

KONSPIRASI

TERHADAP 

PEMIMPIN ISLAM

AMIN

BILA ANWAR

 DAH DEKAT

 NAK JADI PM

ADA SAJE 

KONSPIRASI

AMIN

CILAKAK BETUL

PUKRAK MUKRAK




Anwar dipanggil sebagai

saksi kes saman 

bekas pegawai penyelidik

 dipukul setiausaha

 politiknya
Presiden PKR Anwar Ibrahim akan dipanggil sebagai saksi dalam satu kes saman bekas pegawai penyelidiknya dalam perbicaraan yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Mac tahun depan.

Muhammed Yusoff Rawther mengemukakan saman terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador yang didakwa mencederakannya dalam satu kejadian di pejabat presiden PKR di Petaling Jaya.

Februari lalu, Farhash gagal untuk menggugurkan sebahagian daripada saman yang melibatkan Anwar.

Mahkamah juga menolak permintaan sama Setiausaha Akhbar Anwar Tunku Nashrul Tunku Abaidah, untuk mengenepikan sebahagian daripada saman yang difail Yusoff terhadapnya.
Satu laporan polis dibuat oleh Yusoff terhadap Anwar tahun lalu menyebabkan satu kertas siasatan dibuka atas dakwaan dirinya menjadi mangsa serangan seksual oleh pemimpin PKR itu pada Oktober 2018.

Jabatan Peguam Negara bagaimanapun berkata Anwar tidak akan didakwa kerana “kekurangan bukti”
.
Dalam saman yang dikemukakan awal tahun ini, Yusoff, 27, mendakwa Farhash menyerangnnya di pejabat Anwar yang terletak di Bukit Gasing, Petaling Jaya, pada Mei 2019.

Disember tahun lalu, Yusoff bertindak mempersoalkan polis kerana siasatan dikatakan dilengah-lengahkan, dengan mengatakan tindakan sepatutnya sudah diambil selepas laporan perubatan kecederaan yang dialaminya dikeluarkan.

Laporan perubatan yang dilihat MalaysiaNow turut mengatakan Yusoff mengalami kecederaan dan koyakan pada bahagian bahu, dan memerlukan pembedahan dengan kos RM40,000.

Farhash bagaimanapun bertindak menafikan dakwaan terhadap dirinya dan sebaliknya bertindak mengemukakan saman balas terhadap Yusoff.

Awal tahun lalu, polis berkata satu kertas siasatan dibuka terhadap dakwaan serangan itu.

MalaysiaNow cuba mendapatkan maklumat terkini daripada polis dan juga peguam Yusoff, Haniff Khatri Abdulla.

PASAI APA

BUKA KES

 SEKARANG

TUNGGULAH

ABAM JADI PM 

KAH KAH KAH

INI JELAS  KES 

POTONG STIM

KAH KAH KAH

BAJU MELAYU 

DAH BUAT

KASUT BARU  

DAH BELI

KAIN SAMPIN 

DAH SUDAH 

SAMPAI

KAH KAH KAH

DAH SEDIA 

NAK JADI POLSEX

PERDANA MENTERI

KAH KAH KAH



ANWAR IBRAHIM - CUKUP LAAAA

 

ANWAR IBRAHIM

CUKUPLAAA

JANGAN TIPU LAGI

AMIN

PAKATAN HARAPAN

KAMU

RUNTUHKAN

AMIN

TIPU MAT SABU

TIPU GUAN ENG

A GOT NUMBO

AMIN

INI SEKALI LAGI

KANTOI

AMIN

CUKUP CUKUPLAH

AMIN



Tolak undi belah bahagi supaya boleh kaji perubahan belanjawan, kata Anwar

KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim berkata beliau mengarahkan Ketua Amanah dan DAP untuk tidak membuat undi belah bahagi dalam Belanjawan 2021 semalam agar ahli Parlimen dapat mengkaji pindaan rang undang-undang tersebut.

“Walaupun rakan-rakan khususnya Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu merasakan perlu dibuat undi belah bahagi pada waktu itu, saya sebagai ketua pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan meminta mereka tidak berbuat demikian.

“Ini supaya ahli-ahli Parlimen dapat meneliti secara terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman menteri kewangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan ini adalah tambahan kepada yang sudah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana kementerian lain.

“Ahli Parlimen juga perlu tahu dengan tepat berapa jumlah sebenar Belanjawan dan kesannya terhadap kewangan negara.

“Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari KWSP dan moratorium bank juga perlu diteliti,” katanya.

Beliau berkata masih ada peluang untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu akan datang.

“Perlu saya nyatakan di sini bahawa dalam sejarah perjalanan Parlimen Malaysia belum pernah suatu belanjawan dipinda dengan jumlah atau dengan cara seperti ini.

“Ini adalah tanda kesediaan Perikatan Nasional melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa.

“Tetapi bagi rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan dan bagi mereka yang mendapat peruntukan tambahan seperti di Sabah, nelayan, petani dan petugas barisan hadpaan Covid-19, mereka pasti gembira dengan pengumuman semalam,” katanya.

Belanjawan 2021 diluluskan dengan undi suara selepas beberapa pindaan dan pengumuman tambahan dibuat semasa penggulungan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Hanya 13 ahli Parlimen berdiri menyokong usul undian belah bahagi. – 27 November, 2020.

WAHAI ANWAR

BERUBAT

BUAT APA 

YANG PATUT

SAKIT GILA 

NAK JADI PM NI

DAH TEROK SANGAT

AMIN

KERAJAAN

PAKATAN HARAPAN 

DAH MOLEK 

AMIN

KAMU KACAU

KAMU SABOTAJ

AKHIRNYA RUTUH 

YANG 

SENGSARA RAKYAT

AMIN

SEKARANG NAK

KACAU SELANGOR

PULAK

AMIN

SABOTAJ SANA

SABOTAJ SINI

CUKUP CUKUP LAA

AMIN




KLUSTER SERAMBI MEKAH

 


KLUSTER

SERAMBI MEKAH

SUKA HARAM

SANA SINI

KAH KAH KAH

HARAM BEER

HARAM WAYANG

HARAM KONSERT

AMIN

TAPI BALAK HARAM

TAK HARAM PULAK

AMIN

23 pembalakan haram sepanjang PKP dikesan di Kelantan

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bermula pada Mac lalu, ternyata tidak menghalang pembalak haram untuk menceroboh kawasan hutan simpan kekal (HSK) di Kelantan.

Pengarah Jabatan Perhutan negeri Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berkata sepanjang tempoh itu, pihaknya telah mengesan sebanyak 23 kes pencerobohan HSK terutamanya di Gua Musang, Kuala Krai dan Machang.

Beliau berkata, HSK di Ulu Sat, Machang seluas 14,710 hektar adalah kawasan yang kerap diceroboh pembalak haram kerana di situ dikatakan mempunyai lebih 1,000 spesis kayu bermutu tinggi seperti Balau, Balau Merah, Chengal dan Merbau yang boleh mencapai harga RM1,500 satu meter padu.

“Pencerobohan yang dilakukan bagi mendapatkan kayu bermutu tinggi, dilakukan sebilangan pembalak secara kecil-kecilan dan biasanya kumpulan ini didalangi penduduk tempatan dan warga asing yang mempunyai kemahiran membelah kayu.

“Walaupun PKP didapati tidak menakutkan penceroboh tersebut, namun dengan tindakan pantas penguatkuasa sejak Mac, seramai 13 individu termasuk sembilan warga asing dari Thailand dan Myanmar berjaya ditahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah Khalim berkata, sepanjang PKP pihaknya masih meneruskan pemantauan dan penugasan selain masih terus menerima maklumat daripada orang ramai.

Jelasnya, dalam tempoh tiga hari lalu tiga kes telahpun dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman selain merampas pelbagai jenis kayu, mesin dan kenderaan daripada pembalak haram, bernilai lebih RM40,000. – Bernama, 27 November, 2020.

INILAH

NAMANYA AGAMA

BILA MASYUUK

JADI TAK HARAM

KAH KAH KAH

KUNCI  

HALAL HARAM 

IALAH

AL FULUSIKOM 

EN KUNTUM

MASIOK POKETIN

KAH KAH KAH



MEDIA INI LAPORAN TEPAT

 



 MEDIA INI

AGAK  TEPAT 

DENGAN SIKAP 

TANGGUNGJAWAB

AMIN

TAKDA NAMA

TAPI ADA GAMBAR

ORANG RAMAI

BOLEH 

BERWASPADA

AMIN  


Da’i muda direman bantu siasatan dakwaan rogol gadis

SHAH ALAM – Seorang pendakwah muda direman lima hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dakwaan kes merogol seorang gadis di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini pada September tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Zamir Suhaimee.

Terdahulu suspek berusia 25 tahun yang memakai baju berwarna hijau itu hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 9.45 pagi dan diwakili peguam, Syed Amirul Syed Edrus.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan malam tadi memberitahu lelaki tersebut ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 11 malam.

Baharudin berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis oleh mangsa yang berusia 23 tahun pada pukul 7.18 malam, kelmarin.

“Siasatan awal mendapati mangsa keluar dengan lelaki terbabit yang baru dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 11 September 2019.

“Tujuan pertemuan itu adalah bagi berbincang mengenai masalah kemurungan yang dihadapi mangsa dengan kaedah perubatan Islam.

“Lelaki itu telah membawa mangsa makan di sebuah kedai di Batu 3 di sini sebelum balik ke rumah dengan alasan untuk memberikan penerangan mengenai penyakit kemurungan,” katanya.

Jelas Baharudin, mangsa yang didakwa diperkosa diberikan amaran supaya merahsiakan kejadian tersebut sebelum pulang keesokan harinya menggunakan perkhidmatan e-hailing ke rumahnya di Subang Jaya.

Mangsa juga dikatakan mengalami tekanan perasaan yang teruk dan menerima rawatan psikitari di Hospital Kajang pada 23 September tahun lalu.

Seterusnya mangsa telah pulang ke rumah keluarganya di Pahang serta mendapat rawatan selama lima hari di wad psikitari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Tambah beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Selasa lalu tular di platform media sosial beberapa siri kenyataan yang dibuat oleh pengguna akaun Twitter @ainunnnajwa mendakwa seorang pendakwah selebriti merogol seorang gadis. – MalaysiaGazette


KES DI MAHKAMAH

SALAH BENAR

BELUM TAHU 

BUKAN MEDIA 

 YANG TENTUKAN

AMIN

KITA DENGAR

DAN KITA BACA

AMIN

KITA WAJIB

BERAWAS 

AMIN

SATU KETIKA

ZAMAN  DULU

BANYAK KES

CABUL DILAKUKAN

OLEH TOK BOMOH

AMIN

SEKARANG CABUL

OLEH SELEBRITI

AMIN

SELEBRITI CAMPUR

AGAMA  

CAMPUR

BOMOH

AMIN

INI MAKIN BERAT 

AMIN

Seorang pendakwah muda (tengah) diiringi pegawai polis selepas keluar dari mahkamah setelah mendapat perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 pada September lalu ketika di Mahkamah Shah Alam, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 27 NOVEMBER 2020.