Jumaat, 9 Jun 2023

DAP DAN ELTON JOHN

 

DAP & ELTON JOHN

JAMBU ELTON CABUT LARI
ELTON CAKAP SORRY
JAMBU TAK PEDULI
KESIAN
AMIN
PEMUDA UMNO
TUNTUT DAP CAKAP SORRY
DAP TAK AKAN KATA SORRY
PADAN MUKA GEROMBOLAN
KHALAS

30 TAHUN MINUM TEH TARIK



30 tahun PAS jaga Kelantan, air tetap berkarat, kata Ahmad Zahid


PARTI dalam kerajaan perpaduan perlu menawarkan untuk membawa perubahan besar ke atas pembangunan asas seperti bekalan air di Kelantan, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau pada masa sama menyelar kerajaan pimpinan PAS yang masih gagal membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.

“Banyak agenda pembangunan asas, terutama di Kedah dan Kelantan, memerlukan perubahan-perubahan besar. Islam itu bersih. Bersih di luar dan bersih di dalam.

“Untuk bersih, Islam memerlukan air bersih. Soal keperluan air bersih umpamanya di Kelantan, seolah-olah jalan penyelesaiannya tidak kunjung tiba,” katanya.

Tambah beliau lagi pemimpin PAS tidak mampu memperbaiki mutu bekalan air bersih tersebut walaupun sudah mentadbir Kelantan selama tiga dekad.

“Apakah mereka tidak diberi peluang? Tiga puluh tiga tahun menjadi pemerintah di negeri dan wakil mereka pernah menjadi menteri yang menjaga air, air karat masih gagal dijernihkan.

“Karatnya air begitu jugalah karatnya hati mereka,” kata Ahmad Zahid.

Beliau sehubungan itu menyeru pengundi dari negeri tersebut memberikan peluang kepada kerajaan perpaduan bagi membolehkan kebajikan mereka terus terjaga.

“Oleh yang demikian, sudah tiba masanya anak-anak Kelantan, Kedah dan Terengganu di perantauan, fikirkanlah nasib ibu ayah yang tinggal di negeri-negeri berkenaan.  

“Janganlah dek kerana satu undi yang kita berikan, kita akan terus membiarkan ibu ayah kita, berhadapan dengan kesulitan hidup berterusan.

“Inilah masanya untuk mereka bersama-sama dengan kerajaan Malaysia,” kata Ahmad Zahid lagi dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 hari ini.

Katanya, selain Kelantan, Umno perlu memastikan negeri majoriti Melayu seperti Kedah, dan Terengganu dapat dirampas kerajaan perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Presiden Umno itu berkata, negeri yang kini ditadbir Perikatan Nasional (PN) tidak wajar dibiarkan terpisah daripada pentadbiran kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

“Umno memikul amanah yang amat besar kerana berhadapan dengan negeri-negeri yang dikategorikan sebagai jalur Melayu atau ‘the Malay belt’ iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membawa umat Melayu dan rakyat di negeri-negeri berkenaan, menjadi sebahagian daripada kerajaan Madani yang benar-benar mencerminkan wajah Malaysia.  

“Kita tidak mahu negeri-negeri berkenaan diheret ke kancah fahaman politik yang memisahkan rakyatnya, daripada hakikat laman politik tanah air,” kata Ahmad Zahid. – 9 Jun, 2023.

YA USTAD

YA MAULANA

NAK TANYA

KAH KAH KAH

APAA HUKUMNYA

AMBIL AIR

 SEMBAHYANG

PAKAI TEH TARIK

AMIN

KHALAS

RAJA TAK MINAT TOK ARAB


RAJA MELAYU

TAK SUKA ARAB

AMIN

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "RAJA-RAJA MELAYU TIDAK DIMAKLUMKAN"

Jangan takut Rajo kito lebih mandang pado nogorhi maju First World Countries mcm UK, Sweden, Ukraine, Russia .. belom ado lagi Rajo kita mandang pado Arab .. yang banyak jadi Arab adolah Molayu kasta rendah.

DAP TIDAK AKAN MINTA MAAF


Lupakan kisah silam, Loke beritahu Pemuda Umno

TIDAK perlu lagi mengungkit kisah silam antara Umno dan DAP kerana ia tidak akan berkesudahan, kata Anthony Loke.

Umno dan DAP kini berada di dalam kerajaan perpaduan, justeru sudah tiba masanya kedua-dua parti itu mengorak langkah ke hadapan, ujar setiausaha agung DAP itu.

Beliau berkata demikian mengulas tuntutan Pemuda Umno semalam agar DAP memohon maaf atas segala tohmahan yang pernah dilemparkan kepada parti Melayu itu sewaktu kedua-dua parti bermusuhan sebelum ini.

“Setiap orang ada pandangan masing-masing.

“Bagaimanapun, saya bersetuju dengan inti pati ucapan Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi), yang meminta semua orang lupakan kisah silam dan bersatu demi negara.

“Kalau kita terus ungkit kisah lama, perkara ini tidak akan selesai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Salleh dalam ucapan dasarnya semalam berkata, DAP perlu memohon maaf kepada Umno untuk melembutkan hati orang Melayu agar memilih mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

DAP juga katanya perlu membuktikan parti itu tidak mempunyai agenda perkauman dalam pentadbiran kerajaan perpaduan.

Selain itu, DAP perlu membuktikan parti itu tidak akan bersikap anti-Melayu, anti-Islam, rasis, dan berkiblat komunis sewaktu menyertai kerajaan perpaduan, tambah Akmal.

Mengulas lanjut, Loke berkata apa yang lebih penting ketika ini semua parti dalam kerajaan perpaduan fokus kepada usaha untuk mengukuhkan lagi kerjasama yang terjalin sejak enam bulan lalu.

“Tak perlu kita ulas lagi (isu minta maaf). Kerajaan ini sudah berfungsi dengan baik. Kalau kita terus berpolemik dengan kisah lama, ia tidak akan berkesudahan.

“Kerajaan sudah terbentuk, dan Kabinet sudah berfungsi dan bermesyuarat bersama setiap minggu selama lebih enam bulan.

“Setakat ini tak timbul isu ketidakserasian parti dalam kerajaan perpaduan. Apa yang penting hari ini, kita kena tunjukkan komitmen kita untuk bekerjasama. 

“Kita lupakan persengketaan politik. Itu sudah dinoktahkan sejak penubuhan kerajaan perpaduan pada November lalu,” katanya. – 9 Jun 2023.

DAP TIDAK

AKAN MINTA 

MAAF

KHALAS

SELAGI KIT SIANG

GUAN ENG

RAMASAMY

NGAH KOMENG

MUSTAHIL DAP

AKAN DIYAKINI

BANI MELAYU

AMIN

TONI LOKE

CHIN TONG

TAK DAPAT BUAT

APA APA

KHALAS

RARA SHEIKH

SHAHREZAN PUN

TERWAJIB SENYAP

AMIN

KHALAS

SELAMAT DARI TALIBAN



KERAJAAN INI

SELAMATKAN

KITA SEMUA

DARI TALIBAN

KHALAS

Unknown commented on
 "JANGAN PAKSA
 PERGI KE SYURGA"

jika nuar dap dan amanah dah boleh nyanyi lagu penyamun bersama penyamun.. apa lagi kita nak harap dengan kerajaan madanon ni .. kah kah kah

TAK ADA MUSUH ABADI



DALAM POLITIK

TAKDA MUSUH

ABADI 

AMIN

YANG ADA 

KEPENTINGAN 

KUASA

KHALAS

Unknown commented on
 "ZAHID AMAT JUJUR"

Dulu lawan sekarang kawan, kawan sebab ada kepentingan masing-masing, ini semua biasa, dulu Mahathir cakap PAS pun Taliban tapi sekarang jabat tangan, semua kira settle, janji boleh selamat diri anak beranak, dalam politik seperti TT selalu cakap, tak ada yang kekal habis samada kawan atau lawan, ikut musim ikut suasana ikut iklim, kalau UMNO menang besar mana nak kawan dengan DAP? Pakai otak bukan emosi bukan zaman Pak Kaduk lagi kah kah kah jadi cerdik sikit, bangsa sendiri sudah tolak, agama sendirian sudah tolak jadi kena kawan dengan musuh supaya selamat luar penjara itu saja, senang kan, susah nak terima lagi kah? 
Kah kah kah lagi satu jangan buang duit buat poster buat banner buat iklan sign board besar, tak payah tak payah, orang sekarang dah pandai baca dah pandai menulis, duit kempen pakai bagi makan minum karaoke bantu orang senang sekali sekala, asyik bagi orang papa kedana, orang senang dapat apa? Tapi nak undi orang senang saja, kah kah guna akal guna cara moden kempen boleh tak? Kah kah kalau tidak masuk longkang masuk gaung tak boleh bangkit lagi ada faham tak kah kah kah