Jumaat, 23 Mei 2025

GANJA BUKAN JENAYAH DI SIAM




Pengguna ganja di Thailand perlu ada sijil perubatan

BANGKOK: Pengguna ganja di Thailand perlu memiliki sijil perubatan bagi memastikan tumbuhan berkenaan digunakan hanya untuk tujuan perubatan, kata Menteri Kesihatan Awam, Somsak Thepsutin.

Pengumuman beliau itu adalah perkembangan terkini dalam tempoh panjang dan merumitkan dalam usaha Thailand mengawal selia penggunaan ganja sejak ia dinyahjenayahkan hampir tiga tahun lalu, menurut laporan Bangkok Post.

Thepsutin berkata, beliau akan menambah baik peraturan penggunaan ganja di negara itu dengan mengambil contoh mereka yang menggunakan ganja untuk merokok mungkin perlu menunjukkan sijil perubatan mereka.

"Pengguna ganja sama ada warga asing atau rakyat tempatan perlu memiliki sijil perubatan.

"Kami akan mengarahkan agensi kerajaan untuk terus menguatkuasakan undang-undang dan tidak membiarkan sebarang masalah timbul," katanya kepada pemberita, semalam.

Thepsutin berkata, peraturan baharu itu perlu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam dalam tempoh 40 hari.

Perubahan utama yang dicadangkan adalah mewajibkan pengguna ganja mendapatkan sijil perubatan, dengan preskripsi dikeluarkan oleh pengamal perubatan bertauliah, termasuk pengamal perubatan tradisional Thailand serta doktor perubatan am.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand, Dr Somlerk Jeungsmarn, berkata peraturan baharu itu perlu menjelaskan bahawa penggunaan ganja adalah bagi tujuan rawatan perubatan sahaja.

Beliau berkata, pada masa hadapan, pengguna perlu memiliki sijil perubatan yang membuktikan mereka menghidap penyakit seperti sawan, sakit kepala atau insomnia.

Penyahjenayahan ganja adalah dasar utama Parti Bhumjaithai, yang melihat potensi besar untuk membangunkan ekonomi berasaskan ganja yang menguntungkan.

Ketika Ketua Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul, memegang jawatan Menteri Kesihatan Awam dalam kerajaan pimpinan Jeneral Prayut Chan-o-cha, beliau mengeluarkan peraturan menteri yang mengasingkan ganja daripada senarai dadah berbahaya negara. – AGENSI

WOIT

ISAP GANJA

BUKAN JENAYAH

AMIN

MINUM AIR

KETUM BUKAN

JENAYAH

AMIN

JENAYAH IALAH

RASUAH DAN

JUAL 

HARTA NEGARA

PADA ZIONIS

BLACKOCK

KHALAS

HANTAR SOLDADU KE GAZA



HANTAR SOLDADU

KE GAZA

KHALAS

Unknown commented on 
"BANTUAN GERILA 
WAJIB SAMPAI"

Hantar la pahlawan kito..kito kan famous bab hunus keris, samurai bagai..hantar semua TT.

TAK MAHU DIHISAP MASUK PENJARA


TAK MAHU

DI HISAP

MASUK PENJARA

KHALAS

Unknown commented on 
"PAGI INI"

anak ikan cakap tak nak.. terus masuk penjara

"Saya tak dapat maafkan Yusoff Rawther" - Anwar

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 23 MEI 2025

MENUNGGU HARI KORBAN


HARI KORBAN
Hari ini ialah hari korban. PKR dah jadi Parti Korbankan Rafizi. hari ini Rafizi akan di korbankan di JB kah kah kah.

Pengundian akan berjalan hari ini.  Ahli PKR akan mengundi cara leteronik – on line pakai komputer – tidak lagi mengundi guna kertas. Canggih kontemporari dan ternow. 

Tapi amat pelik – keputusan hanya dapat di ketahui malam Sabtu jeng jeng jeng  Kemudian di ubah  pada hari Sabtu jeng jeng jeng. Kemudian di ubah pada malam ini.

Ini PELIK – undi guna INTERNET – keputusan serta merta. Apakah perlu di tapis  untuk disusun sapa yang menang sapa yang wajib di korbankan. Kah kah kah

SAPA PEMILIK SERVER AKAN MENENTUKAN JUMLAH UNDI – jangan sesekali lupa perkara ini. Ingat sampai bila bila kerana pasti tak lama lagi sistem undi guna  online akan berjalan untu PRU16. JENG JENG JENG.

RAFIZI KALAH LETAK JAWATAN – KAH KAH KAH. Ini cara Rafizi merajuk. Nanti akan ada yang pujuk. Raja Sultan dan Agong akan pujuk. Rafizi tak jadi letak jawatan. Kah kah kah

AMERIKA
Maharaja Trump larang Universiti Havard mengambil pelajar luar negara. Pelajar luar negara yang masih belajar di Havard sekarang wajib pindah ke universiti lain. Alasan Trump – Havard jadi sarang gerakan sokong Palestin dan Hamas.


INDIA
PM Modi umum tidak ada air akan mengalir  masuk ke Pakistan. Punca air ini di Pergunungan Himalaya dalam India.

SIAM
Nak  isap ganja di Siam OK – tapi perlu surat doktor.  Cafe Ganja masih ramai di Siam.

JEPUN
Seorang pemandu teksi telah merogol 50 penumpang dengan memberi ubat tidur. Lepas tu rakam video mengentot.

FILIPINA
Presiden Marcos Jr arah semua menteri letak jawatan. Dia nak rombak kabinet.

SINGAPURA
PM yang baru menang telah melantik ahli kabinet. Ini termasuk 3 orang YB Melayu.

INDONESIA
CEO syarikat kain  SRITEX  Irwan Setiawan telah di tangkap. Dia muflis dan terlibat dalam kes rasuah.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Cahaya di rasa di pipi. KL & KL sentral berjerebu. Langit di sebelah Sungai Besi berwarna biru  putih. Di arah Shah Alam kelihatan agak gelap dan pudar. Apakah ini awan hujan.

Haha  suara Tekukur di dengar. Chiap Chiap Chiap – burung apa  - suara didengar dari bukit tapi gua tak kenal burung apa. 

Hari ini akan panas – tapi mungkin  bila awan hitam berkumpul ramai mereka  akan turun sebagi hujan. Jika petang hujan maka ujung minggu jadi enak untu berharimau.. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT

Ambil galah jolok rambutan
Tumbuk padi dalam lesong
Rafizi  kalah letak jawatan
Ini hanya omong kosong

Pak Haji ranggi makan rojak
Tangkap ayam tepi reban
Rafizi pandai lagi bijak
Sayang sekali kena korban

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT

Khamis, 22 Mei 2025

INGATAN TERUS BERKEKALAN


INGATAN TERUS BERKEKALAN

AMIN

APA DAH JADI DENGAN PERIKATAN NASIONAL ?


APA DAH JADI

DENGAN

PERIKATAN 

NASIONAL ?

AMIN