Rabu, 26 Julai 2023

TERTIB MULUT


POLITIKUS

MULUT WAJIB

TERTIB

AMIN

Unknown commented on 
"HARI HARI AKHIR 
SAEKOR RAMASAMY"

Kah kah kah kerana mulut badan binasa, banyak contoh macam dia Sanusi kah kah popular kerana mulut akhirnya akan hilang, walau tahap mana kedudukan kena tertib jaga kelakuan jaga mulut kah kah kah syukur satu kavadi hilang kah kah kah



 

BAKAL BAKAL YB


BAKAL YB


RABU 26 JULAI 2023
NAMA NAMA CALON
BAKAL YB TELAH KELUAR
DARI SEMUA PARTI

ADA NAMA YB LAMA GUGUR
ADA NAMA BARU MASUK
ADA TAK PUAS HATI
ADA KOMPLIN SANA SINI

INI BIASA
KECEWA DAN MARAH
TAK DAPAT JADI CALON

LEPAS INI KITA TENGOK
KEMPEN BERJALAN
PN TELAH BUKA CERITA
PRN KALI INI
REFERENDUM UNTUK PH

PH BELUM ADA CERITA
HEBOH SAMAN SANA
HEBOH SAMAN SINI
TANGKAP SANA
TANGKAP SINI

WOW !!!
UNDI 18 BAWA KESAN
TIK TOK
YOU TUBE
TWEETER
JADI PELANTAR UNTUK KEMPEN
TEKNOLOJI JADI ALAT
SAPA BIJAK GUNA TEKNOLOJI
DIA AKAN MENANG
AMIN

PBB
UNESCO CADANG
LARANGAN TALIPON BIMBIT
DI SEKOLAH SEKOLAH

GREECE
KAPAL TERBANG  MELAWAN API
JATUH TERHEMPAS
DUA MATI

ITALI
TUJUH MATI
TIGA MATI DI SICILY 
KERANA TERBAKAR
EMPAT DI UTARA MATI
KERANA RIBUT TAUFAN

ALGERIA
KINI ANGKA MATI BERTAMBAH
DARI 30 KE 34 ORANG
AKIBAT KEBAKARAN

CANADA
API MASIH LAGI MEMBAKAR
DAH NAK MASUK SEBULAN

KOREA UTARA
TEMBAK  MISILE
BILA KAPAL SELAM AMERIKA
SAMPAI KE KOREA SELATAN

HOKKIEN
PAGI INI KERING CERAH SEGAR
MATA HARI  DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
TERKUKUR  BERLAGU
DI SANA SINI
JANTAN BERKOKOK 
ARAH ISTANA LAMA

TAPI
HOKKIEN AGAK BISING
PAGI INI
GUA BERSELISEH
DENGAN DUA PEMOTONG RUMPUT
MEREKA MENGGUNAKAN
MESIN YANG BUNYINYA
MENENGGELAM SUARA
UNGGAS

GUA RASA 
HARI INI AKAN PANAS
WALAU PUN AWAN AGAK KELAM


BRO
SENYUM
KITA RAYAKAN
RABU YANG INDAH

DALAM BALANG  ADA  REMPAH
REMPAH DATANG DARI KEDAH 
NAMA CALON KELUAR SUDAH
ADA KECEWA MARAH MENYUMPAH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEREKEMPEN

Selasa, 25 Julai 2023

PARTI JUAL MELAYU




PARTI KETUANAN

MELAYU JUAL

ORANG MELAYU

AMIN 

DUNIA MAKIN TERBAKAR



DUNIA MAKIN

TERBAKAR

AMIN 


HADI TIBAI ANWAR LAGI



Tun M kembali pangkal perjuangan, Anwar teruskan perjalanan – Hadi

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan bekas Perdana Menteri,  Dr. Mahathir Mohamad ‘kembali ke pangkal perjuangan’ apabila bersama-sama Pas dan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu pernah bersama parti itu sebelum ini.


“Ahli Pas ialah Melayu yang tidak lupa. Sebenarnya Tun Mahathir pernah berada di atas pentas Pas ketika beliau dipecat daripada UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kapar di Selangor selepas peristiwa 13 Mei 1969.

“Sebelumnya, beliau bersama Pas menentang pelaksanaan jus soli,” kata Abdul Hadi yang membalas sindiran  Anwar Ibrahim apabila Dr Mahathir berdiri satu pentas dengan Pas baru-baru ini.

Beberapa media melaporkan, Anwar berkata, kehadiran Dr Mahathir berkongsi pentas yang sama dengan pemimpin Pas menunjukkan bekas perdana menteri itu sedang terdesak.

Anwar turut mengingatkan ketika berkuasa, Dr Mahathir ‘sangat kejam’ terhadap Pas dan penyokong parti itu termasuk peristiwa berdarah Memali.

Abdul Hadi dalam kenyataan hari ini mengingatkan ketika kejadian, Anwar juga bersama-sama Dr Mahathir di dalam kerajaan.

“Selepas dia menyertai UMNO dan memberi rupa Islam dan wajahnya kepada UMNO bagi menghadapi pengaruh Pas yang kembali bangkit selepas kehilangan Kelantan sebelumnya.

“Bersama topeng Islamisasinya, Anwar berkempen di seluruh dunia Islam dan kepada NGO Islam dengan mewajahkan Pas sebagai sebuah parti pelampau bagi membunuh pengaruh Pas,” dakwa Abdul Hadi.

Abdul Hadi juga mendakwa, Anwar berusaha menguasai UMNO bersama pasukannya bagi mendapatkan kuasa sehinggalah dia dipecat.

Anwar kemudiannya bekerjasama dengan DAP berkonsepkan wala’ yang diharamkan, dakwanya.

Ahli Parlimen Marang itu turut mendakwa Anwar memasukkan pengikutnya ke dalam UMNO dan memecahkan parti itu kepada kumpulan yang lari daripada landasan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Pas  menurut Abdul Hadi, hampir mengalami nasib yang sama namun berjaya menyingkirkan pihak yang mahu mengkhianati parti itu.

“Kini, dia sendiri mendedahkan peranannya dalam melumpuhkan politik Melayu dan Islam serta menguatkan DAP. Apabila DAP meletakkannya menjadi poster boy bagi kumpulannya, ia menjadi bukti kepada tujuan tersebut.

“Tun Dr Mahathir kembali ke pangkal perjuangannya, Anwar pula meneruskan perjalanannya,” katanya.

WOIT

HADI KATA

ANWAR PAKAI

TOPENG ISLAM

KAH KAH KAH

SEMUA JAJA 

AGAMA UNTUK

DAPAT UNDI

KAH KAH KAH

INI PERGADUHAN

ISLAM TOPENG

LAWAN  TALIBAN 

KAH KAH KAH

KHALAS 

JANJI DI CAPATI


Tahanan SOSMA ancam mahu mogok lapar – Kalai

KUALA LUMPUR – Seramai 69 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Sungai Petani akan melancarkan mogok lapar pada 30 Julai ini.

Presiden Kebangsaan Nambikkai,  Dr Kalai Vanar berkata, ia sebagai mesej kepada Perdana Menteri, i Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail agar mengotakan janji untuk membebaskan tahanan atau memansuhan akta itu.

Akta yang sepatutnya dimansuhkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih gagal ditunaikan sehingga kini, dakwanya.

“Mohon jasa baik Perdana Menteri dengar atas dasar keprihatinan, bebaskan segera tahanan SOSMA yang merengkuk dalam penjara selama tiga tahun setengah di Penjara Sungai Buloh dan Sungai Petani.

“Ahli keluarga tahanan SOSMA ini menggunakan undang-undang di mahkamah, tapi masih tak berdaya. Sebelum PRU15, calon yang kini ahli Parlimen sudah bersumpah kononnya tahanan SOSMA akan dibebaskan dan Akta SOSMA akan dimansuhkan.

“Tapi sampai sekarang masih tidak ditunaikan,” katanya pada sidang media di Madras Cafe di sini hari ini.

Selain itu, ahli keluarga kepada 69 tahanan juga akan melancarkan mogok yang sama di lokasi yang berbeza pada 31 Julai ini.

“Keluarga (tahanan SOSMA) pun akan buat mogok lapar pada 31 Julai ini supaya menteri yang hebat berkokok di pentas tunaikan janji mereka,” katanya lagi.


INI JANJI

DI CAPATI

AMIN

69 TAHANAN INI

TAHAN TANPA

BICARA MACAM I.S.A

AMIN

KES APA ?

TAK JELAS

AMIN

KES POLITIK ?

KES SAMSENG ?

KES DADAH ?

KES LENDIR ?

KES APA ?

KHALAS