Khamis, 25 Februari 2021
Rabu, 24 Februari 2021
TERIMA KASIH PEMBETULAN
TERIMA KASIH
PEMBETULAN
Unknown commented on
"DARI PENDALAMAN"
Kisah yg menarik...tapi lebih indah kalau perkataan pendalaman ditukar menjadi pedalaman...kawasan diceruk disebut pedalaman...pendalaman utk mengorek lubang jadi dalam..
VEKSIN - BIARKAN GEDEBE DULU
VEKSIN INI
KITA BIARKAN
GEDEBE DULU
KITA RAKYAT BIASA
TUNGGU DAN LIHAT
PASANG TELINGA
BUKA MATA
KITA DENGAR APA
HASILNYA
AMIN
KITA
JAGA
KITA
BERITA BAIK - KES CONTOH
INI KES CONTOH
AMIN
BOLEH SAMAN
MOKTAR SENIK
KAH KAH KAH
TUNJUK KOTE
TIGA INCHI
KAH KAH KAH
Ahli perniagaan didenda RM8,000 hantar gambar lucah kepada wanita
SEORANG ahli perniagaan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan menghantar gambar lucah kepada seorang wanita, empat tahun lalu.
Hakim Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas Chang Yoon Siong, 31, dari Puchong, Selangor yang mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Dia didenda RM1,600 bagi setiap pertuduhan.
Menurut kesemua pertuduhan terbabit, lelaki itu didakwa menghantar gambar lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita berusia 46 tahun dengan niat hendak menyakitkan hati wanita tersebut pada 8 Januari 2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama, 24 Februari, 2021.
JANGAN BAGI
REHAT
AMIN
TERUS HIDUP
KES KOTE INI
KAH KAH KAH
SAMPAI MOKTAR
MUNTAH
TAK BERANI
TENGOK NENAS
KAH KAH KAH
KUMPUL BANTU LAWAN
KUMPUL BANTU
LAWAN
AMIN
Aktivis kumpul dana bantu Orang Asli perangi projek lombong
SEBUAH kumpulan aktivis dan parti politik memulakan pengumpulan dana bagi mendapatkan RM30,000 untuk Orang Asli Pos Lanai di Sungai Lipis, Pahang agar dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap projek perlombongan yang mereka dakwa akan menyebabkan kerosakan besar kepada alam sekitar.
Misi Solidariti dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa projek itu juga akan mempengaruhi kehidupan hampir 10,000 Orang Asli dari suku Semai di situ.
Setiausaha Agung PSM Sivarajan Arumugam memberitahu The Malaysian Insight, masyarakat Orang Asli merancang mengemukakan afidavit menghentikan pencerobohan tanah itu.
Beliau berkata pelannya adalah untuk mengajukan surat afidavit sebaik sahaja mencapai sasaran diperlukan untuk kempen mereka.
Kegiatan perlombongan baharu yang diluluskan kerajaan Pahang dikatakan merupakan projek terburuk dan paling merosakkan setakat ini, melibatkan 660 hektar dan memberi kesan alam sekitar besar buat keluarga di enam kampung di situ.
Sivarajan berkata, PSM dan Misi Solidariti kini sedang mengumpul dana sebanyak RM30,000 untuk Orang Asli bagi membiayai kos perundangan, pengumpulan data, pemetaan tanah adat, percetakan dan perkhidmatan pos serta kos perjalanan.
Katanya, komuniti Orang Asli Pos Lanai memperjuangkan deklarasi yang akan memaksa kerajaan negeri mewartakan kediaman dan hutan mereka sebagai tanah adat asli yang sah supaya ia dilindungi daripada pencerobohan secara kekal.
Setelah berjaya menamatkan projek Empangan Telom pada 2018, yang memakan masa lima tahun dan tunjuk perasaan tidak berkesudahan, masyarakat di situ terkejut dengan rancangan kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) untuk melombong lantanida logam nadir bumi di kawasan itu.
Sivarajan memberi amaran yang pencerobohan lanjut di tanah ini dapat mengakibatkan bencana yang serupa dengan krisis Kuala Koh pada 2019 yang menyebabkan 15 Orang Asli maut.
Beliau juga berkata projek ini akan mempengaruhi mereka yang bertani di darat, sambil menambah stok ikan mereka juga telah berkurangan disebabkan pencerobohan tanah.
Menurut Misi Solidariti, projek ini akan merugikan hutan kerana perlombongan lantanida menarik kotoran tanah ke permukaan, yang menyebabkan pencemaran tanah dan air sungai, sementara proses pemisahan lantanida dari tanah yang akan meninggalkan kesan asid dan radioaktif.
“Projek ini bukan setakat memusnahkan tanah nenek moyang mereka, tetapi turut membahayakan kehidupan ratusan keluarga,” kata mereka.
“Orang Asli Pos Lanai juga menghadapi ancaman pengusiran, dipaksa meninggalkan rumah mereka atas nama keuntungan korporat.”
“Dalam kes serupa di masa lalu, ini menyebabkan masyarakat berpecah kerana Orang Asli terpaksa berpindah ke tempat-tempat di mana mereka terputus dari sumber semula jadi untuk hidup.”
Misi Solidariti berkata, selain projek perlombongan, kampung Orang Asli sentiasa mendapat kunjungan syarikat pembalakan dengan lesen daripada kerajaan negeri Pahang, yang menekan Orang Asli untuk “membenarkan” pencerobohan mereka.
Tanah nenek moyang ini sangat kaya dengan sejarah, dengan Orang Asli mengekalkan cara hidup tradisional mereka selama lebih 100 tahun, dengan budaya pelbagai ritual dan kepercayaan mereka sendiri.
Mereka sangat menghormati hutan. Apabila masuk, dilarang bergelak ketawa atau mengejek binatang, orang, atau kehidupan lain di dalamnya.
Tanah dan sungai sangat berharga bagi mereka dan Orang Asli bergantung kepadanya untuk meneruskan kehidupan. – 24 Februari, 2021.
TIDAK MELAWAN
MATI KENA
TEKAN
AMIN
BANGUN MELAWAN
DAPAT BANYAK
KAWAN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)






