Rabu, 13 Mac 2024
1.2 JUTA WARGA CHINA MERAH LESAP - APA JADI ?
KENAPA TAKDA
OPERASI CARI
1.2 JUTA WARGA
CHINA MERAH ?
KHALAS
BERNIAGA DENGAN ISRAEL
Kastam rampas 73 pek kurma disyaki produk dari Israel
KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang penyimpanan makanan di sini, semalam.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Sazali Mohamad berkata dalam serbuan pada 11.30 pagi itu pihaknya menemukan produk dengan label 'Organic Jumbo Medjool Dates' dipercayai dibawa masuk secara pukal dan dibungkus semula untuk dijual di pasaran tempatan.
"Sebanyak 14.6 kilogram pek buah kurma bernilai RM678 dirampas dan pemeriksaan ke atas spesifikasi produk pada pek berkenaan juga menemukan perkataan 'product of Israel'. Kita percaya kurma ini dibawa masuk dari sebuah negara eropah sejak 2022," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik perniagaan itu ditahan bagi membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Katanya serbuan dan pemeriksaan itu dilakukan susulan video tular di media sosial baru-baru ini berkenaan sebuah premis menjual buah kurma yang disyaki produk dari Israel.-- BERNAMA
WOIT
ADA BANYAK
LAGI PRODUK
ZIONIS
AMIN
KEMPEN BOIKOT
WAJIB DI LUASKAN
AMIN
PENERANGAN
WAJIB UNTUK
ORANG RAMAI
AMIN
SEKRANG HANYA
MEK DONAL DAN
STARBUCKS
YANG DI BOIKOT
AMIN
BANYAK LAGI
BANYAK LAGI
AMIN
KHALAS
KEMARAU SAMPAI ?
Cuaca panas: Elak pembakaran terbuka
LABUAN – Pejabat Meteorologi Labuan mengeluarkan peringatan menggesa orang ramai agar mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka memandangkan musim kemarau dijangka berterusan hingga suku kedua tahun ini.
Dalam kenyataan kepada Bernama, pejabat itu memaklumkan pulau bebas cukai berkenaan mengalami pengurangan penurunan hujan yang ketara sejak Januari lepas dengan kadar hujan antara 2.8 milimeter (mm) hingga 29.6 mm.
“Tiada hujan direkodkan dari 8 Mac hingga hari ini, memburukkan lagi keadaan panas dan kering pada masa ini, namun menjelang hujung Mac hingga April negara dijangka mengalami peningkatan hujan dan ribut petir,” menurut kenyataan itu.
Musim kemarau berterusan ini disebabkan oleh berakhirnya fasa monsun timur laut dan El Nino bagi tempoh antara Februari hingga Mac.
Justeru, pihak berkuasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mengelakkan aktiviti yang boleh memburukkan lagi keadaan, terutamanya pembakaran terbuka. – BERNAMA
EL NINO
BAWA KEMARAU?
AMIN
DUGAAN LAPAR
DAHAGA MASA
BERPUASA
KHALAS
TAHUN INI TAKDA MENU RAHMAH ?
Makanan, minuman di bazar Ramadan naik harga
KUALA LUMPUR – Harga makanan dan minuman yang dijual bazar Ramadan di Tasik Permaisuri berhampiran Stadium Kuala Lumpur didapati meningkat antara RM1 hingga RM5 berbanding tahun lalu.
Meskipun ada kenaikan namun ia tidak menjejaskan jumlah pengunjung di bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.
Penjawat awam, Mohd Azizi Yusof, 44, berkata, walaupun harga makanan naik tetapi masih lagi memadai.
“Memang harga naik sekitar RM1 dan RM2 tetapi saya ke sini untuk menyokong peniaga yang menjual.
“Pada saya, naik RM1, RM2 masih boleh diterima,” katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung, Nurul Shahizan, 28, mengakui kenaikan harga jualan harga di bazar Ramadan kali ini.
“Kalau dulu air satu cawan mungkin RM1, selepas itu RM2 tapi sekarang satu bungkus paling murah kita boleh jumpa RM5. Jadi memang terasa kenaikan.
“Sekarang kuih-muih pun sudah dibungkus. Paling murah mungkin RM4, ada yang sampai RM6,” katanya.
Bukan sahaja pembeli sahaja yang mengeluh dengan kenaikan itu tetapi penjual air balang, Wan Muhammad Azayhem Jamaluddin, 31, mengakui bisnesnya sedikit terganggu kerana barang terlampau mahal.
Oleh itu, dia tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa menaikkan harga airnya.
“Contoh macam susu, gula. Dulu tahun lepas kami jual RM4, tapi tahun ini kami memang tak dapat jual RM4.
“Hampir setiap barang mengalami kenaikan dan kami tiada pilihan,” ujarnya.
Bagaimanapun, seorang peniaga kuih, Abdul Samad Mohd Said, 53, masih mengekalkan harga jualan kuih pun berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah.
“Saya jual ikut harga semasa, harga pun dari RM2.50, tetap RM2.50 sahaja. Ikut harga kasih sayanglah orang kata.
“Kalau nak diikutkan terkesan juga, tapi dah kita jual. Kalau tinggi takut orang tak nak beli pula sebab, tak mampu,” jelas beliau.
Sementara itu, peniaga ikan bakar, Tome Tang, 48, mengakui tahun ini dan tahun lepas mempunyai sedikit perbezaan daripada segi harga.
Menurut beliau, walaupun ikan yang dijual mengalami kenaikan harga, dia masih menjaga kualiti ikan.
“Kita jual mengikut harga pasaran. Kalau pasaran tu naik, kita pun akan naik. Kita bukan suka-suka nak naikkan harga
“Namun, jika ada pelanggan merungut tentang kualiti ikan yang tidak baik, kami akan memulangkan kembali duit pelanggan. –
APA JADI DGN
MENU RAHMAH
AMIN
BAZAR RAMADAN
TETAP DIRAYAKAN
AMIN
INI IMAN
ISLAM BUDAYA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)



