PANDANGAN
KADIR JASIN
NAJIB AKAN
DI BEBAS?
AMIN
DAP AKAN
KELUAR
KERAJAAN
AMIN
INI JANJI DAP
PADA RAKYAT
KHALAS
Mampukah rumah
jadi penjara
sebenar?
Cerita tahanan atau pemenjaraan di rumah kembali menjadi tajuk berita. Diperkhabarkan yang hal ini akan dibentangkan untuk pertimbangan peringkat tertinggi esok (Jumaat).
Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. Cuma, timbul persoalan adakah tahanan di rumah semestinya lebih baik daripada tahanan di penjara atau sebaliknya.
Pada peringkat permulaan, mungkin rasa lega dibuai euphoria. Tapi lama-lama boleh bertukar jadi rimas pula.
Di penjara, semua orang boleh cuba mohon jumpa banduan. Banduan pula boleh terima pelawat. Ikut budi bicara pegawai penjara hendak lulus atau tidak.
Kalau ditahan di rumah, adakah kuasa pihak berkuasa penjara masih mutlak? Katanya, masih. Rumah ditukar jadi penjara. Maksudnya, yang berkuasa adalah warden.
Kalau si banduan ada banyak rumah dan isteri lebih daripada seorang, rumah mana hendak diisytiharkan sebagai penjara? Kalau rumah itu atas nama suami-isteri, tentu isteri pun ada hak.
Bila ditahan di rumah, adakah si banduan bebas melakukan apa saja seperti penghuni biasa? Misalnya, guna kolam mandi, sauna, gym dan segala mak nenek yang ada di rumah orang kayangan. Katanya, tidak boleh.
Hukuman atau pelepasan banduan melalui tahanan di rumah tertakluk kepada peruntukan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di bawah Akta Penjara 1995.
Mengikut laporan media massa, syarat dan kelayakan tahanan di rumah ini "dikhususkan" kepada banduan yang menjalani hukuman penjara selama empat tahun atau ke bawah.
Tahanan rumah tidak bermaksud banduan bebas tinggal bersama keluarga atau menjalani kehidupan harian tanpa kawalan. Rumah tempat seseorang banduan ditahan diisytiharkan sebagai tempat tahanan sah mengikut Akta Penjara 1995.
Banduan lazimnya dipakaikan alat peranti pengesan (gelang elektronik) bagi memantau pergerakannya.
Itu undang-undang kata. Tapi di Malaysia kita ini macam-macam ada. Ada kowtim, tumbuk rusuk, duit kopi dan macam-macam lagi kira bicara.
Kalau tidak percaya, cari dan baca balik cerita banduan istimewa bernama Abdullah Ng (Almarhum) pada penghujung tahun 1980-an. Dia dipenjara tetapi bebas berniaga dan berada di luar penjara.
Kalau seorang banduan kayangan dibenarkan ditahan di rumah, apa halnya dengan banduan-banduan marhain yang jenayah mereka lebih kecil?
Sama-samalah kita fikirkan dan bertindak sedaya upaya kita. Ikut catatan, belum pernah banduan di negara kita yang diberikan tahanan di rumah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan