Isnin, 6 Mei 2024
TANPA KE JALAN RAYA MUSTHIL MENANG PILIHANRAYA
TAK HASUT
PENGUNDI
KE JALAN RAYA
MUSTAHIL MENANG
PILIHAN RAYA
KHALAS
AGEN ISRAEL JUAL SENJATA DI KL
HARAMKAN SYARIKAT SUBAHAT ISRAEL DARI PAMERAN DI KL
BERSATU mendesak kerajaan supaya mengharamkan penglibatan Lockheed Martin dan BAE daripada menyertai dan menjadi penaja platinum pameran NATSEC Asia 2024 yang bermula pada 6 Mei ini. Ini kerana mereka membekal senjata dan peralatan kepada Israel yang sedang melakukan genosid keatas Palestin, terutamanya di Gaza.
Lockheed Martin mengeluarkan, contohnya, jet pejuang F-35. BAE pula membekalkan, antara lain, peralatan untuk jet tersebut. Ini antara senjata yang digunakan israel mengebom dan membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.
BERSATU kesal bagaimana kedua-dua syarikat ini boleh terlibat dalam program anjuran Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
Keterlibatankedua-dua syarikat ini bertentangan dengan pendirian tegas negara dan rakyat Malaysia selama ini yang menyokong dan bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.
Sementara Kementerian Luar Negeri masih belum menarik balik kenyataan Timbalan Menterinya di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang membayangkan kerajaan ini mungkin mengiktiraf israel dengan alasannya yang lemah, maka, adalah dibimbangi bahawa pameran ini menjadi medan halus percubaan untuk menormalisasi hubungan dengan israel. Justru, kerajaan mesti mengharamkan penglibatan syarikat-syarikat tersebut.
Dato' Sri Saifuddin Abdullah,
Ahli Parlimen Indera Mahkota
Ketua Biro Antarabangsa BERSATU.
5 Mei 2024.
LAGI PRO ZIONIS DI UNIVERSITI MALAYA
Langkah UM, Anwar beri penghormatan kepada tokoh Saudi yang disenangi Zionis undang persoalan
Langkah Universiti Malaya (UM) menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada seorang ulama Arab Saudi berkemungkinan mengundang kecaman ketika sentimen anti-Israel yang membuak dalam kalangan umat Islam menyebabkan mereka berhati-hati dengan mana-mana pihak yang dilihat mesra dengan negara Zionis itu.
Mohammad Abdulkarim Al-Issa, yang merupakan setiausaha agung Liga Muslim Sedunia (MWL) adalah antara personaliti terkenal yang dijemput menghadiri dua persidangan di Kuala Lumpur minggu ini.
Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Agama Sedunia dan Persidangan Majlis Ulama Asia dianjurkan dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan MWL, dan masing-masing bakal diadakan pada 8 dan 9 Mei ini.
Manakala pada 7 Mei, Al-Issa akan menerima ijazah doktor kehormat daripada UM sebagai pengiktirafan ke atas "sumbangan beliau yang sangat besar untuk menyebarkan nilai-nilai keadilan, toleransi dan keamanan dunia".
"Beliau menggunakan amanah yang diberikan untuk menjadi suara global terkemuka Islam moderat, komited untuk memberi kesedaran kepada masyarakat," dalam kenyataan yang dikeluarkan UM dan mengumumkan upacara konvokesyen khas yang turut akan dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Perkembangan itu berlaku tidak lama selepas UM membuat permohonan maaf susulan kontroversi melibatkan seorang professor pro-Zionis dari Amerika Syarikat, yang mencetuskan kemarahan apabila ucapan beliau di UM menuduh pemimpin Malaysia mahu melakukan pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi (holocaust).
Terlibat program berkaitan Zionis
Al-Issa dan MWL sebelum ini dipuji media Israel, yang melihatnya sebagai orang penting dalam menjayakan pelan normalisasi hubungan dengan Riyadh.
Normalisasi hubungan Arab Saudi dengan Israel adalah sebahagian daripada Perjanjian Abraham yang ditaja AS, dengan matlamat supaya regim Arab mengiktiraf negara Israel.
Setakat ini negara yang sudah pun memulakan hubungan diplomatik dengan Israel di bawah perjanjian itu ialah Bahrain, UAE, Magribi dan Sudan.
Riyadh yang pernah mengalu-alukan usaha itu terpaksa membatalkan rancangan normalisasi dengan Israel, susulan tercetusnya serangan 7 Oktober oleh Hamas, diikuti serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza.
Al-Issa, yang juga bekas menteri kehakiman Arab Saudi, pernah menyertai lawatan bersama kumpulan pro-Zionis dari AS, American Jewish Committee (AJC), melawat kem Nazi di Auschwitz di mana berlakunya pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
AJC merupakan antara kumpulan Zionis yang melawan sentimen anti-Israel yang semakin meningkat di AS, dan menyatakan sokongan kepada tindakan Israel yang setakat ini membunuh lebih 30,000 orang awam Palestin.
"Israel mematuhi undang-undang perang dalam operasi ketenteraannya di Gaza, akur dengan prinsip seperti keperluan, perbezaan, perkadaran, dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi orang awam," kata AJC dalam satu ruangan soalan lazim mengenai perang di Gaza.
Pada 2021, Al-Issa mengambil bahagian dalam satu acara dianjurkan Universiti Yeshiva, institusi Yahudi di New York yang mempunyai cawangan di Israel, di mana beliau berkongsi pentas dengan presidennya Ari Berman, seorang rabbi Zionis yang mengetuai usaha mendapatkan sokongan universiti Amerika kepada Israel selepas serangan 7 Oktober lalu.
Pada 2022, media Israel menyambut baik keputusan Putera Mahkota Mohammed bin Salman melantik Mohammad Abdulkarim untuk menyampaikan khutbah semasa musim haji, dengan rangkaian Channel 12 di Israel menyifatkannya "isyarat penting" dari Riyadh mengenai pendiriannya terhadap normalisasi dengan Israel.
Dalam satu artikel yang memuji Al-Issa, akhbar Times of Israel pula menyifatkan beliau sebagai "suara menentang anti-Semitisme", tuduhan yang kerap digunakan Israel terhadap pengkritiknya, termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Al-Issa juga dilihat kerap mengutuk mereka yang menafikan berlakunya pembunuhan ramai-ramai orang Yahudi dulu, atau "holocaust deniers", iaitu label yang sering dilemparkan pada sesiapa yang mempersoalkan naratif Barat mengenai penghapusan Yahudi di bawah Nazi Jerman.
Bagaimanapun, selepas serangan 7 Oktober, Al-Issa turut mengutuk kempen ketenteraan Israel di Gaza.
MWL yang diketuainya merupakan badan dakwah anjuran kerajaan Saudi yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, termasuk ketika beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia, atau Abim.
Tahun lalu, lawatan sulung Anwar ke Arab Saudi sebagai perdana menteri mengundang kontroversi apabila beliau gagal bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Pihak Arab Saudi kemudiannya memberi alasan bahawa terdapat perubahan dalam jadual putera mahkota itu menjelang Ramadan.
Bagaimanapun, Anwar hari ini berkata beliau dapat bertemu Mohammed semasa lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini.
INI CONTOH
ULAMAK
ISLAM YANG
PRO ISRAEL
YANG PRO ZIONIS
AMIN
INI CONTOH
WUJUD
ZIONIS TEMPATAN
BERSARANG DI UM
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)


