Isnin, 5 Disember 2022
BUKAN. AGENDA TELO
PM arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menyiasat dakwaan perbelanjaan mencecah hampir RM600 bilion tanpa tender yang dikatakan berlaku semasa era kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, Kementerian Kewangan telah memaklumkan tentang beberapa pelanggaran melibatkan perbelanjaan yang tinggi itu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menyerahkan kepada badan siasatan untuk melihat sejauh mana pelanggaran, rasuah atau penyelewengan berlaku.
“Saya telah mengarahkan untuk disemak semula sebab ia tidak dibuat secara telus, tiada proses tender yang lengkap.
“Jadi, kita perlu menyemak semula utuk memastikan kita mematuhi prosedur kewangan yang ketat untuk memastikan semuanya dilakukan dengan betul,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya, hari inI.
Pada 30 November lalu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan dana RM600 bilion yang dikatakan berlaku semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, Muhyiddin hari ini menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan beliau tidak takut untuk disiasat.
Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan bahawa pentadbirannya tidak berkompromi dalam isu tatakelola dan antirasuah serta menempelak pemimpin tertentu yang lantang menggunakan istilah kleptokrasi walhal ahli keluarga mereka turut disyaki terlibat dalam urus niaga yang besar.
Beliau turut mengingatkan mereka agar bersedia untuk bersikap telus dan disiasat sekiranya mahu isu tersebut ditangani.
“Siasatan tidak boleh dilakukan secara terpilih. Itu pendirian kami. Saya percaya pasukan Kabinet saya bersunggguh untuk memastikan kami mengikut peraturan yang ketat dan prinsip tata kelola yang baik,” jelasnya.
Anwar berkata, setakat ini Kabinet belum membincangkan tentang penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan RM600 bilion tanpa tender itu.
“Setakat yang saya tahu dan diberi maklumat oleh pegawai-pegawai, ada beberapa pelanggaran yang agak serius terutama bila perolehan terlalu banyak.
“Jadi bila kita luluskan projek, jadi mark up itu terlalu tinggi dan dana itu sampai kepada parti-parti tertentu yang memperlihatkan keupayaan mereka berbelanja luar biasa,” katanya.
Sementara itu, beliau mengumumkan cabutan khas perjudian dikembalikan kepada kekerapan yang terdahulu iaitu lapan kali setahun mulai 1 Januari depan.
Dengan keputusan itu, Anwar membatalkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu awal tahun ini yang menaikkan kekerapan cabutan khas perjudian kepada 22 kali setahun.
“Begitu dengan isu perjudian ini, sebahagiannya digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya, perlu siasat itu, parti Melayu, parti Islam tetapi dana datang dari syarikat perjudian,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, secara peribadi, beliau tidak mahu terlalu banyak menumpukan kepada perkara-perkara lama kerana mahu lebih fokus terhadap menguruskan ekonomi negara dan memberi keyakinan kepada pelabur.
“Sekarang ini nampak sambutan sangat baik. Ramai yang telah minta temu janji, syarikat-syarikat pelaburan dari India, China, Amerika Syarikat dan Eropah untuk minggu akan datang.
“Saya akan tumpu lebih banyak untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan esok pagi saya akan ke Kementerian Kewangan,” katanya. –
SOKONG
INI ROMPAKAN
LEBIH BESAR DARI
KES 1MDB
KHALAS
PASTI ZAFRUL
TAHU KERANA
DIA JAGA DUIT
AMIN
KHALAS
DASAR HEBAT KERAJAAN BARU
Kerajaan umum mekanisme baharu kurangkan harga telur esok, kata PM
KERAJAAN akan umum mekanisme baharu bagi mengurangkan harga telur di pasaran, kata Anwar Ibrahim.
Pengumuman itu akan dibuat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu esok, menurut perdana menteri.
“Ada beberapa langkah diambil yang diharap akan diumumkan oleh beliau (Mohamad Sabu) esok dengan harga lebih rendah kerana mengurangkan kebergantungan kepada kartel.
“Jadi, kita harap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan,” pada sidang media pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya hari ini.
Sidang media turut disertai Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi danFadillah Yusof, serta Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Harga maksimum runcit telur ayam bagi gred A ditetapkan pada 45 sen sebiji; gred B (43 sen) dan gred C (41 sen) di Semenanjung Malaysia. Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum ayam dan telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah. – 5 Disember, 2022.
WOIT
INI DASAR HEBAT
INI GEOPOLITIK
PM WAJIB TERLIBAT
KAH KAH KAH
KHALAS
LEPAS CHINA HINDU JADI SASARAN
LEPAS CHINA
HINDU JADI
SASARAN
KHALAS
Unknown commented on
"KENAPA DIBERHENTIKAN ?"
selepas cina dap, gua rasa lepas ni org agamawan akan guna hindu utk kempen politik mereka..gua fikir, hindu akan dituduh akan menguasai dunia selepas kamala haris US dan rishi sunak UK selepas 2 hindu ni mjd pemimpin dunia.begitu la islam dimalaysia yg mempunyai jabatan mufti jabatan agama dimana cerdik pandai menjawat makan upah didlmnya hanya mendiamkan diri..gua fikir, menteri agama wajib direformasi.
menteri agama bukan utk agama islam sahaja malah menteri kpd pelbagai agama lain. jabatan agama wajib ada pelbagai agama lain dimalaysia, bukan agama islam sahaja.kalo menteri agama itu refer kpd islam saja, baik ditukar jd menteri agama islam saja.dan menteri agama wajib buat satu polisi menghalang kebencian agama. menteri agama bukan la buat kerja2 klise seperti jumlah kuota haji saja.mcm dr zul al bakri, naik jet ketika covid semata2 nak bincang hal kuota haji saja..menteri agama wajib diwakil juga pelbagai agama dimalaysia termasuk kepercayaan org2 asal
ZAHID BELUM DIHUKUM
Zahid belum dihukum mahkamah, kata Anwar
MANA-MANA pihak boleh mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri kerana sedang dibicarakan di mahkamah, namun Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan, presiden Umno itu belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.
Perdana menteri menjelaskan Ahmad Zahid dilantik ke dalam barisan jemaah menterinya kerana beliau juga ketua parti dan gabungan parti politik yang bersama-sama membentuk kerajaan sekarang.
“Yang pertikaikan itu siapa dan atas alasan apa? Dia (Ahmad Zahid) didakwa dan belum ada hukuman dan proses itu harus kita hormati.
“Dia juga kebetulan merupakan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional dan dalam keadaan kerajaan perpaduan ini, saya kena kira semua faktor itu,” kata Anwar pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Anwar menjawab soalan wartawan yang meminta komennya terhadap pandangan beberapa pihak yang mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid sebagai menteri.
Sidang media diadakan untuk memaklumkan hasil mesyuarat pertama Jemaah Menteri pada sebelah pagi.
Selain timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid juga diberi tugas sebagai menteri kemajuan desa dan wilayah. – 5 Disember, 2022.
BETUL
WAJIB SOKONG
KAH KAH KAH
ZAHID MASIH
BICARA
KES BELUM
SELESAI
AMIN
SEMUA BOLEH
DI ATUR
KAH KAH KAH
KITA BOLEH
INI SLOGAN PH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)





