Isnin, 20 Disember 2021

APAKAH HUJAN DAH REDA ?

 



Amaran hujan berterusan di 8 negeri berakhir

KERAJAAN menamatkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan Terengganu dan Pahang.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut, amaran terdahulu yang dikeluarkan pada 11.30 pagi untuk lapan negeri tersebut ditamatkan.

Hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat menjejaskan 22,000 orang seluruh negara dan disifatkan paling buruk dalam masa 100 tahun.

Ia dibawa ekor Taufan Rai yang menghentam Filipina, perairan Condore dan seterusnya membadai Vietnam hari ini.

Di Malaysia, ramai mangsa terjejas masih menunggu bantuan, terutama di kawasan padat penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang di Selangor.

Ramai di kalangan mereka merayu di media sosial dan menyatakan kekesalan kerana bantuan masih belum tiba.

Ada juga yang menyiarkan rayuan itu bagi pihak saudara yang sukar bergerak kerana sakit dan tua.

Rayuan itu terus timbul walau Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan untuk menyelamatkan mangsa terkandas dan memastikan bekalan di pusat pemindahan mencukupi. – 19 Disember, 2021.


LEBAI EKO

WAK MUSTARJO

APA JADI

KAH KAH KAH

TAKDA SEBUT PUN

PERUBAHAN

CUACA

AMIN

TAK DENGAR PUN

PEMANASAN DUNIA

KAH KAH KAH

NAK TANYA 

PAK LEBAI EKO

APAKAH INI

BALA DARI ALLAH

KERANA  RAMAI

BUAT MAKSIAT

KAH KAH KAH

BERKHALWAT HARI KE 640

 



KHALWAT KE 640

SENIN  20/12/21
KITA MASUK KE HARI 640
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA MASIH 4000+++
BELUM MENURUN
SETIAP HARI 4000+++
DI SERANG MAT KOBID

TENTANG OMICRON
MASIH BELUM JELAS
HEBOH MACAM NAK RAK

APA YANG JELAS
JANGKITAN CEPAT MEREBAK
UNITED KINGDOM & BELANDA
AKAN BERKURUNG
SENIN INI WARGA UK
TIDAK BOLEH MASUK FRANCE
LARANGAN AWAL

EROPAH MUNGKIN
AKAN BERKURUNG LAGI
AKIBAT OMICRON
AMIN

PRN SARAWAK SELESAI
BANJIR MELANDA
MEDIA TAK HEBOH TENTANG
SARAWAK TAPI HEBOH PASAL
BANJIR

PKR DAPAT TELOR
ANWAR DI KATAKAN 
MENULIS SURAT NAK LETAK JAWATAN
TAPI SURAT INI
DI UMUMKAN SEBAGAI
PALSU

PALSU MACAM MANA
TIDAK JELAS DITERANGKAN
TAPI APA YANG JELAS
IALAH ANWAR
MENJADI PEMENANG TELOR PENYU
KAH KAH KAH
AMIN

PAGI INI H0KKIEN INDAH
CUACA MOLEK
LANGIT BIRU
DI BANTU OLEH AWAN PUTEH
JALAN KERING
MATAHARI DAH KELUAR

UNGGAS BERLAGU
MURAI BERKICAU
BURUNG HOW WOW MELAUNG
PIPIT BERTERBANGAN
CENGKERIK BERSIMPONI
TIONG BERCEKAK
TERKUKUR BERIRAMA

GAGAK DAN JANTAN
TIDAK  DIDENGARI
MUNGKIN MASIH SEJUK

KL & KL SENTRAL CERAH
SEBUAH HELI MELINTAS
ATAS HOKKIEN
MUNGKIN DARI SHAH ALAM
KE SUNGAI BESI

SEMUA KELIHATAN INDAH
SEOLAH-OLAH
DUA HARI DULU
TAK ADA APA BERLAKU

PAGI SENIN INI
PANAS YANG MENJANJAIKAN
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI YANG INDAH INI

BRO
TUHAN BERI KITA
BUAH DURIAN
TAPI KITA WAJIB 
MEMBELAHNYA

BRO
SEJARAH TAMADUN MANUSIA INI
ADALAH MEMILIH  DARI DUA JALAN
YANG WAJIB DIAMBIL
SERTA MERTA
OLEH PENGEMBARA

BRO
HA HA
SAMPAI SATU TAHAP
NAK PANCUT
KITA TAK BOLEH LAGI
NAK TAHAN TAHAN
WAJIB MARA KE DEPAN

BRO
SELAGI LU ADA
MAKANAN DALAM MULUT
LU BOLEH SELESAIKAN
SEMUA PEKARA
UNTUK MASA ITU

BRO
MENULIS DAIRI INI
UNTUK MELIHAT AKAN
PERUBAHAN KITA
SETIAP HARI

BRO
KALAU GUA TULIS
ATAS KERTAS INI
' BOLEH CIUM SAYANG'
LEBIH BAIK GUA
BUKA TINGKAP DAN 
CIUM UDARA SEGAR

BRO
PENGANGGU
IALAH SETAN

BRO
MULA KAN DENGAN
MEMBUAT YANG BETUL
BUKAN MEMBUAT
APA YANG DITERIMA RAMAI

BRO
ADA DUA PEKARA
BENAR & BOHONG
KEBENARAN TIDAK DAPAT
DI BELAH BAHAGI
JUSTERU
TIDAK DAPAT DIKENALI
SESIAPA NAK KENAL KEBENARAN
PASTI BERBOHONG

BRO
DURI DURI
YANG MENGHALANG 
DI ATAS JALAN ITU
WAJIB DIBAKAR
UNTUK MENERUSKAN
PERJALANAN

BRO
PERJALANAN ADALAH
LEBIH NIKMAT 
DARI SAMPAI

BRO
LAWAN MARAH 
DENGAN KASIH SAYANG
LAWAN BEBAL
DENGAN PENCERAHAN
LAWAN PUTAR
DENGAN KEBENARAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Ahad, 19 Disember 2021

BANJIR - PEMANASAN DUNIA

 






BANJIR

PEMANASAN DUNIA

AMIN



SABRI 114 BEBAL KE ATAU TAK MEMBACA ?

 



Hujan lebat semalam situasi tidak diduga, kata PM

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengakui berlaku kelewatan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Namun, katanya semua isu yang berlaku semalam akan diselesaikan hari ini.

“Memang ada sedikit kelewatan dalam penghantaran makanan dan lain-lain,” katanya pada sidang media hari ini di Klang.

Ismail berkata hujan lebat yang tidak dijangka di Selangor menyebabkan pihak berkuasa negeri dan persekutuan tidak berjaga-jaga dan bersedia.

“Saya dimaklumkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air bahawa hujan semalam di Selangor adalah bersamaan dengan sebulan,” katanya.

“Apabila perkara itu berlaku secara tiba-tiba, ia membawa kepada keadaan huru-hara. Itulah sebabnya tiada persiapan untuk pemindahan.”

“(Kami) tidak menjangka paras air naik dengan cepat dan sebab itu ada (mangsa) terkandas sementara menunggu untuk dipindahkan pihak berkuasa,” tambahnya.

Beliau berkata makanan tidak dapat dihantar semalam kerana jalan raya ditenggelami banjir.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan telah bertambah baik hari ini.

Kerajaan akan mencari alternatif seperti menggunakan helikopter untuk menghantar makanan ke tempat di mana akses darat telah terputus.

“Semua isu yang tercetus semalam mesti diselesaikan,” katanya sambil menambah pihak penguatkuasaan digerakkan ke lapangan.

Beliau menambah terdapat kawasan tertentu di mana paras air dijangka surut manakala yang lain mungkin akan meningkat.

Namun, beliau berharap sebarang kejadian kenaikan paras air di Selangor tidak menjadi masalah kerana persiapan telah dibuat.

Tambahnya, keadaan di Terengganu bertambah baik manakala negeri lain seperti Pahang masih bergelut dengan peningkatan paras air.

Ismail berkata keadaan di Pantai Timur masih terkawal kerana negeri ini telah bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh tahunan tidak seperti Selangor yang terkejut dengan hujan lebat secara mendadak dan tidak pernah berlaku sebelum ini. – 19 Disember, 2021.



WOIT

SABRI 114

DAPAT NASEHAT

DARI LEBAI EKO

KAH KAH KAH

BERAT

INI BERAT

KAH KAH KAH

TENGGELAM

HANCUR NEGARA

KAH KAH KAH

LEBAI EKO

KATA HUJAN

DATANG

TAK DI SANGKA 

KAH KAH KAH

PUKEE MAK 

CAKAP APA NI 

KAH KAH KAH

SATU DUNIA TAHU

INI HASIL

PEMANASAN DUNIA

AMIN

BANGANG SANGAT

TAK MEMBACA BUKU

TAK TAHU AGENDA

PEMANASAN DUNIA

AMIN

SURUH PERGI

SEKOLAH LARI 

KAH KAH KAH

TU PASAL BEBAL 

TAK TAHU 

 BACA INGGERIS

KAH KAH KAH

TIMAH

DIANGGAP FATIMAH

KAH KAH KAH

ATAU BAJIR

RIBUT TAUFAN NI

KERANA BANYAK

MAKSIAT

TAUFAN DATANG 

BAWA HUJAN

KAH KAH KAH

MACAM DONGENG

ARAB 1001 MALAM

KAH KAH KAH

TAK MESRA MELAYU ATAU TAK MESRA FULUS

 



Tak mungkin Perikatan kerjasama dengan Pakatan sekarang, kata Muhyiddin

PERIKATAN Nasional (PN) tidak mungkin akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) waktu ini disebabkan komponen tertentu yang tidak mesra komuniti Melayu, kata Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama antara kedua-dua gabungan itu hanya akan berlaku jika ada rombakan besar dalam PH.

“Dalam bentuk PH sedia ada tak mungkin. Bukan kita tak suka perpaduan, banyak ketara perbezaannya,” kata Muhyiddin dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Katanya, ia berdasarkan pengalaman sewaktu Bersatu menyertai gabungan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya ada pengalaman di situ sebab itu kita buat keputusan tinggalkan PH. Sukar, tak tahulah kalau ada perubahan besar berlaku dalam PH,” katanya.

Tanpa menamakan parti khusus, beliau berpendapat pergerakan itu tidak memihak kepada Melayu Bumiputera dan pemimpinnya juga mempertikai hak golongan itu.

“Antara faktor kita tak sedia bersama kerana ada satu parti dalam itu dilihat tak pro-Melayu Bumiputera, sejarahnya pertikaikan hak (Melayu)...

“Kita tak boleh bersama dengam jemaah sebegitu.

“Saya tak fikir perkara itu boleh berlaku kecuali rombalan besar berlaku dalam PH yang ketika itu kita boleh meneliti balik,” kata ahli Parlimen Pagoh itu.

Beliau mengulas cadangan bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron supaya PN bekerjasama dengan PH untuk memberi kejutan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Idris mendakwa, antara sebab kekalahan PH di Melaka berpunca daripada penyusutan sokongan pengundi Melayu di samping perpecahan undi antara PH dengan PN.

Idris bersama bekas Adun Pantai Kundor Nor Azman Hassan dipecat daripada Umno pada Oktober lalu, apabila menjadi antara empat Adun Melaka menarik sokongan daripada menyokong ketua menteri Sulaiman Md Ali.

Tindakan mereka menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri dan DUN Melaka dibubarkan dan pilihan raya negeri terpaksa diadakan pada bulan lalu.

Idris kemudian bertanding dalam pilihan raya itu atas tiket PH di DUN Asahan, namun tewas. – 19 Disember, 2021.


TAK MESRA 

MELAYU INI

 MACAM MANA

KAH KAH KAH

BUAT LALUAN

KERETA API

DENGAN CHINA

MERAH ??

MESRA MELAYU KE?

AMIN

BAGI CHINA MERAH

BAUT PELABUHAN

MELAKA

MESRA MELAYU KE?

AMIN

MESRA CHINA

YANG MANA?

AMIN

CHINA ADA

MACAM MACAM

JENIS CHINA

KAH KAH KAH

CHINA YANG

BERI DANA PADA

PARTI POLITIK

ITU DIANGGAP

MESRA KE?

KHALAS

 KALAU BETUL

 PARTI BERSATU

 MESRA MELAYU

 RAKYAT AKAN

 SOKONG

 SESAMA LAWAN

 CHINA MERAH

KHALAS

SATU LAGI PUKULAN UNTUK PENCURI

 



Mahkamah Tinggi benar SPRM lucut hak harta bekas Exco Johor

MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak ke atas harta bernilai lebih RM6 juta milik bekas Exco Kerajaan Johor Abd Latif Bandi, anak dan menantunya.

Harta berkenaan membabitkan 19 kereta mewah termasuk Mercedes Benz G63 AMG, Bentley Continental GT Coupe, Land Rover Proversport, Porsche Cayenne, Nissan Skyline dan Toyota Vellfire serta Honda HRV.

Selain itu, terdapat 16 jam tangan mewah, 15 beg tangan mewah, 15 item barangan kemas, selain mata wang Singapura, Hong Kong, Kuwait, Korea dan Jepun.

Hakim Abu Bakar Katar membenarkan rayuan SPRM, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 27 Mei 2019, yang menolak permohonan pihak pendakwaan dan memerintahkan semua harta disita, dikembalikan kepada pemilik berdaftar.

Abu Bakar ketika membacakan penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti semua rekod rayuan serta memperhalusi hujahan lisan serta bertulis semua pihak.

“Hakim Mahkamah Sesyen dalam penghakimannya terkhilaf apabila gagal menimbangkan permohonan di bawah Seksyen 41(1) Akta SPRM, menjurus kepada harta-harta yang disita dan bukannya keperluan pendakwaan terhadap responden,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah juga berpendapat harta dalam rayuan itu tidak berkaitan dengan pertuduhan jenayah terhadap Abdul Latif, Amir Shariffuddin Abd Rauf dan Mohd Fauzan Hatim Abd Latif.

“Mahkamah berpendapat perayu membuktikan semua harta yang terbabit diperoleh daripada hasil haram iaitu rasuah. Mahkamah juga berpuas hati tiada pembelian suci hati dengan balasan berharga berkaitan semua harta terbabit.

“Oleh itu, mahkamah membenarkan rayuan perayu terhadap semua responden dan membenarkan semua permohonan perayu untuk melucut hak semua harta terbabit,” katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mahadi Abdul Jumaat, manakala peguam Abd Rahim Ali mewakili Abd Latif, Amir Shariffuddin Abd Rauf, Mohd Fauzan dan Nur Shaliza Mohd Salleh, yang juga menantu Abd Latif dan isteri Mohd Fauzan.

Abd Rahim kemudiannya memohon penangguhan pelucutan hak harta bagi membolehkan pihaknya memfailkan rayuan dalam masa terdekat.

Hakim memerintahkan responden mengemukakan permohonan bagi penangguhan pelucutan hak ke atas harta.

Pada 27 Mei 2019, Mahkamah Sesyen menolak permohonan SPRM untuk melucutkan hak ke atas harta Abd Latif, anak dan menantunya.

Namun pada 6 November, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abd Latif membela diri terhadap 33 pertuduhan rasuah dan empat dakwaan pengubahan wang haram, empat tahun lalu.

Arahan bela diri atas pertuduhan sama itu turut membabitkan anak lelakinya Mohd Fauzan dan perunding hartanah Amir Shariffuddin.

Abu Bakar dilaporkan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, selain mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 21 April 2019 yang melepaskan dan membebaskan ketiga-tiga tertuduh. – Bernama, 19 Disember, 2021.


YB NI DARI

AMANAH KE?

ATAU PKR ?

ATAU DAP

KAH KAH KAH

INI MESTI DARI

PARTI AMANAH..

OPPS.. SILAP

KAH KAH KAH

IKUT PERANGAI

PRESIDEN PARTI

KAH KAH KAH

AHLI  BURIT

PRESIDEN BUNCIT

KAH KAH KAH 

PADA MUKA

PENCURI 

GENG NAJIB

KHALAS

KAH KAH KAH