Khamis, 7 Ogos 2025

KES TANAH FARHASH DI SABAH - PERKEMBANGAN AMAT BAIK


Selepas dedah isu Farhash-Sabah, polis siasat MalaysiaNow atas 'kebocoran dokumen sulit'


Polis akan memanggil pengarang portal MalaysiaNow untuk disoal siasat berhubung laporan berita bulan lepas melibatkan Farhash Wafa Salvador, di mana syarikat terkait bekas ahli politik PKR itu yang kini ahli perniagaan jutawan didapati diberikan kelulusan lesen carigali mineral di sebuah kawasan hutan simpan yang luas di Sabah.

Seorang pegawai polis dari Kota Kinabalu memaklumkan kepada portal berita itu bahawa siasatan berdasarkan laporan polis difailkan oleh Sabah Mineral Management (SMM), agensi kerajaan negeri dipengerusikan Ketua Menteri Hajiji Noor yang kini terpalit skandal rasuah perlombongan.

"Terdapat satu artikel yang dikeluarkan dalam Malaysianow mengenai SMM yang dikatakan terdapat dokumen sulit yang telah dikeluarkan dalam artikel tersebut," katanya dalam mesej kepada pengarang MalaysiaNow, sambil menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan atas kesalahan "kebocoran dokumen sulit".

Selain itu, polis berkata siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung "penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian", undang-undang yang kerap menyasarkan media dan wartawan yang mengkritik kerajaan.

Perkembangan itu lebih dua minggu selepas MalaysiaNow menerbitkan laporan bagaimana Hajiji memberikan sokongan kuat kepada sebuah syarikat terkait Farhash, bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dalam permohonannya untuk menjalankan aktiviti cari gali arang batu di negeri itu.

SMM meluluskan permohonan Bumi Suria Sdn Bhd meliputi kawasan hutan simpan seluas 70,000 hektar – tiga kali ganda keluasan bandar raya Kuala Lumpur.

Bumi Suria dimiliki sepenuhnya oleh Borneo Bumi Sdn Bhd, yang seterusnya dikawal oleh Farhash dan seorang lagi individu bernama Aminuddin Mustapha, masing-masing dengan kepentingan 50%.

Sebagai respons kepada pendedahan itu, Ketua Pegawai Eksekutif SMM Natasha Sim menafikan mana-mana syarikat dikaitkan dengan Farhash telah dianugerahkan lesen itu, manakala Farhash pula mendakwa laporan itu sebagai "berita palsu".

Dalam laporan yang menyusul selepas itu, MalaysiaNow menerbitkan surat, minit mesyuarat dan petikan rakaman mesyuarat lembaga pengarah SMM dipengerusikan Hajiji, di mana permohonan Bumi Suria dan rakan usaha samanya dari  Indonesia, PT Bayan Resources, telah mendapat sokongan sebelum diluluskan.

Farhash dan SMM telah mengancam mengambil tindakan mahkamah terhadap MalaysiaNow.

Portal itu bagaimanapun telah mempertahankan laporannya.

BERITA POLIS

PANGGIL 

AMAT BAIK

AMIN

JIKA  KENA

 SAMAN

LAGI BAIK

AMIN

SEMUA PECAH

DALAM MAHKAMAH

AMIN

AMIN

BERITA INI

BUKA KEMBALI 

ISU TANAH

FARHASH

 DISABAH

AMIN

ISU INI MACAM

NAK PADAM

KERANA ISU

KEMATIAN SARA

AMIN

HAL DU LIL

KINI POLIS BANTU

UNTUK TIMBULKAN

KEMBALI

ISU FARHASH

AMIN

TERIMA KASIH

ABANG POLIS

KHALAS


JANGAN SENYAPKAN KES ZARA QAIRINA


JANGAN 

SENYAPKAN

KES ZARA QAIRINA

AMIN

RUSIA DAN CHINA SAHABAT BAIK INDIA



Trump kenakan tarif tambahan 25 peratus ke atas barangan dari India


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengeluarkan satu perintah eksekutif yang mengenakan tarif tambahan sebanyak 25 peratus ke atas barangan dari India.

Tindakan itu dilakukan berikutan India secara langsung atau tidak langsung mengimport minyak dari Russia, sebagai tambahan kepada tarif 25 peratus yang diumumkan sebelum ini.

Langkah itu disifatkan akan menjejaskan lagi hubungan antara Washington dan New Delhi.

Malah, ia diumumkan selepas satu sumber kerajaan India menyatakan bahawa Perdana Menteri India, Narendra Modi, dijangka mengadakan lawatan rasmi pertama ke China dalam tempoh lebih tujuh tahun, akhir bulan ini.

Hubungan antara AS dan India kini berdepan krisis paling serius dalam beberapa tahun kebelakangan ini, susulan kegagalan rundingan perdagangan antara kedua-dua negara untuk mencapai kata sepakat.

Langkah Rumah Putih itu, yang pertama kali diisyaratkan oleh Trump pada Isnin lalu, menyusuli lawatan wakil diplomatik tertinggi Trump, Steve Witkoff, ke Moscow dalam usaha menekan Russia supaya bersetuju menamatkan perang di Ukraine.

Trump turut mengancam untuk mengenakan tarif lebih tinggi ke atas Russia serta sekatan sekunder ke atas sekutunya sekiranya Presiden Russia, Vladimir Putin, gagal mengambil langkah untuk menamatkan konflik itu.- REUTERS

INDIA AKAN

JADI SAHABAT

BAIK DENGAN

RUSIA DAN CHINA

AMIN

KALAU TAK MOHONG BUKAN MADAFAKA

 


KALAU TAK

MOHONG BUKAN

MADAFAKA

KHALAS

Unknown commented on 
"TRUMP KENCING
 MADAFAKA"

Pepatah lama kena ubah, dulu dulu pepatah berbunyi Kalau tidak malas bukan Melayu, kalau tidak mabuk bukan India,.kalau tidak tipu bukan Cina, kah kah kah 2025 kena ubah pepatah ini semula kah kah kah apa cadangan yang ada ? Atau nak tanya Madafaka?

KES AMAT MUDAH - SAPA UNTUNG



KES INI

AMAT MUDAH

SAPA UNTUNG

KHALAS

Unknown commented on
 "HUTANG NEGARA
 KENA BAYAR"

Salah seorang saksi penting pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut melibatkan Lim Guan Eng, cedera diserang oleh 10 individu dalam kawasan rumahnya di Petaling Jaya, dekat sini hari ini

Unknown commented on 
"APA KATA LIM KIT SIANG ?"

apa kit siang je.. tan sli latok sli kit siang balu betut.

Unknown commented on
 "HOT TERKINI TERNOW - 
SAKSI KES GUAN ENG DI SERANG !!!"

pelik saksi kes yang ada kaitan dengan DAP selalu jatuh bangunan.. apasal ???

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 7 OGOS 2025

TARIF TRUMP BERMULA

ZARA QARINA
Kes kematian Zara Qarina masih heboh di bincangkan. Pelbagai jenis komen gua dengar. Macam-macam berita dari YouTube muncul. Yang di Tik Tok atau di Insta – gua tak ambil pot.  YANG GUA  ikut hanya di YouTube.

Macam-macam teori gua dengar . Gua suka kerana  ZARA QARINA akan jadi peluru kempen untuk hasut rakyat  benci kerajaan  Madanon di Sabah kah kah kah. 

Apa saja yang mengutuk Madanon adalah molek baik untuk gua. MUSUH KEPADA MUSUH KAMU ADA KAWAN KAMU – ini rukun amalan gua – jeng jeng jeng.

RIZAL  KHALID
Ini satu lagi peluru. Gua cukup gumbira bila membaca dan melihat klip berita dari Seberang ... kah kah kah.... Madafaka kena tibai olek warga net Indon – gua gumbira. MUSUH KEPADA MUSUH KAMU ADALAH KAWAN KAMU.

TARIF TRUMP
Hari ini lebih dari 60 negara akan mula membayar tarif untuk barang dan produk masuk ke pasaran Amerika. 

Ini dasar ekonomi Trump. Gua  amat gumbira kerana Trump huru hara kan kaum kapitalis dunia.

India di tambah 25% lagi menjadi 50% - TRUMP marah  kerana India beli minyak dari Rusia.

Brazil kena 50% kerana Trump marah pada kerajaan sekarang yang sedang mendakwa bekas Presiden yang juga kawan baik Trump.

Juga di beritakan kemasukan UBATAN ke Amerika akan kena 250% tarif. Ini baik sekali.  Warga Amerika yang sakit akan mati tanpa ubat.

Juga di beritakan akan  dikenakan 100% tarif baru untuk bahan micro chip  dan semikonduktor – jeng jeng jeng ... Malaysia akan parah kerana ini produk  utama yang kita eksport ke Amerika.

Untuk gua semua ini baik. Sebenarnya Trump beri peluang untuk rakyat di setiap  bangun melawan. Trump bantu Perikatan Nasional untuk menggunakan isu tarif untuk tibai Madanon.

Juga dasar tarif Trump  akan huru harakan rakyat Amerika. Ini TERBAIK – lihat apa akan jadi bila warga miskin Amerika tak ada ubat – apakah mereka akan menyusun untuk bangun melawan – jeng jeng jeng.

SAYANG - Trump hanya ada 4 tahun – gua gumbira sekali jika Trump terus berkuasa lebih lama lagi. AMIN

RUSIA
Di lapor  Trump akan bertemu dengan Putin minggu hadapan. Mereka nak cari jalan selesaikan Perang Ukraine.

SEPANYOL
Majlis Bandaran Jumilla di Sepanyol melarang perayaan agama Islam seperti Hari Raya di kawasan awam. Tempat  seperti Dewan Orang  Ramai atau Dewan Sukan tidak boleh digunakan.

ISRAEL
Cloud Microsoft telah di gunakan oleh MOSSAD untuk mengintip 1 juta panggilan warga  Arab Palestin dalam 1 jam.

GAZA
Kini tinggal 1.5% bumi subur di Gaza untuk warga boleh bercucuk tanam untuk hidup. Yang lain hancur lebur.

PALESTIN
Israel larang Mufti Besar Baitulmuqadis dan Wilayah Palestin untuk masuk ke Masjid Al-Aqsa.

WHAT APPS
Laman ini melupuskan 6.8 juta akaun tipu dan bersangkutan dengan scam.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah  keluar.  Langit biru bercampur awan putih. Angin sejuk - cahaya  matahari panas menjadikan pagi ini nikmat.

KL & KL Sentral cerah – hujan petang kemarin.

Tiga Abang Potong Rumput bekerja. Berpuluh ekor Tiong   lari larau mencari rezeki di kawasan rumput di potong. 

Depan Pokok Ara  Warga Asal menyalak – saban pagi bila kami melintas pasti mereka menyalak. Pagi ini hanya ada 4 ekor – selalunya lebih ramai. Tak Tak dan Ezi tak ambil pot.

Hari ini pasti panas. Gua harap Hujan Rahmat akan sampai disebelah petang  agar malam sejuk santai.  Hujan Rahmat di tunggu kerana rumput kelihatan tidak menghaijau satelaqh di potong. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS

BRO
Bila lu sendirian lu bukan kesunyian.  Sebenarnya lu  berada di alam damai.

BRO
Jika lu malas jangan rasa malu. Lu malas kerana lu nak  rehat.

BRO
Lu buat apa yang lu suka. Lu jangan buat apa yang lu tak suka. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA