Isnin, 1 Januari 2024

SEELAMAT TAHUN BARU


SAMBUT 

TAHUN BARU

SENIN 1 JANUARI 2024

TAHUN 2023 DAH BERLALU
KINI TAHUN 2024
2023 DAH PERGI
YANG TINGGAL HANYA INGATAN

DIA KEPONG GAZA
KITA KEPONG DIA
 SELESAI
6 HARI TUJUH MALAM
KAMI BERKEMAH
DI SEBELAH OPIS DUTA AMERIKA

GUA SENYUM
SEMUA BERES
SATU LAGI DALAM SEJARAH
UNTUK PERTAMA KALI
PROTEST BERMALAM MALAM

KINI
ADA PROJEK BARU
HIMPUNAN  1 JUTA
YANG AKAN DIADAKAN
DI KL
PADA 24 FEB 2024
SATU LAGI CABARAN
AMIN

DUNIA
KITA DISINI DAH TAHUN BARU
AKSI KEPONG
ADAAH  SEBAHAGIAN DARI
1 BILION RAKYAT DUNIA
BERSAMA PALESTIN

DENMARK
RATU MARGRETHE
MENGUNDUR DIRI
DARI JADI RAJA

UNITED KINGDOM
BERCADANG NAK SERANG
YAMAN KERANA YAMAN
SERANG KAPAL DI LAUT MERAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
SUASANA SUNYI
HANYA YANG BISING
WARGA ASLI HOKKIEN

LANGIT BIRU MUDA
KELMARIN TAK HUJAN
MENJADIKAN PAGI INI SEGAR

KL & KL SENTRAL BERJEREBU
KERANA MALAM TADI
RIBUAN KERETA
MASUK KE DALAM KOTA

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT TAHUN BARU
DENGAN SENYUMAN

DARI KAPAS BUAT BENANG
BENANG BUAT TALI BELATI
BARANG LEPAS JANGAN DI KENANG
CARI YANG BARU SEBAGAI GANTI

LANGIT TUNGGAL BERWARNA BIRU
MERIAM DI TEMBAK BUNYI PELURU
SELAMAT TINGGAL TAHUN LALU
SELAMAT DATANG TAHUN BARU

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT TAHUN BARU





DEKLARASI AKSI KEPONG



DEKLARASI 

AKSI  KEPONG


Kami  yang hadir di  perhimpunan "Kepung Demi Palestin" di sebelah  Kedutaan Amerika Syarikat , mewakili rakyat Malaysia yang prihatin, dari semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

Menuntut pemerintah Amerika Syarikat untuk menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Dengan ini kami menyeru:

* Gencatan senjata serta-merta yang  kekal di seluruh wilayah Palestin.

* Hentikan pembersihan etnik dan pembunuhan genosida terhadap rakyat Palestin.

* Keamanan dan penyelesaian  yang adil dan berkekalan untuk semua rakyat di Palestin.


Mulai hari ini, 1 Januari 2024, dan setiap hari selepas ini:

Kami  teguh berdiri dalam bersolidariti dengan rakyat Palestin.  

Kami tidak berganjak dari  komitmen kami  untuk perjuangan dan akan terus meningkatkan usaha kempen kami.

Demi  mencapai keamanan, keadilan, keselamatan dan maruah untuk Palestin yang berdaulat.

1 Januari 2024
12.01 Pagi
Jalan Tun Razak

Ahad, 31 Disember 2023

AFRIKA MULA BERTINDAK


AFRIKA MULA

BERTINDAK

 MELAWAN

ZIONIS ISRAEL

AMIN

SENJATA BARU HAMAS DARI CHINA ?


SENJATA BARU

UNTUK HAMAS

DARI CHINA ?

AMIN

INI TERBAIK

KHALAS 

DARI MEDAN TEMPUR


ALL IN FOR

 KHAN YOUNIS 

PALESTINE LAST STAND


Pengarah Al Jazeera Palestin, Walid Al Omari memaklumkan 30,000 anggota Pegawai dan Tentera Israel terlibat dalam operasi menawan Khan Younis, Gaza ketika ini. Berdasarkan laporan ini kira kira 30 peratus dari keseluruhan Tentera Israel yang terlibat di Gaza beroperasi di Khan Younis. Seramai 100,000 Tentera Israel terlibat dalam operasi di Gaza

Media Israel melaporkan sekitar 6 Briged IDF terlibat dalam operasi menawan Khan Younis. IDF juga berazam mahu menawan Khan Younis kerana mereka percaya bahawa kepimpinan kanan Hamas sedang berada di Khan Younis. Tempat lahir Mohammed Al Deif dan Yahya Sinwar juga di Khan Younis. Khan Younis ialah bandar utama di Selatan Gaza selepas Rafah menjadikan ia kawasan amat penting untuk perang kali ini

Dilaporkan Briged Al Qassam menghantar pasukan terbaiknya untuk mempertahankan Khan Younis

Pasukan Pejuang Palestin terdiri daripada Briged Seraya Al Quds, Briged Mujahidin, Briged Abu Ali Mustafa,  Briged Syahidin Fil Quds dan Briged Nasser Salah Ad Din sedang membantu Briged Al Qassam mempertahankan Khan Younis 

Pertempuran ketika ini tertumpu di kawasan Timur, Selatan Khan Younis dan Pusat Bandar Khan Younis

Semoga Allah memberikan kejayaan kepada Palestin

Kredit: Marchforward
t.me/hadispalestin
.

CADANGAN BAIK 2024


Tanam sayur sendiri, 2024 tahun mencabar – CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan rakyat negara ini menanam sayur-sayuran sendiri menjelang 2024.

Penyelaras Pertanian Asli CAP, NV. Subbarow berkata, ia susulan pihaknya percaya tahun 2024 akan menjadi lebih mencabar kepada pengguna terutamanya membabitkan harga makanan.

Jelas beliau, bagi mengurangkan beban kenaikan harga sayur-sayuran CAP menggesa pengguna menanam sayur-sayuran dan tumbuhan herba sekali gus menjadikan ia sebagai azam tahun baharu.

“Sejak kebelakangan ini, CAP menerima banyak aduan daripada golongan petani mengenai beberapa masalah seperti harga baja serta perubahan cuaca.

“Malah faktor hujan serta banjir menyebabkan pelbagai kesukaran kepada petani selain rata-rata mendakwa peningkatan harga sayur-sayuran dijangka bertahan selama setahun lagi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Subbarow, krisis iklim turut menjadi punca utama peningkatan mendadak dalam kelaparan global.

“Kejutan perubahan iklim memusnahkan kehidupan, tanaman dan mata pencarian serta menjejaskan keupayaan orang ramai bagi mencari makanan.

“Harga baja global juga meningkat lebih cepat daripada harga makanan, yang kekal pada paras tertinggi sepuluh tahun itu sendiri.

“Unjuran Jabatan Pertanian menunjukkan bahawa permintaan makanan dunia mungkin meningkat sebanyak 70 peratus menjelang 2050 dengan sebahagian besar unjuran peningkatan permintaan makanan global dijangka datang daripada peningkatan pendapatan pengguna di rantau seperti Asia, Eropah Timur dan Amerika Latin,” katanya. – 

SATU TEKAD

TAHUN BARU

YANG WAJAR

DI IKUTI

KHALAS