Isnin, 13 November 2023

SUARA PADU 57 BUAH NEGARA



SUARA PADU

 57 BUAH NEGARA

HENTIKAN GENOSIDE

HENTIKAN BOM

SELAMATKAN NYAWA

KHALAS 

MADEY GUNA PAKAI TEORI UNITED FRONT



DAP dan saya guna satu sama lain untuk kalahkan Najib, kata Dr Mahathir


BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup bekerjasama dengan musuhnya DAP pada pilihan raya 2018 kerana berkongsi matlamat yang sama - untuk menjatuhkan Najib Razak.

Negarawan berusia 98 tahun itu berkata keputusan untuk bekerjasama dengan DAP ditentukan oleh objektif tertentu.

“Kita tentukan matlamat. Kita nak capai sesuatu matlamat, apabila kita berjuang, musuh kepada musuh kamu adalah kawan kamu. Kita nak dapat majoriti. Kalau saya tidak guna DAP, kita tidak akan dapat dan Najib akan terus jadi perdana menteri.

“Antara DAP dengan Najib, yang mana satu perlu kita singkirkan dan lawan? Sebab itu saya nak guna DAP. Saya sedar, DAP juga nak guna saya sebab DAP juga ada matlamat sama nak jatuhkan (Najib) jadi kita guna (satu sama lain),” katanya pada program podcast ‘Keluar Sekejap’ dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan disiarkan, hari ini.

Semasa bersama Umno, Dr Mahathir sering menyerang DAP hingga melabel parti itu sebagai cauvinis.

Namun, Dr Mahathir meminda hubungan dengan DAP selepas membentuk Bersatu dan menyertai pembangkang sebagai sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan.

Perkara itu mendorong Shahril bertanya tentang kekonsistenan Dr Mahathir terhadap PAS, parti yang kini disokongnya.

“Sekarang ada masalah dan saya sedar tiada pilihan lain kecuali bekerja dengan PAS. Dalam keadaan ini, ini pilihan yang saya kena buat,” katanya.

Dr Mahathir merupakan tetamu khas pada Muktamar PAS yang terbaru dan diberi peluang memberi ucapan kepada perwakilan pada himpunan tahunan itu.

Beliau juga berkempen untuk Perikatan Nasional di beberapa pilihan raya kecil selain dinamakan sebagai penasihat kepada empat negeri ditadbir PN.

Pada PRU lalu, Dr Mahathir kalah di Parlimen Langkawi termasuk hilang deposit kepada calon PN Mohd Suhaimi Abdullah.

Dr Mahathir bertanding dengan Pejuang, parti yang ditubuh selepas meninggalkan Bersatu. – 13 November, 2023.

TEORI POLITIK

UNITED FRONT

SELALU DIGUNA

PAKAI OLEH

KAUM MARXIS

AMIN

KENAL MUSUH

UTAMA 

KENAL MUSUH 

SAMPINGAN

AMIN

CARI KAWAN

SAMA KEPENTINGAN

AMIN

MUSUH KEPADA

MUSUH KAMU

ADALAH KAWAN

KAMU

AMIN

KHALAS

AWAS !!! CUKAI NAIK - SABSIDI LUPUS !!!


Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan

Kadar cukai perkhidmatan dinaikan daripada 6% kepada 8% pada tahun depan, sementara subsidi minyak diesel yang dinikmati pengguna akan dimansuhkan secara berfasa.

Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan tersebut dan menjelaskan ia tidak membabitkan makanan dan minuman serta telekomunikasi.

“Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

KERAJAAN

KURANG DANA

MAKA CUKAI

DI NAIKKAN

AMIN

SABSIDI DI LUPUS

UNTUK SELAMATKAN

DUIT YANG MAKIN

KUREENG

KERANA EKONOMI

MERUNDUM

AMIN

DI BEBANKAN LAGI

DENGAN NILAI

RINGGIT JATUH

KHALAS

CALON BAKAL BUNGKUS !!!



Bekas panglima tentera calon BN di PRK Kemaman

BEKAS Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRK Kemaman, di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid berkata pemilihan Raja Mohamed Affandi, 66, setelah mendapat persetujuan daripada seluruh peringkat kepimpinan Umno dan BN, untuk memberi peluang kepada calon langsung itu bagi merebut semula kerusi Parlimen berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini, manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

Pada 3 Okt lepas, PAS memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kemaman, yang membatalkan kemenangan parti itu.

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi yang telah berkhidmat sebagai anggota tentera selama hampir 40 tahun, menyifatkan pencalonannya itu sebagai ‘panggilan tugas’, selain akan berusaha untuk membantu mengembalikan semula kerusi Parlimen berkenaan kepada BN.

“Saya berfikir panjang apabila diberikan tawaran ini…saya rasa sudah sampai masanya untuk saya berikan balik apa yang ada pada saya sepanjang 40 tahun ini kepada negara kita, dan khususnya bagi Kemaman.

“Saya ingin ucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan diberikan ini. Ia nilai yang sangat tinggi dan saya akan berusaha untuk memastikan kepercayaan itu saya bayar balik,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Pengumuman Raja Mohamed Affandi sebagai calon langsung bukan kali pertama dilakukan oleh BN, sebaliknya pernah meletakkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat  Ramli Mohd Nor sebagai calon langsung bagi PRK Parlimen Cameron Highlands. – Bernama, 13 November, 2023.

WOIT

INI CALON

BUNUH DIRI KE?

KAH KAH KAH

AKAN BUNGKUS

DI GELAWAK

OLEH PARTI PAS

KAH KAH KAH

SESAK NAFAS

KEMBUNG PERUT

KAH KAH KAH

HABIS BUNGKUS 

BUKAN HANYA DUIT

PERTARUHAN ILANG

KENTUT PUN

HILANG SAMA

KAH KAH KAH 

AMIN 

BANJIR AKAN SAMPAI - WASPADA !!!


Amaran hujan berterusan di empat negeri

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah diramal mengalami hujan berterusan pada 16 hingga 19 November ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran waspada kepada negeri-negeri berkenaan.

Terengganu dan Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu. Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Kerai akan mengalami hujan berterusan pada 16 hingga 18 November.

Manakala Pahang iaitu Jerantut, Kuantan dan Pekan serta Sabah di Ranau dan Kota Belud; Sandakan di Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat bakal alami hujan berterusan pada 17 hingga 19 November. –

AMARAN AWAL

TELAH DIBERI

AMIN

KITA SIAP

SEDIA

AMIN

KHALAS

BOIKOR MEL DONAL



BOIKOT

MEK DONAL

YANG DEKAT DULU

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"MEK DONAL TERUS DIBOIKOT"

Daripada boikot McD baik boikot rokok dan mastercard. Nyayakan bdk2 melayu yg ramai kerja situ. Pakat berenti merokok dan gunting mastercard. Mcd malaysia kalau ada pun menyumbang ke israel tak berapa duit sgt. Rokok menyumbang banyak. Mastercard visa dgr cerita byk saham dlm industri senjata israel. Guane boh.
7 days ago — Antara produk yang paling terkesan rentetan isu boikot itu adalah McDonald's yang sebelum ini lazimnya menjadi antara pilihan restoran makanan ...