Isnin, 11 November 2024

UKRAINE SERANG MOSCOW




Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan

MOSCOW: Dua buah rumah dilaporkan terbakar dalam serangan dron Ukraine di Moscow, menurut Gabenor Wilayah Andrej Vorobiev, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Rumah-rumah itu terkena serpihan setelah dron-dron terbabit ditembak jatuh, menurut Vorobiev di Telegram.

Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.

Vorobiev menyifatkan insiden itu sebagai serangan dron berskala besar. Video di media sosial menunjukkan rumah-rumah yang sedang terbakar.

Menjelang 10 pagi (0700 GMT), Moscow berjaya menangkis 23 dron, menurut Datuk Bandar Sergei Sobyanin.

Kawasan yang paling terjejas di sekitar ibu kota termasuk Ramenskoye, Domodedovo, dan Kolomna, katanya.

Sistem pertahanan udara masih beroperasi.

Sementara itu, Xinhua melaporkan pihak berkuasa penerbangan Russia menghentikan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Zhukovsky, dan Sheremetyevo buat sementara waktu pada Ahad berikutan potensi serangan dron.

"Untuk memastikan keselamatan penerbangan pesawat awam, sekatan sementara telah dilaksanakan bagi operasi di Lapangan Terbang Domodedovo dan Zhukovsky mulai 8.03 pagi waktu Moscow, 10 November.

"Operasi penerbangan ditangguhkan buat sementara waktu," kata Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia dalam satu kenyataan. - BERNAMA-AGENSI

INI CARA

ZELENSKIY NAK

TUNJUK AKSI

PADA TRUMP

AMIN

PERANG UKRAINE

BUATKAN AMERIKA

HABIS DUIT

HABIS SENJATA

AMIN

TRUMP NAK

TAMATKAN 

PERANG INI

KHALAS

RASUAH RASUAH RASUAH LAGI


RASUAH RASUAH

RASUAH LAGI

KHALAS

INDUSTRI SENJATA TAJA PERANG


HUKUM PERANG

MASIH SAMA

AMIN

INDUSTRI SENJATA

TAJA PERANG

KHALAS

Unknown commented on 
"GERILA HAMAS MENYERANG"

Siapa belakang tirai? Siapa mengatur pentasnya siapa pengarah drama ini? Kalau perang Dunia Pertama dan Kedua boleh dipercayai tetapi perang moden ini susah dipercayai apa Cui Bono? Kah kah kah sebabnya lama sangat perang dengan kemajuan teknologi nampak pelik nampak janggal sangat kah kah kah

RAJa KENA PUKEE MAK


RAJA KENA

PUKEE MAK

DI SEPANYOL

AMIN

Rank&File commented on 
"PASAI APA MAKIN 
RAMAI TAK HORMAT RAJA"

Pasai tak ikut perlembagaan...bersaing dengan rakyat marhaen tender sana tender sini pastu menteri tak leh kata apa melainkan pertahan "tender terbuka..." konon.

SAJAK - BUNGA POPI - USMAN AWANG

 

BUNGA POPI

USMAN AWANG

Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,

rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,

hasil manusia gila perang membunuh mesra,

bunga merah berkembang indah minta disembah.


Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,

kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,

perang dalam kenangan penuh kengerian,

sekarang dalam kepahitan,

dalam kesepian.


Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,

hilang pergantungan, hilang pencarian,

hidup kebuluran,

ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara,

jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.


Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!

perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!

perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!

perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!


Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,

bunga darah merah menyimbah,

penuh kengerian.


Kami benci pada perang penuh pembunuhan!

kami rindu pada damai sepanjang zaman!


Usman Awang

1955


NOTA

SAJAK ANTI PERANG

USMAN AWANG

MENGINGATI  HARI POPI

PAGI INI



PAGI INI

SENIN 11 NOVEMBER 2024
HARI INI
HARI TAMATNYA
PERANG DUNIA PERTAMA
HARI DAMAI
11 NOVEMBER 1918
TAMAT

PERANG MULA TAHUN 1916
5 JUTA TERKORBAN
DI EROPAH

SERATUS TAHUN KEMUDIAN
SUASANA PERANG
DUNIA KE TIGA
MAKIN JELAS DI LIHAT

KALI INI JIKA KITA
BERPERANG
MAKA KITA AKAN TAMATKAN
RIWAYAT BUMI KITA 
INI

AMERIKA
BIDEN  SEBELUM BERSARA
MAHU KUATKAN LAGI
SOKONGAN AMERIKA PADA
UKRAINE
 
DUNIA
PERUBAHAN IKLIM
MALAPETAKA IKLIM
BAWA KERUGIAN
2 TRILION DOLAR
DALAM 10 TAHUN INI

AMERIKA
TRUMP TALIPON PUTIN
MINTA JANGAN
TINGKATKAN PERANG
UKRAINE

EROPAH
HARI INI CUTI
MENGINGATI HARI PERDAMAIAN
STARMER PM UK KE PARIS
UNTUK BERSAMA MACRON
 DI HARI DAMAI

KOREA SELATAN
HAMPIR 5000
 REMAJA BAWAH UMUR
TERLIBAT 
DALAM JUDI TALIAN

FILIPINA
TAUFAN NIKA
AKAN SAMPAI KE FILIPINA
HARI SENIN
HARI INI

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU INDAH
JALAN BERAIR HUJAN PETANG KEMARIN
KL & KL SENTRAL CERAH

DUA PEMOTONG RUMPUT
SEDANG BEKERJA
DI BUKIT TERDENGAR
 SUARA TERKUKUR
TIONG MENCARI REZEKI

SEPERTI BIASA
WARGA HOKKIEN
MARAH KAMI MASUK
KAWASAN MEREKA

WOW
BILA GUA MENGETIK INI
CUACA BERUBAH
JADI MALAP
SINAR MATA  HARI PAGI
HILANG
APAKAH JAP LAGI HUJAN ?

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
HARI DAMAI

BRO
MELUPAKAN AGAK SULIT
KERANA KITA TIDAK
DI AJAR UNTUK LUPA

BRO
LU JANGAN TAKUT
UNTUK JATUH CINTA
SATU KETIKA NANTI
LU JUMPA CINTA
YANG LU BETUL BETUL CINTA

BRO
LAKUKAN SESUATU
LU BOLEH MEMIMPIN
LU BOLEH MENGHASUT
LU BOLEH JADI PENGIKUT
LU BOLEH MENYINGKIR
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA