Khamis, 24 Julai 2025

RAMAI RAMAI TURUN BERI TEKANAN


RAMAI RAMAI

TURUN BERI

TEKANAN

KHALAS

KEBULURAN DI GAZA




Krisis kebuluran di Gaza semakin buruk, 10 lagi kematian dilaporkan


GAZA: Sekurang-kurangnya 10 lagi rakyat Palestin mati akibat kebuluran di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata pegawai kesihatan, lapor Al Jazeera.

Kematian terbaharu itu menjadikan angka yang terkorban akibat kekurangan zat makanan sejak perang Israel bermula pada Oktober 2023 meningkat kepada 111, kebanyakannya dilaporkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Rabu, sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin termasuk  34 individu yang bertindak sebagai pencari bantuan dilaporkan maut sejak 24 jam lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, 21 kanak-kanak di bawah umur lima tahun adalah antara mereka yang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan setakat tahun ini.

Tambahnya, WHO tidak dapat menghantar sebarang makanan selama hampir 80 hari, antara Mac dan Mei dan penyambungan semula penghantaran makanan masih tidak memadai berbanding apa yang diperlukan.

Dalam satu kenyataan, 111 pertubuhan termasuk Mercy Corps, Majlis Pelarian Norway dan Refugees International, berkata 'kebuluran besar-besaran' merebak ketika bertan-tan makanan, air bersih dan bekalan perubatan tidak disentuh di luar Gaza, di mana akses terhadap bantuan terbabit disekat.

Wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum yang melaporkan dari Deir el-Balah, kawasan di tengah Gaza, berkata 'kebuluran di Gaza berada di tahap kritikal.

"Keluarga di sini tidak lagi meminta (makanan) yang cukup, mereka meminta apa-apa yang boleh dimakan," katanya.

Tambahnya, penduduk Gaza menggambarkan sedang berlaku 'kematian secara perlahan dan menyakitkan akibat kebuluran yang didalangi tentera Israel'.

Sementara itu, Israel menolak kritikan antarabangsa yang semakin meningkat bahawa negara itu bertanggungjawab terhadap kekurangan makanan kronik di Gaza, sebaliknya menuduh Hamas sengaja mencetuskan krisis kemanusiaan di wilayah Palestin itu.

Jurucakap kerajaan Israel, David Mencer, berkata 'tiada kebuluran yang disebabkan oleh Israel. Sebaliknya, kekurangan ini berpunca daripada perancangan manusia oleh Hamas'.

Presiden Israel, Isaac Herzog, ketika melawat pasukan tenteranya di Gaza, menegaskan bahawa Israel bertindak mengikut undang-undang antarabangsa.

Beliau sebaliknya menuduh Hamas berusaha mensabotaj pengagihan bantuan sebagai taktik untuk menggagalkan kempen ketenteraan Israel yang bermula lebih 21 bulan lalu.

Mencer turut menuduh Hamas, yang melancarkan serangan ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 sehingga mencetuskan peperangan, menyekat pengagihan bekalan dan merompak bantuan untuk kegunaan sendiri atau menjualnya pada harga lebih tinggi.

"Bantuan telah mengalir masuk ke Gaza," katanya, sambil menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan-rakannya kerana gagal mengambil trak membawa makanan dan keperluan lain yang telah diluluskan dan sedia menunggu di sebelah Gaza.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) memaklumkan bahawa utusan tertingginya ke Asia Barat akan berlepas ke Eropah untuk mengadakan rundingan mengenai kemungkinan gencatan senjata di Gaza dan pembukaan laluan bantuan.

Dengan serangan maut Israel masih berterusan di seluruh wilayah itu, usaha menyampaikan bantuan kepada lebih dua juta penduduk yang memerlukannya kini menjadi isu utama dalam konflik, manakala doktor dan agensi bantuan melaporkan peningkatan kes kekurangan zat makanan dan kebuluran.

Beberapa pertubuhan kemanusiaan dalam kenyataan bersama berkata, gudang yang menyimpan bertan-tan bekalan masih belum diusik, manakala orang awam terperangkap dalam kitaran harapan dan kehampaan, menunggu bantuan dan gencatan senjata.

COGAT, sebuah agensi di bawah Kementerian Pertahanan Israel yang mengendalikan hal ehwal awam di wilayah Palestin, berkata halangan utama untuk mengekalkan aliran konsisten bantuan kemanusiaan ialah kesesakan pengumpulan bantuan, berpunca daripada kelemahan pertubuhan antarabangsa. - AGENSI


NEGARA ARAB

NEGARA ISLAM

WAJIB HANTAR

ASKAR UNTUK

BANTU WARGA

PALESTIN

KHALAS

RAFIZI CALON PM



RAFIZI

CALOM PM

KHALAS

Unknown commented on
 "BUAT DEMO - 
HARGA MINYAK TURUN"

kalau harga barang tak turun kita turun kan nuar - piji formula (calon pm)

DEMO TETAP DEMO



MADAFAKA BERI

DUIT LAMBAT

AMIN

DEMO TETAP DEMO

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"SABTU INI SEMUA 
SEDIA LAWAN MA DA FAKA"

Tak jadi tak jadi woit, Ma Da Fa Ka dah bank in RM 100, semua masalah manusia selesai kah kah kah, woit mana nak dapat PM begitu prihatin RM 100? TT hasutan tak bagi apa-apa pun kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 24 JULAI 2025

ESOK JUMAAT LUSA SABTU

SABTU PETANG KITA BERDEMO


HARI RAKYAT MARAH
Kemarin ada berita rakyat dapat 100 ringgit – kah kah kah – ham dua lil – ini hebat DEMO KITA – belum mula dah dapat ganjaran kah kah kah.

Malam kemarin gua makan di Brickfeild – warung Tom Yam – belakang YMCA – harganya demokratik.  Gua bawa undang, ikan dan cendawan – selalu gua minta di masakan. Gua hanya bayar upah masak. Gua ajak kawan-kawan datang – bil kami – kalau 4 orang makan selalu melintas 50-60 ringgit – kami makan kongsi bayar.

Kalau 5 -6 bersama makan harga boleh mencecah 100 ringgit : Ini untuk sekali makan – ertinya duit hadiah 100 kemarin boleh habis untuk sehari saja – kah kah kah.

Ada kawan gua buka cerita : dia tunjuk pemetik api: GANJA besar ini harganya 100 ringgit untuk  semalam – kah kah kah. 

Tapi ini percubaan MADAFAKA untuk tunjuk – dIA dah tunai janji  bila minyak RON95 turun berapa sen ? Kah kah kah.

Hal minyak ini gua tak faham sangat – gua TIDAK MEMANDU – Amin

PANAS
Musim panas dah sampai. Jerebu ikut sama. Tapi gua rasa nasib baik duduk di Le Chateau – ini kawasan hijau berhutan. Bukan kerana kawasan MAHAL seperti Bukit Tunku -  Gua duduk disini kerana kawasan murah.

Awal dulu TIDAK ramai yang mahu duduk disini kerana disebelah KUBUR . ham dua lil – kawasan kubur ini menjadikan wilayah Le Chateau hijau berhutan. Juga dekat dengan Brickfeilds.

Sekarang sewa dah mahal – dulu sewa demokratik – sekarang dah naik. Tapi tak mengapa wilayah HIJAU BERHUTAN  – sejuk – berangin tak perlu penghawa dingin – malam tingkap terbuka nyamuk tak PERNAH ada.

Untuk gua LE Chateau ada pilihan terbaik gua. Dulu di London di Brixton juga kawasan murah  tapi flet  gua menghadap taman dan hutan. 

Justeru  gua senyum dalam hidup. AMIN

GAZA
Bulur – kebuluran sedang  menjadi-jadi. Ramai kanak-kanak mati tak makan.  Zionis Blackrock mahu menghapuskan semua Palestin.

AMERIKA
Berita tersebar  dalam fail Jeffrey Epstein  yang di pegang oleh   PEGUAM NEGARA AMERIKA nama Donald Trump ada sama. Epstein meniaga burit muda dan ketat sambil ambil video untuk dijadikan bahan pau.

KOREA UTARA
Soldadu Korea Utara kini mendapat pengalaman berperang di Ukraine.

IRAN
Panas  hingga mencecah 50C. Banyak kedai di Tehran dan bandar lain ditutup. Keadaan lagi berat bila leterik hanya ada beberapa jam sehari. Di tambah bala bila air juga kering.

FRANCE
Presiden Macron saman seorang Tukang Komen  di Amerika. Wanita ini mengatakan bahawa Isteri Macron ialah Purtan – perempuan jantan. Dan  Macron sendiri  ajen CIA.

TURKI
Hutan terbakar mengakibat 10 anggota bomba mati  hangus dan 14 cedera.

JEPUN
PM Jepun akan letak jawatan lepas bulan OGOS – rakyat hilang kepercayaan pada PM ini.

FILIPINA
Hujan monsun yang maha hebat sampai. Kota Manila banjir.

HOKKIEN
Pagi ini kering berjerebu. Matahari dah keluar cahaya masih lemah. KL & KL Sentral berjerebu. Langit biru pucat kelam.

Tapi Tekukur masih berlagu dari atas bukit. Seekor GAGAK melintas  sambil menangis gaaak gaaak gaaak ..  suara membawa sedih di pagi hari.

Warga Asal menyalak dari  bukit kiri dari bukit kanan. 

Ketika gua mengetik ini MURAI TERUS BERKICAU – menjadikan pagi gua ini indah.

Hari ini akan panas – jika angin kuat jerebu akan pupus. Tak Tak dah menjalar di balkoni. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS

BRO 
Jika lu nak gumbira satu jam sila tidur. Jika lu nak gumbira satu hari sila pergi mengail. Jika nak gumbira satu bulan cari awek balak baru.

BRO
Masa PERTAMA terbaik menanam Petai ialah 7 tahun dulu. Masa Kedua terbaik menanam petai ialah KEMARIN . Masa terbaik nak makan petai ialah hari ini  - beli di Pasar Chow Kit.

BRO
Perkataan baru dalam Kamus Melayu tahun ini ialah MADAFAKA. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA

Rabu, 23 Julai 2025

MADEY UMUR 100 TAHUN - RAKYAT DAPAT 100 RINGGIT


MADEY UMUR

 100 TAHUN

RAKYAT DAPAT

 100 RINGGIT

KAH KAH KAH

AMIN