Ahad, 4 Julai 2021

DARURAT HARI KE 174

 



DARURAT
HARI KE 174

CUKUP BULAN

AKAN TAMAT


Sabtu, 3 Julai 2021

INDONESIA PUN SAMA MACAM KITA

 


INDONESIA PUN

SAMA MACAM KITA

KITA SEMUA SAMA

 


KITA SEMUA

SAMA

herman adnan commented on

 "KITA JAGA KITA"

Kita tengok siapa yang kena....☺️.... Sham nko menyorok kat mana tu ooooiiii? Cepatlah keluarkan Secret Weapon nko tu! Aku kat Pantai HillPark nih dah serabut bulu kote! Sekeliling aku nih dah kena dah kena kawat duri... Tinggal kawasan aku & Perumahan Pantai Permai jer yang masih boleh hidup udara Cigar 🤝☕🍺

SHAHIDAN SAILANG ZAHID

 




SHAHIDAN SAILANG

ZAHID

AMIN

ERTINYA

SAILANG ANWAR

AMIN

ERTINYA

BERITA BAIK

GEROMBOLAN 

PECAH RABAK

AMIN

ERTINYA

GEROMBOLAN

BUNUH 

SAMA SENDIRI

KHALAS


Shahidan gesa pimpinan utama
 Umno jangan berdiam diri, 
ambil tindakan terhadap Zahid

Pemimpin Umno Perlis Shahidan Kassim menggesa parti itu untuk mengambil tindakan ke atas Ahmad Zahid Hamidi, mengatakan presiden presiden Umno itu bukan sahaja melanggar keputusan kekal bersama kerajaan sehinggan pilihan raya umum depan, bahkan turut berbohong kepada Yang di-Pertuan ketika mengadap bulan lalu.

Beliau memetik pendedahan terbaru veteran Umno Nazri Aziz yang mengatakan ahli Parlimen Umno diarahkan Zahid untuk menandatangani akuan sumpah untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“… mereka tandatangan SD untuk suruh sokong Anwar di depan Anwar, presiden, orang kenamaan dan ada beberapa kali Najib hadir sama,” kata Shahidan, merujuk bekas presiden Umno dan orang kenamaan yang tidak dinamakan.

Beliau turut mempersoalkan Majlis Tertinggi Umno, menuduhnya bersikap pilih kasih dalam mengambil tindakan ke atas ahli-ahli yang melanggar keputusan parti.

“Atas dasar nak menjaga keharmonian atau takut, ingin saya pesan sekali lagi bahawa majlis tertinggi yang pegang jawatan memegang amanah. Jangan mendiamkan diri pada perkara yang tidak benar,” kata bekas pengerusi Umno Perlis yang dipecat daripada jawatannya pada April lalu dalam satu kenyataan hari ini.

Hal ini timbul ketika Zahid meningkatkan kempennya supaya anggota Kabinet Umno meletakkan jawatan di samping menetapkan tarikh akhir 1 Ogos bagi parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Zahid turut dilaporkan aktif mengarahkan menteri-menteri daripada partinya untuk meletakkan jawatan sebelum 7 Julai, tarikh di mana Kabinet akan bermesyuarat mengenai sidang khas Dewan Rakyat sebelum akhir bulan ini.

Semalam, MalaysiaNow melaporkan Zahid turut berbohong ketika beliau mendakwa semua anggota Kabinet dan pimpinan GLC dari Umno berikrar untuk meletakkan jawatan mereka pada 1 Ogos, sama ada perintah darurat dilanjutkan ataupun tidak.

Bagaimanapun menteri-menteri Umno dan timbalan yang dihubungi mengatakan tidak wujud sebarang ikrar demikian sama ada “secara bertulis mahupun lisan”.

Shahidan merupakan antara sebahagian ahli Parlimen utama Umno yang secara terbuka menentang rancangan Zahid, ketika rundingan rahsia antara presidennya dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim didedahkan.

Sejak beberapa hari lalu, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz turut secara terbuka menentang rancangan-rancangan Zahid yang mahu bekerjasama dengan parti pembangkang bagi membentuk kerajaan.

Sepanjang perhimpunan agung parti itu, Zahid bersama Najib menjadi pemimpin utama yang mempromosi usaha Umno keluar dariada kerajaan dengan harapan untuk menggulingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ia kemudian disusuli dengan pendedahan perbualan telefon antara Zahid dan Anwar, di mana pemimpin pembangkang itu didengar mengucapkan tahniah kepada Zahid dalam usahanya supaya Umno menarik kembali sokongan terhadap Muhyiddin.

Ahli Majlis Tertinggi Umno sebelum ini mengambil keputusan supaya parti itu kekal bersama gabungan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga turut berikrar pilihan raya akan diadakan selepas darurat Covid-19, bergantung situasi wabak yang dilihat tidak menunjukkan tanda untuk pulih dalam masa terdekat ekoran peningkatan kes jangkitan.


TAHNIAH

ANWAR IBRAHIM

AMIN

MADEY GAGAL

PECAHKAN UMNO

AMIN

ANWAR BERJAYA

KOYAK RABAKAN 

GEROMBOLAN

SEMENJAK 1998

 AMIN

TAHNIAH

KHALAS



TAHNIAH - PEMIMPIN PKR JUJUR


TAHNIAH

YB WEI KIAT

AMIN

SOSOK JUJUR

BAWA KEBENARAN

UNTUK AMK

AMIN



Wei Kiat dilantik Ketua AMK Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Chua Wei Kiat.
SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Chua Wei Kiat dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Setiausaha AMK Malaysia Syukri Razab berkata Chua yang juga Ketua AMK Selayang menggantikan Najwan Halimi yang dipecat daripada jawatan itu pada 28 Jun lepas.

“Pelantikan itu adalah hasil rundingan antara Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir bersama ketua-ketua AMK Cabang Negeri Selangor pada 29 Jun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Syukri berkata jawatankuasa penuh AMK Negeri akan diumumkan oleh Chua setelah proses perbincangan dibuat bersama ketua-ketua AMK Cabang Negeri Selangor.- BERNAMA

BRO

BERAPA LAMA

LU BOLEH

TAHAN SEBELUM

KENA TIBAI

KAH KAH KAH



RAFIZI HAIRAN - FARHASH ADA APA ?

 



RAFIZI HAIRAN

FARHASH ADA APA?

JENG JENG JENG

herman adnan commented on 

"RAFIZI DAH LOHE"

oghang kemamang royat Piji DOK ROK CETONG! Bulu sikit bedo'oh.... Tera mung tengok Inchik Farhash Wafa Salvador Mubarak! Dah macam hero Tamil Sham 🍺