Sabtu, 9 Mac 2024
TERIMA KASIH AGONG
Agong kurnia X90 kepada Ketua Polis Negara, Pegawai Kanan Istana Negara
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.
Turut menerima kurniaan berkenaan ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai agama Istana Negara Munir Md Salleh.
Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Indera Zahari Mohd Ariffin dan Kolonel (B)Nazim Mohd Alim.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan daripada Seri Paduka Baginda itu disampaikan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Zailani Hashim di Istana Negara, di sini hari ini.
“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan keluarga Diraja Johor menerusi Yayasan-yayasan Diraja Johor telah mengurniakan pelbagai sumbangan dalam membantu rakyat yang memerlukan.
“Malah, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan 10,000 paket beras percuma seberat 10 kilogram di Johor, tahun lalu dalam membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah.
“Selain daripada kurniaan dan sumbangan menerusi Yayasan-yayasan Keluarga Diraja Johor kepada rakyat jelata, Seri Paduka Baginda juga memberi kurniaan kereta kepada pegawai-pegawai yang berjasa serta dedikasi dalam menjalankan tugas,” menurut hantaran itu.
Menurut hantaran itu, Seri Paduka Baginda sejak dahulu lagi mengurniakan kereta kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor, pegawai daerah, doktor perubatan dan jururawat.
Pada 2010, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala Proton Suprima kepada semua pegawai daerah di Johor pada 2018.
Dalam menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan, Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, pada September 2020.
“Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas khidmat mereka dalam pasukan perubatan Istana Johor pada 2021,” menurut hantaran itu. – Bernama
:
WOIT
TERIMA KASIH
DAPAT KERETA
AMIN
NI JADI KERETA
SENDIRI ATAU
KERETA PEJABAT ?
AMIN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
AMIN
PETALING STREET ADA JUAL PEHA AYAM SIAM
Lapan premis ‘sundal malam’ digempur, 12 individu dicekup
KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan premis yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar Jalan Petaling, di sini, diserbu polis pada petang Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan itu dilakukan selama dua jam bermula jam 4 petang bertindak atas maklumat risikan yag dijalankan pasukannya.
Katanya, hasil serbuan di premis-premis berkenaan memuat tangkapan ke atas 12 individu warga tempatan yang terdiri daripada empat lelaki dan lapan wanita.
“Siasatan mendapati, lapan wanita itu disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan dengan melacur diri bertempat di premis tersebut.
“Pemeriksaan lanjut dalam serbuan itu berjaya membantu polis merampas 89 keping kondom, tujuh gel pelincir, tisu gulung (27), tiga buah buku catatan dan wang tunai berjumlah RM500 disyaki hasil aktiviti tidak bermoral itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, kesemua individu yang ditahan polis berusia antara 25 hingga 49 tahun.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 372B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan.
“Kesemua individu yang ditahan itu direman selama empat hari bermula Jumaat hingga 11 Mac ini bagi tujuan siasatan lanjut.
“Pihak polis meminta orang ramai untuk memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
“Maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” kata beliau. –
WOIT
DULU BANYAK
LENDIR BOLEH
DI BELI
DI BRICKFELD
KAH KAH KAH
SEKARANG DAH
BERALIH KE
PETALING STREET
KAH KAH KAH
TEMPAT BARU NI
BOLEH BELI
BEG BIRKIN
BOLEH BELI
PEHA AYAM SIAM
KAH KAH KAH
AMIN
INDUSTRI PERANG - ZIONIS AMERIKA
AS lulus lebih 100 transaksi jualan senjata kepada Israel sejak 7 Okt
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah meluluskan lebih 100 transaksi penjualan senjata kepada Israel sejak 7 Oktober iaitu tarikh permulaan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Menurut Washington Post, perkara tersebut dimaklumkan kepada Kongres dalam satu taklimat sulit.
Jualan melibatkan beribu-ribu peluru berpandu ketepatan tinggi, bom berdiameter kecil dan senjata lain.
Transaksi berkenaan tidak memerlukan keluluasan Kongres kerana kos setiap jualan jatuh di bawah jumlah minimum yang memerlukan semakan.
Jurucakap Jabatan Negara, Matt Miller memberitahu Washington Post bahawa pegawai AS telah “melibatkan Kongres” mengenai penghantaran senjata ke Israel “lebih daripada 200 kali” sejak Oktober.
Laporan itu menyebut, seorang pegawai kanan Jabatan Negara enggan memberikan jumlah sebenar keseluruhan senjata AS yang dipindahkan ke Israel atau kosnya sejak 7 Oktober.
“Ini adalah barang-barang yang tipikal untuk mana-mana tentera moden, termasuk yang secanggih Israel,” kata pegawai itu.
Sementara itu bekas pegawai pentadbiran, Biden Jeremy Konyndyk berkata: “Jumlah jualan yang luar biasa dalam tempoh masa yang agak singkat” menunjukkan bahawa Israel tidak akan dapat mengekalkan operasinya terhadap Hamas di Gaza tanpa sokongan AS.”
Konyndyk ialah presiden semasa Refugees International dan telah menyeru AS untuk menggunakan penjualan senjata untuk menekan Israel supaya menghentikan serangan di Gaza. – Agensi
TANPA AMERIKA
ISRAEL DAH LAMA
PUPUS
AMIN
CHRISTIAN ZIONIS
DI AMERIKA YANG
BANTU ISRAEL
AMIN
PERANG INDUSTRI
TERBESAR AMERIKA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)




