Isnin, 1 Januari 2024

TSUNAMI TAHUN BARU


TSUNAMI

TAHUN BARU

AMIN

SOSOK INI ADA BERSAMA


SOSOK INI

ADA BERSAMA

AMIN

KHALAS

TAK ADA PERSEMPADAN SEMULA ?


SPR tak cadang kaji semula sempadan pilihan raya, kata pengerusi

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) tidak merancang untuk melaksanakan urusan kajian semula persempadanan bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah, berikutan lat tempoh yang masih berkuat kuasa.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata bagi Sarawak, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan tersebut.

Beliau berkata urusan kajian semula persempadanan terhadap bahagian pilihan raya sedia ada, hanya boleh dilaksanakan selepas tamat lat tempoh lapan tahun dari tarikh siapnya kajian terdahulu atau apabila terdapat pindaan ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

“Bagi maksud tersebut, urusan kajian semula persempadanan terdahulu bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah selesai dijalankan pada 2018, manakala bagi Sarawak dan Sabah masing-masing pada 2015 dan 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Ghani berkata sesuatu syor kajian semula persempadanan hanya akan dimulakan apabila terdapat pemberitahuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri oleh SPR, serta disiarkan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian II, Seksyen 4, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dari semasa ke semasa sebagaimana difikirkan perlu, bertanggungjawab mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya Persekutuan dan negeri berlandaskan prinsip dan tatacara ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

Prinsip berhubung persempadanan pilihan raya antaranya ialah kewajaran memudahkan semua pemilih keluar mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri, serta mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu, bagi pendaftaran dan pengundian.

“Bilangan pemilih yang lebih kurang sama banyak bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesebuah negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan kesukaran lain yang dihadapi bahagian pilihan raya di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan dan perhatian kepada pemeliharaan hubungan tempatan,” katanya. – Bernama, 1 Januari, 2024.

BETUL KE

TAKDA SEMPADAN

BARU ?

JENG JENG JENG

ATAU INI

NAK SEDAPKAN

HATI ORANG MELAYU

YG MAKIN RISAU

HILANG KUASA

AMIN

KHALAS

HAK UNTUK BERHIMPUN - FASAL 10 PERLEMBAGAAN



Polis dalam proses ambil keterangan penganjur piket 'Kepung Demi Palestin

POLIS masih dalam proses mengambil keterangan penganjur piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ bagi membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata sebaik proses mengambil keterangan selesai, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Piket yang diadakan selama enam hari itu keseluruhannya berlangsung secara terkawal dan penganjur memberikan kerjasama kepada polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini Allaudeen berkata pihak polis bersimpati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin, namun mereka bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam dan keselamatan perwakilan asing di negara ini.

Beliau berkata piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ itu tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan perhimpunan terbabit.

Piket itu ialah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang telah mengorbankan kira-kira 21,822 rakyat Palestin setakat 31 Disember lepas, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Solidariti berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat itu sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.

Himpunan itu membabitkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.

Antara NGO yang mengambil bahagian ialah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine. – Bernama, 1 Januari, 2024.

SOKONG ATAU

TAK SOKONG

PALESTIN

AMIN

INI YANG

RAKYAT NAK TAHU

AMIN

KHALAS

FATWA LEBAI KIT SIANG

 



Kedudukan Islam di Malaysia tidak terancam – Kit Siang


KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menafikan kedudukan Islam di negara ini dalam keadaan terancam.

Sebaliknya, menurut beliau, yang terancam adalah perpaduan nasional dan kestabilan politik dalam sebuah negara yang berbilang etnik, agama, budaya dan tamadun.

“Kerana inilah Yang di-Pertuan Agong telah mencadangkan supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), di mana cadangan ini telah ditolak oleh Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kit Siang menambah, dalam tahun pertamanya, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa bertarung demi kelangsungan hidupnya.

Beliau berkata, ia adalah kerana Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat yakin bahawa Gelombang Hijau yang dicetuskan PN dalam PRU15 mampu menumbangkan Kerajaan Perpaduan dan ia dijangka berlaku selepas enam pilihan raya negeri (PRN) Ogos lalu.

“Namun, Gelombang Hijau ini gagal untuk membesar menjadi tsunami dalam enam PRN.

“Walaupun ia masih menjadi satu perkara yang tidak boleh dipandang kecil seperti yang ditunjukkan dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman,” jelasnya.

Sehubungan itu, Kit Siang menyeru kepada semua pihak menjadikan 2024 sebagai tahun untuk memperkukuhkan perpaduan nasional dan kestabilan politik.

“Pada masa yang sama, marilah kita jadikan 2024 juga satu tahun di mana Malaysia berjaya melaksanakan reformasi untuk menghentikan kemerosotan yang disaksikan negara dalam suku dekad yang lepas agar kita menjadi sebuah negara yang hebat di dunia,” katanya. – 

LAGI BANYAK

FATWA DARI

LEBAI KIT SIANG

LAGI RAMAI 

ORANG MELAYU

YAKIN ADA

AGENDA JAHAT

TERHADAP MELAYU

DAN ISLAM

AMIN

LAGI  KERAP

LEBAI KIT

BERFATWA

LAGI RAMAI PAS

DAPAT SOKONGAN

AMIN

LEBAI KIT SIANG

JADI AJEN TERBAIK

PARTI PAS

KAH KAH KAH

AMIN

BERITA BAIK


Jumlah mangsa banjir tiga negeri terus menurun


KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan dengan hanya 1,122 orang masih ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) tengahari tadi.

Ia berbanding 1,483 orang di 15 PPS pada sebelah pagi.

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan, jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,034 orang yang berada di sembilan PPS.

Menurut laporan itu, PPS di Kelantan merangkumi enam di Tumpat yang menempatkan 744 orang, dua di Pasir Mas (274) dan satu di Kuala Krai (16).

Di Pahang, bilangan mangsa banjir kekal 34 orang yang berlindung di dua PPS di Maran, manakala 87 mangsa insiden tanah runtuh di Cameron Highlands kekal berada di sebuah PPS.

Jumlah mangsa banjir di Johor pula tidak berubah dengan 54 orang masih berada di dua PPS di Segamat setakat 12 tengahari tadi. – 


MENUNGGU

KERING

AMIN

TAPI AWAS

LEPAS BANJIR

MUSIM PANAS

KHALAS