Khamis, 9 Februari 2023
CADANGAN BIJAK - WAJIB DISOKONG
Gaji bekas banduan untuk isi kekosongan tenaga asing – Suhakam
KAJANG – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menggesa kerajaan supaya terus membuka peluang kepada golongan bekas banduan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja yang menggunakan warga asing.
Naib Pengerusinya, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, mengambil kira konsep Malaysia Madani, cara itu sebenarnya boleh membantu golongan tersebut kembali kepangkuan masyarakat.
Katanya, madani yang boleh dirujuk sebagai memaafkan dan memberi peluang, mampu melontarkan “stigma” negatif komuniti terhadap bekas banduan.
“Sekarang ni kalau isunya susah nak mendapat pekerja asing disebabkan terlalu banyak peraturan ini adalah cara yang terbaik.
“Kita tahu penjara ada mengeluarkan juga barang-barang industri seperti makanan (yang dibuat oleh banduan di dalam penjara), ambil sahajalah mereka bekerja dalam industri.
“Ia secara tidak langsung membuka peluang kepada banduan sekali gus mereka dapat kembali kepangkuan keluarga masing-masing,” katanya pada sidang media selepas Program Youturn Day: Welcoming Prisoner Back To Society di Penjara Kajang di sini, hari ini.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan Nor Aziah berkata, bekas banduan banyak menghadapi cabaran untuk mengintegrasikan diri mereka semula ke dalam masyarakat.
Katanya, mereka sering dipinggirkan dan dipandang rendah dalam komuniti hingga golongan tersebut terpaksa mengharungi pelbagai cabaran seperti tiada tempat tinggal, tidak dibenarkan bekerja dan tidak diterima oleh keluarga.
Ujarnya, golongan itu seolah-olah terus dihukum oleh masyarakat meskipun telah menjalani hukuman atas kesalahan lampau.
“Bagi sesetengah bekas banduan, perkara ini menyukarkan hidup mereka dan akhirnya memilih untuk mengulangi semula kesalahan jenayahnya semata-mata untuk terus hidup di luar kesempitan.
“Perkara ini akhirnya akan menjadi lebih parah apabila menjadi punca bekas banduan tidak lagi insaf dari melakukan kesalahan jenayah.
“Justeru, pihak kerajaan, keluarga, masyarakat dan penggerak industri mempunyai peranan dalam proses pengintegrasian semula bekas banduan dalam komuniti agar banduan tidak terlibat dalam aktiviti jenayah semula dan dapat memulakan kehidupan yang baru,” katanya.
Untuk rekod, Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan beberapa program untuk banduan kembali ke dalam komuniti.
Program-program berkenaan adalah program Orang Diparol (ODP), Orang Bebas Berlesen (OBB) dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW).
Ketiga-tiga program pemulihan pesalah dan banduan di dalam komuniti yang dilaksanakan itu dilihat mendatangkan kesan positif terutama dalam membina masa hadapan mereka yang lebih baik.
Sementara itu, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrisam Abd Rahman ketika berucap pada majlis sama berkata, anjakan persepsi boleh mengubah stigma masyarakat untuk menerima dan memberi peluang kepada bekas banduan kembali semula ke dalam Komuniti.
Jelasnya, sistem penjara Malaysia telah beralih daripada hanya melaksanakan hukuman kepada tempat pemulihan dan pembinaan semula insan.
“Jabatan Penjara Malaysia amat beruntung dapat bekerjasama dengan kesemua pemegang-pemegang taruh dan rakan kongsi sepanjang proses ini.
“…dan kami amat mengalu-alukan sokongan Projek YouTurn bagi salah satu inisiatif untuk mencapai misi Jabatan,” katanya.
SOKONG
CADANGAN INI
-AMIN
WAJIB DI LAKUKAN
DENGAN SEGERA
KHALAS
KAWAN PALING SETIA
Denti, Frankie sertai misi SAR gempa bumi di Turkiye
Dua ekor anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Denti dan Frankie, menjadi sandaran misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.
Selain Denti dan Frankie, penghantaran pasukan penyelamat kedua dari Malaysia turut disertai 20 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), 30 anggota JPBM dan 20 pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM).
"Tujuan kita bawa anjing pengesan ini adalah untuk memaksimumkan tugasan apabila berada di sana nanti (kerana) peranan anjing pengesan ini sangat membantu dalam usaha mengesan lokasi di mana mangsa berada.
"K9 ini adalah antara pasukan atau unit yang termasuk dalam misi mencari dan menyelamat SMART, jadi mereka ini memang bersedia untuk diatur gerak ke mana-mana (lokasi di) luar negara," kata Ketua Komander Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM Ismail Abd Ghani kepada media semasa pelepasan misi SAR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau berkata kedua-dua anjing dipilih menyertai misi itu kerana memiliki kepakaran mencari mangsa hidup dan mayat.
Ditanya sama ada Denti dan Frankie mampu bertahan dalam penerbangan ke Istanbul yang dijangka mengambil masa 11 jam, Ismail berkata perkara itu tidak menjadi masalah.
"Anjing ini antara penilaian semasa perolehan dulu adalah ia boleh dibawa melalui penerbangan udara, jadi tidak ada masalah untuk penerbangan yang lama kerana kita dah uji sebelum ini," katanya.
Beliau berkata Denti dan Frankie sebelum ini pernah terlibat dalam operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember lepas.
Katanya Denti, anjing daripada baka Labrador, dan Frankie daripada baka English Springer Spaniel, masing-masing akan dikendalikan oleh pegawai bomba Tony Anak Albert Mani dan Y.Thibagaran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali pula berkata kedua-dua anjing itu akan dibawa bersama untuk memastikan pasukan penyelamat Malaysia dapat melaksanakan operasi SAR dengan lebih berkesan.
Beliau juga berkata pihaknya dimaklumkan ketika melaksanakan misi SAR, pasukan pertama SMART yang sudah tiba di Gaziantep berdepan beberapa cabaran yang agak besar iaitu cuaca ekstrem di lokasi bencana, koordinasi logistik dan pengangkutan serta faktor keselamatan geopolitik.
"Namun begitu, semangat seluruh anggota yang terlibat tetap tinggi dan cabaran yang dihadapi dapat ditangani dengan kerjasama Disaster and Emergency Management Presidency (AFAD) Turkiye.
ANJING
ADLAH KAWAN
MANUSIA PALING
SETIA
KHALAS
BERITA PECAH - SAPA MELETUPKAN PAIP GAS RUSIA?
SEYMOUR HERSH
PEMECAH BERITA
SEDUNIA
KHALAS
Seymour Hersh
SOSOK INI WARTAWAN TERHANDAL
PEMECAH BERITA MY LAI MASSACRE 1969
PEMECAH BERITA ABU GHRAIB 2004
PETANG INI
SOSOK BERUMUR 85 TAHUN
MEMECAH BERITA
AMERIKA , NORWAY,
CIA DAN GERAK KHAS
BERTANGUNG JAWAB
MELETUPKAN PAIP GAS RUSIA
DENAGN SEGALA BUKTI
KHALAS
TEATER ATAU SANDIWARA
Umno diberi masa 60 hari jelaskan usul tidak bertanding, kata Zahid
UMNO mempunyai masa 60 hari untuk memberi penjelasan terperinci mengenai usul tidak bertanding bagi dua jawatan tertingginya yang diluluskan pada perhimpunan agung parti baru-baru ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden Umno itu berkata arahan ini adalah daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sambil menambah Umno sudah bertemu jabatan itu dua kali berhubung perkara berkenaan.
WOIT
INI TEATER
ATAU
SANDIWARA
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)






