Jumaat, 31 Mei 2024

APA AKAN JADI PADA TRUMP ?


APA AKAN JADI

PADA TRUMP?

AMIN

WAJIB BANGUN MELAWAN


WAJIB BANGUN

MELAWAN

AMIN

MELAYU HILANG TANAH


MELAYU HILANG

TANAH !!!

AMIN

KJ TIBAI RAFIZI


KJ TIBAI RAFIZI

KAH KAH KAH

AMIN

ANWAR AMERIKA DAN ISRAEL


Anwar digesa batal penyertaan Malaysia dalam latihan ketenteraan melibatkan Israel


Putrajaya telah diminta membatalkan penyertaan Malaysia dalam sebuah latihan ketenteraan dipimpin Amerika Syarikat, yang juga menyaksikan penglibatan tentera Israel, menjadikannya gesaan terbaru ke atas Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membuktikan solidariti kerajaan terhadap perjuangan Palestin.

Dalam satu kenyataan bersama diketuai cawangan tempatan gerakan global anti-Israel BDS Malaysia, 15 kumpulan menuntut Malaysia segera menarik diri daripada Latihan Lingkaran Pasifik (Rimpac) yang akan berlangsung mulai 26 Jun hingga 2 Ogos.

“Kami menyeru kerajaan Malaysia untuk menarik diri serta merta daripada latihan ketenteraan Rimpac 2024 sebagai membantah penyertaan tentera Israel dalam latihan itu.

"Israel adalah negara penyangak. Tindakannya terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun dan pembunuhan beramai-ramai ketika ini di Gaza jelas menunjukkan ia tidak peduli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia," kata kenyataan itu yang ditandatangani pelbagai NGO Islam tempatan, termasuk beberapa pertubuhan dilihat sebagai sekutu Anwar.

Dianggap sebagai latihan antarabangsa yang terbesar di dunia, Rimpac tahun ini akan menyaksikan penyertaan lebih 30 negara, melibatkan 40 kapal, empat kapal selam, dan 170 pesawat.

Semalam, Tentera Laut Diraja Malaysia merasmikan pelepasan kapal KD Lekiu menuju latihan itu.

Gesaan agar Malaysia menarik balik penyertaannya berlaku di tengah-tengah kontroversi kemasukan sebuah syarikat milik BlackRock ke dalam konsortium untuk menguruskan lapangan terbang di seluruh negara.

Di bawah rancangan yang diumumkan bulan ini, Global Infrastructure Partners (GIP) yang dimiliki BlackRock, akan memiliki 30% kepentingan dalam konsortium itu, langkah yang mencetuskan protes disebabkan hubungan rapat BlackRock dengan ekonomi dan industri pertahanan Israel.

Bagaimanapun, Anwar menolak bantahan itu, sebaliknya menuduh pihak pembangkang "menghasut" terhadap kerajaan.

Anwar sebelum itu turut menolak bantahan terhadap keputusan kerajaan membenarkan syarikat pertahanan AS yang dituduh bersubahat dalam jenayah perang Israel untuk menyertai pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara Asia (Natsec) di Kuala Lumpur.

Antara peserta pameran ialah Lockheed Martin, kontraktor pertahanan di mana BlackRock memegang 7.4% kepentingan.

Kumpulan yang menandatangani kenyataan bersama hari ini turut menyenaraikan statistik korban awam Palestin sejak Israel memulakan pengeboman besar-besaran ke atas Gaza, yang setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 36,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Rejim Zionis bagaimanapun terus mengabaikan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Pada Selasa, tentera Israel menyerang bandar Rafah, sempadan utama yang menjadi nadi penting untuk penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, hanya dua hari selepas ICJ mengarahkan Israel menghentikan serangannya.

“Dunia harus berhenti melayan (Israel) seperti negara biasa yang mematuhi undang-undang jika mahu jenayah Israel di Gaza dan Tebing Barat dihentikan,” kata kenyataan itu.

"Kami mengulangi gesaan kami kepada kerajaan Malaysia untuk segera menarik diri daripada latihan ketenteraan Rimpac sekaligus menghantar mesej tersebut."


KENAPA

MENGAPA ANWAR

DILIHAT MASUK

KE DALAM POKET

AMERIKA DAN

ZIONIS ISRAEL ?

AMIN

KENAPA?

JENG JENG JENG

AMIN

SATU LAGI JANJI ANWAR IBRAHIM




Miskin tegar Sabah akan berakhir pada Julai, kata PM

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mahu kemiskinan tegar di Sabah dihapuskan menjelang akhir Julai tahun ini, lapor Bernama.

Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai kerana jumlah ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar di Sabah kini menurun kepada hanya 9,000 berbanding 20,000 sebelum ini.

Isu kemiskinan tegar di Sabah katanya, jauh lebih serius berbanding negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor dan justeru, kerjasama bersepadu antara kerajaan pusat dan negeri perlu diperkukuh ke arah menyelesaikan masalah itu.

“Kemiskinan tegar bermakna mereka tidak mampu untuk membeli pakaian sekolah, makanan yang sesuai atau susu formula bayi. Sebab itu kerajaan pusat dan negeri berganding bahu membasmi kemiskinan tegar.

“Kami mahu membasmi kemiskinan tegar di Sabah pada penghujung Julai 2024. Ini adalah keutamaan kami. Kita boleh bercakap tentang isu lain, tetapi jika anak kita tidak cukup makan, tanggungjawab kita untuk melakukan sesuatu,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang hari ini.

Pesta Kaamatan selama sebulan bermula dengan upacara perasmian di Ranau pada 1 Mei. Pesta menuai itu kini telah berkembang menjadi perayaan perpaduan yang disambut oleh rakyat pelbagai latar belakang di Sabah, serta seluruh negara.

Dalam ucapannya, Anwar juga berkata selain usaha membasmi kemiskinan tegar, perkara berkaitan sekolah usang dan isu bekalan air di Sabah juga sedang ditangani terutama melibatkan peruntukan yang diluluskan kerajaan persekutuan.

Ini termasuk isu bekalan elektrik memandangkan Sabah masih menghadapi masalah itu, katanya.

Anwar berkata perbincangan berterusan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah tradisi baik yang membuktikan hubungan rapat antara kedua-duanya.

“Melalui perbincangan ini, kami mungkin mengubah suai beberapa rancangan sedia ada dan memberi perhatian kepada cadangan baharu,” jelasnya.

Sementara itu, Anwar berkata keputusan untuk mengecualikan Sabah dan Sarawak dalam menyasarkan semula subsidi diesel diambil berikutan penggunaan diesel yang berleluasa di Sabah berbanding negeri lain di semenanjung.

Ia juga berdasarkan keperluan rakyat dan bukannya atas permintaan kerajaan negeri terbabit, katanya.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata pelarasan tarif elektrik baru-baru ini berjaya menjimatkan kira-kira RM4.5 bilion wang kerajaan, manakala pelaksanaan subsidi diesel yang disasarkan selama setahun dijangka menjimatkan RM4 bilion.

“Jadi, selama ini kita beri RM8 bilion dalam bentuk amal atau subsidi kepada orang kaya dan warga asing. Sekarang, bila kita berhenti, kita simpan (wang kerajaan).

“Saya perlu menyatakan perkara ini kerana ada pihak yang mungkin menjadikan ia sebagai isu politik. Subsidi bersasar adalah langkah yang diambil untuk memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. – 31 Mei, 2024.

WOIT

INI JANJI

SILA INGAT JANJI

DAN TARIKH INI

AMIN 

KALAU JADI

MEMANG HEBAT

KAH KAH KAH

JIKA KANTOI

SAH MAT LEBONG

MELEBONG

DI SABAH

KHALAS