Khamis, 19 Januari 2023
NAJIB BUAT KERENAH LAGI
Prosiding kes SRC Najib ditangguh ke 20 Feb
Semua mata tertumpu pada cubaan terkini Najib Razak untuk membatalkan sabitan bersalah ke atasnya dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana daripada SRC International Sdn Bhd (SRC), di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.
Setelah gagal di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, bekas perdana menteri itu memohon panel mahkamah tertinggi baru untuk mendengar semakan dikemukakannya terhadap sabitan dan hukuman sebelum ini
Najib balik semula ke Penjara Kajang
4.05 petang: Bekas perdana menteri Najib Razak akan diiringi pegawai penjara untuk pulang ke Penjara Kajang, berikutan penangguhan pendengaran semakan kes SRC petang ini kepada 20 Feb depan.
WOIT
SAJA NAK
LAMBAT
AMIN
NAK BERI
TEKANAN POLITIK
PADA KERAJAAN
KHALAS
DUNIA SEDANG DIANCAM
Kemalangan di loji nuklear Ukraine boleh berlaku bila-bila masa, kata IAEA
KETUA Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi berkata kemalangan di loji kuasa nuklear (NPP) di Ukraine boleh berlaku pada bila-bila masa, lapor Sputnik.
Christiane Amanpour dari CNN mengajukan persoalan kepada Grossi apakah kemungkinan kemalangan di RFN Ukraine jika tiada zon keselamatan di sekitarnya.
“Ia boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Apabila diserang atau apabila bekalan kuasa luaran terganggu dan reaktor berada tidak lagi sejuk, masalah boleh terjadi,” kata Grossi.
RFN Zaporizhzhia terletak berhampiran bandar Enerhodar.
Ia merupakan loji tenaga nuklear terbesar di Eropah dari segi bilangan unit dan kapasiti - loji itu mempunyai enam unit kuasa dengan kapasiti 1 gigawatt setiap satu.
Sejak Mac 2022, ia berada di bawah pengawasan tentera Rusia.
Kementerian Luar Rusia menekankan bahawa langkah berkenaan adalah wajar untuk mengelakkan kebocoran bahan nuklear dan radioaktif.
IAEA berulang kali menyatakan keperluan untuk mewujudkan zon keselamatan di sekitar ZNPP. – Bernama, 19 Januari, 2023.
ZELENASKY
SEDANG PAU
DUNIA
AMIN
BERI SENJATA
PADA UKRAINE
KALAU TIDAK
LOJI NUKLEAR
AKAN DI LETUP
AMIN
WOIT
PUTIN SILA
HANTAR AJEN KGB
DAN JIMATKAN
ZELENSKY
KHALAS
TOK MAT LEBIH LAYAK JADI TPM
Imej Tok Mat kini seperti Zahid, kata penganalisis
Imej Mohamad Hasan sebagai “penyelamat” mungkin berkecai selepas cuba menjustifikasikan tindakan bekerjasama dengan DAP pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini, selain mengekalkan jawatan tanpa pertandingan pada pemilihan akan datang.
Mohamad dikatakan sebagai “hero” oleh seorang penganalisis selepas berjaya memimpin parti itu bangkit dalam beberapa siri pilihan raya kecil pada 2019, ketika Ahmad Zahid Hamidi mengambil cuti sebagai presiden.
Ahli Parlimen Rembau yang mesra dipanggil Tok Mat itu turut dikreditkan dalam kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Namun menurut Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beberapa tindak-tanduknya sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuatkan imejnya sedikit tercalar.
"Kini ada yang mengatakan bahawa Tok Mat tidak ubah seperti lalang atau lidah bercabang.
"Tok Mat adalah politikus yang menggunakan segala peluang dan ruang demi survival.
“Maka bekerjasama dengan DAP adalah suatu tindakan strategik demi kepentingan parti," katanya kepada MalaysiaNow.
Nama Mohamad meningkat naik dalam Umno selepas menewaskan Annuar Musa dalam perebutan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti lepas.
Beliau berganding bahu dengan Zahid yang menjadi presiden menggantikan Najib Razak selepas bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan susulan kekalahan pada PRU14.
Kedua-dua mereka mengekalkan jawatan selepas perhimpunan agung meluluskan usul tambahan daripada perwakilan Rembau agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Kerjasama dengan DAP menjadi beban kepada Umno yang selama ini musuh utama parti itu.
Meskipun ia dilihat membantu “survival” Umno, tindakan Mohamad memberi justifikasi kerjasama dengan DAP baru-baru ini tidak boleh diterima majoriti orang Melayu, menurut penganalisis politik, Azizi Safar.
"Selepas PAU 2022, dari sudut persepsi awam, imej Tok Mat kini tidak jauh berbeza dengan Zahid Hamidi.
"Kedua-duanya dilihat sebagai manusia politik yang lebih pentingkan kedudukan dan jawatan dalam Kerajaan," katanya.
Mohamad menjelaskan, Umno memilih DAP kerana parti itu tidak bermuka-muka.
Beliau juga berkata Umno tetap ditolak rakyat meskipun selama ini menentang DAP.
Ia bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kerjasama dengan DAP.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga kebanyakan masa akur dengan kehendak Zahid sebelum ini, termasuk menekan bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan PRU15 lebih awal.
Bagi pemerhati politik Mak Khuin Weng, Tok Mat tidak pernah menjadi seorang “reformis”.
"Tok Mat sentiasa berhati-hati.
“Dahulu apabila beliau kelihatan mengkritik Ahmad Zahid dalam satu temu bual, beliau cepat menjelaskan apa yang dimaksudkan pada temu bual itu," katanya.
Sebelum ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi, Umno Tajuddin Rahman mendedahkan, Mohamad turut bersama-sama sekumpulan pemimpin parti itu merancang untuk menjatuhkan Zahid pada Mei 2020 namun kemudian membuat pusingan-U selepas menerima gertakan daripada pengikut presiden parti itu.
TOK MAT LEBIH
LAYAH JADI TPM
AMIN
DIA TAKDA KES
DI DAKWA
DI MAHKAMAH
AMIN
PANDAI CAKAP
ORANG PUTIH
AMIN
PERNAH KERJA
DI LONDON
TU PASAL
ANTA DUIT
KE LONDON
KHALAS
AWAS ! BANJIR MUNGKIN DATANG LAGI
Amaran hujan berterusan di Johor, negeri pantai timur
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di timur semenanjung membabitkan Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu sehingga 22 Januari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, jabatan itu memberi amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta Sabah pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh berkenaan.
“Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun yang berlaku di rantau negara dijangka sehingga 25 Januari depan dan keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Selain itu, amaran angin kencang turut dikeluarkan bagi perkapalan dengan keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga diramalkan berlaku sehingga Rabu depan.
“Angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Condore.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 19 Januari, 2023.
AWAS !!!
BANJIR MUNGKIN
DATANG LAGI
AMIN
CUACA MASIH
BELUM MENENTU
AMIN
INI WATAK
MALAPETAKA
CUACA
KHALAS
KERAJAAN TELOOO
KERAJAAN
TELOOO
KHALAS
Unknown commented on
"HALANG PENCURI
KEMBALI BERKUASA"
gau tak nampak apa yang lain kerajaan sekarang .. gua cuma nampak perubahan kosmetik macam tak pakai tai.. hek eleh.. ni je lepormasin bershit terbalik kereta... sia2 main kejar2 dengan fru... telor pun tak ada.. kah kah kah
Unknown commented on
"BUKAN KERAJAAN TEEELO"
Bro, berapa billion teloo telah rafizi lesapkan? berbanding berbillion ringgit yg Jho Low dibawah pengawasan bossku curi dan sedang hepi je main teloo kat china. Cuba lu kita berapa biji teloo boleh kerajaan beli dgn duit curi berbillion tu? You are too dense to argue this simple logic
Langgan:
Catatan (Atom)





